You are on page 1of 1

2 Jantina

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.

Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara social dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.

Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama.

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.

Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam kelas.