You are on page 1of 2

Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya

€¦
" Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu
makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."
€¦
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing2 ada gaya yang tersendiri. Ada yang
sopan, ada yang sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jgn tak
tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap
sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.
€¦
Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat
kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan
makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si
dia itu menggambarkan bahawa dia seorang
yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu
tetap satu di hatinya! Cewah!
€¦
Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih byk pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu
sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan,
tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.
Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang
dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah
diragukan cintanya!
€¦
Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sgt. Sesekali dia
akan berbual tapi taklah kerap sgt. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya.
Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu
nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat
sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya.
Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan
terhadap diri kamu.
Berbahagialah yek!
€¦
Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak.
Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah.
Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya
itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu
berjaya. Tapi awas, jgn buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!
€¦
Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pjg dan tak ada perkara
yang nak 'dikejar'. Jgn salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain,
cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya
amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia
sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
€¦
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-
macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia

Jadi. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu. Nahas kamu nanti! . ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. dia tu kuat cemburu.Cuma awas.Tapi di sebalik sikapnya itu. jgn gatal2 nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata.kan jenis yang suka berterus-terang.