You are on page 1of 5

PERMATA

Semenjak di dalam kandungan lagi Dibekalkan Tuhan bakat tersendiri Seawal usia, perhatian harus diberi Dewasanya kelak teguh peribadi

Kanak-kanak permata berharga Jika dinilai pasti berjaya Umpama benih disemai dibaja Kecenderungannya usah dipersia

Kanak-kanak permata bahagia Kamilah harapan Malaysia tercinta Siapa kami di masa hadapan Asasnya didikan serta dorongan

Kanak-kanak permata bahagia Kamilah harapan Malaysia tercinta Siapa kami di masa hadapan Asasnya didikan serta dorongan

Lagu : Pak Ngah Lirik : Habsah Hassan


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL

PROGRAM ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA NEGARA

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL

FALSAFAH PERMATA

Setiap anak permata negara.

Setiap anak amat berharga.

Setiap anak adalah modal insan negara.

Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL

PENGENALAN

Program PERMATA menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima (5) tahun. Penekanan diberi kepada perangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation,exploration,experiential learning) melalui permainan. Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanakkanak. Ia juga telah dibuktikan di beberapa negara maju berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka. Jemaah Menteri pada 24 Oktober 2008 telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang merangkumi 4 komponen utama iaitu:

I. II. III. IV.

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan berasaskan Kurikulum PERMATA Kemudahan fizikal Tenaga pendidik yang berkelayakan Penglibatan ibubapa

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL

Bagi membolehkan pendidik melaksanakan Kurikulum Kebangsaan secara berkesan dan mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, kemudahan fizikal dan kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang sesuai amatlah diutamakan. Buku ini akan memberi panduan dan penerangan mengenai kemudahankemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran luaran yang sepatut ada di Pusat Anak PERMATA Negara memandangkan kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran luaran yang sedia ada tidak mesra kanak-kanak. Diharapkan dengan terbitnya buku Buku Rujukan Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada semua agensi pelaksana yang akan menggunapakai Kurikulum PERMATA di taska mereka bagi memenuhi keperluan aktiviti pembelajaran yang dirangkumi dalam Kurikulum Kebangsaan yang dapat merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL