You are on page 1of 3

>Meramal Perangai Melalui Kuku

>
>Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza.
Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik anda? Kenalilah
wataknya..
>
>1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
>Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya.
Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang
bertubuh besar dan kuat.
>
>2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
> Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini
memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya
cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku
yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.
>
>3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
>Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan
dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga
sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas
dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam
keadaan ragu-ragu.
> 4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
>Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik
dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki
rasa persaudaraan yang tinggi.
>
>5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
>Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai
bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya
dan kurang pengetahuan.
>
>6. Bentuk kuku lansing :
>Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi
pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa
ke****an dan kurang berwibawa.
>
>7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
>Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang
yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh
hidup mulia dengan anak isterinya.
>
>8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
>Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering
was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah
terkejut dan tak kuat bekerja.
>
>9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
>Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini
memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering
berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh
dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.
>
>10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
>Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak
memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya
diperingkat rendah sahaja.
>
>11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
>Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini
biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan
dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-
lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah
hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan
memperolehi berkat.
>
>12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
>Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa
kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang
tempat.
>
>13. Bentuk kuku seperti kikir :
>Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini
menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi
halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.
>14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah
kelihatan hitam :
>Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda
bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang
boleh juga membawa kematiannya.