You are on page 1of 9

Isi Kandungan

Pengenalan............................................................................................................................................ 2 Sejarah Tenis ........................................................................................................................................ 3 Peristiwa Penting Dalam Sejarah Tenis ............................................................................................ 4 Sejarah Tenis Di Malaysia................................................................................................................... 5 Mengenai Tenis..................................................................................................................................... 6 Penutup .................................................................................................................................................. 8 Rujukan .................................................................................................................................................. 9

Pengenalan Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: 1. Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. 2. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.

Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.

Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah Tenis Pada masa kini, sukan raket adalah salah satu sukan yang diminati ramai dan tenis adalah salah satu daripada sukan raket. Tenis merupakan permainan paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan Sejarah permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece,. Pada zaman kesebelas, sejenis permainan yabg dikenali jen depaume yang menyerupai permainan tenis pada hari ini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu manakala pemukulnya hanyalah menggunakan tangan kosong. Permainan ini kemuian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad Ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Bermula dari sini, sukan ini berkembang ke Negara Eropah lain. Raket bertali diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah Inggeris, Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan perteangahan yang menjadikannya sebagai permainan luar. Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868.

Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.

Peristiwa Penting Dalam Sejarah Tenis


1877 Kejohanan Tenis Wimbledon diadakan diatas gelanggang rumput. 1878 Servis overhead diperkenalkan 1900 Pertandingan Piala Davis (antara negara) diperkenalkan 1913 Penubuhan International Lawn Tennis Federation 1926 Kejohanan Pertama Tenis Profesional di Madison Square New York 1969 Rekod perlawanan paling lama iaitu 5 jam 12 minit di antara P.Gonzales dari Amerika dan C.Pasarell di dalam 112 game 1970 Sistem kiraan tie-break diperkenalkan untuk menghadkan perlawanan berlarutan

Sejarah Tenis Di Malaysia

Perkembangan tenis di Malaysia bermula pada awal abad ke-20. Bermula dengan penubuhan Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Menandakan bermulanya perkembangan sukan tenis di Malaysia. Beberapa tahun kemudian selepas penubuhan persatuan, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia. Hari ini, persatuan tenis di Malaysia iaitu LTAM telah membuat pelan tindakan dan pembangunan tenis jangka panjang melibatkan pemain-pemain muda untuk melatih bakal pelapis sukan tenis di negara ini. Ini adalah satu langkah yang wajar diambil untuk mencingkil bakat-bakat baru. Justeru, pemain yang sedia ada seperti Fazreen Fuzi dan Adam Jaya serta pemain wanita, Khoo Chin Bee, Tan Lynn Yin serta Liaw Chen Yee perlu diberi pendedahan di peringkat untuk meningkatkan tahap persaingan dan membentuk mereka sebagai pemain tenis terkemuka dunia. Pada Februari lalu, Malaysia telah menjadi tuan rumah Kejhanan Tenis Piala Fed Zon Aisa/Ocenia. Pemain yang beraksi pada kejohanan kali ini terdiri dari muka baru seperti Jawariah Nordin, T. Neesha, Choo Lyn Lee selain penglibatan muka lama Khoo Chin Bee. Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Datuk Abdul Razak Latiff berkata kejohanan ini akan memberi pendedahan kepada pemain negara . Skuad negara bersaing dengan lapan pasukan lain iaitu Hong Kong, India, Iran, Kyrgzstan, Kuwait, Filipina, Singapura dan Syria.

Mengenai Tenis

Pengenalan Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay.Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebarnuntuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.
6

Bola Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian Pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

Penutup

Sukan Tenis ialah sukan yang memerlukan latihan dan kemahiran khusus. Tenis bukanlah seperti sukan-sukan lain kerana tenis memerlukan asas latihan tertentu. Dimulakan dengan cara pegangan, Eastern dan Continental, kemudian cara pukulan Forehand dan Backhand dan beberapa teknik asas lain seperti Volley,Smash dan lain-lain. Tenis merupakan antara sukan utama golongan professional berbeza dengan golf yang menjadi sukan bagi golongan atasan. Dengan mempunyai latihan asas yang betul, kita dapat bermain tenis dengan baik. Daripada tugasan ini, kami melihat bagaimana cara bermain tenis dengan betul. Kemahiran bermain tenis ini tidak dapat diperolehi dalam masa yang singkat kerana memerlukan latihan dan usaha yang berterusan selain daripada tunjuk ajar daripada jurulatih. Dapat mengetahui sejarah sukan tenis dari awal hingga ke hari ini adalah perkara yang penting bagi seseorang untuk menjiwai dan menyemat semangat tenis dalam diri ini. Kementerian Belia dan Sukan turut mengalakkan remaja pada hari ini belajar bermain tenis. Begitu juga dengan Persatuan Lawn Tenis Malaysia yang giat dalam mencari pelapis sukan tenis Negara. Kita hendaklah menyahut seruan ini bagi menunjukkan sokongan kita terhadap tenis. Di sini perkara hendak jelaskan ialah dalam mencapai sesuatu kita hendaklah berusaha dan tekadkan azam dalam perkara yang ingin kita capai. Kerana tenis memerlukan usaha yang berterusan untuk menjadi pemain yang professional seperti Roger Federer. Untuk mencapai matlamat yakin, tekad dan usaha pasti akan membawa kejayaan. Majulah Sukan Untuk Negara

Rujukan
http://sgbulohtennisteam.com/main/?page_id=393 http://www.scribd.com/sejarah-perkembangan-tenis http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenis