You are on page 1of 13

Termokimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindak-balas. Hukum termokimia bergantung kepada dua penyataan [1]: 1. Hukum Lavoisier dan Laplace (1780) 2. Hukum Hess (1840)

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Tindak balas kimia o o 1.1 Tindak balas Eksotermik 1.2 Tindak balas Endotermik

2 Konsep perubahan tenaga haba 3 Haba tindak balas o o o o 3.1 Haba pemendakan 3.2 Haba penyesaran 3.3 Haba peneutralan 3.4 Haba pembakaran

4 Rujukan

[sunting]Tindak

balas kimia

Terdapat 2 jenis tindak balas kimia iaitu: 1. Tindak balas Eksotermik 2. Tindak balas Endotermik

[sunting]Tindak

balas Eksotermik

Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat. Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan. Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba.

Di antara contoh-contoh tindak balas Eksotermik ialah:

Tindak balas pembakaran - Bahan bakar (bahan kimia yang mudah atau boleh terbakar) bertindak balas dengan gas oksigen

Tindak balas peneutralan - Tindak balas antara bahan kimia yang bersifat asid dan alkali Tindak balas pepejal dengan air - Tindak balas ini berlaku terutama antara unsur kumpulan I dalam jadual berkala dengan air kerana lebihreaktif

Tindak balas logam reaktif dengan air - Tindak balas redoks, terdapat tindak balas penurun dan tindak balas pengoksidaan

Rajah aras tenaga Eksotermik

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif, iaitu

Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas H = Hh - Hb

[sunting]Tindak

balas Endotermik

Endo bermaksud dalam manakala termik bermaksud haba. Endotermik bermaksud haba yang diserap masuk ke dalam dalam bahan hasil tindak balas. Oleh itu suhu bahan tindak balas akan meningkat. Tindak balas Endotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan menyerap haba daripada persekitaran seterusnya suhu di pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan. Perubahan tenaga tindak balas Endotermik ialah dari tenaga haba kepada tenaga kimia. Di antara contoh-contoh tindak balas Endotermik ialah:

Tindak balas Penguraian garam karbonat secara terma - Garam karbonat akan diuraikan menjadi oksida logam dan gas karbon dioksida.

Tindak balas pembakaran pada penunu bunsen - Apabila api dihidupkan pada radas penunu bunsen, pemukaan penunu bunsen akan terasa sejuk dan terdapat titisan stim/wap air.

Rajah aras tenaga Endotermik

Perubahan tenaga tindak balas Endotermik akan menunjukan nilai positif, iaitu

Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas H = Hh - Hb

[sunting]Konsep

perubahan tenaga haba

Konsep perubahan tenaga haba ini disebabkan oleh pemecahan/pemutusan ikatan lama dan pembentukan/pembinaan ikatan baru. Pembentukan/Pembinaan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak balas Eksotermik. Contoh tindak balas kimia:

H+ + Cl- --> HCl H= -430 KJ mol-1

Pemecahan/Pemutusan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak balas Endotermik. Contoh tindak balas kimia:

HCl --> H+ + Cl- H= +430 KJ mol-1

[sunting]Haba

tindak balas

Kuantiti haba tindak balas ialah haba yang dihasilkan hasil daripada tindak balas kimia. Tindak balas ini menglibatkan menyerap dan pembebasan haba. Kuantiti haba ini boleh ditentukan pada keadaan piawai iaitu:

Suhu bilik 25oC atau 298 K 1 tekanan atmosfera iaitu 101.3/101 kPa 1.0 mol dm-3 kepekatan larutan Berada dalam keadaan fizik - suhu dan tekanan piawai

Contoh persamaan termokimia HCl --> H+ + Cl- H= +430 KJ mol-1 H merupakan perubahan haba Kuantiti haba tindak balas (Q) akan dipengaruhi oleh:

Jisim haba (m) Haba pendam tentu bahan (c) - biasanya air Perubahan suhu ()

Terdapat 4 jenis haba tindak balas iaitu: 1. Haba Pemendakan 2. Haba Peneutralan 3. Haba Penyesaran 4. Haba Pembakaran

[sunting]Haba

pemendakan

Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan terbentuk hasil tindak balas ion-ion yang bertindak balas.

[sunting]Haba

penyesaran

Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebihelektropositif. Hanya logam elektropositif dapat menyesarkan ion logam yang kurang elektropositif.

[sunting]Haba

peneutralan

Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid untuk meneutral 1 mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air.

[sunting]Haba

pembakaran

Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan bakar dibakar dengan lengkap dalam keadaan gas oksigenberlebihan. Contoh-contoh bahan api/bakar ialah:

Alkohol Gas asli Gas metana Petroleum

Kimia SPM Bab 2 :Struktur Atom Jirim sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang Unsur Sebatian Atom Molekul bahan kimia yang paling ringkas yang tidak dapat diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas secara kimia bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu secara kimia. zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada berpunca daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia zarah yang sama ada terdiri daripada satu stau beberapa atom yang bercas menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang sentiasa bergerak. ialah suhu tetap di mana sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar kepada keadaan cecair pada tekanan tertentu ialah suhu tetap di mana sesuatu bahan dalam keadaan cecair bertukar kepada keadaan gas pada tekanan tertentu. sesuatu atom ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus atom itu. sesuatu atom ialah jumlah bilangan proton dan bilangan neutron dalam nukleus atom unsur itu merupakan atom-atom sama yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza

Ion Teori zarah jirim Teori kinetik jirim Takat lebur Takat didih

Nombor proton Nombor nukleon Isotop

Bab 3 : Formula dan Persamaan Kimia Pemalar ditakrif sebagai bilangan zarah yang terdapat dalam satu mol Avogadro sebarang bahan. Nilai malar 6.02 x 1023mol-1 dikenali sebagai pemalar Avogadro Jisim molar sesuatu bahan ditakrifkan sebagai jisim satu mol bahan tersebut dalam unit gram. Unit bagi jisim molar ialah gram per mol. (g mol-1) Isipadu molar ditakrifkan sebagai isi padu yang ditempati oleh satu mol gas, iaiu gas 22.4 dm3pada s.t.p. atau 24 dm3 pada keadaan bilik. Formula kimia ialah satu set simbol atom unsur bersama-sama dengan integer yang mewakili suatu bahan kimia. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam suatu sebatian. Formula molekul formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul bahan itu Bab 4 : Jadual Berkala Unsur

Kala Keelektronegatifan suatu unsur Keelektropositifan suatu unsur

ialah baris unsur-unsur yang mendatar dalam Jadual Berkala Unsur ialah suatu ukuran kebolehan atom unsur itu dalam suatu molekul untuk menarik elektron ke arah nukleusnya ialah suatu ukuran kesenangan atom unsur itu melepaskan elektron untuk membentuk kation.

Bab 5 : Ikatan Kimia Ikatan ion merupakan ikatan kimia yang wujud antara ion yang berlawanan cas akibat daya tarikan elektrostatik kuat yang terbentuk antara ion positif dan ion negatif Ikatan kovalen ialah ikatan yang wujud antara atom dalam suatu molekul yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom. Bab 6 : Elektrokimia Elektolit ialah bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akues dan mengalami perubahan kimia. Bukan elektrolit ialah bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik walaupun dalam keadaan leburan atau larutan akues. Konduktor ialah bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan pepejal atau leburan tanpa mengalami perubahan kimia Eletrolisis ialah suatu proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Elektrod ialah rod yang mengalirkan arus elektrik masuk dan keluar dari elektrolit semasa proses elektrolisis. Larutan akues ialah larutan yang terhasil apabila suatu zat dilarutkan dalam air. Sel kimia Siri elektromagnet ialah sel yang meghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. ialah susunan logam-logam mengikut tertib kecenderungan logam mengion.

Bab 7 : Asid, bes, dan Garam Asid ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidrogen apabila dilarutkan dalam air. Bes ialah bahan kimia yang dapat bertindak balas dengan asid dan menghasilkan garam dan air Alkali ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidroksida apabila dilarutkan dalam air Kebesenan asid ialah bilangan mol bes yang diperlukan untuk secukup-cukupnya sahaja bertindak balas dengan satu mol asid itu. Asid monobes ialah asid yang memerlukan satu molnya untuk secukup-cukupnya bertindak balas dengan satu mol bes. Asid dwibes ialah asid yang memerlukan satu molnya untuk secukup-cukupnya bertindak balas sengan dua mol bes. Asid tribes ialah asid yang memerlukan satu molnya untuk secukup-cukupnya bertindak balas dengan tiga mol bes

Skala pH

Penunjuk asidbes Penunjuk semesta Asid kuat

Asid lemah Alkali kuat

Alkali lemah Larutan Kepekatan sesuatu larutan Kemolaran Peneutralan Pentitratan asidbes Garam Garam terlarutkan Garam tidak terlarutkan Penghabluran semula Analisis Kualitatif Tindak balas Penguraian ganda dua Amfoterik

ialah satu skala nombor yang digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkalian suatu larutan akues berdasarkan kepekatan ion hidrogen, H +dalam larutan akues itu. ialah bahan kimia yang menunjukkan warna yang berbeza dalam larutan berasid dan beralkali ialah sejenis penunjuk asid-bes yang terdiri daripada satu campuran beberapa penunjuk yang berbeza. Penunjuk ini menunjukkan warna yang berbeza apabila pH larutan berubah. ialah asid yang bercerai dengan lengkap dalam air, iaitu darjah penceraiaannya hampir 100 % untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang sangat tinggi. ialah asid yang bercerai dengan separa dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang rendah. ialah alkali yang bercerai dengan lengkap apabila dilarutkan dalam air, iaitu darjah penceraian 100% dan menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang tinggi ialah alkali yang bercerai dengan separa sahaja apabila dilarutkan dalam air dan menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang rendah. ialah satu campuran yang terbentuk apabila suatu zat terlarut dilarutkan dalam suatu pelarut tertentu ialah satu ukuran tentang kuantiti zat terlarut yang terlarut dalam satu kuantiti pelarut terentu. ialah satu unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol zat terlarut yang terdapat dalam satu dm3 larutan ialah suatu tindak balas antara asid dengan bes untuk menghasilkan garam dan air. ialah satu kaedah analisis kuantitatif untuk menentukan isi padu asid yang perlu untuk tepat meneutralkan suatu alkali yang mempunyai isi padu tertentu dengan bantuan suatu penunjuk yang sesuai ialah suatu sebatian ion yang terhasil apabila ion hidrogen di dalam suatu asid digantikan oleh ion logam atau ion ammonium ialah garam yang larut dalam air pada suhu bilik. ialah garam yang tidak larut dalam air pada suhu bilik ialah suatu kaedah kimia yang dilakukan untuk menulenkan garam terlarutkan dengan melakukan proses penghabluran berulang kali ke atas garam sehingga menjadi tulen. ialah suatu teknik untuk mengenal pasti kation dan anion dalam sesuatu bahan kimia melalui ujian-ujian kimia. suatu tindak balas (XY + AB hasil XB + AY) sengan X dan A ialah radikal logam manakala Y dan B ialah radikal asid . Kedua-dua sebatian bertindak balas secara menukarkan radikalnya untuk membentuk dua sebatian baru. Sifat yang boleh bertindak balas dengan alkali atau asid.

Bab 8 : Bahan Buatan dalam Industri

Aloi Polimer Polimer sintetik Kaca Bahan komposit

ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang tertentu di mana unsur utamanya ialah logam ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan banyak unit kecil yang dikenal sebagai monomer ialah polimer yang dibuat oleh manusia daripada bahan kimia melalui proses pempolimeran. merupakan silikat logam atau campuran beberapa silikat logam atau campuran beberapa silikat logam. terdiri daripada satu jenis bahan yang digabungkan dengan satu bahan lain untuk menghasilkan bahan baru yang menyatukan kelebihan kedua-dua bahan asal.

Bab 9 : Kadar Tindak Balas Kadar tindak ditakrifkan sebagai sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas balas dalam satu unit masa. Kadar tindak ialah purata kadar yang berlaku dalam satu tempoh masa tertentu. balas purata Kadar tindak ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku pada masa tertentu. balas pada masa tertentu Kadar tindak oleh faktor-faktor berikut, jumlah luas permukaan bahan tindak balas, balas kepekatan bahan tindak balas, suhu tindak balas, kehadiran mangkin, dipengaruhi dan tekanan. Mangkin ialah bahan yang mengubah kadar sesuatu tindak balas dan bahan itu tidak berubah secara kimia pada akhir tindak balas Perlanggaran ialah perlanggaran yang dapat menghasilkan tindak balas kimia berkesan dengan zarah-zarah yang berlanggar mesti mempunyai jumlah tenaga yang sama atau melebihi tenaga pengaktifan dan juga mempunyai orientasi perlanggaran yang betul. Tenaga ialah tenaga minimun yang mesti dipunyai oleh zarah-zarah bahan pengaktifan tindak balas yang berlanggar. Ia juga merupakan tenaga yang mesti diatasi oleh bahan-bahan tindak balas yang berlanggar supaya tindak balas dapat berlaku untuk memberi hasil tindak balas. Teori menyatakan bahawa zarah-zarah bahan tindak balas perlu berlanggar perlanggaran antara satu sama lain untuk menghasilkan tenaga yang sama atau melebihi tenaga pengaktifan dan dalam orientasi perlanggaran yang betul untuk menghasilkan tindak balas. Frekuensi ialah bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku dalam sesaat. perlanggaran berkesan Proses Haber ialah proses penyediaan ammonia dalam industri Proses Sentuh Proses Ostwald ialah proses penyediaan asid sulfurik dalam industri ialah proses penyediaan asid nitrik dalam industri

Bab 10 : Sebatian Karbon

Sebatian karbon Sebatian organik Hidrokarbon Hidrokarbon tepu Hidrokabon tak tepu Siri homolog Alkana

ialah sebatian yang mengandungi juzuk unsur karbon ialah satu sebatian yang mempunyai satu atau lebih atom karbon sebagai struktur utamanya. ialah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja. ialah hidrokarbon yang semua atom karbonnya terikat antara satu sama lain melalui ikatan kovalen tunggal sahaja ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen berganda antara atom karbonnya ditakrifkan sebagai satu keluarga sebatian organik yang terdiri daripada ahli-ahli yang dapat diwakili oleh satu formula am ialah satu siri homolog hidrokarbon yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen, dan ahli-ahlinya dikenali dengan formula am CnH2n+2 dengan n = 1, 2, 3, ialah formula kimia yang menunjukkan cara atom-atom diikat melalui ikatan kovalen antara satu sama lain dalam satu molekul bahan tersebut ialah satu siri homolog hidrokarbon dengan formula am CnH2n dengan n = 2, 3, 4, ialah satu kumpulan atom terikat yang akan mengambil bahagian dalam tindak balas kimia dan menentukan sifat kimia ahli itu.

Formula struktur sesuatu bahan Alkena Kumpulan berfungsi suatu ahli siri homolog yang tertentu Isomerisme Kumpulan hidroksil Penapaian Enzim zimase Hasil penapaian Agen pengontangan Kumpulan karboksil Formula am Ester

ialah satu fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai atom-atom yang sama tetapi susunan atom-atom mereka berbeza. ialah kumpulan berfungsi bagi alkohol ialah proses penguraian molekul besar kepada molekul kecil dengan bantuan enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma. yang dihasilkan oleh mikroorganisma membantu proses penguraian disulingkan untuk memperoleh etanol yang pekat seperti serbuk kalsium karbonat ditambahkan kepada hasil sulingan untuk memperolehi etanol yang tulen ialah kumpulan berfungsi bagi asid karbosilik bagi asid karbosilik ialah CnH2n+1COOH dengan n = 0, 1, 2, ialah satu siri homolog bukan hidrokarbon yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen dan formula amnya ilah CnH2n+1COOCmH2m+1 di mana n = 0, 1, 2, dan m = 1, 2, 3, terbentuk apabila asid karbosilik bergabung dengan alkohol iaitu tindak balas pengesteran. bertindak sebagai agen pengontangan yang menyerap air yang terbentuk bagi mempercepatkan tindak balas pengesteran ialah kumpulan berfungsi bagi ester

Ester Asid sulfurik pekat Kumpulan karbosilat

Lemak Asid lemak Lemak tepu Lemak tak tepu Penghidrogenan Sifat getah asli

merupakan sekumpulan sebatian organik semula jadi yang terdiri daripada ester ialah asid karbosilik yang berantai panjang ialah lemak yang mengandungi asid lemak tepu yang mengandungi ikatan tunggal sahaja. ialah lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu yang mengandungi ikatan dubel. merupakan tindak balas penambahan dengan hidrogen untuk menukar lemak tak tepu kepada lemak tepu ialah lembut, tidak kuat, dan kenyal. Ia mempunyai takat lebur lebih daripada 50oC. Ia akan terurai apabila dipanaskan dengan suhu melebihi 200oC. Apabila disejukkan ia akan menjadi keras dan rapuh. Kehadiran ikatan dubel menyebabkannya mudah dioksidakan oleh agen pengoksidaan yang kuat. Ia tidak larut dalam air, alkali , atau asid, tetapi larut dalam pelarut organik ialah getah yang telah ditindakkan dengan sulfur. Ia lebih keras, lebih kuat, takat lebur lebih tinggi, dan ia lebih tahan terhadap pengoksidaan

Getah tervulkan

Bab 11 Pengoksidaan dan Penurunan Tindak balas ialah suatu tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan redoks proses penurunan yang berlaku secara serentak Agen ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas lain dan sendiri pengoksidaan mengalami proses penurunan Agen penurunan ialah bahan yang menurunkan bahan tindak balas lain dan sendiri mengalami proses pengoksidaan Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami penambahan oksigen, kehilangan hidrogen, kehilangan elektron, dan nombor pengoksidaan bertambah Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan oksigen, penambahan hidrogen, penambahan elektron, dan nombor pengoksidaan berkurang Nombor ialah cas yang diperoleh oleh suatu unsur dalam suatu bahan apabila pengoksidaan unsur itu wujud sebagai ion dalam bahan tersebut, dengan membuat anggapan bahawa semua ikatan yang terdapat dalam sebatian itu, sama ada bahan ion atau kovalen merupakan ikatan ion. Kakisan logam Pengaratan besi Kakisan elektrokimia ialah satu tindak balas redoks di mana logam itu dioksidakan secara spontan melalui kehilangan elektron untuk membentuk ion-in logam. merupakan satu tindak balas redoks, iaitu tindak balas di mana proses pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak. ialah satu proses di mana suatu logam terkakis melalui kehilangan elektron(pengoksidaan) untuk menmbentuk kation dengan kehadiran elektrolit apabila logam itu bersentuhan dengan satu logam lain yang kurang elektropositif daripadanya ialah elektrod di mana proses pengoksidaan berlaku

Anod( + )

Katod( - )

ialah elektrod di mana proses penurunan berlaku

Bab 12 : Termokimia Tindak balas adalah tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran jadi eksotermik suhu persekitaran meningkat. Kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih rendah daripada kandungan haba tindak balas Tindak balas adalah tindak balas yang menyerap haba dari persekitaran, jadi suhu endotermik persekitaran menurun. Kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih tinggi daripada kandungan tenaga bahan tindak balas Haba ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan terbentuk pemendakan daripada tindak balas larutan ionnya pada keadaan piawai Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai oleh logam yang lebih elektropositif Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion hidrogen daripada asid bergabung dengan satu mol ion hidroksida untuk membentuk satu mol air pada keadaan piawai. Haba ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan pembakaran lengkap dengan oksigen pada keadaan piawai Bahan api ialah bahan kimia yang dapat dibakar untuk membebaskan tenaga haba Nilai bahan api ialah kuantiti haba yang dibebaskan daripada pembakaran lengkap 1g bahan api. Bab 13 : Bahan Kimia untuk Pengguna Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak ialah proses penyediaan sabun yang melibatkan hidrolisis beralkali lemak atau minyak sayuran yang dimangkinkan oleh larutan alkali pekat Bahagian ion sabun merupakan bahagian hidrokarbon yang berantai panjang dan hidrofobik tidak larut dalam air. Bahagian ion sabun merupakan bahagian yang berion dan larut dalam air, tetapi hidrofilik tidak larut dalam pelarut organik Detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik yang merupakan molekul berantai panjang yang mengandungi 12 hingga 18 atom karbon per molekul. Terbiodegrasikan ialah penguraian atau pereputan sebatian kompleks kepada bahan yang lebih ringkas oleh bakteria dalam alam sekitar Pengawet ialah bahan kimia yang dapat menghalang pembiakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat dalam makanan agar makanan itu tahan lebih lama tanpa rosak Antipengoksida ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam makanan berminyak untuk mencegah minyak dalam makanan itu dioksidakan oleh oksigen dalam udara Perisa ialah bahan kimia yang ditambahkan kepada makanan untuk memberi atau meningkatkan rasa makanan Proses saponifikasi

Penstabil

Pemekat

merupakan bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan untuk membantu minyak dan air dalam makanan bercampur dengan sebati dan kekal dalam keadaan emulsi pada sepanjang masa merupakan bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan untuk mengubah struktur asal bahan makanan kepada sesuatu yang mempunyai tekstur yang halus dan licin.

ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan untuk memberikan warna tertentu kepada makanan Antibiotik ialah satu kumpulan ubat yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pembiakan bakteria. Pesakit psikiatrik ialah seseorang yang kesihatan mentalnya terjejas Ubat psikoteraputik Hormon merupakan ubat yang digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin menusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis dalam tubuh badan.

Pewarna