You are on page 1of 22

1

PENDEKATAN DAKWAH TERHADAP NON-MUSLIM


Oleh :
Siti Noor Rohaniza Habari
Nur Sakinah bt Sabari
Nor Azhanah bt Rabion

PENDAHULUAN
Dakwah dari sudut etimologi (bahasa), berasal daripada perkataan bahasa Arab yang
mempunyai beberapa pengertian. Antaranya ialah, menjemput, memanggil, mengajak dan
menyeru. Manakala dari sudut terminologi (istilah), Dr.Yusuf al-Qardawi mendefinisikan
dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk
agama ini, melaksanakan ketetapannya di muka bumi, mengkhususkan segala bentuk
perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah s.w.t sahaja, melepaskan diri daripada
segala konkongan yang bukan daripada Allah s.w.t (taghut) yang terpaksa dipatuhi, member hak
kepada orang yang ditentukanhak oleh Allah s.w.t, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan
hak oleh Allah s.w.t, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada
jalan-Nya.
1

Istilah Non-Muslim pula merujuk kepada orang-orang yang belum kembali kepada Islam atau
bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam.
Istilah Non-Muslim lebih ideal untuk digunakan dalam konteks dakwah berbanding istilah-istilah
yang lain seperti al-Kufr, al-Munafiq dan al-Syirik kerana ketiga-tiga istilah ini lebih sesuai

1
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999), Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 1-2.
2

untuk diasimilasikan terhadap golongan yang menolak Islam setelah sampai kepadanya
kebenaran. Maka tidak adil untuk disama-ratakan kesemua golongan bukan Islam sebagai tiga
golongan di atas.
Oleh yang demikian, seputar topik Pendekatan Dakwah Terhadap Non-Muslim, istilah
pendekatan dalam konteks ini boleh diertikan sebagai Metod; merujuk kepada kaedah, cara
atau sistem penyampaian dakwah, Uslub; gaya penyampaian isi atau kandungan dakwah dengan
ibarat atau bentuk tertentu dan Wasilah; medium atau saluran yang digunakan untuk
menyampaikan kandungan dakwah. Oleh yang demikian, ringkasnya topik Pendekatan Dakwah
Terhadap Non-Muslim merupakan suatu topik yang membincangkan tentang apakah metod atau
uslub atau wasilah yang terbaik yang boleh diaplikasikan dalam usaha penyampaian dakwah
Islamiyah kepada golongan bukan Islam berdasarkan kepada latar belakang sasaran (madu)
serta kepercayaan yang dianuti.

NON-MUSLIM
Zaydan (1976: 366-390) membahagikan orang bukan Islam kepada tiga, iaitu:
2

i. Golongan atasan, yang biasanya lebih banyak menentang dakwah dan sukar untuk diajak
kepada Islam kerana ingin mempertahankan kedudukan mereka.
ii. Golongan orang awam, yang biasanya lebih senang menerima dakwah kerana mereka
tiada apa-apa kepentingan untk menolak Islam.

2
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999),Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 86.

3

iii. Golongan munafik, yang sering melakukan kerosakan dalaman masyarakat Islam.
Mereka juga susah untuk menerima dakwah kerana terikat dengan kepentingan mereka.
Selain itu, Non-Muslim atau orang bukan Islam menurut Ab.Aziz Mohd Zin (2001), terdiri
daripada pelbagai kelompok dan kepercayaan, iaitu ;
i. Golongan pemuja patung berhala ( golongan musyrik ).
Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan penganut agama Hindu dan Buddha.
Dalam kalangan golongan ini juga terdapat kelompok yang menganut kepercayaan animisme
iaitu mempercayai wujudnya roh semangat dan kuasa disebalik pokok, binatang dan
sebagainya.
ii. Golongan yang beragama Kristian dan Yahudi.
Agama Kristian dan Yahudi dikategorikan dalam kelompok Agama Samawi (Agama Langit),
yang mana kedua-dua agama ini pada asalnya adalah daripada ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi
Musa a.s yang berpandukan kepada kitab Injil dan kitab Taurat, namun kemudiannya telah
diselewengkan oleh para pengikutnya. Istilah asalnya, golongan ini disebut dalam al-Quran
sebagai Ahli Kitab.
iii. Golongan Ateisme.
Golongan ini terdiri daripada kelompok yang berfahaman bebas dari ikatan agama yang ada
(free thinker). Istilah asalnya, disebut sebagai golongan mulhid.


