NAMA ARTIKEL

: :

MUHAMMAD FARHAN BIN ZAKARIA THE IMPACT OF STRETCHING ON SPORTS INJURY RISK

RUMUSAN ARTIKEL
Berdasarkan artikel kesan meregangkan otot dan kecederaan dalam sukan, didapati bahawa semua pihak yang terlibat dalam aktiviti sukan digalakkan melakukan aktiviti regangan dalam usaha mengelakkan tercedera ketika beraksi. Namun kebenaran melakukan regangan sebelum dan selepas bersukan dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku masih tidak dapat dibuktikan. Menurut artikel ini, pelbagai kajian telah dijalankan dalam mencari kepastian bahawa melakukan regangan dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Walaupun terdapat banyak sumber menyatakan bahawa regangan dapt

mengelakkan kecederaan ketika bersukan, kajian tidak dijalankan secara tepat dan tidak ada bukti kukuh yang dapat mengiyakan kenyataan ini. Malah terdapat kajian membuktikan bahawa regangan membawa kepada keburukan seperti kecederaan. Menurut kajian dalam membuktikan kebenaran kebaikan melakukan

regangan, keburukan melakukan regangan telah ditemui. Regangan tidak dapat dibuktikan meningkatkan prestasi atlit malah regangan mengakibatkan kecederaan. Hal demikian kerana regangan membuatkan otot tercedera dan tidak dapat beroperasi secara maksimum. Menurut kajian juga, masih tidak ada kajian dan keputusan yang tepat dalam menyokong melakukan regangan dapat mengelakkan kecederaan. Regangan dan memanaskan badan hanya meningkatkan anderalin namun bukanlah satu kepastian dalam mendapatkan prestasi maksimum. Kesimpulannya, tidak semua otot memerlukan regangan dalam bersukan. Hanya otot yang tertentu perlu diregangkan. Aktiviti regangan yang berlebihan dan kurang akan meningkatkan risiko kecederaan ketika bersukan. Regangan dapat meningkatkan kelenturan dan ia penting dalam sukan seperti gimnastik dan menari. Namun menurut kajian, memanaskan badan adalah lebih penting daripada melakukan regangan. Oleh itu, lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum bersukan dan elakkan melakukan regangan yang berlebihan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful