You are on page 1of 25

Uni ver siti K eba ng sa an Mal aysi a

Fakulti Undang-undang
Sarjana Undang-undang Perniagaan
Metod & Sistem Undang-undang Malaysian UK6013

Pensyarah : Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal

Pelajar : Musbri Mohamed GP00134

SOALAN 18

According to Article 3 of the Federal Constitution , Islam is


the religion of the Federation.

Discuss.

1
The Constitution of Malaysia known as Federal
Constitution , comprising 181 articles, is the supreme law
of Malaysia. Article 4(1) of the said constitution state that
the constitution is the supreme law of the federation and any
law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this
constitution shall, to the maximum extent of inconsistency, be
void.

Therefore when Article 3 of the Federal Constitution


wrote that Islam is the religion of the Federation , a
degree of supremacy must be infer towards Islam.

2
Incorporation of Article 3 was a recognition of Islamic law in
Malaysia and therefore it was specifically spell out under List 2,
Schedule 9 of the Federal Constitution. Due to this provision
Syariah Courts were implemented by the respective states .
Although Islamic Law was practice under Syariah Court still
Malaysian Civil High Court prevails in certain areas.

The Federal Constitution does not define Islam and Islamic law.
Di dalam kes Che Omar Bin Che Soh v PP [ 1988 ] 2 MLJ 55 di mana
Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang Islam yang
dimaksudkan ialah perkara-perkara yang melibatkan perkara resmi
dan hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat.

3
Begitu juga dengan undang-undang pemakaian am di peringkat Persekutuan
contohnya pentadbiran harta pesaka di dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959
di mana Mahkamah Syariah hanya berperanan sebagai pengeluar sijil atau
“rubber stamping”.

Dari segi jenayah walaupun ada Enakmen Jenayah Syariah di beberapa negeri
namun bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah amat terhad. Hukuman pula
tidak melebehi 3 tahun penjara; denda RM 5,000.00 dan enam kali sebatan.

Secara perbandingan dengan mahkamah sivil, Mahkamah Syariah nampak jauh


ketinggalan dan mendapat kritikan .

Kerajaan negeri juga tidak boleh melaksanakan dan menguatkuasakan Undang-


undang Islam selain dari yang disebutkan dalam Senarai Negeri kerana ini akan
bertentangan dengan perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:

Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan Perundangan Negeri
untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara lain, Badan Perundangan
Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan
dalam Senarai Negeri (iaitu senarai kedua yang dinyatakan dalam jadual kesembilan) atau
Senarai Bersama.

4
"Dengan mengetepikan kedudukan undang-undang Islam sebagai undang-
undang negara, Perlembagaan negara kita sekarang telah merupakan suatu
halangan besar ke arah cita-cita merealisasikan undang-undang Islam
di negara kita ini. Adalah menjadi tanggungjawab semua mereka yang
berkewajipan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang Islam
di negara ini untuk mencari jalan bagi mengatasi halangan politik dan
Perlembagaan ini."

(Sumber: Prof. Dato' Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Ke arah Merealisaskan


Undang-Undang Islam di Malaysia, Seminar Syari'ah, Akademi Islam
Universiti Malaya, 1987.)

Akibat pertindahan kuasa dan masalah yang timbul maka kerajaan telah
bertindak pro-aktif untuk memertabatkan Mahkamah Syariah.

Therefore in 1988 an addition of Article 121(1A) was introduced


whereupon High Court shall not administer cases under jurisdiction of
the Syariah Court.

5
In retrospective before independence 1957 ; in the case of
Ramah vs Laton (1927) 6 FMSLR 128 ; a majority of the
Court of Appeal held that in the Malay States the Islamic
Law is not foreign law but it is the law of the land and as
such it is the duty of the courts to declare and apply the
law and it is not competent for the courts to take
evidence on what the  Islamic  is. If the judges of the civil
courts had put into practice what they declared in that
case, it would have meant that the Islamic Law will have
to be administered in the civil courts. 

6
Though Islam is the religion of the Federation as
per Article 3, Article 11 provides that every person
has the right to profess and practice his own
religion. Every person has the right to propagate
his religion, but state law and, in respect of the
Federal Territory, federal law may control or
restrict the propagation of any religion, doctrine or
belief among persons professing the Muslim
religion. There is, however, freedom to carry on
missionary work among non-Muslims.

7
Dari segi bidangkuasa, perkara 121(1A) tidak memperluaskan
bidangkuasa Mahkamah Syariah. Bidangkuasa mahkamah samada
jenayah atau sivil masih lagi sama. Peruntukan tersebut hanyalah
mengenai pemisahan bidangkuasa. Oleh sebab itulah mahkamah-
mahkamah sivil masih lagi menegaskan bahawa dalam bidang-
bidang tertentu mereka masih mempunyai bidangkuasa. Contohnya
dalam mentafsirkan Enakmen undang-undang Islam yang telah
dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri. Selain dari itu adalah jelas
bahawa mahkamah sivil masih mempunyai bidangkuasa mengenai
perkara-perkara yang tidak termasuk dalam Senarai 2 Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan walaupun pihak-pihak yang
terlibat beragama Islam dan dia mungkin lebih rela kesnya
dibicarakan berdasarkan hukum syara' di hadapan Mahkamah
Syariah.

8
In 2006 a judge ruled that Article 121 limited the Federal Courts
from ruling on matters ruled on by the Syariah court (Islamic
court).

Lina Joy, who was born Azalina Jailani, claimed to have converted
from Islam to Christianity, arguing that it came under her right to
freedom of religion under Article 11 of the Constitution of
Malaysia. She first approached the National Registration
Department (NRD) in February 1997, seeking permission to change
her name to Lina Joy, and also her religious status. The application
was rejected in August 1997 on the grounds that the Syariah Court
had not granted permission for her to renounce Islam. In 1998, the
NRD allowed the name change, but refused to change the religious
status on her identity card.

9
Joy appealed against this decision in the High Court, arguing that she
should not be subject to sharia law, having converted to Christianity.
In April 2001, Judge Datuk Faiza Tamby Chik ruled that she could not
change her religious identity, because ethnic Malays are defined as
Muslims under the Constitution. Joy then took her case to the Court
of Appeal. On 19 September 2005, the court ruled in a 2-1 majority
decision against Joy. Justice Abdul Aziz and Justice Arifin Zakaria
agreed that the NRD was correct in rejecting Joy’s application and
said it was up to the Syariah Court to settle the issue (Justice Gopal Sri
Ram said it was null and void. ). Joy further appealed to the Federal
Court of Malaysia, the highest court and the court of last resort in
Malaysia.

The Federal Court heard the appeal in July 2006, and it was presided
by the Chief Justice of Malaysia Ahmad Fairuz Abdul Halim, Chief
Judge of Sabah and Sarawak Richard Malanjum, and Federal Court
Judge Alauddin Sheriff.

10
On May 30, 2007, the Federal Court, in a 2-1 decision,
dismissed Joy's appeal. The Court's panel ruled that only the
Syariah Court had the power to allow Joy to remove her
religious designation of Islam from her national identity card.
Chief Justice Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim and Federal
Court judge Justice Alauddin Mohd Sheriff delivered the
majority decision dismissing her appeal. Chief Judge of Sabah
and Sarawak Justice Richard Malanjum dissented.

The Federal Court judgment as of 30th May 2007 on the Lina


Joy appeal was a historic one with legal and social
repercussions yet to be seen with the decision going against
her.

11
Kita dapati bahawa Suruhanjaya Reid yang diberi tugas
mencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak
cadangan memasukkan peruntukan mengenai "Islam sebagai agama
Persekutuan" itu. Dalam laporan mereka di perenggan 169 mereka
berkata maksudnya –

"Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan


kenyataan dalam Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah
menjadi ugama Negara. Telah dipersetujui oleh semua pihak
bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu dimasukkan dalam
Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali
menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam.”

Dengan demikian maka Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan


memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan,
tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana bahagian Persekutuan.

12
Islam adalah undang-undang yang berkuatkuasa di Tanah Melayu sebelum
kedatangan penjajah Inggeris kerana apabila pengaruh Islam sampai ke Tanah
Melayu, ia banyak mempengaruhi perkembangan, pelaksanaan undang-undang
serta peraturan dalam masyarakat.

Undang-undang Islam merupakan undang-undang tempatan bagi negara ini


sejak dahulu lagi. Ini dibuktikan dengan peruntukan yang terdapat dalam
kumpulan undang-undang Melayu lama seperti Hukum Kanun Melaka, Hukum
Kanun Pahang, Undang-undang Kedah dan Undang-undang Johor.

Kehadiran penjajah Inggeris telah mengubah kedudukan dan peranan undang-


undang Islam. Inggeris telah menyempitkan skop undang-undang Islam yang
ditadbir ke atas orang Islam khususnya kepada perkara-perkara berhubung
personal law sahaja seperti hal-ehwal perkahwinan dan perceraian. Pada masa
yang sama Inggeris memperkenalkan undang-undang mereka menerusi pelbagai
cara. Peraturan tersebut akhirnya turut dikenakan keatas orang lslam. Terdapat
beberapa keputusan kes yang membuktikan bahawa undang-undang Inggeris
mengatasi undang-undang Islam termasuk dalam hal-ehwal peraturan
kekeluargaan seperti kes Ainan [ 1939 ] 3 MLJ 209 .

13
Dalam kes Ainan dan Syed Abu Bakar di atas mahkamah memutuskan
bahawa Seksyen 112 Ordinan Keterangan 1950 adalah satu statut yang
dipakai kepada semua orang samada Islam ataupun bukan Islam. Oleh sebab
itu berdasarkan peruntukan ini anak yang dilahirkan oleh seorang
perempuan Islam kurang dari 6 bulan selepas perkahwinannya adalah anak
yang sah taraf walaupun mengikut undang-undang Islam anak tersebut
adalah tidak sah taraf(anak luar nikah).

Dalam kes Nafsiah dan Abdul Majid [1969] 2 MLJ 174 Mahkamah Tinggi
memutuskan bahawa perempuan Islam yang telah merelakan dirinya
disetubuhi atas kepercayaan bahawa silelaki itu akan mengahwininya boleh
membawa tuntutan keatas lelaki berkenaan atas sebab mungkir janji
walaupun dari segi undang-undang Islam tuntutan seperti ini tidak boleh
diterima.

Berikutnya, dalam kes Myriam dan Mohamad Ariff [1971] 1 MLJ 265
mahkamah memutuskan bahawa perempuan yang berkahwin semula
(selepas perceraian) adalah berhak kepada hak penjagaan anak walaupun
menurut Islam perempuan berkenaan tidak berhak.Dalam kes ini Mahkamah
telah menolak keputusan Kadhi yang memutuskan jagaan anak berkenaan
hendaklah diserahkan kepada sibapa.

14
Prinsip undang-undang Inggeris di negara ini mula dipakai
apabila Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada 1786.
Campur tangan Inggeris di negeri Melayu bermula di Perak
pada 1874.

Memang benar perjanjian antara British dan raja Melayu


tidak menyebut dengan jelas mengenai pengenalan undang-
undang Inggeris ke negeri Melayu, namun pihak Inggeris
dengan cara beransur-ansur menerapkan undang-undang
mereka.

British menggunakan pengaruhnya di Tanah Melayu untuk


mengetepikan undang-undang Islam sehingga R J Wilkinson
berkata maksudnya:

"Tidak diragukan lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi


undang-undang Tanah Melayu jika undang-undang British tidak
masuk dan menahannya."

15
Sekiranya dibandingkan dengan kedudukan undang-
undang Islam di zaman Kerajaan Melayu Melaka, kita
dapati undang-undang di dalam Kanun Melaka adalah
lebih luas skopnya kerana undang-undangnya tidak
terhad kepada undang-undang diri dan keluarga
sahaja malahan meliputi undang-undang jenayah,
ekonomi dan juga komersial. Bukan itu sahaja malahan
hukuman-hukuman dalam undang-undang
jenayahnya lebih menepati hukum syara' dimana
hukuman-hukuman yang dikenakan berdasarkan
qisas, hudud dan ta'zir

16
Mengenai undang-undang komersial kaedah-kaedah asas seperti
persetujuan bersama membeli dan menjual, identiti barang-
barang, kebankrapan dan hutang-hutang dinyatakan juga dalam
kanun Melaka.

Keistimewaan Kanun Melaka ini bukan sahaja cuba


menyesuaikan elemen-elemen Islam dengan elemen-elemen
tempatan malahan mukaddimahnya dimulai dengan memuji
Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mukaddimahnya berbunyi seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam dan kesejahteraan bagi
mereka yang percaya kepada Allah, dan selamat serta salam bagi
utusanNya Saiyidina Muhamad dan seluruh keluarganya dan sahabat-
sahabatnya.

17
Cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di negara ini
menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang
sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem
kenegaraan dengan berselindung di sebalik nama kumpulan
sekular atas alasan hak asasi . Usaha-usaha ini merupakan satu
langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak
ratusan tahun lalu di mana Syariah diterimapakai di dalam
kehidupan individu, masyarakat dan institusi di negara kita.

Kita juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-


usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa
walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil
dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti
umat Islam di Malaysia.

18
Negara kita bukan bermula tatkala Perlembagaan Persekutuan
diwujudkan tetapi kehidupan dan kesepakatan itu sudah ada
jauh lebih dulu sebelum perlembagaan wujud. Perlembagaan
Persekutuan hanyalah mengesahkan susun atur yang
disepakati antara rakyat negara ini.

Latar belakang atau sejarah sesuatu undang-undang itu


tidak boleh dipandang sepi, ia penting untuk diketahui,
supaya kita dapat lebih memahami mengapa sesuatu
undang-undang itu seperti yang sedia ada pada hari ini.

On July 17,2007 our Deputy Prime Minister i.e Dato Sri


Najib Razak further said :-

“ Islam is the official religion and Malaysia is an Islamic


state, an Islamic state that respects the rights of the non –
Muslims and we protect them”

19
Following that on July 19,2007 ; Bishop Dr. Paul Tan Chee Ing, SJ
i.e Chairman of Christian Federation of Malaysia commented :-

“By citing Article 3 (1) of our Federal Constitution to infer that


Malaysia was meant to be an Islamic state runs contrary to the
original intention of the Constitution . The constitution does not
provide for a theocratic state.”

Furthermore the Christian Federation of Malaysia appeals to the


Deputy Prime Minister to retract his aforesaid remarks and to the
government to refrain from the use of the term “Islamic State” in the
description of Malaysia and instead to vigorously advocate the
description of Malaysia as a secular constitutional democracy.

20
Pandangan sebegini ( Kristian ) yang membawa kepada tahap
tertinggi sensitiviti umat Islam Malaysia. Ini kerana bermula tahun
1970an anak-anak Melayu telah melihat Islam bukan saja sebagai
cara hidup saja tetapi Islam juga sebagai berperanan
membangunkan tamadun. Undang-undang perbankan Islam dan
Insuran Islam mula diperkenalkan pada awal 1980an. Malaysia juga
kini diitiraf sebagai pusat kewangan Islam global.

Mengembalikan semula kepentingan Islam sebagai undang-undang


Malaysia telah sebelum ini secara strategik dimulakan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamed yang telah mengistiharkan Malaysia sebagai
Negara Islam pada tahun 2001. Kemudian Datuk Abdullah Ahmad
Badawi memperkukuhkan pula dengan memperkenalkan Islam
Hadhari . Dan Datuk Najib Razak memperkasakan idea dan
tindakan ini dengan Melayu Glokal.

21
"Undang-undang yang terpaksa kita ikuti di Malaysia………. ialah undang-undang
Inggeris, dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan
undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang
hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara
yang terhad sahaja, iaitu perkara-perkara berhubung dengan keluarga dan agama
Islam dengan pengertian yang sempit... Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi
Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia,
undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai
menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3
dan 5 dalam Akta Undang-Undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita
tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu …….. Suatu
fasal hendaklah diadakan dalam Perlembagaan yang bertujuan bahawa jika
terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan
undang-undang Islam, maka hendaklah undang- undang itu terbatal setakat mana
ia bertentangan. Dengan dua cara ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-
undang di Malaysia sekurang- kurangnya tidak bertentangan dengan undang-
undang Islam."

(Sumber: Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Sekatan-Sekatan Dalam Perlaksanaan


Undang-Undang Islam di Malaysia, al-Ahkam Jilid 4, Islam Dalam Perlembagaan
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994).

22
Kesimpulan

Dapat kita rumuskan dengan keujudan Perkara 3 di dalam


Perlembagaan ini maka kita dapat menyimpulkan bahawa
negara Malaysia bukan sebuah negara sekular. Tiada
peruntukan perkataan sekular di dalam Perlembagaan
Malaysia. Bagi negara sekular seperti Perlembagaan India yang
pari materia dengan Perlembagaan Malaysia jelas terdapat
tertulis perkataan sekular di dalam perlembagaan India. Begitu
juga Perlembagaan negara Turki jelas memasukkan perkataan
sekular.

Di samping itu peruntukan Perkara 3 ini juga jelas


membuktikan bahawa Islam adalah sebahagian sumber bagi
undang-undang Malaysia setelah Malaysia diistiharkan
Merdeka walaupun ianya tidak mengikat Mahkamah Sivil.

23
Kita dapati Kerajaan Persekutuan Malaysia berusaha untuk
menyeragamkan Mahkamah Syariah atas tujuan untuk disamatarafkan
dengan Mahkamah Tinggi Sibil. Walaubagaimana pun tafsiran kepada
Perlembagaan Persekutuan masih meletakkan Mahkamah Syariah berada
di bawah Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan .

Namun adalah jelas bahawa Perkara 3 ini adalah penyelamat dan juga
pintu kepada penggunaan Islam sebagai perundangan negara Malaysia
agar disisihkan daripada kuasa Mahkamah Sivil dan agar dapat Mahkamah
Syariah untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan


bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang
telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum
kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka
membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa
masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha.

24
Di samping itu di dalam keadaan negara diistihar darurat ; walaupun
Mahkamah Sibil tidak berfungsi namun Mahkamah Syariah masih
berkuatkuasa. Perkara 150 (6A) menegaskan ada enam hak tidak boleh
digugat walaupun negara dalam keadaan darurat. Hak itu berkaitan
undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak
kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak
berkaitan bahasa.

Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim pernah berkata:-

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan itu tidak digubal sebagai Perlembagaan


Negara Islam dia boleh dipakai dan dilaksanakan supaya ia sesuai atau sekurang-
kurangnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Perlembagaan Persekutuan itu
ialah ciptaan manusia dan dia tidak bebas dari kekurangan dan kesilapan. Ada cara
memindanya. Jika orang lslam ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan
Islam, mereka harus mengikhtiar supaya mereka mempunyai kuasa memindanya,
iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang
boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya
pindaan itu dapat diterima. Inilah perlunya kita sepakat supaya kita boleh
mencapaikan hasrat agama, bangsa dan negara kita.

25