4

iv. Golongan Munafik.
Iaitu golongan yang berpura-pura dan menyembunyikan isi hatinya yang sebenar. Menurut
Najati (1993) , orang munafik ialah orang yang lemah peribadi, orang yang teragak-agak dan
orang yang tidak boleh menentukan sikap yang jelas tentang keimanannya. Muhammad Jamil
Ghazi pula menyatakan golongan munafik sebagai golongan yang semasa bersama orang
mukmin mereka melahirkan keimanan, manakala ketika bersama dengan orang kafir mereka
melahirkan kekufuran, perbuatan ini adalah berdasarkan kepentingan dirinya.
3


ASAS DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM
Asas utama sekali yang harus dilakukan oleh seorang daie sebelum melakukan proses dakwah
Islamiyah ialah muhasabah diri serta memperbetulkan niat dan matlamat. Niat yang betul yakni,
Lillahi taala akan melahirkan sifat keikhlasan dalam diri seorang daie yang mana sentuhannya
secara tidak langsung akan mempengaruhi personaliti dan karisma diri seorang pendakwah yang
terzahir pada jasad. Mudahnya, akhlak yang baik adalah cerminan yang terbaik dalam proses
memulakan dakwah, terutama kepada golongan non-muslim khususnya di Malaysia. Hal ini
kerana, kebanyakan golongan non-muslim di Malasyia menolak dan tidak memandang Islam
sebagai sebuah agama atau satu cara hidup yang terbaik adalah berpunca daripada peribadi
muslim itu sendiri, sama ada golongan muslim yang berada di puncak kepimpinan mahupun
bawahan.


3
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999),Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h.120 .
5

Dalam hal ini, perspektif yang salah terhadap konsep Islam dan Muslim menyumbang kepada
peratusan penerimaan terhadap isi kandungan dakwah. Contohnya seperti Islam agama terrorist
kerana suka berperang, agama yang kejam, zalim terhadap penganut agama lain, Islam terlalu
banyak peraturan dan menyusahkan dan lain-lain. Oleh yang demikian, perkara pertama yang
terlebih dahulu perlu dilakukan oleh seorang daie ketika berdakwah kepada non-muslim ialah
memperbetulkan misconceptions yakni salah tanggapan terhadap Islam.
Jelaskan kepada mereka tentang perbezaan konsep antara Islam dan Muslim. Islam dan Muslim
merupakan dua subjek nilai yang berbeza. Islam merujuk kepada satu cara hidup yang terbaik
yang dianjurkan oleh Allah s.w.t yang dijamin sesuai dengan fitrah manusia pada setiap zaman.
Pada Islam berdirinya prinsip-prinsip yang menjadi pegangan kepada manusia yang
mengimaninya dan golongan manusia inilah yang diistilahkan sebagai Muslim. Maka,
perbezaannya adalah jelas yang mana apa yang hendak kita sampaikan kepada mereka adalah
tentang mesej-mesej Islam bukannya tentang mesej-mesej Muslim. Kembali kepada fitrah atau
lumrah manusia itu sendiri, yang mana ianya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan
dan tidak aka ada manusia yang sempurna. Justeru itu, tidak adil untuk Islam sebagai satu cara
hidup yang sempurna itu dihukum atas ketidaksempurnaan penganutnya dalam menghayati
norma-norma yang dianjurkan dalam Islam.
Selain itu, terdapat dalam golongan non-muslim dan juga ahli keluarga mereka menyalah tafsir
dan silap faham mengenai istilah Melayu dan juga Islam.
4
Mereka menganggap orang Melayu
adalah orang Islam dan masuk Islam bererti masuk Melayu. Fahaman terhadap kedua-dua istilah
ini adalah salah sama sekali.

4
Ab Aziz Mohd Zin (2006) , Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 292
6

Fahaman ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi persepsi negatif golongan non-
muslim untuk menjinakkan diri atau mendekati masyarakat muslim yang dalam konteks di
Malaysia majoritinya terdiri daripada orang berbangsa Melayu. Dari aspek lain mereka selalu
menjadikan orang melayu sebagai contoh kepada Islam sama ada pada aspek baik dan buruk.
5

Imej yang buruk tentang melayu tidak boleh ditempelkan terhadap muslim dan Islam. Oleh yang
demikian, kesamaran tentang pemahaman masuk Islam adalah masuk melayu perlu
diperbetulkan dan dijelaskan agar Islam tidak dilabelkan pada mana-mana kaum atau bangsa
kerana Islam adalah sebuah agama universal dan penganutnya terdiri daripada pelbagai suku
kaum dari seluruh pelusuk dunia.
Perkara ini penting untuk dijelaskan oleh seorang daie dalam mendekati madu (sasaran) non-
muslim. Analoginya mudah, umpama sebiji cawan yang kotor, andai dituangkan air yang bersih
sehingga penuhpun tetap tidak akan dapat diminum, malah akan dibuang kerana ianya tetap
kotor dan boleh memudaratkan kesihatan. Tetapi, seandainya sebiji cawan tersebut dibersihkan
terlebih dahulu sebelum dituangkan air yang bersih ke dalamnya, air tersebut akan dapat
diminum walaupun hanya sedikit.
Kesimpulannya, asas dakwah terhadap non-muslim merangkumi :
1. Bina hubungan
2. Membina asas kepercayaan antara daie dan madu
3. Menghilangkan kesamaran dan salah faham madu terhadap Islam



5
Ibid , h. 292
7

PENDEKATAN DAKWAH TERHADAP NON-MUSLIM
Di dalam rujukan utama kita yakni Al-Quran Al-Karim, Allah SWT telah menggariskan
beberapa pendekatan yang boleh dipraktikkan oleh seorang pendakwah dalam menyebarkan
dakwah.
Firman Allah SWT ;
7vu1- _O) O):Ec El)4O
gOE'g4^) gOgNOE^-4
gO4L=OO4^- W _^gE_4
/-) "Og- }=O;O _ Ep)
El+4O 4O- OU;N }E) E= }4N
g)-O):Ec W 4O-4 OU;N
4g4-;_^) ^g)

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat
dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.
(Surah an-Nahl: 125)

Manakala, asas metodologi atau pendekatan dakwah menurut Ab. Aziz Mohd. Zin (1999)
6
ialah ;
1. Penjelasan yang nyata dan jelas

6
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999), Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 81.
8

2. Berperingkat-peringkat
3. Mudah
4. Menjinakkan
5. Adanya sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan
6. Bersesuaian dengan keadaan sasaran
Oleh yang demikian, dalam konteks Pendekatan Dakwah Terhadap Non-Muslim, maka
beberapa pendekatan berikut boleh diaplikasikan :
1. Dawah bil Hal
Dakwah bil hal juga disebut sebagai dakwah bil qudwah hasanah yang beerti dakwah melalui
tingkah laku serta contoh teladan yang baik. Ditonjolkan melalui akhlak dan nilai moral yang
terzahir pada diri seseorang individu muslim. Ab. Aziz Mohd. Zin (2001) menyebut dakwah bil
hal sebagai;
7

Dakwah bil hal bererti dakwah melalui contoh teladan yang baik. Ia menjadi
contoh teladan atau modul kepada kemuliaan dan keagungan Islam. Dakwah bil
hal boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan Islam
terhadap Islam. Penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian
orang Islam satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia boleh
memperlihatkan tentang kemuliaan agama Islam yang perlu diikuti oleh semua
orang. Contoh teladan yang baik akan menjadi pengaruh yang besar kepada
orang lain untuk mengikuti sesuatu cara hidup yang ditunjukkan.

7
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999),Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 222.

9

Dawah bil hal merupakan satu pendekatan dakwah yang efektif dalam konteks psikologi
dakwah kepada non-muslim. Contohnya, seperti kata pepatah, senyum,tak perlu kata apa-apa.
Menurut psikologi manusia juga, senyuman yang ikhlas akan membuatkan orang yang berada
disekeliling kita berasa senang dan mampu menarik minat orang untuk lebih mendekati kita.
Dalam hal ini, senyum juga merupakan satu akhlak yang terpuji yang dianjurkan dalam Islam.
Sunnatullah untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Al-Tirmidzi dalam sahihnya Rasululullah s.a.w bersabda; Senyummu
dihadapan saudaramu adalah sedekah.
Selain itu, terdapat banyak lagi akhlak dan nilai moral yang terpuji yang dianjurkan oleh Islam
dalam setiap ceruk kehidupan manusia. Bermula dari akhlak antara manusia dengan pencipta,
akhlak manusia sesama manusia, akhlak manusia dengan haiwan, akhlak manusia dengan alam
dan sebagainya.

2. Dawah bil Mal
Dawah bil mal bermaksud usaha dakwah yang dilakukan melalui gerak kerja berbentuk
kebajikan, sama ada berbentuk kewangan ataupun berbentuk sumbangan tenaga dan masa.
Antara yang boleh dilakukan ialah memperkasakan badan-badan zakat dan kebajikan yang ada di
Malaysia dengan memperbaiki kelemahan dalaman dan luaran organisasi sama ada daripada
aspek pengurusan mahupun prosedur supaya badan-badan ini boleh menjadi penjana sumber
pada kelangsungan gerak kerja dakwah kepada non-muslim.

