You are on page 1of 2

ASPEK KESELAMATAN PEKERJAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Al-Quran adalah panduan hidup daripada Allah kepada sekalian manusia. Allah
Al- Khaliq Yang Maha Menjadikan sudah tentu Maha Mengetahui tentang semua
yang berkaitan dengan kehidupan . Oleh yang demikian, seandainya kita ingin
berjaya dalam kehidupan samada di dunia ataupun di akhirat kita perlu
menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam apa jua perkara termasuk yang
berkaitan dengan kerjaya kita.

Dalam bidang pekerjaan, Allah swt telah menyediakan pelbagai garispanduan


bagi seseorang menjalankan tugas dengan cemerlang melalui kitab suciNya Al-
Quran. Antaranya firman Allah;

Maksudnya
Katakanlah (Wahai Muhammad) bekerjalah kamu, maka Allah, Rasulnya dan
orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. (surah at-taubah:105)

Maksudnya
Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kami
siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. (surah: Al-Mulk:2)

Hadis Nabi pula menyebut:


Maksudnya
Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang yang apabila melakukan sesuatu
kerja atau tugas dia melakukannya dengan tekun dan teliti.

Dalam konteks keselamatan semasa melakukan tugas, seseorang pekerja


terutamanya seorang Muslim sepatutnya menjadikan Al-Quran dan Al-Hadith
sebagai pegangan utama. Ini kerana Islam amat mementingkanaspek
keselamatan dan kesihatan bukan sahaja semasa bertugas malah dalam seluruh
kehidupan.

Buktinya, nama Islam tidak diambil berdasarkan nama pengasasnya seperti


agama-agama lain yang diberi nama pengasasnya. Islam dari segi bahasa
bererti selamat sejahtera yang mencerminkan aspek keselamatan adalah terlalu
penting dalam apajua perkara. Ia adalah asas permulaan untuk mencapai tingkat
yang lebih tinggi iaitu iman, taqwa dan seterusnya.

Dalam hal ini, sebagai pekerja kita sepatutnya memohon berlindung dengan
Allah As-Salam (Yang Maha selamat Sejahtera) daripada segala musuNya dan
musuh-musuh kita samada dalaman mahupun luaran yang sentiasa menghalang
kejayaan cemerlang.

Bagaimanapun , dalam suasana hari ini jarang terdapat dikalangan kita yang
mengaitkan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berpandukan
kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Memutuskan hubungan dengan kedua sumber
tersebut merupakan satu kerugian yang amat besar samada dari segi fizikal,
mental dan material. Sebaliknya menghubungkaitkan dengan kedua sumber
tersebut memberi kesan yang baik kepada pekerja, majikan dan sekitaran
samada jangka panjang mahupun jangka pendek.