You are on page 1of 9

SEDIA

PERINTAH : BARIS ! BARIS .. SEDIA!!


Angkat kaki kiri setinggi 30cm (12) kehadapan. Hentak kaki kiri rapat ke kaki kanan, boot sama rata. Kedua-dua tumit rapat dan hujung kaki buka 45 atau boleh masuk satu boot. Rapatkan kedua-dua tangan ke peha, genggamkan jari serta ibu jari ke bawah, kena jahitan tengah seluar. Buka dada, angkat dagu tentukan tengkok kena kolar baju. Muka pandang terus ke hadapan.

SENANG DIRI
PERINTAH : SENANG .. DIRI!! Angkat kaki kiri setinggi 30cm (12) ke hadapan. Bawa ke kiri 30cm (12) dan hentak kebumi, boot sama rata. Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan bersilang, belakang tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri.

REHATKAN DIRI
PERINTAH : REHATKAN..DIRI!!

Bilang 1-2-3 rehat serta tangan dinaikkan ke paras pinggang. Kaki tidak boleh bergerak Cuma anggota dilemahkan (relax).

PUSING KEKANAN DALAM MASA BERHENTI


PERINTAH : BERGERAK KEKANAN BERTIGA-TIGA /DALAM DUA BARISAN/DALAM SATU BARISAN........ KEKANAN ..PUSING

Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat dari paras bumi. Angkat kaki kiri 30cm (12) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi hentakkan di sebelah kanan seperti kedudukan sedia.

PUSING KEKIRI DALAM MASA BERHENTI


PERINTAH : BERGERAK KE KIRI/DALAM DUA BARISAN/DALAM SATU BARISAN..KEKIRI..PUSING!!

Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat dari paras bumi. Angkat kaki kanan 30cm (12) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi hentakkan di sebelah kanan seperti kedudukan sedia.

PUSING KE SEPARUH KANAN DALAM MASA BERHENTI


PERINTAH : BERPUSING KE SEPARUH KANAN . PUSING!!

Pusingkan badan ke separuh kanan 45 darjah ke kanan,berat badan di atas kaki kanan, kaki lurus ke belakang dan tumit terangkat dari paras bumi. Angkat kaki kiri 30cm(12) ke hadapan lutut sama paras dengan bumi, hentakkan kaki kiri disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.

PUSING KE SEPARUH KIRI DALAM MASA BERHENTI


PERINTAH : BERPUSING KE SEPARUH KIRI . PUSING!!

Pusingkan badan ke separuh kiri 45 darjah ke kiri,berat badan di atas kaki kiri, kaki lurus ke belakang dan tumit terangkat dari paras bumi. Angkat kaki kanan 30cm(12) ke hadapan lutut sama paras dengan bumi, hentakkan kaki kiri disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.