Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas

http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/09/02/49/

Rumah Hadith SoalJawabAgama Syarah Hikam Tafsir

Ibnu Abbas
“Dulu, Kini & Selamanya HidupMatiku Untuk Islam…Insya4JJI” September 2, 2007

Tafsir Al fatihah
Posted by ibnuabbas under TAZKIRAH [30] Comments

Al-Fatihah – Keistimewaan dan fadilatnya
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat. Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak. Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi. Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah. Menghimpun Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat. Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya : 1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.

1 of 22

11/28/2011 9:17 PM

Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas

http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/09/02/49/

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab. 3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas. 4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri. 5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah. 6. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik. Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya. Inilah sebahagian daripada fadilat al-Fatihah. INTI PATI DAN KANDUNGAN Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri’, iktikad dengan Hari Akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas. As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi at-Tafsir – berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya. As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya – Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat. As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur
2 of 22

11/28/2011 9:17 PM

bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah. Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. 2.w. Dicabut Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s. 3 of 22 11/28/2011 9:17 PM . surat. Ini kerana mengikut sebahagian ulama. ia akan terputus. kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah.a. Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi. 4. maksud `terputus’ di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat. Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran TAFSIR AYAT PERTAMA Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji. Makna ayat ini ialah. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s. kitab dan hajat-hajat.com/2007/09/02/49/ membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat : 1.wordpress. akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan. hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya. ar-Rahman dan ar-Rahim.t : Hai manusia.w. Dua masa ujian.a. Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s. ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah. Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.w. dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji. ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah. 3. iaitu Allah. Al-Alusi dalam kitabnya – Ruh al-Ma’ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma’ ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan basmalah. kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah.

yang bertamadun atau tidak. yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI AYAT ketiga (AR-RAHMAN AR-RAHIM). al-Allamah Abu Su’ud membezakan antara sumpah dan minta berkat. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah. kerana hendak diibaratkan dengan banyaknya rahmat. bukan Allah sahaja? Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Perbezaan antara Allah dan ilah. 2. iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain. justeru tidaklah menjadi masalah. Sebaliknya ilah menunjukkan umum. ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah. Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara : 1. 4 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Dua sifat ini diambil daripada rahmat. Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil. ********************************************************* Ibadah – Matlamat asal ciptaan jin dan manusia Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul Oleh DR. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin. Kenapa disebut dengan nama Allah. sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini. Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Inilah ajaib nama ini. Maksudnya : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. ar-Rahman atas wazan – fa’lan – untuk menunjukkan lebih dan banyak. Kedua.wordpress.com/2007/09/02/49/ Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan. Jawabnya : Dengan Allah. jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah. sama-ada kepada Allah. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja. Dan semua makhluk seperti manusia.

Faedah sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim selepas lafaz `Rab al-`alamin’ ialah lafaz Rab menggambarkan kebesaran. Inilah pendapat yang rajih mengikut ahli tahqiq. termasuk menurunkan al-Quran dan lain-lain. Secara umumnya. seolah-olah yang pertama sebagai sifat dan yang kedua sebagai perbuatan. hampir-hampir menjadi nama khusus. Bahru al-Muhit berkata : Dimulakan dengan sifat rububiyah jika Rab dengan makna ketua. 5 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Ibn al-Qayyim berkata: Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim mempunyai makna yang cukup indah. tidak ada di dalam al-Quran kalimah tambahan tanpa makna yang dimaksudkan. Tetapi pendapat ini daif. Kemudian beliau menambah noktah ini : Kamu hampir tidak mendapati pada mana-mana kitab. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim kerana beberapa perkara: . iaitu ar-Rahman menunjukkan sifat yang berdiri bagi Allah. Abu Hayyan dalam tafsirnya.Meminta rahmat dan kasih sayang bagi menunjukkan sangat suka dengan nikmat Allah. Inilah pendapat Sheikh Abdur Rahman Habannakah dalam tafsirnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kedua-dua lafaz ini memberi makna yang satu kecuali yang kedua menjadi penguat kepada yang pertama. sedangkan ar-Rahim menunjukkan bergantungnya dengan apa yang dirahmatinya. Justeru banyak ayat `ar-Rahim’ datang dengan ibarat `al-Ghafur’ Maha Pengampun yang tidak dapat kecuali orang yang beriman.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. . Ibn Jarir menegaskan. Inilah pendapat as-Sobban dan al-Jalal. tuan atau pemilik yang berhak diabdikan. `Ar-Rahim’ – juga diambil daripada rahmat. .com/2007/09/02/49/ `Ar-Rahman’ – sebahagian ulama menganggap khusus untuk nama Allah dan tidak digunakan sifat yang lain. atas wazan – fa`ill – menunjukkan banyak tetapi lafaz `Rahman’ lebih banyak hurufnya daripada `Rahim’. Rahman memberi makna segala nikmat yang besar. ihsan dan banyak kurniaan-Nya. Boleh jadi tanggapan pandangan bahawa Rab ini amat keras tanpa kasihan belas terhadap hamba-Nya yang sudah tentu diselubungi hatinya perasaan takut dan putus asa.Isyarat kepada rahmat-Nya dengan mengutus nabi akhir zaman sebagai rahmat untuk sekalian alam. Kebanyakan lafaz `Rahman’ digunakan dalam al-Quran merangkumi rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam.Isyarat kepada sempurnanya rahmat Allah yang besar dan seni terhadap hamba-Nya di dunia dan akhirat. Justeru amat munasabah didatangkan dengan jumlah ini untuk mengesahkan bahawa Rab ini bersifat Rahman dan Rahim. Dan keputusan kaedah oleh ulama bahasa Arab bahawa bertambahnya binaan huruf menunjukkan bertambah maknanya. ketua dan kuasa.Penguat pujian kepada Allah dengan sifat rahmat-Nya yang memberi kesan kepada hamba-Nya. Inilah khusus al-Quran. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim adalah di atas jalan takhsis (khusus) selepas umum. Ma`arij at-Tafakkur. Sedangkan lafaz `Rahim’ digunakan untuk rahmat yang khusus bagi orang yang beriman. Sedangkan makna Rahim segala nikmat yang seni lagi kecil. .wordpress.

Ayat keempat (MALIKI YAUMID DIN).a.Dalil bahawa semua hamba yang mukalaf dikurniakan Allah akal. Maksudnya : Yang menguasai hari pembalasan.Makna ayat ini seperti kata Ibn Abbas : Kami ibadah kepada-Mu dan tidak ibadah kepada yang lain. . ikhtiar dan kudrat yang memungkinkan bagi mereka melakukan kebaikan dan kejahatan. As-Syahid Hasan al-Banna menafsirkan bahawa jika perkara yang demikian.Hikmah yang sebenarnya kerana orang baik dan jahat tidak sama. Allah pada hari tersebut adalah raja pada setiap sesuatu dengan kerajaan-Nya yang besar.Ingatan kepada amalan yang baik kerana pasti dibalas mengikut amalan masingmasing. Tirmizi.w. . Syeikh Sirajuddin berkata : Ayat ini menegaskan beberapa perkara: . . Allah juga pemilik pada hari tersebut yang tidak disertakan oleh mana-mana makhluk dalam pemilikannya. Justeru sifat Rahmaniah dan Rahimiah dinyatakan untuk membuka ruang cita-cita hamba dalam memohon keampunan sekalipun sudah tergelincir. zaman dikehendaki juga dengan setiap sesuatu padanya yang maddi atau maknawi. tanpa sebarang sekutu dalam kerajaan-Nya walaupun dalam bentuk gambaran sekalipun. `Maliki’ dengan dipanjangkan `ma’ memberi maksud pemilik. `Ad-Din’ bermakna agama atau disebut hari balasan dan penghisaban Allah terhadap hamba-Nya. Dalam ibarat yang lain – Ya Allah kepada-Mu saja kami ibadah dan 6 of 22 11/28/2011 9:17 PM . bertujuan kesungguhan prihatin dan orang Arab mendahulukan yang paling penting daripada yang penting seperti jawapan al-Qurtubi.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. As-Syahid Syed Qutb mengibaratkan ayat ini dengan gambaran yang besar lagi mendalam berhubung dengan keseluruhan iktikad Hari Akhirat yang menjadi pemisah antara dua golongan manusia yang beriman dan yang ingkar.” . di dalam hadis riwayat Ahmad. Kedua-dua bacaan ini mutawatir mengikut bacaan qurra’ yang sepuluh. Syeikh Abdul Rahman Habannakah berkata : Dua bacaan ini saling menyempurnakan dalam menunaikan makna yang dikehendakinya.wordpress. fikiran. . `Yaum’ dengan makna hari.Ayat kelima (IYYAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA`IN). masa. justeru hari ini sebagai pemisah. jadilah hamba yang mukalaf mencari kebaikan dan jalan yang selamat lebih penting daripada segala-galanya.Ingatan kepada wujud dan benarnya hari ini sebagai pembalasan.com/2007/09/02/49/ Jadilah ia sifat perbuatan baginya. Didahulukan yang kena buat (maf`ul) daripada perbuatan memberi maksud terbatas dan takhsis kepada ini sahaja.” Inilah juga kenyataan Umar al-Khattab : “Hisablah (hitunglah) dirimu sebelum kamu dihisab. Sabda Rasulullah s. `Iyyaka na’budu’. sedangkan `ma’ tanpa dipanjangkan memberi maksud raja. Ibn Majah dan al-Hakim daripada hadis Syaddad bin Aus: “Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa muhasabah dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Didahulukan kalimah `kepadamu’ daripada kalimah `kami ibadah’. Maksudnya : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

Ibn Jarir mendefinisikan ibadah ialah. mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan.com/2007/09/02/49/ kepada-Mu sahaja kami minta tolong. Rahsia ibadah dan kesannya: Terdapat banyak kelebihan ibadah.a.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. . . sedangkan mungkin pelaku ibadah seorang saja. Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam tafsirnya menambah sebab yang lain. Ibadah pada bahasa ialah kehinaan.Menghampirkan diri kepada Allah. 7 of 22 11/28/2011 9:17 PM . aku hamba yang fakir lagi hina tidak layak untuk munajat-Mu secara bersendirian. hati.Perlaksanaan hamba segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan Allah dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Tuhannya. tunduk dan takut.a. Ibadah diasaskan kepada beberapa faktor: .w.Taat kepada Allah dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang melalui Rasulullah s.t. antaranya: .w. .Pemerhatian bahawa kesemuanya itu bagi melaksanakan kewajipan hak Allah seperti hadis Muaz yang bersama Rasulullah s.w.Al-Alusi pula mendefinisikan ibadah ialah. . . taat. takut dan mengharap. merendah diri. ditanya tentang hak Allah terhadap hamba dan hak hamba terhadap Allah. Abi Su’ud berkata : Ini kerana pengiktirafan hamba betapa lalai dan cuainya dia ketika berdepan di pintu Raja segala Raja (Allah) yang dimintanya pertolongan hidayah secara perseorangan.. tahap tertinggi daripada segala ketundukan dan kepatuhan yang tidak mungkin berlaku dari segi syarak dan akal mengerjakan ibadah selain-Nya. justeru terimalah doaku bersama mereka. iaitu digunakan `kami’ pada ibadah dan meminta tolong sebagai iklan betapa berhajatnya semua untuk ibadah kepada Allah yang menciptakan mereka.Dengan beribadah.wordpress. .Ibn Khatir mendefinisikan ibadah pada syarak dengan ibarat daripada himpunan kesempurnaan kasih sayang. roh dan jasad hamba menjadi sebati dalam ketaatan. Ini kerana kami semua ibadah kepada-Mu dan meminta pertolongan dengan-Mu. Justeru aku sertakan bersama ahli tauhid dan aku berdoa bersama mereka. patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah s. seolah-olah dia berkata : Hai Tuhan. ketundukan dan kepatuhan. tunduk. tunduk patuh. Pada syarak pula ialah: . Bahasa yang digunakan adalah ramai – kami ibadah dan kami minta tolong.Ma’rifah kepada Allah dan iktikad keEsaannya.

. Zad al-Masir menyebut empat pendapat pada maksud ihdhina. sedangkan meminta tolong adalah permintaan mereka. Ibnu al-Jauzi melalui tafsirnya.Ibadah adalah hak Allah. aku wasiatkan supaya jangan kamu tinggalkan selepas solat doa ini.Dengan beribadah dapat menukar pengabdian yang umum kepada yang khusus.Ibadah merupakan amanah yang besar yang dipikul oleh manusia. .” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud). . Hikmah didahulukan ibadah daripada meminta tolong ialah: . meminta tolong kepada Allah nescaya Allah menolongnya sehingga dapat ditunaikan hak ibadah dan dapat keluar daripada kezaliman dan kejahilan. ************************************************************** Sirathal mustaqim – Mengapa kita meminta hidayah? Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul Oleh DR. justeru permintaan hendaklah diadukan kepada-Nya juga. 8 of 22 11/28/2011 9:17 PM . seperti doa orang berbuka puasa ketika berbuka adalah mustajab kerana ia dilakukan selepas beribadah. `Ya Allah tolonglah aku untuk mengingat-Mu. .Mendapat keamanan daripada Allah. . ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI AYAT keenam (IHDINAS SIRATHAL MUSTAQIM). Hadis Mu’az.com/2007/09/02/49/ .Doa yang didahulukan dengan ibadah amat mustajab. `Iyyaka nasta`in’. iaitu ibadah puasa. Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat Ali dan Ubay.Oleh kerana hamba semuanya fakir dan berhajat kepada Allah Yang Maha Kaya.Dengan beribadah hamba berada dalam pemeliharaan Tuhan. .Mendapat kegembiraan daripada Allah. Nabi bersabda : “Ya Mu`az. bersyukur kepada-Mu dan baik dalam beribadah kepada-Mu’. Maksudnya : Tunjukkilah kami jalan yang lurus. 1. Tunjukkan kami.wordpress.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas.Dapat mengecapi kemanisan iman.Konsep ibadah merupakan asal matlamat ciptaan jin dan manusia. justeru perlaksanaannya dengan meminta doa dan meminta pertolongan kepada Allah hingga akhir hayat. Kuasa dan Sempurna. . 2. aku kasih kepadamu. Meminta doa dan pertolongan kepada Allah merupakan arahan Allah dan Rasul-Nya melalui nas-nas al-Quran dan hadis.

. Dinamakan sirath kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri kepayahan dan kesibukan. 4. seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas dan pendapat Mujahid. Ilhamkan kami.Sirathal Mustaqim. 9 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Di sini disenaraikan makna lain bagi sirath : 1.wordpress. hukum-hukum. Begitu bahasa semua orang Arab. nasihat dan peringatan. 4. Selesai memuji Allah amat sesuai meminta seperti firman Allah dalam hadis qudsi : Separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku. Agama Islam seperti pendapat Ibn Mas’ud. segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba yang zahir dan batin dalam kehidupan dunia beribadat untuk Tuhan mereka. Ibn Jarir berkata : Ijmak ummah daripada ahli tafsir semuanya bahawa sirathal mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok. .Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas.Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan. Taufiqkan kami. Lafaz sirath menunjukkan syariat.Hidayah umum bagi semua makhluk. Kemudian ulama berselisih pada mentafsirkan sirath. iaitu jalan. Sekalipun kembali kepada satu sahaja iaitu mengikut bagi Allah dan Rasul.w. ilham dan masuk ke dalam hati. Kemudian meminta hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya seperti pendapat Ibn Kathir. Sirath dibaca dengan sad atau sin mengikut qiraat mutawatir. 2. dan hamba-Ku apa yang diminta. Mujahid mentafsirkannya dengan kebenaran. Abu al-Aliah dan lain-lain. Jalan ke syurga seperti yang dinaqalkan daripada Ibn Abbas. 3. Hidayah dalam al-Quran mengandungi beberapa makna : . Inilah keadaan yang paling sempurna selepas puji. Jalan yang membawa petunjuk kepada agama Allah. . Yang dimaksudkan hidayah di sini ialah yang ketiga.com/2007/09/02/49/ 3. Ibn Abbas. ada riwayat menyebut kitab Allah.a. 5.Hidayah taufiq. Kitab Allah seperti riwayat Ali daripada Nabi s. al-Hasan.

Dengan hidayah perjalanan hamba berubah daripada suasana yang penuh dengan maksiat kepada limpahan cahaya iman dan ketaatan. Sentiasa istiqamah.a. dibuang perkataan sentiasa seperti pendapat Ibn al-Anbari. 3. Riwayat Imam Ahmad daripada Anas.a. bersabda. sabda Rasulullah s. Sirathal mustaqim merupakan jalan Rasulullah s. iman dan istiqamah dalam kehidupan Muslim merupakan inti pati kejayaannya dalam mengikut sirathal mustaqim.w. dan para nabi dahulu. syuhada dan orang-orang solihin. siddiqin. Hidayah merupakan kurniaan Allah yang paling besar untuk hamba-Nya. Aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah. sedangkan mereka telah diberi hidayah? Terdapat tiga jawapan di sini : 1. dan pilihan untuk hamba-Nya daripada agama. Imam Muslim meriwayatkan hadis Sufian bin Abdillah al-Thaqafi. Berjalan di atas sirathal mustaqim memerlukan kepada dua perkara asas : 1. Dan tidak menjaga wuduk kecuali orang yang beriman. Keikhlasan yang benar dan tawajjuh kepada Allah Tuhan Rabbul `Alamin. thabit dan tetap dalam melakukan perkara fardu dan sunat serta menjauhi daripada yang haram dan larangan..w. 10 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Maksudnya.a.Justeru. Sirathal-mustaqim ialah jalan yang dipilih Allah untuk dirinya dalam perlaksanaan segala takdir. dan ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik amalanmu ialah solat.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas..w. sabda Rasulullah s. yang akhirnya membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Katakanlah. Istiqamahlah kamu dan jangan menghitung. Tanpa dinafikan hakikat hidayah daripada Allah tetapi permohonannya hendaklah diteruskan kerana arahan Allah dan Rasulnya s.a. Maksudnya tambahkan untuk kami hidayah. Maksudnya. Tidak istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya.a. 2. 2. dan tidak istiqamah hatinya sehingga istiqamah lidahnya.w. bertanya Nabi s. tunjukkan kami sentiasa di atas sirathal mustaqim. Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah kadhi Thaubaa bahawa Nabi s.wordpress.w. thabit dan tetapkan kami di atas petunjuk seperti percakapan orang Arab.com/2007/09/02/49/ Persoalannya kenapa orang Islam meminta hidayah.w. gabungan daripada hidayah. tentang Islam yang tidak pula ditanya kepada orang lain lagi.a. dan inilah jalan yang diiltizamkam oleh golongan yang diberikan nikmat Allah daripada kalangan nabi-nabi.

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADHAALIN. Yang demikian itu adalah kurnia daripada Allah. para siddiqin. ******************************************* Amin – Penutup segala doa Oleh DR. iaitu para nabi. Tanpa dinafikan nikmat yang cukup banyak tidak mungkin dihitung seperti yang diketahui. diulangkan lagi maksudnya sebagai penguat dan tafsiran jalan yang diberikan nikmat oleh Allah.wordpress. 5.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Para siddiqin. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Selepas diterangkan ahli nikmat.com/2007/09/02/49/ Ayat ketujuh (SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADDHAALIN) Maksudnya : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka. Ayat ini sebagai dalil bahawa sebesar-besar nikmat Allah ke atas hamba-Nya ialah nikmat hidayah dan taufiq kepada iman. Golongan yang dimurkai Allah. orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. As-Syaukani berkata. Para nabi dan rasul. Para solihin. Para syuhada. Allah sendiri mentafsirkan nikmat kurniaan-Nya kepada golongan tertentu seperti maksud firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 69 dan 70 maksudnya : Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya). -Sirathal lazina an`amta `alaihim. 4. Selepas diminta hidayah sirathal mustaqim. dan Allah cukup mengetahui. bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. diumumkan lafaz nikmat supaya dapat dimasukkan semua. disebut golongan yang terkecuali daripada mendapat nikmat iaitu ada dua golongan : 1. 3. 11 of 22 11/28/2011 9:17 PM . mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah. Para orang yang baik. Golongan yang mendapat nikmat Allah : 1. 2.

selepas dibaca al-Fatihah hendaklah dibaca `amin’ berdasarkan dalil riwayat Ashab as-Sunan. seperti ayat `yang telah Engkau kurnia nikmat’ tetapi pada kemurkaan dan kesesatan tidak dinisbahkan kepadaNya seperti `yang Engkau telah murka dan sesatkan ?’ As-Syeikh as-Sobuni di dalam Sofwah at-Tafasir menjawab : yang demikian itu untuk mengajar hamba beradab dengan Allah. iaitu kejahatan dan keburukan tidak dinisbahkan kepada Allah secara beradab. Menurut sunah. menamakan golongan yang dimurkai ialah Yahudi dan golongan yang sesat ialah Nasara. Golongan yang mendapat kemurkaan Allah. Ayat ini membahagikan tiga golongan manusia : 1.w. berlainan dengan yang tidak mengetahui disangkanya benar tetapi bukan sebenarnya. iaitu jalan ahli iman berdasarkan kepada kebenaran ilmu dan beramal dengannya.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Ini kerana golongan yang tahu dan meninggalkan apa yang disuruh selayaknya dimurkai. Golongan yang mendapat nikmat Allah. Ibn Abi Hatim berkata : Aku tidak tahu di kalangan mufassirin yang menyalahi tafsiran ini. Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan lain-lain. Imam Ahmad dan lainnya daripada Wail bin Hujr daripada 12 of 22 11/28/2011 9:17 PM . 2. Amalan Ibn Kathir membezakan antara golongan yang mendapat nikmat dengan golongan yang tidak. 3. Golongan yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Allah.a. kecuali sifat yang lebih khusus murka ke atas Yahudi dan sesat bagi Nasara kerana thabit dengan nas-nas hadis dan athar. Justeru layaklah laknat ditimpa ke atas Yahudi dan kesesatan bagi Nasrani. Riwayat at-Tirmizi menyebut bahawa Rasulullah s. Tafsiran ini dikuatkan dengan riwayat Abdul Razzak. ini adalah sesat. Moga-moga Allah masukkan kita dalam golongan nikmat-Nya dengan sentiasa dapat hidayah dan taufik di atas landasan yang sebenarnya. Hadis ini seperti kata at-Tirmizi – hasan gharib. Ibn Kathir berkata : Begitulah juga pendapat Ibn Abbas.wordpress.com/2007/09/02/49/ 2. ar-Rabi’ bin Anas. Sebenarnya kedua-dua golongan ini Yahudi dan Nasara adalah sesat dan dimurkai. Ibn Qutaibah berkata : Sesat ialah hairan dan menyimpang daripada kebenaran. Sedangkan Yahudi melupuskan amalan dan Nasara pula hilang pedoman ilmu. ¥ AMIN. Kenapa Allah menisbahkan kepada-Nya pada nikmat. Golongan yang sesat. maksudnya : Perkenankanlah.

dan Ibn Mardawaih dengan sanad yang daif daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s. Ashab as-Sunan dan lainnya daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.a.a.a. Mengikut ulama. Ia boleh dibaca panjang atau pendek mengikut bahasa Arab. Ia kalimah yang bukan daripada al-Quran secara ijmak. kecuali meminta ampun untuknya. nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir.w. hendaklah kamu aminkan bersama. Abu Daud. Justeru disunatkan pemisahan antaranya dengan akhir surah al-Fatihah dengan berhenti seketika. sabda Rasulullah s.wordpress.w. Al-Hafiz al-Munziri berkata : Dikatakan amin merupakan satu nama daripada nama-nama Allah. : Apabila pada ayat akhir Fatihah. yang menyuruh dibaca panjang `aamin’. Imam an-Nawawi berkata : Ini gesaan yang amat besar agar diaminkan. Seperti yang dihikayatkan daripada Ibn al-Anbari daripada Ibn Abbas dan al-Hasan. bersabda : Apabila imam menyebut amin.a. Inilah juga pendapat Mujahid. Al-Allamah al-Munawi dalam syarah hadis ini berkata : Dengan makna bahawa amin mencegah doa daripada rosak dan ditolak. seperti metrai di atas surah menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak layak. Dalam riwayat Muslim. Inilah pendapat al-Hasan dan az-Zajjaj. Kelebihannya jelas berdasarkan riwayat Syaikhan. Mengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi Zuhair an-Namiri.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. sahabat Rasulullah s. At-Tabarani di dalam kitabnya ad-Doa’.w. Orang-orang yang menghendaki sesuatu dan mengaminkannya secara bersekutu akan 13 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Ulama-ulama nahu menyatakan amin sebagai fi`el (nama perbuatan).w.com/2007/09/02/49/ Rasulullah s. maka letakkanlah `amin’ nescaya diterima Allah bagimu. yang apabila mendengar orang berdoa ia berkata : khatamkanlah doamu dengan amin kerana amin seperti cop di atas surah. amin diertikan dengan “Ya Allah terimalah doa kami”. an-Nasai dan lainnya daripada Abi Musa al-Asy’ari. Kalimah Ada pendapat menyatakan maksud amin ialah.w. nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu. begitulah yang diharap. kerana sesiapa yang aminnya bersamaan dengan amin malaikat. bersabda : Amin. Dan dikatakan maknanya : Ya Allah perkenankan. Hilal bin Yasaf dan Ja’far bin Muhammad. khatam Tuhan Rab al-Alamin di atas lisan hamba-hamba-Nya yang beriman. Ini dikuatkan lagi dengan riwayat ad-Dailami daripada Anas yang menyebut : sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan amin.

t. Sedangkan Mazhab Hanafi dan Abu Thur menganggap tidak wajib. Bacaan Fatihah menjadi syarat sah solat mengikut kebanyakan ulama seperti Malik. didapati kalam Allah tidak mungkin dapat difahami dengan sepenuhnya oleh akal manusia sekalipun kebijaksanaannya dikurniakan. Shafie dan Ahmad.wordpress. Luahan daripada lubuk hati kesyukuran yang mutlak kepada Allah di atas segala nikmat-Nya dijelmakan dalam ayat yang kedua. Kemudian pengkhususan permohonan hidayah dilafazkan supaya sentiasa thabit di atas keimanan dan perjalanan orang-orang solihin.a. Ibn Jarir dan Abu as-Syeikh daripada Ikrimah katanya : Nabi Musa berdoa sedangkan Nabi Harun mengaminkan dan Allah memakbulkan untuk kedua-duanya. Tambahan dengan penjelasan hidayah kepada golongan yang Allah kurniakan nikmat. syariat. Inilah mukjizat al-Quran. Inilah yang diriwayatkan daripada Abdul Razzak. hadis Ubadah bin as-Somit daripada Nabi s. As-Syeikh Hasan al-Banna dalam penutup tafsir surah al-Fatihah mengungkap kata : 14 of 22 11/28/2011 9:17 PM .Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Makna dan maksud yang tinggi nilainya dan fahamannya merumuskan dasar-dasar kehidupan Muslim sama ada dari segi akidah.w.w. Pengistiharan kehambaan untuk diabdikan hanya kepada-Nya sahaja. iman. akhlak hingga kepada tawajjuh kepadanya dalam permohonan hidayah dan istiqamah di atas jalan yang lurus. begitu juga permohonan dan pertolongan diungkap selepas lidah dibasahi dengan pujian. tetapi riwayat Bukhari dan Muslim. Justeru surah ini dinamakan Um al-Kitab kerana terkandung di dalamnya segala maksud-maksud asas. kebesaran. Sebaliknya meminta berlindung daripada golongan yang dimurka dan sesat dalam melayari kehidupan dan dijauhi daripada jalan-jalan mereka agar sentiasa dalam inayah Allah s. Mukadimah dengan sebutan nama Allah sebagai pembuka bicara dan perbuatan orang-orang Islam yang hanya bergantung kepada-Nya sahaja dalam harapan dan pertolongan. kerahmatan. pemilikan mutlak dan kerajaan pada Hari Pembalasan. semoga segala kehendak itu termakbul dan dimustajabkan Allah. Sifat-sifat Tuhan dipaparkan satu persatu bagi menggambarkan kekuasaan. Terangkum di dalamnya kisah umat terdahulu Termakbul Ditutup dengan khatimah doa – amin. Justeru pendapat jumhur lebih kuat dari segi dalilnya. Selepas menyelami makna-makna dan maksud di sebalik tabir ayat demi ayat dalam al-Fatihah.com/2007/09/02/49/ mendapatkannya dengan doa. sabdanya : Tidak sah solat tanpa bacaan Fatihah.

syukri Says: 15 of 22 11/28/2011 9:17 PM .Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Ini boleh menolong kefahaman dan tiadalah sesuatu yang lebih manfaat untuk hati daripada membaca al-Quran dengan tadabbur dan khusyuk.com/2007/09/02/49/ Bersungguhlah kamu membaca dalam solat dan lainnya dengan perlahan dan penuh perhatian. 2009 at 1:14 pm syukron atas artikelnya sangat membantu saya dalam menyelesaikn tugs saya Balas 3. mohd. Syukron atas ilmunya Balas 2. Rose Says: Julai 4. 2009 at 2:39 pm Assalamualaikum. 2009 at 2:41 pm Terima kasih di atas ilmu yang dikongsi bersama pembaca… Balas 5. CakTaufiq Says: Jun 4. 30 Respons bagi “Tafsir Al fatihah” 1. khusyuk dan menghinakan diri. hilman albanjari Says: Jun 24. Balas 4. Diharapkan ramai yang akan membaca ilmu ini. nor Says: Jun 30.wordpress. berhenti di setiap kepala ayat (tempat waqaf) dan berilah hak-hak bacaan mengikut tajwid tanpa menyusahkan dan memayahkan diri sehingga banyak menyibukkan lafaz-lafaz daripada makna-makna. Be the first to like this post. 2009 at 12:58 pm Syukran.

semoga kami dapatmenambah ilmu dan sekaligus untuk diamalkan. syukran~ Balas 7.sronok dpt tau mkne nme sndiri. 2009 at 2:39 am syukran… cuma asbab nuzul surah alfatihah yang saya tidak jumpa. dadang kuswana Says: Disember 10. 2009 at 9:19 am info yg amt brgne.razee Says: November 5. 2009 at 11:04 am terimakasih atas sajiannya. cahaya keharumanku Says: September 11. Balas 6. Balas 16 of 22 11/28/2011 9:17 PM . zaza Says: Oktober 6. a.. insya Allah menjadi amal soleh yang ikhlas amin. 2009 at 7:10 am alhamdullh…thnx 4 da info. 2009 at 12:17 am semoga ALLAH memberi petunjuk kepada kita semua. sukron Kasyiiran Balas 10... jazakallah khoiron kathiro… Balas 8. Amni Balas 9.com/2007/09/02/49/ Julai 29. dengan tujuan mendapat keridlaan-NYa.wordpress. kami menunggu tafsir surat-surat berikutnya. hahah_peace Says: Disember 31.. 2009 at 5:56 am marilah kita bersama-sama menyebarkan pengetahuan yang kita perolahi drpd web ini.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas.

2010 at 10:18 am 17 of 22 11/28/2011 9:17 PM . 2010 at 6:58 am Al hamdulillah.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Mohon izin untuk disalin dan disiarkan di laman saya. Saya bertemu dgn sesuatu yg saya cari. mohd noor Says: April 15.wordpress. khairol anwar Says: Februari 21. Balas 15. 2010 at 3:23 am terima kasih semoga Allah SWT. Mohamed Says: April 24. Rahmat Wijaya Says: Mac 3. Balas 14. 2010 at 4:28 pm alhamdulillah Balas 16. 2010 at 1:40 am Assalamualaikum… Terima kaseh atas ilmu yang telah dikongsi. selalu melimpahkaan karunia dan hidayah-NYA kepada kiuta semua … Balas 13.com/2007/09/02/49/ 11. nurul Says: April 21. Mohammad Zaki Yahpar Yahya Says: April 11. 2010 at 2:31 pm syukran diatas kerja dakwah kamu pasti ganjarasn di sisi [ALLAH] Balas 12.

t /untuk mendekatkan diri kepadaAllah s. jazakallhu khairan kasiira Balas 17.w.t.com/2007/09/02/49/ Mohon izin utk gunaka baha bagi menyebarkan. 2010 at 2:03 am saya ingin bertanya beberapa soalan 1) benarkan jika salah baca al-fatihah dalam solat . 2010 at 1:56 am bagus sekali… dapat menjelaskan segala yang tersurat dan tersirat Balas 20.wordpress. Akhi Firdaus Says: Julai 16. Balas 19.. 2010 at 10:07 am 18 of 22 11/28/2011 9:17 PM . ibnuabbas Says: Ogos 30.t Balas 1.. 2010 at 4:56 am syukran syeh atas tulisany Balas 18. 3)perlukah kita memasuki tarekat agar sampai kepada Allah s. 2010 at 6:15 am Jazakallah atas perkongsian ini.w.w. 2) benarkah melewatkan /melengah-lengahkan solat adalah berdosa. NIESA Says: Ogos 19.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas.maka solat tidak diterima oleh Allah s.t.walaupun kita menunaikan solat fardu. 4)bagaimana menjadi seorang mukmin sejati 5)macam mana kita dapat mengenali ciri-ciri orang munafik dan kufur nikmat Allah s. NIESA Says: Ogos 19. l ju Says: Julai 12.Alhamdulillah.w.

rububiyyah diambil dari ayat ke 2. maka solat kita sah dan tidak berdosa. tinggal solat adalah kufur nikmat.a. melewatkan solat kerana ada urusan yg syar’ie itu harus. serta cuba mencapai makam Ihsan. “apabila berkelahi. Sengaja melengah2kan solat tanpa urusan yg munasabah seperti berbual kosong dsbnya adalah makruh.w. Yg kufur nikmat Allah pula ialah orang yg fasiq. Mukmin sejati ialah golongan muttaqin(bertaqwa). bukan bermakna dengan hanya memasuki taerekat sahaja. ia khianat. InsyaALLAH. apabila berjanji. jangan sampai salah yg besar iaitu yg menukar makna seperti iyyaka na’budu…dibaca dgn iyaka(tanpa tasydid/sabdu). Hukum memasuki tarekat adalah HARUS. Ada kitab yg menghidangkan lebih 40 tanda nifaq.wordpress. Tarekat bererti satu disiplin yang dilalui dan diikuti oleh salik(org yg masuk tarekat) utk menuju kepada Tuhan(mencari redhaNya). zohor kah. husin bin hasan Says: September 15. walaubagaimanapun. dan jauhi segala yg HARAM. Antaranya solat diringan2kan. Asal jgn keluar dari waktunya. Itu haram! solat bukan pada awal waktu dipanggil waktu ikhtiari(waktu pilihan). 4)mukmin sejati dapat dicapai dgn melaksanakan segala titah perintah Allah yg wajib dan sunat. Antaranya sebagaimana disebut dlm hadis. syarat sah fatihah secara umum ialah betul tajwidnya. 2)waktu solat itu muwassa’(diluaskan) bergantung jenisnya asar kah. Tarekat paling benaer ialah Tarekat yg ditinggalkan oleh Nabi s. Untuk sampai kepada Allah. mulkiyyah dan ubudiyyah.” Dalam riwayat lain ditambah. “Tanda munafik itu ada 3: Apabila bercakap ia bohong. Di sisi jumhur ulama’ umapamanya. mungkin boleh dibuat artikel suatu hari nanti. dan meninggalkan segala yg terlarang daripada yg HARAM dan MAKRUH. menjauhi laranganNYa. WALLAHU A’LAM Balas 21. Kerana amalan yg dibawa alim ulama seperti Imam al Ghazali sudah cukup untuk mendekatkan diri kpd Allah. 2010 at 8:22 am saya ada kemusykilan. maksudnya rububiyyah. Dlm al Qur’an banyak lagi ciri2 munafik. Laksana dan hayati segala rukun Iman dan Islam. mulkiyyah dari ayat ke 4. cuba saudari perincikan salah macamana. bolehkah al fatihah ditakwilkan seperti itu? Balas 19 of 22 11/28/2011 9:17 PM . dan ubudiyyah dari ayat ke 5. Hukum di sisi org awam. Tapi iyaka na’budu bermakna kepada cahaya matahari kami sembah. ia mungkir. ada sahabat saya ni.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. dan apabila diberi amanah. Taqwa yg minimum ialah patuh perintah yg wajib. dan diiktiraf sebagai jalan ahli sunnah wal jamaah dlm bab akhlak atau tasawwuf.Pelaku dosa adalah orang yg kufur nikmat. atau ihsan.. maka solat juga tidaK SAH. Pelajarilah sunnah nabi melalui hadis2nya dgn guru2 yg dipercayai utk fahami apa itu akhlak Islam. dia mentafsirkan al fatihah sebagai sistem. 3)Tarekat pada bahasa bermaksud jalan. 5)MUNAFIK itu banyak cirinya.Ia disiplin yg ditetapkan untuk melatih diri agar taatkan Allah. kalau al fatihah tidak sah. Banyak perkara yg perlu disentuh berkait kufur nikmat ini. Ini kerana iyyaka na’budu bermakna kepada Engkau kami sembah. ia melampau(tidak mahu berbaik)”. lebih2 lagi Isyak dan Subuh. solat pada awal waktunya adalah afdhal. subuh kah…Selagimana kita solat dlm waktunya. Dlm Islam .com/2007/09/02/49/ al fatihah salah satu rukun solat.

Jadi mulkiyyah disandarkan kpd kerajaan. atau Pemilik kpd Hari Kemudian(dgn qiraat riwayat hafs dari gurunya Asim mengikut kaedah Imam Syatibi. yg bermaksud. Allah sebagai Raja segala raja(dgn qiraat lain drp riwayat Hafs=Maliki yaumiddin. Dalam ayat lain. wallahu a’lam.wordpress. ya’budu(present tense). 22.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas.” Ayat 5 merujuk ubudiyyah.”Kepada Engkau kami sembah dan kpd Engkau kami meminta pertolongan. Itulah sebabnya ianya di namakan induk Al-Quran kerana Al-Quran menceritakan perihal manusia dan bumi. Ayat 4 merujuk kepada konsep mulkiyyah. “Maaliki yaumiddin-baca dgn mad pd ‘MAALIKI’).ENGKAU BERIKAN KERAJAAN KPD SESIAPA YG ENGKAU KEHENDAKI. 2010 at 4:52 am Ayat 2 merujuk kpd konsep Rububiyyah. ubudiyyah. Ubudiyyah merujuk kpd konsep pengabdian diri kpd Allah. tiada mad pada ‘maliki’). 2011 at 11:02 pm 20 of 22 11/28/2011 9:17 PM . “Qulillahumma maalikal mulki tu’til mulka man tasyaa’”yg bermaksud. 2010 at 6:39 am Secara ringkasnya apa yang dapat di ambil daripada surah Al-Fatihah ini adalah “manusia yang hidup di muka bumi ini wajib ber A-Quran”.’ ‘Na’budu’ itu asalnya ‘abada’(past tense). terima kasih atas penjelasan saudara. 2010 at 11:57 pm alhamdulillah. Balas 1. Engkaulah PEMILIK KERAJAAN.” Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah Ya Tuhan. timbul kata terbitan ibadah. Allah sebagai Rabb bermakna Tuhan Pencipta. Roslan Says: Disember 22. ibnuabbas Says: September 21. Ibadah merujuk kpd amalan ditu sendiri. Mulkiyyah merujuk kpd qiraat yg pertama membawa erti Raja. Balas 23. ‘Manusia-Al-Quran-Bumi’ saling berkaitan. Ianya merupakan akidah kita. raden Says: April 27.com/2007/09/02/49/ 1.Pentadbir dan Pengurus. husin bin hasan Says: Oktober 2. ‘Iyyaka na’budu wa ‘iyyaka nasta’iin’.

Wajibkan bagi makmum membaca Al-Fatihah ? 2).wordpress. adam ahmad Says: Mei 21. nafsu dan ruh. Balas 25. Bila demikian.Says: November 8. ayat 14. 1..” 2.. Rujuk Surah At-Takwir. Muhammad Fadil Fadhil Says: November 8. Bila wajib. Maksud “kami. apakah yang harus dibaca oleh imam ketika ma’mum membaca Al-Fatihah? 4). “Bukan jalan yang Engkau murka”. hati. Saya keluarkan dua pendapat yang saya ingin berkongsi sasama mukmin. 2011 at 11:20 pm syukran …kerana bermanfaat Balas 21 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Balas 26. ma’mum benar-benar dapat mendengarkan tanpa kesibukan membaca al-Fatihah? 3).dalam rangka memberi kesempatan bagi ma’mum untuk membaca al-Fatihah. 2011 at 5:06 pm Salam.” dalam Al-Fatihah adalah termasuk jasad. Pendapat ini tiada dalam mana-mana rujukan pentafsir tetapi boleh di fikirkan kebenarannya.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Hingga ketika imam membaca surat. iaitu ayat yang membezakan orang islam dan orang beriman atau membezakan muslimin muslimat dan mukminin mukminat.syukran. Rujuk kepada Surah Al-Hujarat. ayat 7:”Dan apabila tiap-tiap diri di satukan.com/2007/09/02/49/ Ustadz aku ada persoalan : 1). Siapakah ulamak yang berpendapat demikian dan apa dalil-dalil yang menguatkannya ? Balas 24. mohd sazali. 2011 at 1:57 am syukran. dan minta izin untuk copy ya akhie Balas 1. adakah kewajiban bagi imam untuk diam. merujuk kepada jalan orang muslim sahaja iaitu muslim tetapi masih ikut jalan yang Allah murka ATAU orang bukan golongan beriman. Abu Hasanain Mohamad Says: Oktober 17. 2011 at 1:33 pm syukran dan izinkan saya copy paste ya akhie..

2007 at 1:51 am Kategori : TAZKIRAH Do More : Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda. — Theme: Connections by www.com/2007/09/02/49/ Tinggalkan Jawapan Notify me of follow-up comments via email. 22 of 22 11/28/2011 9:17 PM . Hantar Komen Entri Terarkib Tarikh Kiriman : September 2.vanillamist.com.com.wordpress.Tafsir Al fatihah « Ibnu Abbas http://ibnuabbas. Blog di WordPress.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful