You are on page 1of 2

Latihan mengenal pasti kesalahan dalam ayat

Dalam setiap ayat di bawah ada satu kesalahan, kenal pasti kesalahan tersebut dengan menggariskannya lalu menulis cadangan jawaban yang sesuai untuk menggantikannya. 1. Ada-ada saja yang tak kena kepada hati Puan Lina. tidak. 3. Kursus yang dijalankan secara insentif itu mendapat sokongan daripada semua pihak. 4. Guru itu sudah memecat jawatannya minggu lepas. 5. Sebagai akibat penurunan mata wang Yen Jepun, pendudukan ekonomi di beberapa negara lain turut terjejas. 6. Encik Looi tidak dapat menghadiri ke majlis itu kerana isterinya sakit. 7. Encik Azli dirawat di hospital kerana diserang kesakitan jantung. 8. Para pelajar itu gembira kerana berpeluang menemui dengan Perdana Menteri. 9. Walaupun Maznah kurang upaya, saya terpikat dengan budi bahasanya yang baik. 10. Sesetengah ibu bapa terlalu termanjakan anak-anak mereka. 11. Semua pihak harus serious menangani kegiatan jenayah di sekolah. 12. Puan Chia gayat apabila diberitahu bahawa anaknya kemalangan. 13. Pemandu itu ditahan polis kerana memandu secara merbahaya. 14. Petani itu mendirikan gerai di tepi jalan untuk menjual hasil pertaniannya. 15. Hamizah mengundang banyak kawan-kawannya ke majlis kesyukuran itu. 16. Kelab Kembara menganjuri perkhemahan di Air Terjun Lata. 17. Ibu dan ayah sayalah yang dorong saya hingga mencapai kejayaan ini. 18. Para hadirin bertepok tangan setelah beliau selesai berucap. 19. Puan Doshan tidak pernah menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan keduadua orang anaknya itu. 20. Kamariah menangis tersedak-sedak apabila menerima berita kematian itu.

2. Guru sekolah kami rajin mengajar tetapi semua pelajar-pelajar di dalam kelas kami

gayat --> cemas / bimbang / gementar 13. pendudukan --> kedudukan 6. merbahaya --> berbahaya 14. kesakitan --> sakit 8.. banyak kawan-kawan --> banyak kawan 16. semua pelajar-pelajar --> semua pelajar 3.esak . 1. dorong --> mendorong 18. bertepok --> bertepuk 19. insentif --> intensif 4. menganjuri --> menganjurkan 17. serious --> serius 12. termanjakan --> memanjakan 11. kepada --> pada 2. menemui --> bertemu 9..CIKGU TAN C L berkata. memecat --> meletakkan 5. terpikat dengan --> terpikat oleh 10. pertelingkahan kedua-dua --> pertelinkahan antara kedua-dua 20. mendirikan --> membuka 15. menghadiri ke --> menghadiri / menghadirkan diri ke / hadir ke 7. tersedak-sedak --> teresak.