You are on page 1of 1

Penyataan masalah Pelajar tingkatan enam bawah berasa tidak berpuas hati dengan beberapa kemudahan yang disediakan

oleh pihak sekolah bagi mereka. Antaranya ialah penggunaan kabin sebagai bilik darjah,kekurangan sumber rujukan dan keadaan kurang selesa di perpustakaan sekolah.Pelajar tingkatan enam bawah juga menghadapi masalah kekurangan kemudahan komputer untuk mendapat maklumat dan ketiadaan koridor berbumbung khas yang menghubungkan kabin dengan bangunan sekolah.Jika perkara di atas diberi perhatian oleh pihak sekolah ,maka pelajar-pelajar tingkatan enam akan berasa lebih selesa belajar di sekolah ini.