You are on page 1of 31

TERHADAP KEBUDAYAAN MASYARAKAT BABA & NYONYA DI MELAKA

KAJIAN

Satu golongan keturunan kaum cina yang unik di dalam kalangan kaum cina yang terdapat di negeri-negeri selat , tanah melayu terutamanaya di melaka . Bagaimanapun ,sebahagian daripada mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang cina malah mengakui mereka adalah rakyat british & berbangga dengan kedudukan itu.. Mereka juga mengeji pendatang cina yang baru & mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang cina masuk.Mereka memanggil diri mereka sebagai BABA atau PERANAKAN kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan cina tetapi mempengaruhi unsur-unsur melayu Ini kerana kaum ini mengamalkan perkahwinan campur yang berlaku antara kaum cina dan melayu .

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal {Surah Al-Hujurat, ayat :13}

Antara objektif dalam kajian ini ialah :


Mengetahui tentang asal usul kehidupan masyarakat baba & nyonya di Melaka. Mendalami pengetahuan berkaitan dengan kebudayaan masyarakat baba & nyonya di Melaka.

Menilai perbezaan antara kehidupan masyarakat baba & nyonya dengan etnik atau kaum yang lain di Malaysia. Memahami implikasi pengaruh masyarakat baba & nyonya terhadap melayu & cina di Malaysia. Memupuk semangat kerjasama & saling bantumembantu antara ahli di dalam melaksanakan sesuatu kajian atau projek.

Antara pendatang cina yang terawal berhijrah ke tanah melayu adalah daripada kelompok hokkien . Ada juga orang baba yang berasal daripada keturunan kantonis , hakka , dan lain-lain . Apabila pulau pinang dan singapura berkembang , ramai juga yang berpindah ke sana . Kaum baba & nyonya yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa baba iaitu sejenis bahasa dialek melayu . Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh kaum melayu . Mereka juga makan menggunakan tangan . Mereka juga masih memakai kebaya dan sarong . Kaum ini juga mengamalkan memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna-warni apabila melangsungkan istiadat perkahwinan mereka . Rumah mereka juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional cina .

Serupa dengan pakaian tradisi melayu iaitu terdiri daripada baju kebaya dan kerongsang . Kasut manek juga merupakan tradisi bagi masyarakat ini . Ia dijahit menggunakan manik-manik yang halus yang dijahit pada kain terpal . Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga eropah .

Baba dan nyonya masih mengamalkan agama tradisional iaitu cina & buddha .
Mereka juga menyambut perayaan tahun baru cina dan perayaan tanglung . Sambil mengamalkan adat resam dan penjajah barat .

Masakan nyonya menggunakan rempah masakan melayu .


Contoh , ayam kapitan , sejenis kari ayam kering , inci kabin iaitu ayam goreng cara nyonya , dan pindang bandung kuah ikan yang dihidangkan ketika di indonesia .

Saudagar cina di melaka zaman silam gemar memperisterikan wanita melayu dari semenanjung tanah melayu . Lamaran memerlukan buah tangan pinangan iaitu bakul berkilau tingkat yang dibawa oleh pengantara yang diwakili oleh ibu dan bapa pengantin . Majlis diserikan dengan lagu berirama spontan dongdang sayang yang dinyanyi dalam bahasa melayu dan ditari oleh para hadirin . Dongdang sayang memerlukan berjenaka dan bertikam balas . Siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak tawa dan tepukan tangan beramai-ramai .

TAN CHENG LOCK

TAN SIEW SIN