You are on page 1of 10

MELAHIRKAN ULAMA PROFESIONAL

PENDAHULUAN

) ٌ‫غفُور‬
َ ٌ‫عزِيز‬
َ َّ‫عبَادِهِ ا ْلعَُلمَاء إِنّ ال‬
ِ ْ‫ختَِلفٌ أَلْوَانُهُ َكذَِلكَ ِإ ّنمَا َيخْشَى الَّ ِمن‬
ْ ‫لْ ْنعَامِ ُم‬
َ ‫َومِنَ النّاسِ وَالدّوَابّ وَا‬
(28 ‫فاطر‬

‫الحمد ل والصلة والسلم على رسول ال وعلى آله وصحبه ومن واله‬
Kewujudan golongan cendikiawan Islam yang mendalami bidang dan selok-belok
agama Islam berdasarkan syariat Islam yang diberikan khusus kepada penghulu
para Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad adalah satu perkara yang paling penting
secara itlak. Ini kerana syariat Islam versi umat Rasul termulia, Muhammad
adalah satu agama dan syariat yang akan bersesuaian kepada semua makhluk
dan lokasi di segenap zaman bermula dengan kebangkitan Rasulullah sebagai
raja para Nabi dan Rasul sehingga berlakunya qiamat.

Kehidupan dunia yang sunyi daripada acuan Islam tidak akan mempu untuk
mencapai kebahagiaan yang abadi selagi mana Islam teragung ini tidak
dimahkotakan sebagai satu-satunya masdar rujukan negara dan masyarakat.

Allah Taala berfirman:

                 
                

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka
mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Oleh kerana kehidupan dunia yang fana ini sekalipun penuh dengan pelbagai
teknologi dan kebangkitan sains, dunia ini tetap tidak akan mampu untuk
mencapai tahap kesejahteraan yang hakiki melainkan apabila manusia
meletakkan segala pergerakan dan tindakan yang diambil adalah berdasarkan
kebenaran dan akuan daripada Syarak.

Demi merealisasikan hasrat murni ini, dunia memerlukan dua tindakan


iaitu:Persediaan mewujudkan ulama Islam yang paling pakar dan paling mahir
dalam segala bidang-bidang ilmu Islam seperti ilmu Tauhid, Usul Fiqh, Fiqh,
Hadith Rasulullah Riwayah dan Dirayah. Tidak ketinggalan juga ilmu-ilmu
pembantu dalam memahami ilmu-ilmu utama Islam seperti ilmu Nahu, Saraf,
Balaghah dan Mantik.

47
Kesediaan masyarakat Islam untuk kembali menjadikan Syariat Islam sebagai
hakim dan pemutus dasar kerajaan dengan maksud kuasa pemutus dasar dan
undang-undang adalah Allah dan Rasul berdasarkan Al-Quran dan Sunnah serta
dalil-dalil Syarak yang lain yang akan diasimilasikan oleh para ulamak yang

hanya layak untuk berijtihad yang akan menatijahkan satu keputusan yang
berada dalam lingkungan teks-teks Al-Quran dan Hadis Nabi .

Dewasa ini, masyarakat mula mempertikaikan golongan penuntut ilmu Islam


yang hanya dapat menguasai bidang-bidang agama sahaja dalam keadaan
mereka tidak mampu untuk menguasai ilmu-ilmu keduniaan yang melibatkan
pengurusan dan teknologi. Seandainya integriti masyarakat ulama dipertikai, ia
akan mengakibatkan ketidakyakinan masyarakat terhadap ajaran Islam yang
akan dihidangkan oleh komuniti para alim kepada mereka.

Atas dasar kepentingan Islam dan penyebaran Islam kepada masyarakat


manusia sehingga Islam diterima, saya berpandangan bahawa para penuntut
ilmu Islam yang diharap-harapkan akan menjadi ulama Islam masa hadapan
mesti menguasai ilmu-ilmu keduniaan secara baik yang kemahiran tambahan ini
akan menjadi pemangkin dan katalis kepada penerimaan masyarakat terhadap
Islam yang Maha Suci.

Seandainya usaha ini disambut baik oleh para penuntut ilmu Islam, kita akan
melihat wujudnya ulama yang pakar dalam bidang-bidang ilmu Islam dan dalam
masa yang sama ulama harapan ini akan berjaya menguasai bidang-bidang
keduniaan seperti pengurusan dan teknologi maklumat atau dengan ibarat yang
lain ialah mewujudkan ulama profesional.

Takrif Ulama dan Profesional

Sebelum kita berbincang lanjut berkenaan tujuan melahirkan ulama profesional,


saya ingin membentangkan kepada pembaca takrif dan definisi ulama dan
profesional terlebih dahulu agar perbincangan kita tidak akan lari dari tajuk asal.

ULAMA

Perkataan ulama adalah diambil daripada bahasa Arab. Ulama adalah jamak
kepada kalimah ‫ عَلِيْم‬dan ‫عَالِم‬.

Di dalam kamus Al-Muhit dinyatakan bahawa:

‫ورجل عَالِم عَلِيْم ج علماء وعُلّم كجُهّال‬

Menurut Kamus Dewan, ulama ialah:

“orang yang ahli (pakar) dlm pengetahuan agama Islam.”

Menurut Mochtar Buchori, seorang kolumnis dalam KOMPAS

48
“Ulama” selalu diasosiasikan dengan keterlibatan dalam kepemimpinan tentang
kehidupan agama (Islam), dengan aneka wacana yang penuh dengan ungkapan
dalam bahasa Arab, dan dengan busana yang penuh simbol keislaman.1

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah 'Ulama' adalah satu golongan manusia yang
mempelajari dan mendalami bidang-bidang ilmu Islam secara masak dan pakar
sehingga mereka mampu untuk menjadikan ilmu-ilmu Islam berjaya difahami
dan diamalkan oleh manusia.

PROFESIONAL

Kaum profesional ataupun teknokrat sering diasosiasikan dengan ahli bidang-


bidang ilmu keduniaan sahaja. Ini bermakna ada dua kumpulan yang
mempelajari ilmu.

Golongan pertama ialah kaum yang mempelajari bidang agama yang dikenali
sebagai para alim atau ulama.

Golongan kedua ialah kaum terpelajar yang mempelajari ilmu pengetahuan yang
bercirikan keduniaan yang digelar sebagai teknokrat ataupun profesional.

Berdasarkan kertas kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan

Oxford Advance Learner’s Dictionary menyatakan definisi teknokrat sebagai


‘expert in science and engineering’. Seorang teknokrat secara dasarnya ialah
manusia yang mempunyai kepakaran dalam sains dan teknologi.2

Menurut Shaharom TM Sulaiman dalam tulisannya di Majalah Pembaharuan


(Ogos 1996, m.s 23), kaum intelektual bukanlah sarjana yang mendapat
kelulusan tinggi, bukan sekadar ilmuan yang mendalami dan mengembangkan
ilmu tetapi kelompok manusia yang merasa terpanggil untuk membaiki dan
membimbing masyarakat, memahami aspirasi masyarakat dan menawarkan
strategi penyelesaian masalah masyarakat.3

Kesimpulan kasar yang boleh dibuat ialah:

Profesional adalah golongan terpelajar yang mendalami bidang-bidang ilmu


keduniaan seperti pengurusan, sains, teknologi, perubatan, ekonomi, politik dan
lain-lain lantas mereka mampu untuk memberikan manfaat kepada masyarakat
dengan kemahiran ilmu-ilmu keduniaan yang dimiliki oleh mereka.

ULAMA DAN GOLONGAN PROFESIONAL MENURUT KACA MATA ISLAM

Islam sebagai agama ilmu.

1
http://www.kompas.com/kompas-cetak/0507/08/opini/1877422.htm
2
http://members.tripod.com/~sarjana/teknorat3.html
3
http://members.tripod.com/~sarjana/teknorat3.html

49
Islam adalah satu agama yang tidak pernah mengabaikan ilmu malahan ayat
suci Al-Quran yang mula-mula turun kepada Rasulullah adalah bingkisan
wahyu suci yang meminta agar Rasulullah membaca sebagai satu simbolik
bahawa Islam adalah agama ilmu.

Ilmu di dalam Islam dari sudut kewajipan mempelajarinya dikatagorikan kepada


dua bahagian.

1. Ilmu Fardu Ain

Apabila semua mukallaf diminta untuk mempelajari ilmu-ilmu tertentu, maka


ilmu tersebut dinamakan ilmu Fardu Ain. Contoh ilmu katagori ini adalah ilmu
untuk membersihkan diri daripada najis dan hadas, solat, puasa dan lain-lain
yang merupakan ilmu yang berkait dengan ibadah yang akan dilakukan oleh
seseorang mukallaf.

Oleh itu dalam skop Fardu Ain, semua masyarakat Islam diminta untuk
mempelajarinya sama ada individu itu golongan intelektual atau tidak, golongan
ulama ataupun profesional.

2. Ilmu Fardu Kifayah

merupakan ilmu yang tidak wajib dipelajari oleh semua umat Islam tetapi Islam
meminta kepada masyarakat muslim agar mewujudkan beberapa kelompok
tertentu yang akan menguasai cabang-cabang ilmu Fardu Kifayah ini sebagai
wakil kepada umat Islam.

Ini bermaksud ilmu yang dipelajari secara dalam dan terperinci berada di dalam
katagori ilmu Fardu Kifayah sama ada ilmu tersebut adalah ilmu agama ataupun
ilmu keduniaan.

Oleh itu, para intelektual Islam sama ada daripada golongan ulama ataupun
golongan profesional, ilmu yang dipelajari oleh dua golongan ini adalah ilmu
Fardu Kifayah. Ini kerana bukanlah menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat
Islam untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam sehingga ke tahap pakar. Namun wajib
ada beberapa kelompok daripada umat Islam yang mempelajari selok belok ilmu-
ilmu Islam sehingga ke tahap pakar.

Begitu juga dengan bidang-bidang keduniaan yang mempermudahkan manusia


mengecapi kemudahan dan kebahagiaan di dunia ini. Bidang-bidang yang
dipelopori oleh golongan profesional seperti bidang perubatan, teknologi
maklumat, dan pengurusan sistematik adalah di antara ilmu Fardu Kifayah yang
wajib diceburi oleh segelintir masyarakat muslim.

Dakwah sebagai kewajipan para muslim

Islam meminta penganutnya untuk menyampaikan seruan Islam kepada


masyarakat manusia. Tugas untuk menyampaikan dakwah Islam ini tidak

50
tertumpu kepada masyarakat ulama semata-mata malah seluruh umat Islam
memikul amanah ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada.

Pekerjaan dan kegiatan seorang muslim adalah wasilah kepada dakwah.


Pekerjaan bukanlah matlamat seseorang muslim bahkan ia merupakan batu
loncatan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat.

Atas dasar ini, golongan ulama dan profesional perlu mencari ruang dan peluang
untuk menyampaikan dakwah secara lebih berkesan dalam era globalisasi ini.
Segala penghalang yang akan melambatkan penerimaan masyarakat terhadap
Islam perlu untuk disisihkan dan ditepis oleh para intelektual muslim sama ada
para alim atau kaum teknokrat.

Sebagai contoh, dalam awal era kemasukan Islam ke alam nusantara, kita
melihat para wali songo menggunakan pelbagai taktik dan kemahiran yang
diterima oleh masyarakat sebagai katalis dan pemangkit kepada kejayaan
dakwah ketika itu.

Mereka menggunakan silat dan gamelan yang diminati oleh masyarakat Melayu
ketika itu di samping sikap mendekati masyarakat sebagai wasilah dakwah yang
berjaya menawan hati masyarakat Melayu yang beragama Hindu dan Budha
ketika itu untuk menerima Islam.

Masyarakat kita hari ini inginkan kemunculan golongan para ulama yang mampu
mendepani masa dan era global. Masyarakat tidak mahu golongan ulama yang
hanya mampu untuk membaca kitab-kitab turath sahaja.

Masyarakat hari ini inginkan para alim mampu mengolah kitab-kitab tersebut
dengan mengambil kira suasana moden hari ini. Mereka mahukan para ulama
dapat menyelesaikan masalah semasa dengan jawapan bernas yang dikutip
daripada ilmu-ilmu Islam. Mereka inginkan para alim mampu menjadi ulama

yang professional yang mempunyai karisma kepimpinan sehingga masyarakat


yakin dengan kepimpinan para alim yang professional tersebut.

Oleh itu, para ulama khususnya perlu mengkaji dan meneliti cara-cara dan
langkah yang perlu diambil sehingga mereka dapat diterima oleh masyarakat
lantas bilah kalam dan kata para ulama akan diterima pakai oleh masyarakat
Islam yang akan membawa kepada kedaulatan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam
negara masyarakat Islam.

Memprofesionalkan Ulama Satu Retorik?

Saya tidak pasti adakah kita mampu untuk mewujudkan seorang ahli ilmuan
Islam yang pakar dan masak dalam selok belok agama Islam dan dalam masa
yang sama merupakan seorang yang pakar dalam bidang keduniaan ataupun
dengan nama yang lain bidang-bidang professional.

Saya berpandangan bahawa untuk mewujudkan seorang manusia yang mampu


untuk menguasai bidang agama dan bidang professional secara pakar dan

51
masak secara serentak adalah merupakan satu perkara yang terlalu sukar. Mana
mungkin untuk kita melihat seorang ulama Islam yang pakar dalam bidang-
bidang ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Feqh, Hadis, Tafsir, Mantiq dan sebagainya
dalam masa yang sama merupakan seorang yang pakar dalam bidang
perubatan, ekonomi, teknologi maklumat dan sebagainya.

Ini kerana untuk mewujudkan seorang yang pakar dalam sesuatu bidang akan
membutuhkan waktu dan tenaga serta kewangan yang banyak. Sebagai bukti,
untuk menguasai bidang lmu-ilmu Islam sahaja secara pakar dan mahir sudah
seakan-akan mustahil. Apatah lagi untuk melahirkan seorang manusia yang
mahir dalam bidang ilmu Islam dan bidang ilmu keduniaan.

Namun, sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, masyarakat inginkan seorang


ulama yang boleh menguasai bidang keduniaan yang merupakan markah bonus
untuk masyarakat menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan
penggubal dasar secara yakin.

Sebagai memandang berat kepentingan wujudnya seorang ulama yang


profesional, kita perlu mencari jalan untuk mewujudkan ulama yang profesional
separa pakar yang akan menjadi menjadi personaliti yang digemari oleh
masyarakat.

Saya berpandangan bahawa maksud ‘Memprofesionalkan Ulama’ adalah:

“melahirkan golongan ulama yang mendalami bidang-bidang agama secara


pakar dan masak di samping para alim ini tidak meninggalkan kemahiran
semasa yang dipelopori oleh golongan professional secara masak.”

Ini bermakna, ulama harapan ini akan menjadi pakar rujuk masyarakat Islam dan
golongan para alim ini juga mengetahui bidang-bidang keduniaan secara baik
atau separa pakar sekalipun mereka bukanlah pakar dalam bidang-bidang
tersebut.

Keutamaan Para Alim Adalah Menguasai Bidang Agama Secara Pakar


Dan Matang.

Bagi saya, usaha untuk menumpukan kepada kelahiran ulama pakar dalam
bidang agama itu sendiri adalah terlalu penting. Walaupun penguasaan bidang-
bidang profesional juga penting tetapi keutamaan bagi seorang pelajar ilmu
Islam adalah menumpukan perhatian kepada cabang-cabang ilmu Islam yang
terlalu luas yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Seorang yang mendalami ilmu Hadis Riwayah, seandainya dia tidak masak di
dalam ilmu Hadis Dirayah, Usul Fiqh, Bahasa Arab dan Mantik sebagai contoh,
maka dia akan menerbitkan pandangan yang janggal

dan menyalahi disiplin ilmu Islam itu sendiri. Seseorang yang semata-mata
menghafal teks-teks fuqaha terdahulu, dia hanya akan dapat menjawab
persoalan-persoalan fiqh yang wujud dalam teks-teks tersebut.

52
Namun seandainya timbul isu baru yang meminta kepada penjelasan secara
ilmiah oleh seorang faqih, orang tadi akan terpinga-pinga dan mungkin akan
mengeluarkan pandangan yang tidak bersumberkan kepada disiplin ilmu Islam
sebaliknya menjadikan akal dan pandangan peribadinya sebagai satu fatwa.

Kalaulah para ulama menumpukan perhatian mereka kepada bidang profesional


dengan tujuan untuk menguasai bidang tersebut secara masak dalam keadaan
mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada selok-belok ilmu
Islam atau dengan ibarat yang lain mereka hanya sekadar mengetahui ilmu-ilmu
agama secara rambang, maka insan yang bakal wujud adalah pelajar agama
yang profesional tetapi mereka bukan ulama.

Bagi merealisasikan projek ‘Memprofesionalkan Ulama’, kita perlu menyediakan


dua perancangan iaitu;

perancangan untuk melahirkan ulama yang pakar dalam bidang-bidang ilmu


Islam

perancangan untuk menyediakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh


seorang ulama sehingga para alim turut dapat menguasai bidang-bidang
profesional secara baik.

Cadangan Perancangan Untuk Melahirkan Ulama Yang Pakar Dalam


Bidang-Bidang Ilmu Islam.

Mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang kembali menumpukan ilmu-ilmu


asas Islam yang bersifat turathi secara teratur bermula daripada matan-matan
asas sehingga ke peringkat pakar. Tugas ini dicadangkan dibuat di peringkat
persatuan pelajar memandangkan sebahagian mahasiswa Islam yang datang ke
universiti Islam di Timur Tengah tidak menguasai ilmu-ilmu asas dengan baik
semasa mereka berada di Malaysia.

Menggalakkan pelajar-pelajar ilmu agama Islam melanjutkan pengajian ke


negara-negara Arab sebagai satu peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu
agama secara rasmi di kuliah dan tidak rasmi dengan cara bertalaqqi dengan
para ilmuan Islam di Timur Tengah. Secara tidak langsung, mereka akan mampu
bertutur dengan baik dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa ilmu Islam.
Perlu diambil perhatian bahawa pembelajaran di kuliah secara realitinya hanya
sekadar sekelumit cuma untuk mendapatkan sijil perkuliahan. Adapun dari sudut
kemantapan ilmu, seseorang pelajar ilmu agama Islam itu perlu berdikari dengan
cara bertalaqqi dengan para ulama di masjid-masjid, mengkaji, membaca dan
berbincang.

Mewujudkan pusat latihan kajian ilmiah Islam yang bakal melatih para penuntut
ilmu Islam menjawab persoalan yang timbul di samping menghasilkan karya
untuk tatapan umat.

Menggalakkan mahasiswa meneruskan pengajian di peringkat M.A dan Ph.D di


Timur Tengah kerana kebanyakan para pensyarah di universiti Timur Tengah
merupakan tokoh akademik Islam yang pakar dalam bidang mereka.

53
Memastikan wujudnya tenaga pakar dalam setiap bidang ilmu Islam agar tokoh-
tokoh ulama yang dicadangkan ini akan saling lengkap-melengkapi dalam
menyelesaikan masalah umat Islam yang lebih mencabar untuk masa-masa
mendatang. Sebagai contoh, beberapa orang pelajar ilmu Islam perlu mendalami
bidang Usul Fiqh secara khusus. Beberapa pelajar lain pula perlu mendalami
bidang Hadith Riwayah dan Dirayah. Ada pula di kalangan para pelajar yang
akan menumpukan kepada bidang-bidang lain seperti bidang Aqidah, Feqh
Perbandingan dan Bahasa Arab. Ini tidak bermakna pelajar yang menguasai
bidang Usul Fiqh akan buta dalam ilmu Bahasa Arab dan bidang-bidang yang
lain. Setiap ulama yang akan

dilahirkan akan tetap menguasai bidang-bidang ilmu yang lain tetapi penumpuan
akan lebih diberikan kepada bidang yang diceburi dan dipilih.

Kesimpulan yang boleh saya buat adalah:

“Kita ingin mencipta beberapa orang manusia yang akan dilatih untuk
menguasai bidang-bidang ilmu Islam sehingga kepakaran yang berbeza
daripada insan-insan ini akan saling dimanfaatkan kerana ilmu-ilmu Islam saling
melengkapi antara satu sama lain”.

Secara mudahnya saya ingin mencadangkan klon Al-Imam Al-Syafie Kedua.


Kalau dahulu seorang alim adalah pakar dalam pelbagai bidang ilmu Islam
sehingga seaorang alim di zaman lampau mampu untuk berijtihad dan mencari
gali hukum, namun untuk menjumpai seorang alim yang merupakan pakar
kepada pelbagai bidang ilmu agama hari ini adalah terlalu sukar.

Oleh itu, kenapa kita tidak mencari beberapa orang pelajar agama yang setiap
seorang daripada kalangan mereka akan menguasai satu bidang yang khusus
yang tidak akan dikuasai secara rasmi oleh pihak yang lain sehingga gabungan
pelbagai kepakaran yang ada pada pelbagai individu ini apabila digabungkan
akan membentuk satu jasad baru Al-Imam Al-Syafie moden hari ini?

Perancangan Untuk Menyediakan Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil


Oleh Seorang Ulama Sehingga Para Alim Turut Dapat Menguasai
Bidang-Bidang Profesional Secara Baik.

Sebagaimana yang saya telah nyatakan tadi, seseorang alim itu agak mustahil
untuk beliau turut pakar dan masak dalam bidang keduniaan atas sebab
keluasan ilmu Islam yang tidak terbatas.

Walaupun begitu, para ulama hari ini perlu menguasai beberapa bidang yang
akan mencepatkan penerimaan masyarakat manusia terhadap Islam yang
dikandar oleh para alim.

Berikut adalah beberapa cadangan yang diharapkan berjaya untuk mencipta


ulama profesional;

Para ulama perlu mahir berbahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan maklumat
pada hari ini ditulis dalam dua bahasa utama, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

54
Apabila para alim dapat menguasai kedua-dua bahasa ini dengan baik,
maklumat yang diperolehi akan lebih pantas dan penyebaran Islam kepada
manusia akan lebih cepat berbanding sekiranya bahasa yang mampu untuk
dituturi oleh para ulama hanya bahasa Arab. Sebahagian masyarakat kota di
Malaysia memandang naif dan temeh kepada para alim yang tidak fasih
berbahasa Inggeris sekalipun para alim tersebut mampu menpersembahkan ilmu
agama kepada masyarakat dengan baik.

Para alim perlu menguasai bidang teknologi maklumat yang merupakan


keperluan masyarakat hari ini. Kemahiran menggunakan program-program
komputer dan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah
nilai tambah yang akan mendekatkan lagi masyarakat kepada para ulama di
samping memudahkan penyaluran maklumat secara cepat pada era globalisasi
ini.

Para alim perlu peka dengan isu-isu antarabangsa dan tanahair di samping rajin
menyediakan jawapan penyelesaian kepada masalah-masalah kemanusiaan
yang timbul.

Para alim perlu pandai berorganisasi dan mengurus. Tidak dinafikan bahawa
teknik pengurusan yang cekap dan organisasi yang mantap akan dapat
diperolehi dengan pembacaan, kursus dan pengalaman. Teori-teori organisasi
dan pengurusan yang cekap yang ditimba dalam pembacaan dan kursus-kursus
sangat perlu diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian. Atas sebab inilah para
alim perlu terlibat dengan organisasi dan kegiatan kemasyarakatan yang akan
mematangkan lagi seseorang ulama itu dalam

pengurusan dan organisasi. Para ulama perlu sedar bahawa tugas mereka adalah
memerintah negara dan memandu manusia menurut perintah Allah.

Para alim tidak boleh hanya menumpukan pembacaan mereka kepada bidang-
bidang ilmu Islam semata-mata. Para alim mesti banyak membaca dalam
bidang-bidang profesional khususnya dalam bidang sosial, teknologi, ekonomi
dan politik (STEP) sebagai satu maklumat semasa di samping pentingnya para
ulama memahami situasi semasa yang akan memandu mereka meletakkan satu
hukum fiqh yang tepat dan bersesuaian dengan suasana semasa.

PENUTUP

Ini adalah cadangan yang saya persembahkan kepada pembaca untuk mencipta
seorang ulama yang pakar dalam bidang ilmu-ilmu Islam di samping turut
mengambil bahagian dalam bidang-bidang profesional.

Seandainya insan ‘ulama profesional’ ini berjaya dicipta, golongan ini akan
menjadi aset negara dengan syarat masyarakat mesti bersedia menjadikan dan
meletakkan syariat Islam sebagai kuasa tertinggi negara.

Selagi mana masyarakat Islam tetap mahu menjadikan akal dengkel mereka
sebagai kuasa pemutus, maka walaupun wujud seribu ulama profesional,

55
golongan ini tetap tidak akan mendapat tempat di dalam negara yang tidak
inginkan Islam menjadi raja berdaulat.

Walaupun begitu, kita mesti mempersiapkan golongan ‘ulama profesional’ ini


untuk masyarakat sebagai agen perubah kepada mana-mana ruang yang boleh
diguna pakai oleh para alim untuk menyebarkan Islam yang Maha Suci ini.

‫وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم‬.

,Hairul Nizam Mat Husain


,Mac 2007 27
,Dewan Rumah Johor
.Hayyu Thamin, Kaherah

56