TAUN PENYAKIT taun atau kolera merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan

bakteria (kuman), vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak dimasak dan dimakan sejuk. Selain ini, lalat dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman taun kepada individu sihat lain. Tempoh bagi kuman taun merebak dalam badan sehingga menunjukkan tanda penyakit adalah dalam masa lima hingga enam hari. Tanda-tanda jangkitan 1. Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna. Kejadian cirit-birit adalah disebabkab oleh pengeluaran racun atau toksin oleh vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar memasuki saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam sodium. Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan

3.

mata cengkung di samping masalah membuang air kerana kehilangan air yang banyak. Pada peringkat ketiga, jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan darah akan meningkat kepada biasa dan penghidap pulih. Jika tidak, suhu badan akan meningkat, peningkatan suhu badan secara mendadak mungkin berlaku dan penghidap akan koma dan mungkin maut.

Bagaimanakah penyakit TAUN boleh di cegah?   Sentiasa amalkan kebersihanan diri: Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum penyediaan makanan. Kekalkan kebersihan dan (sanitasi) sistem pembuangan tinja (najis)yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak: o Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku wabak o Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi jalan (cendol dan buah potong) o Ais kecuali ais dibuat dari air masak atau air yang telah dibotolkan o Makanan tidak masak atau ikan mentah atau jenis kekerang o Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas o Gunakkan air yang bersih sahaja o Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit taun? Jumpa Doktor anda dengan segera!

Bagaimanakah penyakit ini MEREBAK? 1. 2. 3. 4. 5. Melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun. Kurang penjagaan kebersihan diri. Kurang rawatan pada air untuk di minum dan kumbahan/pembetungan. Komplikasi Kehilangan cecair dari badan yang menyebabkan dehidrasi dan renjatan ( shock ) Kematian / maut boleh berlaku dalam masa yang singkat jika tidak mendapat rawatan dengan segera. 

6.

Rawatan 1. 2. 3. 4. Menggantikan cecair badan dan garam yang hilang. Berikan terapi Cecair Rehidrasi Mulut (ORS) Pemberian cecair cecara infusi intravena Pemberian antibiotik seperti; tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin.

2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful