You are on page 1of 11

PERBEZAAN ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) BAHASA MELAYU DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan seiring dengan zaman globalisasi pada masa kini di mana pendidikan menjadi wadah yang terpenting untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan. Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menggubal satu standard kurikulum yang dilihat lebih relevan untuk sistem pendidikan masa kini merupakan satu keputusan yang bijak. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) sebenarnya tidak menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang sedia ada, tetapi kurikulum ini digubal untuk penambahbaikan dan selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang maju dan canggih kini. Selaras dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikandalam penggubalannya hingga terhasilnya Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Perubahan yang dilaksanakan sememangnya telah mewujudkan perbezaan di antara kurikulum lama dangan kurikulum baharu. Perbezaan umum di antara kurikulum KBSR dan kurikulum KSSR adalah seperti dijadual bawah:
1

PERBEZAAN ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Modular Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Bahan kurikulum: Sukatan pelajaran Reka bentuk kurikulum: Linear Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara eksplisit. Fokus: 4M (Membaca, menulis dan menaakul)

Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)

Jadual 1 : Perbezaan umum di antara KBSR dan KSSR

Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini adalah berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, tidak hairanlah Kurikulum Standard Bahasa Malaysia mempunyai persamaan dengan kurikulum yang terdahulu iaitu KBSR.

PERSAMAAN ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) BAHASA MELAYU DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAHASA MALAYSIA

Memiliki matlamat yang sama. Kurikulum Bahasa Malaysia berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia

Sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air Membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran

Sukatan Pelajaran memberikan tumpuan kepada empat kemahiran bahasa: Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Kurikulum digubal berpaksikan Rukun Negara dan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Membolehkan murid memperkembangkan dan menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan tepat
3

Standard kurikulum memberi penekanan terhadap gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid

Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar sekolah berupaya memantapkan penguasaan kemahiran berbahasa murid.

Sistem Bahasa yang sama iaitu terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan,sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

Jadual 2 : Persamaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu Dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia

Transformasi kurikulum Bahasa Melayu yang berlaku telah mewujudkan perbezaan daripada pelbagai aspek. Aspek perbezaan yang wujud sebenarnya

memberi peluang kepada penambahbaikan kurikulum Bahasa Melayu di mana pelbagai aspek baharu diwujudkan di mana setiap aspek yang terkandung di dalam dokumen KSSR telah diberikan garis panduan yang sangat jelas dan bersifat holistik. Perbezaan yang wujud di antara Kurikulum Bahasa Melayu terdahulu dengan yang terkini bukanlah bertujuan untuk memperlihatkan kelemahan mahupun kepincangan kurikulum yang telah digubal dahulu, namun merupakan salah satu langkah penambahbaikan yang ingin dicapai oleh kurikulum Bahasa Melayu selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang maju dan canggih kini.

PERBEZAAN DI ANTARA SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA

Aspek Perbezaan Nama Dokumen

KBSR

KSSR

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

Objektif Pembelajaran dan Pengajaran

Mengandungi 10 objektif yang telah digariskan sebagai panduan guru Bahasa Melayu

Mengandungi 22 objektif yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan guru.

Objektif yang perlu dicapai guru diterangkan secara umum dan tidak menyeluruh

Penerangan objektif yang perlu dicapai guru bersifat eksplisit dan jelas

Tunjang

Kurikulum digubal tanpa berdasarkan tunjang

Dibina berdasarkan enam tunjang iaitu: Komunikasi Kerohanian,Sikap dan Nilai Kemanusiaan Ketrampilan Diri Perkembangan Fizikal & Estetika Sains & Teknologi

Susunan Kandungan Dokumen

Mengandungi Hasil Pembelajaran yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu

Mengandungi 2 bentuk dokumen: Standard Kurikulum Standard Pembelajaran

Pengisian Kurikulum

Terdapat lima elemen di dalam pengisian kurikulum iaitu: Ilmu Nilai Kewarganegaraan Peraturan Sosiobudaya Kemahiran Bernilai Tambah

Terdapat lima elemen di dalam pengisian kurikulum iaitu: Ilmu Nilai Kewarganegaraan Peraturan Sosiobudaya Kemahiran Bernilai Tambah

Terdapat tujuh kemahiran bernilai tambah.

Terdapat sembilan kemahiran bernilai tambah termasuk dua kemahiran baharu iaitu : Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi P&P tidak digariskan di dalam dokumen ini

Strategi P&P telah digariskan secara eksplisit di dalam dokumen ini.

Bergantung kepada guru untuk menggunakan strategi atau pendekatan P&P masing-masing

Terdapat 7 strategi yang digariskan iaitu : Pendekatan berpusatkan murid Kepelbagaian teknik Kepelbagaian sumber bahan Penggunaan system bahasa Bacaan luas Penekanan konsep

5P Pengajaran dan pembelajaran bertema Organisasi Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran Bentuk penyediaan Huraian Sukatan Pelajaran Jadual 3 : Perbezaan di antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Antara aspek perbezaan yang terdapat di antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ialah nama dokumen, objektif Pembelajaran dan Pengajaran, tunjang, susunan kandungan dokumen, pengisian kurikulum, strategi pembelajaran dan pengajaran, organisasi kandungan dan bentuk penyediaan Ringkasan Huraiaan Pelajaran. Dinyatakan di Lampiran 1 Dinyatakan di lampiran 2 Tidak dinyatakan di dalam dokumen ini.

Dokumen kurikulum bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah digubal pada tahun 2003 dikenali sebagai Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu manakala dokumen kurikulum bahasa Melayu yang baru digubal dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu.

Objektif yang digariskan di dalam kedua-dua dokumen ini ternyata berbeza. Terdapat sepuluh objektif yang digariskan di dalam kurikulum bahasa Melayu di

mana setiap objektif yang dinyatakan untuk dicapai oleh guru diterangkan secara umum dan tidak menyeluruh. Objektif pembelajaran dan pengajaran yang terkandung di dalam dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia yang perlu dicapai oleh guru mengandungi sebanyak 22 objektif. Setiap objektif telah dinyatakan secara eksplisit dan menyeluruh. Ini membuktikan bahawa proses penggubalan dan semakan untuk tujuan penambahbaikan kurikulum bahasa Malaysia telah dilaksanakan.

Selain itu, terdapat juga aspek pembaharuan yang telah dimasukkan ke dalam kurikulum standard iaitu tunjang kurikulum standard sekolah rendah. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia telah digubal berasaskan enam tunjang utama iaitu: Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Ketrampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi

Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif di mana kesepaduan ini mampu membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketrampilan. Bagi dokumen Sukatan Pelajaran Kurikulum Bahasa Melayu, tidak digubal berasaskan mana-mana tunjang.

Susunan kandungan dokumen bagi kedua-dua dokumen ini juga berbeza. Di dalam dokumen Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi Hasil

Pembelajaran di mana hasil pembelajaran ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan satu petunjuk yang

jelas tentang kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala dokumen Standard kurikulum bahasa Malaysia telah digubal di dalam dua bentuk pernyataan iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard ini sebenarnya telah dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

Di samping itu, kedua-dua dokumen ini mempunyai pengisian yang hampir sama namun, terdapat beberapa unsur tambahan telah dimasukkan ke dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Terdapat lima elemen di dalam pengisian kurikulum bagi kedua-dua dokumen tersebut iaitu ilmu, nilai murni,

kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah. Namun bagi kemahiran bernilai tambah untuk Standard Kurikulum Bahasa Malaysia, terdapat dua kemahiran baharu yang ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi serta Keusahawanan. Aspek penambahan yang diperkenalkan di dalam dokumen baharu ialah Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Bagi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, strategi pengajaran dan pembelajaran tidak digariskan dan hanya bergantung kepada strategi dan pendekatan P&P yang ditentukan sendiri oleh guru. Strategi P&P di dalam dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia telah ditentukan dan digariskan secara eksplisit dan menyeluruh. Terdapat tujuh strategi pembelajaran dan pengajaran yang telah ditentukan iaitu pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan, penggunaan sistem bahasa, bacaan luas, penekanan konsep 5P serta pengajaran dan pembelajaran bertema. Strategi yang telah dinyatakan di dalam dokumen perlu diimplimentasikan serta diaplikasikan oleh guru semasa menjalankan P&P.

Selain

itu,

di

dalam

dokumen

Sukatan

Pelajaran

Bahasa

Melayu

mengandungi Organisasi Kandungan di mana Kurikulum Bahasa Melayu digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran. Organisasi kandungan telah dinyatakan di dalam dokumen ini walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci. Manakala, di dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia, organisasi kandungan tidak dinyatakan dan ditentukan. Selain isi kandungan yang berbeza, kedua-dua dokumen ini juga mempunyai cara dan bentuk penyediaan Huraian Sukatan Pelajaran yang berbeza. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu lebih berfokuskan kepada hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran manakala Standard Kurikulum Bahasa Malaysia pula lebih memfokuskan kepada dua perkara iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Kesimpulannya,

transformasi

kurikulum

digubal

sebenarnya

telah

mewujudkan pelbagai aspek perbezaan. Namun, sudut perbezaan tersebut perlulah dilihat daripada sudut pandangan yang positif. Perubahan yang berlaku bukan menunjukkan kelemahan kurikulum lama yang digubal dan kurikulum baru yang diperkenalkan juga bukan untuk menunjukkan kesempurnaan kandungannya. Kedua-dua dokumen ini perlulah bergerak secara seiring dan transformasi yang berlaku adalah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

10

RUJUKAN

Perbezaan antara KBSR dengan KSSR. Diperoleh pada 15 Februari 2012 daripada kssr.html http://mantanguru.blogspot.com/2010/12/perbezaan-kbsr-dengan-

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia. Diperoleh pada 15 Februari 2012 daripada http://kulanzsalleh.com/kssr-kurikulumstandard-sekolah-rendah

Isu Semasa: KSSR Ganti KBSR. Diperoleh pada 15 Februari 2012 daripada http://www.ritanm.com/isu-semasa/kssr-ganti-kbsr.html

Perbezaan KSSR dengan KBSR. Diperoleh pada 15 Februari 2012 daripada http://www.namaberita.com/2011/12/perbezaan-kssr-kbsr.html

Perbezaan antara KBSR dengan KSSR. Diperoleh pada 15 Februari 2012 daripada http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-

kbsr-dan-kssr.html

11

You might also like