10

Dalam sektor zakat, bahagian yang boleh dibahagikan kepada golongan non-muslim hendaklah
dimanfaatkan sepenuhnya dalam membantu gerak kerja dakwah kepada non-muslim sama ada
melalui penganjuran program-program berbentuk kebajikan ataupun bantuan saluran kewangan
kepada golongan mualaf (non-muslim yang hendak berjinak-jinak atau berminat dengan Islam)
dan golongan non-muslim yang memerlukan yang layak menerima bantuan zakat(merujuk
kepada bantuan yang seumpama dengannya).
Selain itu, mengatur program-program berbentuk khidmat masyarakat atau kebajikan di hospital,
penjara, rumah anak-anak yatim atau kawasan-kawasan yang majoriti penduduknya non-muslim
juga wajar dilakukan terutamanya kepada golongan yang lemah dan memerlukan. Program-
program sebegini boleh memikat sasaran atas sumbangan dan khimat yang diberikan.

3. Dawah bil Kutub
Dawah bil kutub bererti dakwah melalui penulisan. Dalam era globalisasi kini, dawah bil kutub
tidak semestinya merujuk kepada penulisan risalah atau buku-buku, asalkan berkaitan dengan
penulisan dan boleh dijadikan sebagai wasilah dakwah maka ianya boleh dikategorikan sebagai
dawah bil kutub. Contoh yang paling mudah ialah dakwah melalui blog, laman web, Yahoo
Group, Facebook, emel, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan banyak lagi.
Dakwah melalui penulisan adalah antara metod dakwah yang paling meluas boleh diaplikasikan
oleh semua orang. Apa yang dimaksudkan dengan penulisan ialah satu kegiatan memikir,
mengkaji, merakam dan menulis sekumpulan pengalaman diri hasil daripada pemerhatian,
pengalaman dan pemikiran seseorang pengkarya.
11

Kegiatan penulisan sama ada penulisan kreatif atau non-kreatif dapat membantu idea-idea dan
pemikiran serta ilmu tersebar dengan meluas. Dalam konteks dakwah, penulisan merupakan
aktiviti penyampaian maklumat tentang Islam, serta mengajak manusia ke arah kebaikan dan
memberi peringatan kepada manusia yang lalai.


Gambarajah 1 : Model Penulisan Dakwah

Antara isi kandungan dakwah yang boleh dimasukkan dalam penulisan dakwah kepada non-
muslim ialah penjelasan tentang keistimewaan Islam dan keuntungan-keuntungan yang akan
diperolehi melalui Islam. Dengan itu, keadilan, kesejahteraan, persamaan, peluang dalam
pencarian penghidupan dan lain-lain dasar dalam Islam perlulah ditonjolkan penjelasannya
supaya orang bukan Islam berasa tidak rugi dengan mengikuti Islam, malah sebaliknya.
8


8
Ibid, h. 225.
12

4. Dawah bil Lisan
Selain itu, dakwah kepada non-muslim juga boleh dilakukan melalui pendekatan one to one,
ceramah-ceramah umum, mousqe tour guide dan lain-lain. Walau bagaimanapun, lapangan
ataupun wasilah yang paling sesuai dalam usaha dakwah kepada non-muslim dengan metod bil
lisan ialah pada majlis dialog perbandingan agama atau interfaith dialog ataupun pada seminar-
seminar perbandingan agama, seminar kefahaman Islam dan sebagainya. Hal ini kerana, sudah
pasti kalangan hadirin yang menghadirkan diri di majlis-majlis sebegini adalah golongan yang
memang ingin mengetahui tentang Islam dan apakah perbezaannya dengan agama-agama yang
lain. Justeru, penekanan isi berhubung dengan wahyu dan kerasulan harus disampaikan dan
dikupas dengan sebaik mungkin sesuai dengan tahap pengetahuan yang umumnya ada pada
golongan sebegini serta disampaikan dengan uslub yang terbaik dan gaya bahasa yang mudah
untuk difahami oleh mereka. Penekanan tentang wahyu dan kerasulan (isi dakwah) adalah untuk
memberi kefahaman bahawa Islam berasal dari Pencipta alam ini dan keadaannnya berbeza sama
sekali dengan agama-agama lain yang punca asalnya tidak menentu, sama ada dari pencipta atau
dari pemikiran manusia.
9
Antara yang boleh ditonjolkan ialah bukti-bukti mengenai keaslian dan
kemukjizatan al-Quran, bukti-bukti mengenai Nabi Muhammad sebagai Nabi terakhir yang
terdapat di dalam al-Quran dan juga kitab-kitab agama lain seperti Kitab Hindu, Bible dan
sebagainya. Dalam pada itu, turut diterangkan tentang perbandingan antara Islam dengan agama-
agama lain, contohnya isu tentang kepercayaan yakni akidah Islamiyah. Hal ini akan
memperlihatkan kepada mereka bahawa dasar-dasar akidah dalam Islam sesuai dengan fitrah
kejadian manusia, senang dan lebih mudah untuk difahami.


9
Ibid, h. 224.
13

Firman Allah s.w.t :
;}E El_.~4 gOOg }g` gu4 4`
E47.~E} =}g` Ug^-
W-OE> 7v;4^ 4^47.E4
747.E44 4^47.=O)e4
747.=O)e4 E4=O^4
7=O^4 O jg4:4^
E;4L =e4Lu- *.- O>4N
--)OE:^- ^g
Maksudnya: kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad)
mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka
katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-
anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu,
dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada
orang-orang yang berdusta".
(Surah Ali Imran: 61)







14

5. Cari Persamaan, Elakkan Perbezaan
Firman Allah s.w.t ;
~ u-^4C U4-^-
W-OE> _O) lOE)U
7.-4OEc 4LE4uO4 74LuO44
E+lu4^ ) -.- 4 E)O;e
gO) 6*^OE- 4 EOgC+-4C
4L_u4 _u4 64O
}g)` p1 *.- _ p) W-O-4O>
W-O7O W-E_;-- ^^)
]O)UON` ^gj

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai ahli kitab, marilah
kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua
tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu
jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang
lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari
Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya)
maka Katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya
kami adalah orang-orang Islam.
(Surah Ali Imran: 64)

Dalam keghairahan kita melakukan dakwah kepada non-muslim sama ada dakwah bil hal, bil
lisan dan sebagainya, ayat ini mengajar kita supaya mencari persamaan ketika berdakwah.
Seelok-eloknya carilah persamaan dan jauhilah perbezaan.
15

Hal ini kerana, dalam konteks dakwah, satu titik persamaan akan lebih mendekatkan kita dengan
mereka berbanding satu titik perbezaan yang hanya akan mendatangkan pelbagai perspektif yang
negatif terhadap Islam dan akan menjauhkan lagi mereka dengan kita.
Firman Allah s.w.t lagi dalam surah al-Ankabut :
4 W-EO7gO_q` u-
U4-:^- ) /-) "Og-
}=O;O ) 4g~-.- W-OU
_u4g` W W-EO7O~4 EL4`-47
-Og~-.) 4@O^q 4L^1)
4@O^q4 :O) E4_)4
7_)4 /g4 }^44 +O
4pO)UON` ^jg

Maksudnya: dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan
cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka;
dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang
diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada
kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepada-Nyalah, kami
patuh dengan berserah diri."
(Surah al-Ankabut: 46)

Ayat ini menjelaskan bahawa kita dibenarkan untuk berbahas dengan non-muslim tetapi
hendaklah dilakukan dengan cara yang baik. Namun, cara yang lebih tegas boleh digunakan
kepada golongan non-muslim yang zalim, yakni berlaku zalim kepada golongan muslim. Walau
16

bagaimanapun, kita sama sekali dilarang untuk mencerca sembahan mereka serta ditegah dari
memperlekehkan amalan-amalan mereka yang lain sebagaimana firman Allah s.w.t :
4 W-OclOO -g~-.- 4pONN;4C
}g` p1 *.- W-OclOO41 -.-
-;4N )OO4) Ug ElgEOE
E4+CEe ]7g OE`q _U4E
_O) jgj4O _N_OO
_N)Ol4[NO E) W-O+^~E
4pOUEu4C ^g

Maksudnya: dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang
lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui
batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada
pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan
merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang
mereka telah lakukan.
(Surah al-Anam: 108)






17




PENUTUP
Sebagai seorang daie, limitasi tugas kita hanyalah sebagai mubalighah. Tugas kita hanyalah
sebagai penyampai, yang menyampaikan kepada golongan non-muslim tentang Islam. Allah
s.w.t telah menegaskan bahawasanya tugas kita hanyalah menyampaikan kepada mereka
petunjuk, tetapi hanya Allah s.w.t jualah yang akan memberikan petunjuk yakni hidayah kepada
sesiapa yang dikehendakinya.
Firman Allah s.w.t:
"^1- C^OU4N _.E-
O}:4 -.- Og;_4C ;4` +7.4=EC
4`4 W-OgL> ;}g` OOE=
:O^= _ 4`4 ]OgL> )
47.4g- gO;_4 *.- _ 4`4
W-OgL> ;}g` OOE= O4ONC
:O) u7+^4 ]ONU;>
^g_g

Maksudnya: tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka
(yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan
petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi
taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya). dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan
Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan
18

kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan
Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan

disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu
pula) tidak dikurangkan.
(Surah al-Baqarah: 272)

Oleh itu, sampaikanlah sahaja peringatan dan berdakwahlah dengan senang hati. Jangan khuatir
akan sejauh mana kita akan mampu menakluki hati-hati mereka untuk memeluk Islam kerana
Allah s.w.t telah berfirman,
OgEO .E^^) =e^ EO]EON`
^g =eO- )_^OU4
OgC^1=) ^gg
Maksudnya: Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (Wahai Muhammad, kepada
manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana
sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; bukanlah
engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang
engkau sampaikan itu).
(Surah al-Ghaasyiyah: 21-22)

Firman Allah s.w.t lagi,
19

O4 47.E- ElG4O =}4`E }4` O)
^O- _wU 1g- _
=e^ +@O'> "EEL- _/4EO
W-O+^O74C --gLg`uN` ^__

Maksudnya: dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan
seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah
sekalian manusia yang ada di bumi. (janganlah engkau bersedih hati tentang
kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka
patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-
orang yang beriman?.
(Surah Yunus: 99)

Ayat ini menegaskan sekali lagi bahawa tugas kita hanyalah menyampaikan Islam, bukan
mengislamkan. Justeru, tidak perlu bersedih jika menemui segolongan non-muslim yang tidak
mahu menerima apa yang kita sampaikan, kerana janji Allah s.w.t juga telah menjelaskan
bahawa:
Ep) -g~-.- W-NOEE
v7.-4OEc )_^1U4
_>OEO^47 u
-OOL> 4pONLg`uNC ^g
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama
sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau
tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
20

(Surah al-Baqarah: 6)



Kesimpulannya, setiap muslim wajib menyampaikan kepada golongan non-muslim akan
kebenaran risalah Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai
umatnya, kita bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan baginda. Usah ragu akan
penerimaan non-muslim terhadap apa yang kita sampaikan sebaliknya teruskan berusaha dan
setelah itu terserahlah kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang
terbaik bagi hamba-Nya.









21





RUJUKAN :
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999), Dakwah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya

Ab. Aziz Mohd. Zin (1999),Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Ab. Aziz Mohd. Zin (1999), Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya


RUJUKAN KERTAS KERJA TIDAK DITERBITKAN:
Aplikasi Dakwah Non Muslim Masakini (2011), (Kertas Kerja Seminar Kefahaman Islam di
Dewan Seminar, Masjid Sultan Azlan Shah, 24 November 2011)

RUJUKAN TEMUBUAL:
Aiman Rizal Bin Abdullah, Sukarelawan Unit Dakwah Global, Majlis Agama Islam Selngor.
Temubual pada 5 November 2011.
Mas-Yuri Mahyiddin, Aktivis Dakwah Islamic Information Services (IIS). Temubual pada 10
November 2011.
22

Mohammad Amirul Asyraf Mohd Hanaffi, Aktivis Dakwah Islamic Information Services (IIS).
Temubual pada 6 November 2011.




BIBLIOGRAFI:
Ab. Aziz Mohd Zin (2006) , Dakwah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdullah Nasih Ulwan (1988) , Akhlaq Para Pendawah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar
Faisal Abdurrahman (2011) , Tuhan Untuk Semua. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Mohammad Nidzam Abd. Kadir (2009) , Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Kuala
Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Mohd Radhi Ibrahim, Abdul Rahim Arsyad (2003) , Intelektualisme dan Dawah Masa Kini.

Kuala Lumpur: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan KUIM

Ramli Awang (2003) , Islam Alternatif Perpaduan Sejagat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Wan Suhaimi Wan Abdullah & Mohd Fauzi Hamat (2007) , Konsep Asas Islam Dan Hubungan
Antara Agama. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.

You might also like