You are on page 1of 1

12

Prinsip-prinsip Rukun Negara Sebelum kita membincangkan tentang matlamat Rukun Negara, mari kita meninjau latar belakangnya terlebih dahulu. Rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969 berlaku akibat daripada perselisihan faham di antara tiga golongan kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Perbezaan dan pengasingan antara tiga kaum wujud sejak pemerintahan Inggeris yang mengamalkan dasar pemisahan telah mengakibatkan perasaan saling tidak mempercayai dan curiga antara kaum yang akhirnya membawa kepada rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969. Tindakan serta-merta yang diambil berikutan peristiwa 13 Mei, 1969 ialah memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian telah menyedari bahawa satu ideologi Negara diperlukan untuk mengatasi pemisahan antara kaum dan ideologi ini boleh diamalkan oleh semua rakyat negara ini. Berasaskan kesedaran ini, Rukun Negara dicipta dan diisytiharkan sebagai ideologi negara. Matlamat Rukun Negara adalah melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat yang pelbagai kaum dan agama. Lima prinsip Rukun Negara telah dikenal pasti untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah seperti demikian: