You are on page 1of 1

Tip Raja Sehari

#1 : Sentiasa memberikan senyuman..


Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang
memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting,
selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan
impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.

#2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.


Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit
upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun
jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet
lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi
pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.

#3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad


Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi
bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas
akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.

#4 : Makan
Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan
gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah
pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala
kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan
sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa
untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi
itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas
pelamin, sedang kelaparan lah katakan.

#5 : Solat jamak
Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari
jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan
anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda
melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat
jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat
untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai
buku yang berhampiran