Nasib Si Ikan Emas

Di sebuah sungai yang sangat indah, terdapat seekor ikan emas yang cantik. Dia tinggal bersama ibunya. Setiap hari, ikan emas akan bersama-sama ibunya untuk mencari makanan. Ibunya selalu berpesan kepadanya, jangan memakan umpan atau jerat manusia. Ibunya berkata ³jika ternampak makanan yang bertali, janganlah kamu pergi dekat padanya, jauhkan diri kerana itu amat merbahaya. Pada suatu hari, ketika sedang mencari makanan bersama ibunya, si ikan emas ternampak seekor cacing yang amat besar. Dia tidak menghiraukan ibunya lalu mendekati cacing itu. Pada cacing itu, terdapat seutas tali. Si ikan emas berkata ³mungkin cacing ini tidak merbahaya seperti apa yang ibu katakan, aku pun sedang kelaparan´. Si ikan emas pun memakan umpan cacing itu tanpa mengingati pesan ibunya. Lalu, mulut si ikan emas tersangkut pada mata kail dan dibawa ke darat. Si ikan emas menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Bak kata pepatah, ³menyesal kemudian tiada gunanya´.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful