PRAKATA

Seni itu adalah sesuatu yang indah. Ianya berkait rapat dengan naluri keinginan manusia yang mahukan sesuatu yang indah di pandangan mata. Daripada sekecil-kecil anak sehingga ke datuk nenek. Semuanya mahukan yang cantik belaka. Memandang cermin mengatakan diri cantik dan lawa usah dikata. Untuk kelihatan cantik sanggup berhabis modal ke salon kecantikan mendandan diri. Segala yang dimiliki pastinya mahukan yang indah belaka. Pakaian mahu cantik dan kemas. Busana sana, busana sini. Kereta mahu yang hebat. Kenderaan antik

digayakan sana sini. Rumah bagaikan mehligai. Luar dengan landskapnya, yang dalam dengan interiornya. Yang tidak memiliki hanya mampu berangan, kalau aku ada duti banyak akan ku bina mahligai yang lebih indah daripaa itu. Bahkan segalanya dalam kehidupan ini mahukan yang indah belaka. Untuk memenuhi keinginan inilah, manusia sanggup berkorbann wang ringgit, tenaga, masa dan segalanya. Untuk memenuhi segala keinginan ini juga mewujudkan

banyak peluang pekerjaan dan pendapatan kepada sesiapa yang memiliki kemahiran melaksanakan keinginan di bidang masing-masing. Begitulah seni, kepentingannya dalam

kehidupan tidak dapat disangkal lagi. Seni merentas kehidupan.

1

Di sekolah, Seni merentas kurikulum. Ini kerana Setiap mata pelajaran memerlukan seni. Sebagai satu contoh, guru meminta pelajarnya melukis peta, mengindah dan mencantikkan kelas dengan carta-carta bergambar. Guru membuat alat bantu mengajar, dan sebagainya. Ini semua memerlukan kemahiran seni. Tetapi ada juga di kalangan manusia yang tidak sedar akan hakikat ini. Di sekolah, mata pelajaran pendidikan seni visual dianggap sesuatu yang remeh. Pendidikan seni visual bagaikan mata pelajaran tempelan, kerana apa??? Kerana di peringkat awal tidak dimasukkan di dalam peperiksaan awam. Mungkin juga sijil peperiksaan awam yang

menunjukkan calon yang mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masih kurang hebat berbanding calon yang mendapat A dalam bidang sains dan matematik. Kalaulah semua orang tahu bahawa Leonardo Da Vinci, pelukis potret Monalisa yang hebat juga adalah seorang yang hebat dalam bidang ciptaan sains dan rekacipta. Bukankah ini menunjukkan bahawa seorang artis dengan pemahaman dan penghayatan seninya mampu menjadi seorang saintis dan pereka cipta. Namun, kini manusia sudah ada yang berfikiran terbuka. Mereka sudah nampak bahawa bidang seni visual ini boleh mendatangkan dan menjana pendapatan yang lumayan. Kini, anakanak sudah dihantar tusyen seni visual. Susah ada university khas intuk bidang seni visual yang tentunya pengambilannya memerlukan pelajar yang sudah ada kemahiran asas seni. Graduangraduan seni visual sudah benyak yang diperlukan seperti dalam bidang pengiklanan, penerbitan, akhbar dan majalah, seni hiasan dalaman dan landskap dan sebagainya. Ibu bapa sudah

membuka mata kepada bidang yang dulunya dianggap terpinggir ini. Diharap, pada masa akan datang, bidang seni visual ini menjadi semakin popular di kalangan masyarakat. Wassalam…

2

seni lakonan. seni suara.KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGERTIAN SENI VISUAL Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil.pemikir islam iaitu imam AlGhazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Terdapat juga istilah seni rupa. seni silat. muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. seni penulisan dan sebagainya. seni halus. seni ukir. Indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression). seni lukis. lukisan. elok. puisi skrip drama dan 3 . pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang meliputi seni lakonan. tipis dan halus. enak didengar iaitu mengenai suara. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen . seni lukis dan seni reka Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah. SENI SECARA UMUMNYA Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari. Satu lagi pentaksiran membawa tentang seni yang membawa maksud karya termasuklah sajak. seni muzik. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981). comel bentuk badan manakala. seni tari dan sebagainya. seni kraft.

seni ukir. imbangan. berfungsi/kegunaan. ukiran. komunikasi visual. imej. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri daripada harmoni. Komunikasi ini akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh individu atau meayarakat. kontra. seni bina dan sebagainya. apa fungsinya. bentuk. siapa yang membuatnya. cirri-ciri kreatif. firm. Juga termasuk bahan dan alat. pengalaman dan sensasi visual sentuh. benda-subjek. lukisan. KONSEP SENI VISUAL Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression). nilai estetika. pergerakan /irama dan kesatuan . Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsure-unsur seni iaitu garisan. kepelbagaian. teknik dan gayaan. apa ideanya dan sebagainya. 2-D dan 3-D. Visual atau tampak secara termologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Untuk itu. seni lukis. mengapa ia dibuat. ruang dan warna. rupa. isi dan mesej. asas seni reka dan pelbagai aspek lain. pelukis/pandai tukang dan karya seni. bahasa seni visual. yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan. apa rujukannya. arca.sebagainya. content. Manakala seni visual / tampak meliputi seni kraf. binaan bangunan dan sebagainya. objek. Ia bukan setakat dillihat tetapi perlu difahami maknanya atau setidak-tidaknyateknik membuatnya. 4 . Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. jalinan. penegasan. termologi tau symbol.

seni cetak dan arca. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual). Pendidikan seni bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya. berpengetahuan dalam bidang seni. tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil. II) Perekaan Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. khususnya individu yang kreatif.PENGKELASAN SENI VISUAL Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan. mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. 5 . I) Pengkaryaan Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. logam halus. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. catan.

yang kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together. juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. integrasi maklumat serta idea. persepsi dan konsepsi. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi. proses mereka bentuk 6 . Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. penerokaan unsur. apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. inkuiri. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing). bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Sebagai contoh awal. pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.

ergonomik. Foto atau lakaran visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi lebih jelas. Penjelasan tentang perkara utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Proses dan teknik. Proses membuat. kekuatan. Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan. inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Dalam proses tersebut juga.dalam Pendidikan Seni. bahan. aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Mencuba. Idea dan cara penyelesaian dilakukan secara lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya. Membuat rumusan. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif. baru dan bermakna. lakaran situasi atau masalah. faktor keselamatan. kos dan pembuatan serta pelbagai sumber. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik. nyatalah bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. bentuk. Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi. Kajian dan Penyelidikan Aspek persekitaran. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan. Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. 7 . dalam konteks norma kita sendiri. masa. melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti Pengenalpastian masalah Menentukan keperluan. Perkembangan – memperincikan idea bersama lakaran dan huraian.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni. kemahiran mengaplikasi ilmu seni. Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu. warisan budaya kraf. tepat. Komputer. yang harus dijelmakan dalam bentuk visual secara manual. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni. pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik. Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu. idea yang banyak dapat dilahirkan dan pelbagai. persepsi estetik. dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. dan menarik. penghasilan dan persembahan. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah. dan sebagainya. 8 . dan seni tampak. sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan. sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda. ekspresi kreatif. cepat. penggubahan. Namun. analisis logik. Justeru. pertimbangan estetik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang.

grafik. bahan dua dimensi (2-D) yang direka bentuk khusus melalui kombinasi lukisan . Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. bahan bukan fotografi. poster. kalligrafi. Reka bentuk grafik terdiri daripada: poster.SENI SEBAGAI SATU ALAT KOMUNIKASI (Komunikasi visual) Seni sebagai satu alat komunikasi merujuk kepada komunikasi visual. penerbitan dan industri perkomputeran. idea. Reka bentuk grafik merupaka proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satu bentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual dengan menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer. logo dan mascot. iaitu rekabentuk grafik dan multimedia. Komunikasi visual menjurus kepada perhubungan kepada masyarakat melalui karya seni visual itu sendiri. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi yang berkesan. papan tanda dan lain-lain komunikasi visual. tipografi. Penggunaannya diperjelas dalam pengiklanan. berkesan melalui kombinasi lukisan. perkataan. buliten. Kesimpulannya. Istilah grafik merujuk kepada perkataan Greek iaitu Graphikos yang membawa maksud `lukisan atau catan’. 9 . perkataan. Grafik boleh didefinasikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2-D) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada masyarakat. pembungkusan. Komunikasi visual itu terdiri daripada dua tumpuan utama. grafik kepelbagaian visual bukan unjuran (non projected visual). percetakan. simbol. fakta dan maklumat. grafik persekitaran. symbol dan gambar untuk menyampaikan mesej. ilustrasi dan komputer grafik. risalah. simbol dan gambar. Grafik merujuk kepada gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau warna warni iaitu bahan yang meringkaskan meklumat. memaklumkan fakta atau idea dengan jelas.

mencipta dan berkomunikasi. SENI VISUAL SEBAGAI EKSPRESI (Luahan Perasaan) Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi I) Peranan psikologi Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti. rasa hati. Multimedia juga terdiri daripada beberapa elemen iaitu: teks.Manakala multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatau persembahan. dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. animasi. Pembelajaran Seni Visual. mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut. kreativiti. Multimedia juga menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari. Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. . Pembelajaran seni visual. aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility. emosi.membuat pertimbangan dan pernyataan diri. berinteraksi. Ini merujuk kepada penggunaan internet. audio dan video. grafik.sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati) Emosi ialah keupayaan melahirkan idea. 10 . aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan.

peristiwa dan benda. menggambar. pergerakan. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea. Pembelajaran seni visual. curahan idea. boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya. menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan. gambaran pemikiran dan perasaan. Antara peranan seni visual 11 . arahan dan symbol. Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran. II) Peranan sosiologi Peranan seni visual dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik. memberi makna menerusi perkataan.masyarakat. aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta.kreativiti. Pembelajaran seni visual. perasaan dan emosi. orang lain.

Semangat Bumi. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung. karya Awang Damit Ahmad. idea. Persekitaran.SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Rumah rakit. hasrat atau kepercayaan. Spiritual – Seni visual untuk ketenangan. karya Lai Foog Mooi. manifestasi. Pembelajaran seni visual. karya Patrick Ng Kah Onn. semangat dan perasaan melalui seni visual. Contohnya Poskad kepada Dunia. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.Poskad kepada dunia (1990) Ritual / upacara.Seni visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea. yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor. 12 .pemikiran. individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri. Contohnya. aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca.Kuala Lipis Propaganda. kepuasan dan keselesaan.Kesedaran nilai persekitaran. unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni visual. pengaruh dan kuasa. Air.Nasionalisme .Falsafah. aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara. dan Udara.

Contohnya penghasilan batik dan songket Pemujukan. pelukis atau pandai tukang.Pembelajaran seni visual. aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster. Setiap pengkarya memerlukan kemahiran dan kepandaian. aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. latihan Kemahiran ini dapat dipupuk melalui pengalaman. 13 . Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan. kemahiran dapat dibentuk dengan latihan dan penerokaan yang menjurus kepada kepelbagaian penghasilan hasil seni yang dapat membawa kepada penghasilan karya yang dapat memenuhi selera dan kehendak masyarakat. pembelajaran.Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. pengamatan. KEMAHIRAN Setiap hasil seni visual atau produk seni ada agen yang mewujudkannya.Hasil seni seni visual berasaskan kepada faktor cita rasa.Pengeluaran. fungsi dan kegunaan. pengkarya dapat menghasilkan hasil karya yang dapat memenuhi nilai estetika dan seterusnya dapat disampaikan kepada masyarakat. Tanpa agen ini tiada produk seni. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Agen itu dikenali sebagai pengkarya. Perniagaan dan perdagangan. Berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman. gaya. Pembelajaran seni visual. dan seterusnya dapat menghasilkan Berdasarkan kepada pembelajaran.

tahap serta gaya masing-masing dengan bimbingan tenaga pengajar agar segala ilmu dapat diperolehi bagi menyabung kesinambungan seni vsual itu sendiri disamping dapat mengasimilasikan dengan kaedah baru. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Herbert Reed. proses ini amat penting untuk membentuk kemahiran pelajar. Pelajar dibimbing agar dapat membentuk kreativiti sendiri dengan diberi kebebasan dalam memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan minat. bukan menekan aspek kegunaan. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses berbanding dengan hasilan akhir. seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. keseronokan dan kesenangan estetik. Segala proses hendaklah diperhalusi agar dapat membentuk pengkarya yang mempunyai kreativiti yang tinggi.ESTETIKA Seni visual juga difahami sebagai sesuatau yang mempunyai nilai estetika . Diperingkat awal. KREATIVITI Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu pelajar untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. 14 . Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekan aspek kesenian atau keindahan.

kritis. masyarakat dan negara. Melalui penglibatan deria. eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. masyarakat dan persekitaran. kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.PERTIMBANGAN DAN KESEDARAN Pertimbangan dalam diri individu. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep. keluarga.Melalui kajian. Antara yang terlibat ialah pelukis. 15 . Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. menghargai keindahan alam persekitaran.Terbahagi kepada Pengalaman langsung. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. penerokaan.Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. falsafah dan nilai. penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni Daripada pengalaman langsung dan pengalaman intelektual ini pelajar dan pengkarya dapat memperoleh kesedaran tentang perlunya seni yang dikatakan sebagai `Seni Merentas Kehidupan’ PEMBANGUNAN MANUSIA MATLAMAT Matlamat pembangunan seni visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis. pengarca. pandai tukang dan sebagainya Pengalaman intelektual.

yakin diri. dan 10. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. membentuk dan membuat binaan.OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Pengalaman seni ini adalah untuk 16 . 4. 9. cermat dan selamat. 3. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif. disiplin diri dan bertanggungjawab. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. 7. 5. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. 2. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. 8. dan mengenal kraf tradisional. Memupuk nilai-nilai kerjasama. kritis. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. kreatif dan menyeronokkan. membuat corak dan rekaan. 6.

proses pembuatan hasil seni. unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan. membuat interpretasi. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. manipulasi dan persepsi visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan. pemerhatian secara aktif b. Selain memperkembangkan deria 17 . menyimpan maklumat atau dokumentasi. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. alat dan teknik. alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan. mengaplikasi disiplin seni visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. apresiasi seni visual secara mudah d. kraf tradisional. membuat pilihan. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan. mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. koordinasi. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran. berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembanganperingkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi. berkomunikasi secara berkesan.memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. berfikir secara kritis dan kreatif.

penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. 18 . Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah. nilai patriotisme. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebahagian besar aspek kehidupan terbabit dalam bidang seni. Sesuatu harus dilakukan untuk memartabatkan seni lebih jauh lagi di mata masyarakat. pra-tulisan. manusia memerlukan kemahiran yang ada dalam seni. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam pembentukan diri manusia. Bermula dari pembentukan lambang kanak-kanak. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. 19 . pembinaan tulisan cantik. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya mementingkan pendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam peperiksaan awam sahaja. KESIMPULAN Seni visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh sebahagian masyarakat. Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni terutamanya seni visual sangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. melukis peta dan gambar-gambar dalam semua mata pelajaran sehingga membawa keseluruh kehidupan. murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. nilai kebersihan dan kepekaan.

Banyak perkara yang kita lakukan sehari-hari yang membabitkan bidang seni. Bukan sahaja sebahagian manusia. Ramlan b. melukiskan di papan tulis untuk memberi gambaran kepada pelajar. saya berasa agak tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya dikehendaki oleh soalan untuk saya siapkan tugasan saya ini. Bermula dari zaman persekolahan lagi pelajar didedahkan dengan ilmu seni untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran lain. sedar ataupun tidak bahkan setiap manusia memerlukan malah menggunakan elemen seni dalam kehidupan. tempat tinggal kita.REFLEKSI Seni adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan. Sebagai contoh. Dalam pendidikan. Manaf. dalam pada guru memberi ilmu. Tentang pakaian kita. sangat memerlukan kemahiran seni untuk menyiapkan tugas. maka dapatlah kami gambaran tentang kehendak soalan. maka setiap manusia harus mempunyai ilmu tentang seni. Dalam pada pelajar menimba ilmu. Penerangan beserta contoh yang beliau 20 berikan beserta contoh serta . Ramlan banyak membantu dalam saya memahamkan kehendak tugasan. seni memainkan peranan yang sangat besar. Namun berdasarkan pengalaman beliau sebagai pensyarah. begitu juga dengan pensyarah kami iaitu En. Abd. Pada mula saya mendapat tajuk untuk tugasan ini. Bertitik tolak daripada kefahaman yang mana setiap manusia memerlukan dan menggunakan seni dalam kehidupan. En. guru yang mahu mengajar pelajar sesuatu tajuk dalam salah satu mata pelajaran yang memerlukan beliau melakar. Kami tidak diberikan garis panduan atau modul. atau murid yang diberi latihan melukis peta untuk mata pelajaran kajian tempatan dan sebagainya. banyak bidang yang berkaitan dengan seni. kenderaan dan sebagainya.

saya semakin mahir dalam melayari internet. bantuan daripada rakan-rakan seangkatan juga banyak membantu saya dalam saya menyiapkan tugasan ini. Saiful Nizam b. Namun. Selain itu. Isteri saya juga banyak membantu saya mendapatkan bahan dengan membantu saya meminjam buku-buku daripada rakan sejawatnya di sekolah. Sekian. apa yang saya dapati dalam saya menyiapkan tugasan ini selain untuk mendapatkan bahan untuk tugasan. Saya memulakan tugas pencarian bahan dengan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini di perpustakaan daerah Teluk Intan. Bebanan yang begitu berat sebelum ini terasa telah dapat diringankan oleh beliau. Terutamanya En. Selain itu. Beberapa buah buku saya pinjam untuk saya gunakan sebagai rujukan saya. saya juga mengakses internet. Keahlian perpustakaan saya yang telah lama mati saya hidupkan kembali. 21 .gambaran kehendak tugasan dapat membuka minda saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Sayuti yang menjadi tempat saya bertanyakan tentang laman web yang boleh saya akses dalam pencarian saya. Banyak juga bahan yang boleh saya dapati daripada internet untuk saya muatkan dalam tugasan saya ini. terima kasih.

com/2008/08/konsep seni-visual-html 3. Bhd. http://esenivisual. azimah A. Samah. Seni Dan Seniman. 2006. LAMAN WEB 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3. Seni Lukis Moden Malaysia.blogspot. 1989. Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad Ke 20. Bhd. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Shah Alam. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Zailani Yaacob.blogspot. Bhd. 5. 7. Ruzitah Tapah. 8.RUJUKAN 1. Kuala Lumpur.html 22 . http://esenivisual. Oxford Fajar Sdn.com/2008_08_01_archive. 2001.blogspot. Rahmat Salihon. 1991. Shah Alam.com/ 2. Seni Lukis Dalam Peristiwa. 1995. Kuala Lumpur. Univision Press Sdn. Shah Alam. 4. Mulyadi Mahamood. Sejarah Seni Dunia. 2000. BIROTEKS (Biro Penyediaan Teks). Bhd. Bhd. 2. 2004. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Institut Teknologi MARA. Kuala Lumpur. Mazlan Othman. Hassan Mohd Ghazali. 2008. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Mohamed Ali Abdul Rahman. Fajar Bakti Sdn. Oxford Fajar Sdn. Mulyadi Mahamood. http://nota senivisual. Zakaria Ali. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Utusan Publication And Distributors Sdn. Muliyadi Mahamood. 6.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful