PENGENALAN Ada yang berpendapat bahawa sungguhpun manusia tidak jauh berbeza daripada haiwan primat dari segi

biologi tetapi manusia mempunyai akal. Manusia bertindak mengikut akal fikiran dan menggunakan pelbagai peralatan. Ini bermaksud bahawa perlakuan mereka dikawal dan didorong oleh akal. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Manusia hidup mengikut corak budayanya yang lebih tersusun. Budaya adalah suatu yang sangat sukar didefinisikan, terlalu luas untuk

difahami terutama dalam keadaan dunia yang semakin maju ini di mana adanya kemudahan teknologi yang semakin canggih serta ruang maklumat yang tiada sempadan. Pada masa yang sama, manusia semakin taksub dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan kecanggihan ini, dan tanpa disedari oleh kita semua, di sebalik fenomena ini kita dipertontonkan dengan insiden-insiden yang pada pandangan kita terlalu kejam.

Lihat pada beberapa contoh kejadian di negara kita, dan kita mungkin terbaca atau tertonton mengenai kejadian-kejadian itu di dada akhbar-akhbar ataupun melalui berita dalam televisyen iaitu seperti kejadian di mana seorang ibu muda membuang bayi mereka tanpa belas kasihan, malahan terdapat di antara mereka bertindak lebih kejam dengan mengelar leher bayinya yang baru dilahirkan. Manakala, di luar negara pula, terdapat golongan yang tidak berperi kemanusiaan dengan melanggar anak berumur 2 tahun dan membiarkannya menderita kesakitan di atas jalanraya. sebahagian daripada perlakuan manusia dewasa ini. Itu

Lalu persoalannya ialah inikah budaya manusia ala moden yang canggih? Bukankah manusia moden sudah berada di dalam peringkat yang kita ketahui sebagai bertamadun?

0|Page

HBEF1503

Definisi Budaya

Justeru itu, kita perlu mengetahui maksud budaya secara mendalam walaupun budaya itu harus dilihat daripada pelbagai perspektif. Kita hendaklah jelas mengenai makna budaya itu sendiri. Ini adalah kerana budaya boleh ditakrifkan dalam pelbagai

cara(Mohamad Zain Musa & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 2101). Ini adalah kerana jalinan budaya itu sangat kompleks dan bukan hanya berkaitan dengan kesenian seperti kebanyakan orang fikirkan.

Mari kita cuba perhatikan maksud budaya mengikut pendapat para antropologi. Kita cuba perincikan istilah ini bermula daripada pembinaan istilah budaya iaitu, budaya atau kebudayaan di mana diambil daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, bukan semula jadi. Di dalam bahasa Inggeris,

kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Seterusnya, kita cuba mendalami maksud ’budaya’ dengan mengambil

pendapat-pendapat para antropologi. E.B. Tylor mendefinisikan budaya sebagai suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tata susila, serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat(2011). Seorang antropologi lain pula berpendapat bahawa:”Culture is the knowledge people use to generate behaviour, not behaviour itself; it is arbitrary, learned, and shared. In addition, culture is adaptive.” Terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu ialah budaya adalah merupakan pengetahuan yang digunakan oleh manusia untuk menjana perbuatan, tetapi bukan perbuatan itu sendiri; pengetahuan ini adalah sewenang-wenangnya mengikut gerak hati, dipelajari dan dikongsi. Budaya ini juga bersifat mudah diadaptasi(White & Freidl, 1992).

1

HBEF1503

Manakala kenyataan lain berpendapat bahawa “budaya dalam bentuk nyata merujuk kepada pelbagai bentuk budaya kebendaan, seperti pakaian, rumah, hiasan, benteng, istana, peralatan memasak, senjata banyak lagi; manakala budaya dalam bentuk tidak nyata terdiri daripada bahasa, sistem kepercayaan, sistem makanan, system tarian, sistem muzik dan lain-lain. Sisa-sisa budaya masa lalu adalah dalam bentuk warisan yang boleh menjadi nyata atau tidak nyata” ( Mohamad Zain Musa & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 2101).

Justeru itu, memandangkan budaya adalah suatu yang kompleks, maka definisi yang paling sesuai apabila kesemua pendapat di atas dirangkum adalah bermaksud suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantang-larang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan.

Daripada definisi ini, kita dapat melihat beberapa ciri budaya yang memainkan peranan dalam kelompok masyarakat. Ferraro(2006) menyatakan bahawa ciri-ciri budaya adalah ianya dikongsi, dipelajari, ’tidak kelihatan’, mempengaruhi prosesproses biologi, saling berubah, sejagat, bersifat adaptif dan maladatif, dan akhir sekali budaya adalah bersifat integratif. Kesemua ciri ini sebenarnya dapat dilihat daripada definisi yang telah diperkenalkan tetapi diperincikan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk memberi kefahaman kepada kita mengenai budaya itu sendiri.

Definisi Tamadun Selain istilah budaya , kita perlu juga mengetahui mengenai maksud dan definisi bagi istilah tamadun yang mempunyai perkaitan rapat dengan budaya untuk mendapat pengetahuan yang mendalam mengenai budaya dan tamadun di dalam mana-mana kelompok masyarakat.

Tamadun mengikut Kamus Dewan(eds..4),ianya adalah bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi, peradaban. Maksud kedua pula, negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dan

2

HBEF1503

lain-lain). Ketiga, budaya atau cara hidup orang-orang tertentu, peradaban. Keempat, keadaan pemikiran(budaya atau moral) yang halus.

Oleh itu, manusia dianggap bertamadun apabila sudah mencapai satu taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran luas yang tinggi. Kita juga dapat melihat kemunculan tamadun apabila adanya penempatan kekal yang seterusnya membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

FUNGSI-FUNGSI BUDAYA KEPADA MASYARAKAT

Budaya seperti yang telah dibincangkan sebelum ini adalah merupakan suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantanglarang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan. Kenyataan ini jelas menjelaskan bahawa

kelompok masyarakat mempunyai hubungan erat dengan kebudayaan. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Tengku Mohd Azman(2009) berpendapat bahawa masyarakat membina, berkongsi dan menggunakan pengetahuan untuk keharmonian dan panduan untuk hidup sewajarnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa budaya memainkan peranan penting dalam masyarakat dan digunakan untuk fungsi-fungsi tertentu mengikut corak budaya bagi kelompok masyarakat tersendiri.

Sejarah fungsi budaya Fungsi budaya pada zaman purba adalah sebagai perlindungan dan merupakan perkara yang berguna untuk ’survival’. Alat-alat batu digunakan adalah kasar dari segi mutu pembuatannya dan digunakan untuk memotong. Alat-alat batu tersebut dikenali sebagai kapak tangan atau fist hatchet(burns & Ralph, 1958:6). Mereka menggunakan alat-alat ini untuk memburu dan mempertahankan diri. Mereka juga memperturunkan kemahiran ini kepada generasi seterusnya.

3

HBEF1503

Walaubagaimana pun, pada zaman neolitik, budaya kolompok masyarakat pada waktu itu mula semakin kompleks, terdapat pelabagai aktiviti serta pembentukan penempatan kekal yang dikenali ’kampung’. Pada waktu inilah proses pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, fungsi budaya pada zaman itu menjurus kepada

pembentukan suatu identiti bagi kolompok-kolompok masyarakat yang terbentuk dalam era tersebut. . Sejak itu, budaya berkembang sejajar dengan pertumbuhan masyarakat di muka bumi dan membentuk pelbagai kriteria budaya yang menyebabkan budaya menjadi semakin kompleks. Inilah tamadun awal dunia yang dikenali tamadun purba di mana fungsi budaya beralih daripada perlindungan dan ’survival’ kepada pembentukan identiti serta budaya hidup lebih sihat dengan adanya makanan cukup serta pengendalian yang betul.

Selain itu, tamadun purba juga membuktikan budaya berfungsi untuk mengukuhkan ekonomi dan politik sesebuah kerajaan di mana kolompok masyarakat hidup bersama. Contohnya ketika perluasan empayar mesopotamia, iaitu pada zaman itu, kejayaan pembentukan empayar ini adalah berpunca daripada kekuatan bidang pentadbiran, kewangan dan kehidupan sosial. Oleh itu, budaya sememangnya sangat berguna dalam sesebuah masyarakat.

Bermula daripada pembinaan tamadun-tamadun purba termasuklah tamadun Yunani dan Rumawi, ianya seterusnya berkembang dan semakin diperluaskan ke seluruh dunia sehinggalah membentuk tamadun barat, seterusnya tamadun Islam dan juga tamadun Asia termasuk China, India dan Asia Tenggara. Dalam setiap fasa ketamadunan ini, budaya telah memainkan peranan penting dalam pembentukan suatu tamadun mengikut sejarah dan kawasan.

Justeru itu, kita akan cuba terangkan setiap fungsi budaya yang telah wujud sejak tamadun purba berlaku.

Fungsi-fungsi budaya Perlindungan dan ’survival’ 4

HBEF1503

Seperti mana yang kita ketahui, budaya berkembang daripada unit yang lebih kecil ataupun hanya berlaku di kalangan kelompok masyarakat yang ada kaitan darah dalam zaman purba awal sebagai suatu alat perlindungan dan ’survival’. Mereka hidup berkelompok dan ada ketua di mana ketua perlu melindungi setiap ahli keluarganya dan aktiviti pada waktu itu adalah lebih kepada pemburuan dan pengumpulan makanan.

Pada zaman ini, mereka hidup berpindah randah untuk meneruskan kehidupan kerana kegiatan pada waktu itu hanya tertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan.

Penemuan fosil serta artifak seperti kapak yang diperbuat daripada batu oleh pakar antropologi banyak membuktikan bahawa pada zaman ini budaya hanya memainkan peranan sebagai alat perlindungan dan ’survival’ sesebuah kelompok masyarakat.

Pengukuhan ekonomi, politik dan sosial sesebuah empayar ataupun negara

Tamadun purba awal juga semakin berkembang, daripada aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk perlindungan dan ’survival’ ianya beralih kepada pembentukan suatu penempatan tetap di mana aktiviti beralih kepada aktiviti menternak, bercucuk tanam dan menenun kain. Zaman ini merupakan detik yang sangat penting dalam tamadun awal manusia kerana dari detik inilah maka terbentuknya kampung dan seterusnya berkembang menjadi bandar.

Kehidupan bermasyarakat lama-kelamaan menjadi semakin kompleks dan seterusnya membawa kepada sistem pentadbiran awal yang pada mulanya tidaklah secanggih zaman moden. Contoh yang paling jelas adalah pembentukan empayar Mesopotamia yang terdiri daripada beberapa empayar awal sebermula daripada empayar Akkadia, seterusnya empayar Babylon dan akhir sekali empayar Assyria iaitu daripada tahun 5300 SM sehingga tahun 6 SM.

5

HBEF1503

Ini menunjukkan penempatan awal zaman purba telah berubah daripada berpindah randah kepada penempatan kekal yang semakin kompleks sehingga membentuk sesebuah empayar yang semakin canggih dari satu empayar ke satu empayar. Daripada kegiatan ini, sistem ekonomi, pentadbiran dan sosial adalah

semakin kukuh untuk saling menjatuhkan sesebuah empayar. Dinyatakan bahawa kejayaan sesebuah empayar Mesopotamia adalah berpunca daripada kekuatan bidang pentadbiran, kewangan dan kehidupan sosial kelompok masyarakat pada waktu itu. Pada masa ini, Raja sebagai pemerintah adalah mempunyai kuasa mutlak dan agama memainkan peranan penting mempengarui sistem pentadbiran serta ekonomi. Masyarakat pada waktu itu, menganggap tuhan boleh melindungi mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa budaya berperanan untuk mengukuhkan politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat dan keadaan ini berlaku sehingga sekarang dalam dunia moden di mana negara seperti Jepun, China dan negara-negara barat kebanyakannya dipengaruhi oleh tamadun awal ini.

Negara-negara ini sehingga sekarang mementingkan budaya yang bertujuan untuk mengukuhkan bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga sampai pada satu masa, Jepun menjadi negara yang sangat dominan kepada masyarakat dunia dan sangat berkuasa dari segi politik dan ekonomi. Begitu juga dengan negara China yang dilihat pada zaman ini sebagai negara gergasi yang semakin berkuasa selari dengan perkembangan kuasa di Amerika Syarikat. Kesemua negara yang berkuasa ini

berjaya kerana budaya yang mementingkan kekuatan bidang politik, ekonomi dan sosial.

Pembentukan dan Pemupukan nilai-nilai asas tamadun

Budaya juga memainkan peranan untuk memupuk atau membentuk nilai-nilai asas tamadun seperti yang berlaku dalam tamadun barat dan tamadun lain. Apa yang berlaku dalam tamadun barat ialah mereka percaya bahawa pengetahuan berasaskan pemikiran rasional yang berdasarkan daripada tiga elemen iaitu sifat manusia, sifat dunia dan cekrawala. Menurut Western Culture Global(2009), nilai-nilai asas

tamadun barat adalah individualisme, kegembiraan, hak , kapitalisme, sains dan teknologi.

6

HBEF1503

Budaya di sini berperanan agar nilai-nilai asas ini diperturunkan kepada semua kelompok masyarakat sehingga membentuk tamadun barat yang unik tetapi dari itu juga meletus episod gelap dalam tamadun manusia, iaitu imperialisme, peperangan besar dan kejam, kerosakan alam sekitar dan pelbagai bencana. Ini semua berlaku kerana nilai-nilai asas yang dianggap oleh mereka sebagai suatu pengetahuan yang menyerlahkan nilai individu dan maruah individu. Walaupun tamadun barat banyak dipengaruhi oleh tamadun awal khasnya tamadun Yunani dan Rumawi yang memberikan idea dan konsep republik dan kebebasan, sehingga membentuk suatu undang-undang barat iaitu ’Liberty under Law’ tetapi tamadun barat juga dipengaruhi oleh agama Kristian dan juga Zaman ’Enlightment’ yang mana memberikan konsep kesucian dan fahaman baru seperti Liberal, Pasaran Bebas dan kepercayaan yang pemikiran rasional dan sains adalah cara yang lebih baik untuk memahami dunia yang kita diami.

Sehingga pembentukan Amerika Syarikat, yang mana berteraskan nilai-nilai kebebasan, individualisme, demokrasi liberal, pasaran bebas, constitutionalism, dan rule of law yang dinamakan oleh mereka sebagai ’The American Creed’. The

American Creed menjadi teras utama tamadun barat sehingga sekarang di mana satusatunya tradisi yang dipakai oleh puak elit di barat pada masa kini adalah ideologi enlightment yang mengutamakan fahaman baru tadi iaitu berteraskan nilai-nilai yang disebutkan dalam ”The American Creed”.

Nilai-nilai murni dan etika juga dapat dipupuk dalam budaya masyarakat di Asia Tenggara khasnya Malaysia dan Jepun. China juga turut memupuk nilai-nilai dan etika mengikut falsafah Confucius(Gao S., 1999). Tujuannya adalah, masyarakat akan lebih beretika mulia dan sentiasa hidup dengan harmoni walaupun sentiasa berhadapan dengan tamadun luar yang berbeza terutama sekarang dunia semakin terdedah dengan budaya negatif yang banyak merosakkan minda masyarakat.

Daripada itu, jelas menunjukkan kepada kita bahawa budaya berperanan untuk membentuk nilai-nilai asas tamadun yang digunapakai oleh sesebuah kerajaan dan seterusnya mewariskannya kepada semua lapisan masyarakat yang terbentuk dalam kerajaan tersebut.

7

HBEF1503

Pembentukan perpaduan dan penentangan sebarang bentuk diskriminasi Kita juga dapat melihat bahawa budaya berfungsi untuk membentuk perpaduan dan menentang sebarang bentuk diskriminasi seperti yang berlaku dalam tamadun Islam di mana Islam sebagai agama untuk semua manusia tanpa mengira latar belakang, bangsa dan kaum. Kesepaduan dalam Islam yang terbentuk adalah diasaskan

daripada persamaan ummah yang menentang sebarang bentuk diskriminasi sematamata kerana perbezaan budaya dan bangsa. Bagi masyarakat Islam, setiap bangsa menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam yang bersifat universal.

Bagaimanakah keadaan ini berlaku?

Tamadun Islam terbina daripada

tamadun Arab, masyarakat Islam dari pelbagai budaya dan tamadun menyumpang kepada pembinaan tamadun Islam seperti Parsi, Turki, Afrika, China, India dan Asia Tenggara kerana dalam Islam ianya bersifat akomodatif iaitu bersifat menerima dan mengiktiraf ilmu dan pengetahuan daripada tamadun lain, selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah Islam.

Justeru itu, budaya sememangnya memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan bangsa ataupun tamadun seperti yang telah berlaku dalam tamadun Islam itu sendiri. Sehingga

sekarang, budaya berperanan untuk menyatupadukan masyarakat yang pelbagai terutamanya di Asia Tenggara yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Malaysia sendiri yang sememangnya terkenal dengan masyarakat majmuk dan harmoni. Lebih-lebih lagi sekarang, di Malaysia, Perdana Menteri sebagai

pemerintah memperkenalkan satu gagasan baru iaitu 1Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Dalam gagasan ini, budaya yang ingin diterapkan adalah budaya Malaysia yang kaya dengan nilai-nilai sepunya. Gagasan 1Malaysia mendefinisikan perpaduan sebagai hasil tambah

kepelbagaian budaya dengan keterangkuman yang menjadi tunjang kepada keharmonian. Gagasannya adalah masyarakat Malaysia bukan sebangsa tetapi terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan bahasa, dan masyarakat Malaysia saling menerima, menghormati dan meraihkan kepelbagaian budaya dan agama.

Selain itu, bahasa sebagai budaya sesebuah masyarakat juga memainkan peranan dalam menyatupadukan masyarakat iaitu jika di Malaysia, Bahasa Malaysia 8

HBEF1503

adalah merupakan bahasa Kebangsaan yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat dan di India pula adalah bahasa Hindi atau Tamil. Contoh yang jelas adalah seperti yang disebut oleh Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin(1993), menegaskan penyataan falsafah tersebut sebagai mercu tanda Reformasi Pendidikan dan juga sebagai penyataan misi pendidikan negara. Salah satu konsep ”pengembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu” yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah berkaitan dengan

penyatupaduan Bahasa Melayu dalam semua mata pelajaran atau ilmu yang diajarkan, kecuali mata pelajaran bahasa lain.

Oleh itu, budaya ini jelas menunjukkan bahawa fungsi utamanya adalah untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan budaya supaya boleh terus hidup dalam keadaan yang harmoni.

Mengekalkan identiti sesebuah kelompok masyarakat Di samping itu, budaya juga sangat penting sebagai alat untuk mengekalkan identiti sesebuah kelompok masyarakat. Budaya berperanan untuk menyimpan segala

warisan dan khazanah budaya yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi supaya tidak mati ditelan zaman.

Perkara ini dapat dilihat dengan adanya pengekalan budaya dalam seni kebudayaan, bahasa, dan penyimpanan warisan seperti yang dilakukan oleh masyarakat berbilang kaum di negara kita. Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya di kalangan Melayu, Cina, India dan Bumiputera. Budaya-budaya seperti bahasa etnik, pakaian etnik, adat-adat resam serta artifakartifak kaum yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi dikekalkan sehingga kini supaya identiti sesebuah masyarakat seperti bangsa Melayu tidak akan pupus. Pepatah melayu ”Biar mati anak, jangan mati adat” adalah sangat popular sebagai menunjukkan amalan masyarakat melayu.

Pengekalan budaya ini menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan serta menarik perhatian dunia dalam mana-mana bidang, malahan apa yang berlaku ialah negara Malaysia menjadi semakin kukuh kerana adanya identiti yang sangat kuat sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum. 9

HBEF1503

Jepun juga mempunyai budaya dan identiti yang sangat menyerlah di kalangan penduduk dunia iaitu budaya kuat bekerja dan rajin serta kaya dengan nilai-nilai ketimuran seperti yang terdapat di Malaysia serta negara-negara Asia Tenggara yang lain. Keunikan inilah yang membuatkan Jepun menjadi lebih menonjol dan maju walaupun pada masa yang sama masyarakatnya semakin mengutamakan sains dan teknologi.

Begitu juga dengan negara China, sangat mementingkan warisan dan khazanah turun temurun mereka, dan kerana identiti inilah membuatkan mereka juga sangat dikenali dan semakin digeruni oleh dunia barat pada masa kini. Contoh yang boleh dilihat ialah bagaimana ibu bapa memilih nama anak-anak mereka. Nama anak diambil daripada perkataan yang mempunyai makna yang sangat tinggi nilainya serta unik seperti kekayaan, kecantikan, kesetiaan, kepercayaan dan keharmonian. Ianya bertujuan untuk menanamkan sifat-sifat seperti yang dimaksudkan oleh perkataan tersebut supaya masa depan anak-anak mereka akan lebih cerah dan ke arah maksud perkataan tersebut.

Justeru itu, budaya sememangnya berperanan penting untuk mengekalkan identiri sesebuah masyarakat dan kerajaan terutama peranan bahasa sebagai alat komunikasi yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan mengenai budaya dan tamadun yang disebutkan secara panjang lebar itu, jelas ianya menunjukkan budaya sesebuah masyarakat mempengaruhi secara mutlak kehidupan manusia sejagat. Kehidupan manusia purba sehinggalah manusia moden dan canggih masa kini adalah terbentuk ekoran daripada pembentukan budaya yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi mengikut kawasan. Tamadun manusia juga dipengaruhi sepenuhnya oleh budaya yang dibina dalam sesebuah masyarakat dan apa yang berlaku pada masa kini, budaya semakin kompleks dan sukar difahami oleh individu, apa yang berlaku ialah kini terdapat pelbagai kejadian yang kita lihat sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan. 10

HBEF1503

( 2874 patah perkataan )

11

HBEF1503

RUJUKAN / REFERENSI Francis X. Hezel, SJ.(2009). The Role Of Culture and Values in Enabling Transformation Towards knowledge economics: Lesson From Two Countries. 30 Oktober 2011 Dipetik daripada http://www.micsem.org/pubs/counselor/frames/culture_ economic_developmentfr.htm Gao S.(1999) Chinese Cultural Laws Regulation and Institutions. Beijing: Culture & Art Publishing House Halimah Abdul Rahman.(2010). Susur Galur Antropologi Melayu, Pegangan Adat Turun Temurun. Kuala Lumpur: Sinar Cemerlang Jabatan Perdana Menteri(2010). Program Transformasi Kerajaan. 30 Oktober 2011 Dipetikdaripada http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/Pelan%20Hala% 20Tuju%20GTP.pdf Mohamad Zain Musa & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.(2010).Peranan Budaya dalam Mempromosikan Keharmonian di Asia Tenggara Dipetik daripada http://pkukmweb.ukm.my/terjemah/images/stories/AlamTamadun2010012NEW.p df Prof.Dr.Mohammed Yusoff Ismail, Prof.Madya Hazidi Abdul Hamid, Dr.Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar dan Sheith Faikis Abu Bakar(2011). Masyarakat dan tamadun.Seri Kembangan,Selangor: Open University Malaysia Vogel E. F.(2000). Is Japan Still Number One. Selangor Darul Ehsan: Pelanduk Publication White F.M.B. & Friedl J.(1992). The Human Portrait Introduction to Cultural Anthropology(3rd ed). Englewood Cliffs, N.J: Prentice Hall Zakariah Stapa.(2009). Peranan Bahasa Dalam Pembindaan Insan dan Pembangunan Masyarakat Hadhari. 21 Oktober 2011 Dipetik daripada http://www.ukm.my/ jhadhari/makalah/v1n12009/makalah-v1n1-n2.pdf

12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful