P. 1
ESSAY GEE

ESSAY GEE

|Views: 5|Likes:
Published by Ziera Nasir

More info:

Published by: Ziera Nasir on Mar 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/05/2013

pdf

text

original

DEFINISI KEPIMPINAN TRANSFORMATIONAL Menurut Tichy dan Devanna (1986), kepimpinan transformational melibatkan perubahan yang dramatik dalam

sesebuah organisasi seperti pembentukan dan pelaksanaan visi,

bertanggungjawab untuk menyedarkan para subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai dan norma-norma organisasi dan memberi ruang serta menggalakkan perubahan sama ada dalaman mahupun luaran. Manakala Burns (1978), telah mentakrifkan kepimpinan transformational sebagaimana berikut ; ³ .. Leadership as leaders inducing followers to act for certain goals that represent the values and motivations-the wants and the needs, the aspirations and expectation of both leaders and followers, and the genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act on their own and their followers values motivations´ (pg 19) Bass (1990) juga telah mendefinisikan kepimpinan transformational iaitu sebagai kepimpinan yang menunjukkan kecemerlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dan mengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan. Pemimpin ini juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunkan minat subordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri.

Sebuah syarikat bahan kimia utama di US telah menghapuskan pendekatan ³corporate ladder´ (tangga korporat) dalam pengurusan. Keduanya adalah kerana berubahnya nilai-nilai kerja bermaksud. Jadi. pengurus atau pemimpin baru harus melakukan perubahan demi menarik dan meningkatkan motivasi staf agar terus bekerja di syarikat mereka. samada staf tersebut daripada generasi X dan Y mahupun staf-staf lama daripada generasi Baby Boomers. Contohnya di US. tiada lagi peringkat top dan bottom. maka nilai-nilai kerja dan kepimpinan juga telah berubah. Perubahan ini dilakukan untuk memenuhi kemahuan dan nilai generasi-generasi baru. Walaupun masih ada pemimpin daripada generasi Baby Boomers tetapi kebanyakan daripada pemimpin ini juga telah melakukan perubahan ke atas cara kerja atau organisasi mereka sematamata untuk µmengikat¶ generasi baru ini. jadi setiap orang dalam syarikat tersebut mempunyai rasa kesamaan dan penglibatan. Sebaliknya. maka teori yang amat berkait rapat dengan perubahan yang dilakukan oleh generasi baru ini adalah teori kepimpinan transformational. memandangkan puncak kepimpinan kebanyakan telah diambil oleh generasi baru. hampir 500 syarikat melakukan perubahan ke atas keseluruhan organisasi mereka. Ini bermakna. y .Mengapakah teori ini dipilih? Seiring dengan perubahan tampuk pemerintahan yang bakal dan telah diterajui oleh Generasi X dan Y. tiada lagi bos. Beberapa contoh perubahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat dapat kita lihat dewasa ini. pengaruh atau autoriti beredar dalam kalangan pekerja atau ahli sahaja.

Semua orang akan mendapat rehat berbayar setiap bulan sekiranya mereka melakukan kerja sukarela dan mereka juga mendapat cuti sabatikal selama enam minggu setiap selang empat tahun. Firma ini juga menawarkan kepada ibubapa kelas pengurusan masa agar mereka tahu bagaimana untuk mengurangkan jam bekerja mereka dan menghabiskan lebih masa dengan keluarga. Generasi X dan Y adalah seperti berikut : Boomers Motivations Individuality Achievement Relatable Pembuatan Keputusan Experts Information Brand-Switchers Management & Leadership Cooperation Competency Doers Generation X and Y Own-Community Self-Discovery Relational Friends Anecdotes No brand loyalty Consensus Creativity Feelers . Sekadar menyebut kembali. y Sebuah syarikat pengisian (software) di Silicon Valley juga tidak menetapkan jam waktu berkerja. antara perbezaan ketara antara nilai berkerja Baby Boomers. Staf datang bekerja mengikut pilihan mereka.y Sebuah firma perakaunan terbesar di US memberi cuti selama empat minggu setiap kali terdapat kenaikan gaji baru ( kebanyakan syarikat di US menawarkan cuti dua minggu sahaja ).

terdapat beberapa persoalan : 1. Mereka bersedia mendengar segala masalah dan pendapat yang dikemukakan dan memberi maklum balas serta membantu dalam membina keyakinan diri. Mengapakah ada sesetengah pemimpin mentransformasikan gaya kepimpinan agar staf dari generasi Boomers dapat bekerja dengan baik bersama generasi X dan Y? 3. Bagaimanapun.Kita juga mendapati bahawa Generasi X dan Y ini sangat menghargai feedback daripada orang sekeliling mereka. Mereka bersedia untuk mengakui hakikat bahawa semua subordinat mempunyai keinginan dan keperluan yang berbeza dan perlu ditangani agar organisasi dapat manfaat daripada perbezaan yang wujud. Apakah faktor yang menyebabkan pemimpin generasi X dan Y berkeinginan untuk meneruskan kepimpinan mereka? 2. . Dalam hal ini. kolaborasi. kita dapat melihat kadang kala perbezaan cara kepimpinan ini menyebabkan sukarnya kerjasama terjalin antara Generasi Boomers dengan Generasi X dan Y. pemimpin jenis ini memainkan peranan seperti seorang rakan pembimbing. aspirasi dan matlamat. terdapat empat ciri utama yang digambarkan sebagai seorang pemimpin transformational iaitu : 1. Mereka juga cenderung untuk membina hubungan dalam komuniti. Memberi Pertimbangan secara Individu Seorang pemimpin transformational memberi perhatian terhadap keperluan subordinatnya sama ada dari aspek jangkaan. Bagaimana staf terus dapat memberikan komitmen pada pekerjaan walaupun tampuk kepimpinan kian berubah? Menurut Greenberg dan Baron (1997). Oleh sebab itu. dan seronok berkerja dalam kumpulan.

dan kekuatan bersama-sama subordinat. Ciri-ciri ini dibangunkan dengan mengutamakan komunikasi pelbagai hala dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka tidak mengutamakan status quo dan keterbukaan yang tinggi menyebabkan subordinat tidak kekok untuk menyuarakan pandangan kerana tedapat rasa saling percaya antara mereka. maka staf mungkin akan merasa kurang kepuasan dalam berkerja dan mengurangkan langsung kualiti kerjanya.Keadaan yang seperti ini memerlukan pemimpin transformational bertindak melebihi kepentingan peribadi dalam membuat apa-apa pertimbangan terhadap subordinat. Kesannya. mereka juga menggunakan orientasi pembangunan yang menggalakkan subordinat supaya berbangga dengan kemampuan diri serta membuka ruang kepada cita-cita yang diidamkan. subordinasi akan berasa dihargai dan situasi begini akan dapat meningkatkan lagi komitmen mereka dalam pekerjaan dan masalah yang dihadapi. dan masalah peribadi. Mereka bersedia berkongsi idea. 2. Melalui cara ini. Sekiranya pemimpin tidak memenuhi ciri-ciri ini. Dan ciri-ciri ini ada pada gaya kepimpinan transformational pada Generasi X dan Y. masalah hubungan sesama sendiri dan pihak luar. pengalaman. di samping memenuhi keperluan individu. . para subordinat dapat mengemukakan idea dan pandangan mereka secara bebas dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penerangan ini sekaligus menjawap persoalan bagaimanakah staf terus dapat memberikan komitmen pada pekerjaan walaupun kepimpinan berubah. Stimulasi Intelektual Pemimpin transfomasi bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada subordinat dalam mengubah cara berfikir terutama mengenai masalah teknikal. Malah.

Karisma Pemimpin transformational akan berusaha untuk menanmkan sifat keyakinan. hormat dan kebanggaan kepada pengikut-pengikutnya. Pengikut senang di samping mereka dan mengidentifikasi diri mereka dengan pemimpin. bagaimana kepimpinan jenis ini akan dapat membantu staf untuk terus dapat memberikan komitmen pada pekerjaan walaupun tampuk kepimpinan kian berubah. Mereka mempunyai kemahiran luar baiasa berucap. pemimpin transformasi akan memotivasikan subordinat dengan berkongsi visi dan matlamat organisasi. Mereka juga mempunyai misi yang jelas untuk dikomunikasikan kepada subordinatnya. kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat juga membuktikan kelemahan mereka. 4. Mereka bersedia berada di barisan hadapan apabila subordinat mereka dicabar. serta tidak membebankan subordinat dengan perkara-perkara yang remeh. pada masa yang sama mereka juga bersedia untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila diancam. peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan secara bersama. Ini juga memberi gambaran. Pemimpin akan menunjukkan contoh terbaik dengan berkerja keras.3. Malah. . Mereka juga sentiasa mendahului subordinat dalam mematuhi undang-undang. pemimpin akan mendapat kerjasama yang tinggi daripada pengikut mereka. Subordinat juga bersedia melakukan perubahan yang drastik apabila diminta untuk bertindak sedemikian oleh pemimpin mereka kerana mereka percaya dengan kebaikan yang akan diperoleh hasil perubahan yang diperkenalkannya. memujuk dan berkemahiran konseptual serta teknikal yang tinggi. bersikap optimistic apabila berhadapan dengan krisis. Dengan meningkatkan motivasi subordinat. Inspirasi Motivasi Dalam perkara ini. Pada mereka.

Mereka juga mementingkan apa yang baik bagi individu-individu yang mereka pimpin. Pertama pemimpin yang mengkehendaki kuasa peribadi.Teori Motivasi Pencapaian oleh McClelland ada menyebut bahawa dorongan yang ada pada seseorang untuk mempengaruhi individu-individu lain mewujudkan dua jenis pemimpin. Mereka menghabiskan lebih banyak masa membina perhubungan dengan rakan sekerja dan ahli . Mereka tidak suka menguasai individu-individu yang dipimpinnya. aktif dalam membina jaringan kerjasama dan persahabatan. ini menjawap persoalan apakah faktor yang menyebabkan pemimpin generasi X dan Y berkeinginan untuk meneruskan kepimpinan dan persoalan KEPERLUAN BERGABUNG Gaya kepimpinan generasi baru juga mementingkan teamwork dan komunikasi terbuka. Mereka berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada individu-individu yang dipimpinnya. Manakala kedua pemimpin yang mengkehendaki kuasa sosial. sebaliknya mereka suka bersama-sama bekerja dengan mereka. Pemimpin jenis ini menginginkan kuasa adalah disebabkan hanya dengan kuasa itu dia dapat mencapai matlamat bersama yang diperjuangkannya. Berdasarkan ciri-ciri kerja dan kepimpinan yang telah dibincangkan sebelum ini. kita dapat melihat bahawa Generasi X dan Y sangat berhubung rapat dengan gaya kepimpinan yang kedua. Ini dapat kita lihat dengan banyaknya perubahan dilakukan lebih berorientasikan kepada kemahuan pekerja. Mereka mahu memahami perspektif rakan sekerja mereka dan orang lain. dan tidak akan memberi arahan serta tidak berharap akan diikut hanya semata-mata merka berkuasa. Ini amat berkait rapat dengan gaya kepimpinan generasi baru yang dikatakan sukakan kolaborasi. Pemimpin jenis ini sangat mementingkan cita-cita dan perjuangan bersama. Secara tidak langsung.

Oleh sebab itu. Mereka memerlukan maklum balas itu tanpa mengira sama ada usaha mereka berjaya mahupun gagal. supaya dapat mengetahui sejauh mana atau di mana mereka sudah berjaya. maka keperluan bergabung mereka tidak dapat dipenuhi. apabila mereka merancang matlamat tugas. serta begitu jgua apabila mereka gagal. Ini juga menjawap persoalan mengapa mengapakah ada sesetengah pemimpin mentransformasikan gaya kepimpinan mereka. Oleh sebab itu. dapatlah kita kaitkan bahawa perubahan yang dilakukan adalah kerana pemimpin sama ada generasi Boomers mahupun X dan Y melakukan transformasi kerana keinginan untuk disukai dan diterima oleh orang lain. mereka membuat matlamat-matlamat yang sederhana sahaja kesukarannya. Bagaimanapun. . mereka sangat menghargai maklum balas ke atas daya usaha yang mereka lakukan sama ada baik ataupun tidak. Sekiranya mereka tidak dapat bergabung atau membina perhubungan dengan rakan sekerja. Hal ini sangat bertepatan dengan gaya kepimpinan oleh Generasi X dan Y di mana mereka ini sangat menghargai feedback yang diberikan. Oleh sebab itu. adalah amat penting untuk mereka agar dapat membina persahabatan dan hubungan interpersonal yang baik.kumpulan mereka berbanding pemimpin terdahulu buat. KEPERLUAN PENCAPAIAN Individu yang memiliki keperluan pencapaian yang tinggi mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mengambil tanggungjawap bagi melaksanakan sesuatu tugas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->