You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PN. HAWA BT. HJ.

SAID TIMBALAN PENGARAH PEMBANGUNAN TEKNOLOGI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 8 FEBRUARI 2011 AUDITORIUM BTP

Terima kasih tuan pengacara majlis. Bismillahir rahmanir rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha Puan Rosnani Binti Mohamed Ali Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan Puan Noryate Muda Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Bulan Februari Sektor Pengurusan Pentadbiran Bahagian Teknologi Pendidikan Ketua-ketua Sektor dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Negeri Pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dan Negeri.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Iilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berkumpul sekali lagi dalam majlis perhimpunan bulanan warga BTP pada bulan Februari ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sektor Pengurusan Pentadbiran kerana telah memastikan kelancaran majlis perhimpunan pada hari ini.

Pegawai-pegawai sekalian;

Sebentar

tadi

tuan-tuan

dan

puan-puan

sekalian

telah

bersama-sama

menghayati ceramah yang bertajuk Kawalan Rahsia Rasmi Kerajaan. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan akan memastikan apa yang didengari terutamanya yang menyentuh hal-hal berkaitan kerahsiaan kerajaan dilindungi dan sebagai penjawat awam dapat memelihara integriti dengan penuh

komitmen. sepanjang masa.

Kita semua perlu sedar bahawa perubahan pengurusan daripada pendekatan pengurusan kepada pendekatan kepimpinan telah berlaku dalam abad ini. Perubahan ini melibatkan pemantapan keterampilan diri melalui kepercayaan dan keyakinan yang lahir dari pasukan kerja serta tindakan pemimpin. Perubahan ini juga melibatkan keperluan untuk melakukan inovasi dan pembaharuan di mana kualiti telah menjadi agenda utama dalam amalan pengurusan menuju visi dan misi sesebuah organisasi.

Era perubahan pengurusan kualiti telah mendesak organisasi supaya dipimpin oleh pemimpin yang memiliki ciri kepimpinan berintegriti agar matlamat dan tujuan pengurusan awam dilaksana dan direalisasi dengan cekap, berkualiti dan memuaskan pelanggan. INTEGRITI ialah kejujuran, ketulusan hati, tidak terpengaruh. INTEGRITI ialah soundness, adherence to a code of values. INTEGRITI ialah amanah. INTEGRITI ialah reliability, honesty.

Integriti adalah kejujuran terhadap diri sendiri serta bekerja kerana Allah SWT, hasil dorongan suara hati nurani dan bukannya kerana orang lain.

Sesungguhnya, solat lima waktu yang didirikan secara berdisiplin tanpa diawasi oleh orang lain adalah sebuah latihan integriti.

Keseluruhannya, INTEGRITI meliputi dalaman individu penjawat awam; Sifat individu, antara lain, jujur, amanah, ikhlas, patuh kepada peraturan, yakin diri, bebas dari pengaruh yang memesongkan matlamat kerja, setia kepada kerja sebagai amanah, cinta kepada hasil kerja yang sempurna Profesionalism-penuh teliti, tekun. Bersungguh2, kepuasan kerja adalah kepuasan pelanggan.

Pemimpin perlu melihat kepimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanah dan bukan sebagai satu keistimewaan yang melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalam hierarki organisasi.

Mengapa integriti itu penting ? Integriti penting dalam pengurusan awam bagi;

Mengelakkan

penyelewengan

dalam

urusan

dengan

orang

ramai/pelanggan. Mengelakkan salahguna kuasa Mengelakkan berlaku rasuah Mempertahankan keutuhan pengurusan Memajukan prinsip good governance Menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi Memberi keyakinan dan kepuasan pelanggan

Penjawat awam yang berintegriti dapat memahami kekuatan dalaman organisasi serta dapat menjelaskan visi, misi dan matlamat organisasi. Pegawai yang berintegriti akan berpegang kepada nilai-nilai sejagat seperti amanah,

tanggungjawab, berlaku adil, hormat-menghormati, bertimbang rasa, bersopan dan bijak merancang.

Apakah yang menghalang integriti? Kelemahan kepimpinan organisasi Kepentingan diri mengatasi kepentingan kerja dan pelanggan Kelemahan kawalan dalaman Kelemahan penghayatan nilai-nilai murni Sistem, peraturan, prosedur kerja jumud Sistem rewards and punishment yang lemah

Hadirin sekalian,

Dalam hal yang berkaitan dengan rasuah, ia sebenarnya berhubung rapat dengan integriti kita sebagai penjawat awam. Perlu diingatkan bahawa jumlah tangkapan pemberi rasuah melibatkan sector awam mahupun sector swasta semakin meningkat dewasa ini.

Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku dalam organisasi ini,, kita semua disaran agar mengaplikasikan konsep bekerja sebagai ibadah dan ini boleh dilakukan dengan membetulkan niat dan matlamat bekerja setiap hari sebelum hadir bekerja. Agama menuntut agar setiap amalan dinilai berdasarkan niat, jika ia benar semata-mata mencari reda Allah SWT, nescaya ia dianggap ibadah dan berupaya untuk mengelak seseorang daripada melakukan perbuatan hina seperti menerima dan member rasuah. Niat yang betul seterusnya akan menyumbang kepada perolehan rezeki yang halal dan diberkati..

Sebagai pekerja dalam perkhidmatan awam, nilai-nilai murni dalam Tonggak 12 yang diperkenalkan oleh kerajaan telah cukup lengkap untuk menjadi panduan dan pedoman ke arah menjadi pekerja yang berintegriti. Nilai-nilai yang baik seperti menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan keseronokan bekerja, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati dan

kebijaksanaan berkhidmat hendaklah sentiasa disematkan dalam hati sanubari. Apabila semua ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian, saya percaya apa sahaja yang dirancang dan ingin direalisasikan oleh kerajaan kita melalui pucuk pimpinan YAB Perdana Menteri tidak mustahil untuk dicapai.

NABI MUHAMMAD S.A.W. BERSABDA DENGAN MAKSUD: ALLAH MENCINTAI APABILA TUGAS DIAMANAHKAN KEPADA SESEORANG MAKA LAKSANAKAN TUGAS TERSEBUT DENGAN SEBAIK YANG MUNGKIN

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like