Topik 1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Moral 1.1.

1 Definisi Pendidikan Moral Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Prinsip-prinsipmelahirkan insan JERI adalah: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. 1.1.2 keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi. Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah dirancangkan untuk mendorong perkembangan rohani pelajar-pelajar. - Di Tahap Satu - pembentukan nilai-nilaimurni dan tingkah laku yang baik - Tahap Dua - pemikiran rasional dan perbincangan tentang isu-isu moral. 1.2.1 Latar Belakang Pendidikan Moral 1. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar bukan Islam. 2. Pendidikan Moral diajar secara berasingan. 3. Peperiksaan dan penilaian diadakan untuk Pendidikan Moral. 1.2.2 Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan Moral konsep-konsep moral yang dikenalpasti telah pun dimasukkan dalam pelajaran Sivik – 1974. Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras kebersihan, baik hati, kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal, iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. 20 Julai 1981 - Dua belas nilai yang dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah seperti berikut: (a) Sikap bersih dari segi fizikal dan mental (b) Sikap belas kasihan (c) Sikap sederhana (d) Sikap rajin (e) Sikap berterima kasih (f) Sikap jujur (g) Sikap adil (h) Sikap kasih saying (i) Sikap hormat-menghormati (j) Sikap bermasyarakat (k) Sikap tidak angkuh (l) Kebebasan 1.2 KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

(a) Pembelajaran Koperatif Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. (b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. (c) Pengembangan Kreativiti berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan (d) Kemahiran Generik Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. (e) Multilinggualisme Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (f) Patriotisme dan Ketatanegaraan Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi. (g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. (h) Pelbagai Kecerdasan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logikomatematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang. (i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya 1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. 1.3.2 Objektif (i) Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. (ii) Meningkatkan amalan budi perkerti mulia. (iii) Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar. (iv) Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Insan Moral mempunyai tiga komponen berikut: (a) Kandungan: Peraturan Masyarakat- sentiasa berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan Keperibadian Mulia - mempunyai keperibadian yang baik dan mengamalkan kesederhanaan (mengikuti jalan tengah) dan boleh dipuji. (b) Bentuk: Etika Prinsip – keadilan dan kepedulian Etika Situasi - Tindakan seseorang itu dalam satu-satu situasi mesti ditentukan sendiri berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih tanpa paksaan dari luar. (c) Dimensi: Penaakulan - proses seseorang individu memperkembang kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain Emosi - perasaan yang betul yang melibatkan percaturan secara rasional dalam sesuatu situasi. Tingkah laku - segala perkara yang dilakukan oleh

(a) Kandungan Kurikulum - Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. (b) Fokus– kurikulum kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusan Penekanan Kurikulum

Hasil : cg zulmz – IPKT 2008

seseorang individu yang berkaitan dengan peraturan moral 16 nilai-nilai murni beserta subnilainya 1 Baik hati - belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham-memahami, dan saling bermaafan. 2 Berdikari- berupaya bertindak sendiri, dan yakin pada diri sendiri. 3 Hemah tinggi- kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra. 4 Hormat- hormat dan taat kepada ibubapa atau penjaga, hormat kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin. 5 Kasih sayang- sayangkan diri dan orang lain, sayangkan alam sekeliling dan cintakan negara. 6 Keadilan- Adil dan saksama. 7 Kebebasan- Kebebasan di sisi undang-undang. 8 Keberanian- Berani mencuba, dan berani kerana benar. 9 Kebersihan fizikal dan mental- Kebersihan diri, persekitaran dan mental. 10 Kejujuran -Amanah, bercakap benar, dan ikhlas. 11 Kerajinan- Berdaya usaha dan berdedikasi. 12 Kerjasama- Gotong-royong, toleransi dan perpaduan. 13 Kesederhanaan- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana, dan sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain. 14 Kesyukuran- Berterima kasih, dan menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa. 15 Rasional- Membuat pertimbangan. 16 Semangat bermasyarakat- Permuafakatan, kejiranan, dan peka terhadap isuisu sosial dalam masyarakat. Topik 2 Guru Pendidikan Moral PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL 2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral - Peranan utama guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu rumah dan juga sekolah. - Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran kecil seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber. - Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani, penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil, penilai, pendisiplin dan kaunselor. Ketika memainkan peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah bersifat mudah dihampiri. 2.1.2 Teladan Insan Moral (a) Ramah-memudahkan guru memahami masalah pelajarpelajarnya. (b) Adil- membolehkan guru menjalankan pemeriksaan latihan dan penilaian tugasan pelajar-pelajar secara objektif. (c) Fleksibel- mengubah bahan pengajaran mengikut keupayaan dan keperluan pelajar-plajar. (d) Tegas- dapat menjamin aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur. (e) Gemar berjenaka- dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang riang,tenang serta menyeronokkan. (f) Utuh-Keutuhan merujuk kepada ketekalan tingkah laku seseorang gurumembolehkan setiap kegiatan akademik dan kokurikulum dijalankan dengan teratur serta memenuhi objektif-objektif yang ditentukan. (g) Berdedikasi- kerap kali bekerja mlebihi apa yang diharapkan daripadanya. (h) Peka-Guru yang berkesan hendaklah peka terhadap minat, kebolehan serta keperluan-keperluan pelajarnya. (i) Inovatif-sentiasa memperkenalkan sesuatu strategi atau bahan pengajaran yang baru.

(j) Berwibawa-Seseorang guru yang berwibawa dapat memastikan segala aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut objektif-objektif yang ditentukan. (k) Bermoral-Seseorang guru hendaklah mempunyai tahap kemoralan yang tinggi agar boleh dicontohi oleh pelajar-pelajarnya. (l) Toleran- Keupayaan memahami masalahmasalah pelajar adalah penting agar dia dapat berusaha untuk mengatasinya. Prinsip-Prinsip Asas Kemoralan (a) Altruisme- Apa sahaja yang guru lakukan dalam bidang moral akan melibatkan orang lain - akan menjauhkan guru daripada kejahatan mementingkan diri. (b) Keadilan- Prinsip keadilan melibatkan konsep kesaksamaan dan menghormati orang lain (yang memastikan seseorang itu bercakap benar, menepati janji, dan sebagainya). (c) Autonomi-Prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN MORAL 2.2.1 Penguasaan Isi Kandungan Mata Pelajaran (a) Kaedah Pengajaran (b) Pemupukan Nilai nilai Murni (c) Pendidikan Kesusasteraan (d) Sistem Pendidikan Mentor-Mentee (e) Penubuhan Kumpulan Peningkatan Kualiti (f) Melayan Pelajar Sebagai Pelanggan (g) Rakan Sekerja Adalah Pelanggan (h) Kerja Berpasukan (Team Work) (i) Kemajuan Berterusan (Continuous Improvement) 2.2.2 Penguasaan Kemahiran Penyampaian Pendidikan Moral Ciri-ciri Guru Berkualiti - Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. - Komitmen yang menyeluruh. - Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan. - Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar. - Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas. CIRI–CIRI PERIBADI GURU PENDIDIKAN MORAL Insan Bermoral 1. Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa. 2. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. 3. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri. 4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati Ciri-Ciri Insan Bermoral (i) Menghormati autoriti (seperti ibu bapa dan guru, pemimpin Negara atau agama) yang menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral. (ii) Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan. (iii) Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. (iv) Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. (v) Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas. Topik 3 Pengurusan MataPelajaran Pendidikan Moral MASALAH PERLAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH Faktor Ibu Bapa/Keluarga Faktor Guru dan Sekolah/Institusi Faktor Murid/Rakan Sebaya Faktor Komuniti/Masyarakat Faktor Media Massa

MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang Pengajaran Pendidikan Moral

Hasil : cg zulmz – IPKT 2008

Isu-Isu Moral Semasa dalam Masyarakat/Komuniti Rogol/Sumbang Mahram Keganasan Rumah Tangga Gangguan Seksual Pornografi Cybercafe Isu-Isu Moral di Sekolah Vandalisme Peras Ugut/Kongsi Gelap/Buli Ciri-ciri Remaja Devian Mengikut kajian Halcomb (1991), personaliti remaja mempunyai masalah tingkah laku seperti berikut: Mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan orang lain dan selalu terlebih yakin dengan keupayaan mereka. Kehidupan harian tidak teratur dan tidak peka pada peraturan. Lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka ataupun berunsur suspens. Mempunyai potensi mempengaruhi orang lain. Bercakap kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar dengan kelemahan ataupun kekurangan orang lain. Berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang kasih sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi. Mempunyai kepercayaan diri yang rendah dalam keupayaan mencapai kepuasan akademik yang baik. Mengalami ketidakselarasan antara dirinya yang ideal dan dirinya yang sebenar di mana mereka kadang-kadang bermasalah mencapai identity yang diinginkan. Kurang kepercayaan bagi mengawal kehendak-kehendak impulsif. Teori tentang Punca Salah Laku Remaja (i) Teori fungsionalisme Teori ini menganggap devian sebagai tidak mempunyai peranan kepada struktur sosial. (ii) Teori konflik Teori konflik mengatakan, devian adalah tindakan golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang menindas. (iii) Teori subbudaya Teori Subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza daripada budaya masyarakat. Deprivasi selalu berpunca daripada kemerosotan ekonomi dan kelemahan sosio-emosi. Remaja terutama daripada kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta bertindak melakukan devian. (iv) Teori interaksionisme Teori interaksionisme melihat devian sebagai perkara subjektif dan proses sosial. Remaja sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan dan sesuai dengan cara interpretasi mereka. Kajian Tattum (1986) mendapati, remaja sengaja melakukan devian sebagai teknik naturalisasi dalam interaksi mereka. (v) Kategori Perlakuan Devian Inovasi: Memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Ritual: Tindakan mengulang perbuatan. Undur: Orang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Menentang: Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain. Topik 4 Kejayaan Pengajaran dan Amalan Nilai Murni diSekolah - Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan Moral 1. Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral. 2. menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, 3. merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran 4. mengurus dan menggerakkan panitia 5. mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral. 6. melaksanakan hasrat surat pekeliling

7. sebagai agen perubahan dan inovasi terhadap pelajaran Pendidikan Moral, dimana seorang 8. merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan di dalam kelas. 9. menguruskan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral. 10. menguruskan bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral, contohnya seperti penggunaan bilik audiovisual. 11. melaksanakan pemantauan keatas pelajaran Pendidikan Moral. 12. merancang dan melaksanakan penilaian-penilaian yang akan dilakukan di dalam kelas. 13. menganalisis peperiksaan, dari segi peningkatan atau penurunan gred pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. 14. melakukan tindakan susulan, seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan kepada pelajar. 15. membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar moral. 16. merancang dan melaksanakan program latihan dalaman. 17. menilai program Pendidikan Moral di sekolah. 18. memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus. 19. menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan di dalam kelas. 20. menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah TANGGUNGJAWAB SEKOLAH DAN GURU BIASA Penilaian Formal yang Dilakukan oleh Guru Pendidikan Moral (i) Pentaksiran Iltizam Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut: Tugasan Harian Kerja Amal (ii) Folio Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut: Penulisan (Tugasan Harian) Laporan Aktiviti yang telah disertai Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti. Pendidikan Moral Secara Tidak Formal di Sekolah - Projek moral sekolah adalah penting dan mempunyai falsafah dan orientasi tersendiri. Ia akan memberikan sesuatu sekolah itu identitinya. - laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk melaporkan tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan dan penghayatan amalan nilai murni yang berterusan dan keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia. - Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. SOKONGAN KOMUNITI TEMPATAN - Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti penting dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang termaktub dalam Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG ialah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu menjadi wadah forum dan khidmat bakti untuk kemajuan pelajar di sekolah berkenaan, disamping membantu melengkapkan keperluan kebendaan serta membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru berkongsi dan bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko kurikulum pelajar. - SALAM menganjurkan programprogram perkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang dengan tumpuan khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti.

Hasil : cg zulmz – IPKT 2008

- Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua rakyatnya. - PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah. - MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga kini, ia telah memulakan projek dan program dalam bentuk latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan makanan dan sebagainya. Topik 5 Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan Moral Murid–murid. Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral 1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan bagaimana mengendalikannya. 2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan (berkomunikasi) dengan orang lain. 3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas. Pengertian Kecerdasan Moral - suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral 1. Empati 2. Kesedaran 3. Kawalan kendiri 4. Menghormati 5. Baik Hati 6. Tolerasi 7. Keadilan Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan Moral (a) Pembelajaran Kolaboratif Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. (b) Pembelajaran Kooperatif Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. (c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian Masa Depan Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa yang hendak dicapai. (d) Kajian Masa Depan membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan. (e) Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi. (f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. (g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan

menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. (h) Kemahiran Berfikir secara Analitis Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca. Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsur-unsurnya. (i) Pembelajaran Kontekstualisme Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. (j) Konstruktivisme Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian, penilaian. Topik 6 Tinjauan Sukatan Pelajaran Tahun 2 6.1.1 Matlamat dan Objektif (a) Matlamat - Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. (b) Objektif Objektif Pendidikan Moral sekolah rendah tahun dua adalah seperti berikut: (i) Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. (ii) Meningkatkan amalan budi perkerti mulia. (iii) Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar. (iv) Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Tiga komponen 1. Kandungan: (i) Peraturan Masyarakat (ii) KeperibadianMulia 2. Bentuk: (i) Etika Prinsip (ii) Etika Situasi Dimensi: (i) Penaakulan (ii) Emosi (iii) Tingkah laku Bidang Pembelajaran 1 – Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Bidang Pembelajaran 2 – Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga Bidang Pembelajaran 3 – Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat Bidang Pembelajaran 4 – Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar Bidang Pembelajaran 5 – Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara Peranan Guru dalam Menjayakan Pelaksanaan Kurikulum Tahun 2 Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran social Topik7 Pendekatan Tindakan Sosial Asal–Usul Pendekatan - Albert Bandura dan Emile Durkheim. Ia dikenali sebagai pembelajaran sosial kerana ia menekankan cara kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku yang betul dalam konteks sosial dan juga dalam keadaan yang berkehendakkan tindakan serta-merta- melalui pemerhatian dan bukan daripada pengajaran secara langsung.

Hasil : cg zulmz – IPKT 2008

Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: 1. Meniru secara langsung. 2. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan 3. Peniruan melalui elisitasi

Aktiviti yang sesuai - menunjukkan contoh-contoh hasil tangan, Guru hendaklah menjadi model yang baik, Murid-murid juga belajar dari gambar, video, tayangan filem dan Gambar, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi mengajar nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan sebagainya. Peranan guru dan murid - murid untuk melakukan perbuatan moral, baik secara perseorangan mahupun secara bersama-sama, Guru memberikan kesempatan kepada murid untuk melakukan perbuatan-perbuatan moral. Topik 8 Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif -berdasarkan kepada teori perkembangan kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). - pelajar biasanya membuat penaakulan moral pada peringkat yang mampu dikuasainya, tetapi ia lebih cenderung untuk membuat penaakulan moral pada satu peringkat yang lebih tinggi daripada keupayaan tersebut. Ciri-ciri utama (a) Jean Piaget- respon kanak-kanak terhadap masalah moral boleh dibahagikan kepada dua peringkat, pertama- kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang lebih berkuasa, kedua - mereka mula menitikberatkan diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan perlakuan moral tertentu. Piaget membahagikan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu: 1. Peringkat sensorimotor (daripada lahir hingga 11/2 tahun) 2. Peringkat pra-operasi (11/2 - 7 tahun) 3. Peringkat operasi konkrit (7 - 11 tahun) 4. Peringkat operasi formal (11 tahun keatas) (b) Lawrence Kohlberg – Tahap Prakonvensional Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan. Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis. Tahap Konvensional Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu atau good boynice girl. Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan. Tahap Poskonvensional Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic. Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat. Kelebihan - boleh mendorong pelajar berfikir secara rasional dan logik dalam membuat sesuatu keputusan berasaskan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Dalam mengendalikan pendekatan ini guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka maningkatkan tahap penaakulan moral. Kelemahan - (Piaget ) tidak menitikberatkan tentang proses identifikasi dan peniruan kanak-kanak dengan ibubapa mereka. kurang memberi perhatian secukupnya kepada perbezaan individu atau perbezaan seks, kelas sosial mahupun kebudayaan. - ( Kohlberg ) menumpukan perhatian hanya kepada satu aspek perkembangan moral, kumpulan yang gagal diselidikinya ialah tentang aspek tingkah laku dalam perkembangan moral. APLIKASI PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF Situasi - 1. Memberi kepekaan kepada pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta orang lain; 2. Menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebabsebab; 3. Menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain; dan 4. Mengaitkan penaakulan, emosi dan tingkahlaku. Aktiviti - guru disaran menggunakan beberapa episod dilema moral. Episod dilema moral merujuk kepada satu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang menimbang beberapa pilihan sebelum membuat keputusan.

Prinsip dan pandangan Durkheim terhadap moral 1. Masyarakat sebagai Organisma-masyarakat mempunyai tujuan dan boleh menjadi justifikasi kepada segala tindakan moral dan moraliti. 2. Altruisme sebagai punca organisma - Setiap tindakan moral dilakukan untuk kepentingan masyarakat. Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi pendidikan, iaitu: 1. Untuk meningkatkan soladiriti (soladirity) sosial Sejarah: mempelajari tentang individu yang telah melakukan perkara baik untuk ramai orang akan membuat seseorang berasa tidak penting. Sumpah ikatan: membuat seseorang individu merasakan dirinya sebahagian daripada sesuatu kumpulan dan ini akan membuatkan mereka tidak melanggar peraturan. 2. Untuk mengekalkan peranan sosial Sekolah adalah masyarakat kecil. Ia mempunyai hierarki, peraturan, dan anggapan terhadap dunia luar yang sama. Ia melatih kanak-kanak dan remaja untuk memenuhi peranan. 3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja Sekolah membahagikan pelajar kepada kumpulankumpulan mengikut kemahiran, dan ini menggalakkan pelajar untuk berusaha mencapai bidang kerja yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Pendekatan ini menggalakkan pelajar membayangkan perasaan mereka mengenai isu-isu moral yang melibatkan diri mereka dan komuniti Ciri-Ciri Utama Pendekatan (a) Kompetensi fisik (physical competence)- yang dapat memberikan nilai tertentu terhadap suatu objek.Misalnya: melukis suatu sesuatu membangun sebuah rumah, dan sebagainya. (b) Kompetensi hubungan interpersonal (interpersonal competence)-yang dapat memberi pengaruh kepada orangorang melalui hubungan antara sesama.Misalnya: saling memperhatikan, persahabatan, dan hubungan ekonomi, dan lain-lain. (c) Kompetensi kewarganegaraan (civic competence)-yang dapat memberi pengaruh kepada urusan-urusan masyarakat umum. Misalnya: proses pemilihan umum dengan memberi bantuan kepada seseorang calon atau peserta untuk memperoleh kemenangan, atau melalui kelompok peminat tertentu, mampu mempengaruhi perubahan kebijaksanaan umum. Ciri-ciri a) Guru melibatkan diri sebagai pakar sumber, kaunselor dan penggerak dalam projek tindakan sosial b) pelajar terlibat secara aktif dalam projek yang berorientasikan masyarakat Kelebihan menggalakkan pelajar membayangkan perasaan mereka mengenai isu-isu moral yang melibatkan diri mereka dan komuniti.-akan melibatkan diri dalam projek Kelemahan -sukar dijalankan- sebahagian dari program-program yang dikembangkan oleh Newmann dapat digunakan, namun secara keseluruhannya sukar dilaksanakan. APLIKASI PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL Situasi yang sesuai – peniruan terhadap tingkahlaku yang mendapat pujian (akan diikuti) atau hukuman ( akan dijauhi)

Hasil : cg zulmz – IPKT 2008

Dilema -Memahami masalah- meneliti – memberipandangan –menguji pandangannya. Topik 9 Pendekatan Penjelasan Nilai L. Raths, M. Harmin dan S. B. Simon - diaplikasikan daripada Teori Pembelajaran Humanistikpelajar dapat mengetahui kehendak utama mereka dan meningkatkan potensi mereka sebagai individu berguna. - Pendekatan Penjelasan Nilai memerlukan guru untuk menjelaskan setiap nilai kepada murid. - definisi individu yang sihat. 1. Keterbukaan kepada pengalaman - kemampuan untuk menerima realiti, sekali lagi termasuk perasaan seseorang. 2. Kehidupan yang wujud - kita tidak hidup di masa lepas atau masa depan. Masa sekarang adalah realiti yang kita ada. 3. Kepercayaan organismik- mempercayai diri kita, membuat apa yang dirasakan benar, dan apa yang terjadi dengan semulajadi 4. Kebebasan - mengetahui tentang perasaan kebebasan, dan bertanggungjawab atas segala pilihannya. 5. Kreativiti – melakukan yang terbaik dalam sesuatu kerja. Ciri-Ciri Utama Pendekatan 1. memilih daripada alternatif; 2. memilih secara bebas; 3. membuat pilihan sendiri; 4. memahami pilihan sendiri; 5. bertindak ke atas pilihan sendiri; dan 6. bertindak secara berulang-ulang, mengikut masa. Kelebihan - lebih menitikberatkan proses pembuatan keputusan menggunakan kognitif dan afektif dalaman untuk menentukan nilai yang baik atau buruk. Kelemahan - ia lebih bersifat individualistik , terdapat segelintir murid yang berkemungkinan mengganggap bahawa pilihan yang mereka ambil sepatutnya betul dan tidak salah, padahal ianya adalah salah. APLIKASI PENDEKATAN PENJELASAN NILAI Situasi – memberi penekanan pada usaha membantu murid dalam mengkaji perasaan dan perbuatannya sendiri, untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang nilainilai mereka sendiri. Aktiviti – Penumpuan - Penumpuan kepada aspek-aspek kehidupan samada dalam dirinya sendiri atau hubungannya dengan orang lain. Penerimaan - Sesuatu pandangan, fikiran, sikap dan keputusan orang lain seadanya. Refleksi - Menggalakkan seseorang membuat refleksi dan penaakulan kendiri supaya dia sedar akan adanya pilihanpilihan dalam membuat keputusan. Menghargai keputusan - Menghargai keupayaan sendiri dalam membuat keputusan dan bertindk mengikut keputusan yang diambil. Proses memilih: - memilih secara bebas; - dari pelbagai pilihan yang sedia ada; dan - menimbangkan secara refleksi dan rasional setiap pilihan yang ada. Proses menghargai: - menghargai setiap keputusan yang telah diambil; dan - menyatakannya secara terbuka. Proses bertindak: - Bertindak ke atas keputusan yang telah diambil; dan - sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara tekal. Peranan Guru dan murid - Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada sesiapa pun. Pelajar

melibatkan diri sepenuhnya di dalam proses pembelajaran dan mempunyai hak keatas haluan dan kemahuannya. Topik10 Pendekatan Analisis Nilai satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan pelajar mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu keputusan. Ciri-Ciri Utama Pendekatan (a) Kebolehan Membuat Penaakulan - sikap yang berupaya menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti nyata serta munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara. (b) Anggota Masyarakat yang Berupaya Melakukan penaakulan – (c) Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka (d) Anggota Masyarakat yang Berupaya Berfikir Logik dan Terbuka Kelebihan - mudah digunakan dalam proses pendidikan di sekolah, kerana pendekatan ini memberikan penekanan pada aspek perkembangan kemampuan berfikir. Aplikasi Situasi - Pendekatan ini boleh dirancang dalam bentuk projek dan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun atau dalam beberapa siri pembelajaran. Aktiviti - (a) Mengenal pasti jenis-jenis nilai, menjelaskannya dan mencari perhubungan antara nilai tersebut. (b) Membentuk pernyataan di mana pelajar akan mengaitkan pegangan nilai kendiri dengan nilai-nilai yang lebih umum dan yang diterima oleh masyarakat demokrasi. (c) Menganalisis nilai di mana pelajar menimbangkan kesan dan akibat yang mungkin berlaku ke atas keputusan moral yang diambil. (d) Membuat justifikasi kepada keputusan moral yang diambil dengan menyatakan kriteria dan keutamaan serta membandingkan dengan pegangan niali orang lain. (e) Mengembangkan komitmen emosi moral pelajar supaya dapat hidup lebih harmonis dalam masyarakat demokrasi. Teknik yg sesuai - (a) perbahasan (b) pidato (c) forum (d) projek (e) perbincangan Peranan guru - membantu setiap pelajar memberi pertimbangan yang rasional dan dapat digunakan untuk mempertahankan sesuatu nilai objek, Murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai isu mengenai moral untuk mereka bijak dalam membuat pilihan dan keputusan. (a) Memilih isu moral yang ingin dianalisis. (b) Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat di dalam isu. (c) Mengenalpasti dan membezakan antara nilai objek dan pertimbangan nilai yang terdapat dalam isu moral. (d) Memberi markat kepada nilai objek. (e) Menggunakan pertimbangan nilai untuk menganalisis nilai objek samada positif, negatif, neutral atau tergolong dalam kelompok seperti estetika, pertimbangan moral dan akonomi. (f) Menguji pertimbangan nilai dengan sokongan fakta-fakta yang relevan dan hujah-hujah yang meyakinkan. (g) Menguji pertimbangan nilai kendiri dengan: -mengambilkira pertimbangan orang lain; -situasi yang berbeza; -mengumpul maklumat baru untuk meyakinkan atau mengubah pendiriannya; atau -meletakkan dirinya dalam situasi sebenar. (h) membuat keputusan yang objektif setelah menimbangkan segala langkah di atas.

Hasil : cg zulmz – IPKT 2008