You are on page 1of 17

DEFINISI PENGERTIAN JENAYAH HUDUD Perkataan jarimah berasal daripada perkataan jarama, ertinya berusaha ke arah melakukan perkara

keji dan tidak baik. Ini bererti jarimah ialah melakukan sesuatu kejahatan yang membawa kepada dosa. Merujuk kepada penggunaan fuqaha di dalam bidang jenayah didapati perkataan jinayah dan jarimah sering digunakan. Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa kedua-duanya membawa pengertian yang sama iaitu kedua-duanya adalah laranganlarangan syarak yang diugut dengan pembalasan had ataupun takzir. Diantara mereka yang berpendapat begini ialah al-Mawardi ( seorang ulama Mazhab Syafie ). Di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah1, beliau memberi takrifan jaraim : Ia adalah pelbagai larangan syarak yang diugut atau diancam dengan pembalasan had atau takzir. Ibn Farhun ( seorang Ulama Mazhab Maliki ) menamakan apa sahaja tindakan yang mewajibkan pembalasan had dan qisas sebagai jenayah. Beliau merumuskan bahawa pengertian jenayah itu meliputi jenayah terhadap nyawa, akal fikiran, harta benda, keturunan dan kehormatan. Sebahagian fuqaha membezakan diantara pengertian jinayah dan jarimah. Mereka mengkhususkan perkataan jarimah bagi pelbagai kesalahan yang mewajibkan pembalasan had dan tazir manakala jinayah dikhususkan bagi kesalahan yang mewajibkan pembalasan qisas.2 Perkataan hudud pula adalah jamak dari perkataan had. Dari sudut bahasa bererti tegahan. Apabila disebut hudud Allah maka ia bermaksud segala larangan-Nya kerana ia adalah perkara-perkara yang ditegah. Hudud Allah juga bermaksud segalan hukuman-Nya iaitu apa sahaja hukuman yang telah dibataskan maksudnya dan ditentukan kadarnya maka dengan itu tidak harus bagi manusia melanggarnya.3 Maksud pembalasan yang menjadi hak Allah ialah kesemua pembalasn yang disyariatkan bagi tujuan mengawal kehormatan diri, keturunan, harta benda, akal fikiran dan juga nyawa dari dicerobohi. Sebahagian pembalasan hudud seperti had zina dan minum arak
1

Al-Mawardi, Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi, al-Ahkam al-Sultaniyah wa alWilayat al-Diniyyah, ( Mesir : Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Auladuh, 1386/1966 M), h. 219 2 Ahmad al-Husari, al-Qiyas,al-Diyat,al-Isyan al-Musallah fi al-Fiqh al-Islami, h 12 3 Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad bin Abd al-Wahid al-Siwasi al-Hanafi, Sharh Fath al-Qadir, Juz 4, h 244

merupakan hak Allah. Had qadhaf merupakan hak Allah dan hak hamba-Nya iaitu berkongsi hak individu dan hak masyarakat umum. PEMBAHAGIAN JENAYAH HUDUD Terdapat pelbagai pendapat tentang jenis-jenis jenayah yang termasuk dalam kategori jenayah hudud : Pendapat ulama Mazhab Hanafi : ia mengandungi lima jenis jenayah, iaitu jenayahjenayah curi, zina, qadhaf ( tuduhan zina ), minum arak dan minum minuman yang memabukkan. Hal ini disebabkan mereka mengkhususkan had itu dengan maksud pelbagai pembalasan yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak yang dikira sebagai hak Allah sematamata ( yang bertujuan mengawal kepentingan jemaah ).4 Ulama mazhab-mazhab lain menambah dua lagi jenayah lagi disamping 5 jenayah tersebut, iaitu jenayah qisas dan murtad. Hal ini berpunca daripada pengertian istilah had yang mereka ertikan setiap pembalasan yang sudah ditetapkan kadarnya oleh syarak samada bertujuan mengawal hak Allah ataupun hak individu. Dr Wahbah Zuhayli mengatakan bahawa jenayah-jenayah hudud itu kesemuanya ada 8 iaitu jenayah zina, qadhaf, minum minuman yang memabukkan, curi , rompak, penderhakaan, murtad dan pembunuhan sengaja yang mewajibkan pembalasan qisas.5 Tetapi Abd Qadir Audah pula berpendapat bahawa jenayah hudud mengandungi 7 jenayah sahaja iaitu jenayah zina, qadhaf , minum arak, curi ,rompak, murtad dan penderhakaan. Menurut beliau, inilah pendapat jumhur fuqaha.6 Walaubagaimanapun, pendapat ini masih boleh dipertikaikan kerana sebahagian ulama telah mengecualikan beberapa jenis jenayah yang disebut oleh beliau. Contohnya, Ibn Hazm alZahiri mengecualikan jenayah penderhakaan, ulama Mazhab Hanafi mengecualikan jenayah

4 5

Ahmad al-Husari, al-Qiyas,al-Diyat,al-Isyan al-Musallah fi al-Fiqh al-Islami, h 19 Dr.Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 6 :12 6 Dr.Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 6 :13, Ahmad al-Husari, al-Qiyas,al-Diyat,al-Isyan al-Musallah fi al-Fiqh al-Islami, h 12,13

penderhakaan dan murtad, sementara Imam al-Syafie pula menurut catatan Ahmad al-Husari mengecualikan jenayah qadhaf. Dengan itu jelas bahawa tidak ada persepakatan pendapat di kalangan ulama. TUJUAN PENSYARIATAN HUKUMAN HUDUD, QISAS, DIYAT DAN TAKZIR Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah 7 adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari) 2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." 8 3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak

7 8

Prof. Madya Dr.Mat Saad Abd. Rahman,Undang-Undang Jenayah Islam Surah al-Baqarah ayat 179

wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali . 4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud: "Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t :


"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah

usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." 9 Firman Allah s.w.t. :


"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar."10 HALANGAN PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD DI MALAYSIA 1. Di negara Malaysia tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud kerana rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk dan berbilang bangsa dan agama. Walaupun rakyat di negara ini terdiri dari masyarakat majmuk berbagai-bagai bangsa dan agama tidak menghalang dan menolak hukuman hudud dilaksanakan di Negara ini, kerana konsep siyasah syariah dalam Fekah Islam, peranan utama untuk menjadikan rakyat sesebuah negara itu hidup dalam keadaan makmur, aman damai dan tenteram adalah berteraskan Adalah Musyawarah dan istiqamah serta kerjasama rakyat sesebuah Negara yang terdiri dari masyarakat majmuk.
9

10

Surah al-Maidah ayat 38 Surah al-Maidah ayat 33

Pelaksanaan Hukuman hudud di negara ini tidak akan mencetuskan huru-hara sekalipun rakyat terdiri dari masyarakat majmuk yang berbagai-bagai bangsa dan agama, kerana orang bukan Islam sebagai Ahli Zimmah tidak dikenakan hukuman hudud (dikecualikan hukuman hudud), dan mereka itu tidak tertakluk di bawah peruntukan Enakmen Qanun Jenayah Syariah Negara dan tidak ada sebab dan alasan ke atas orang yang bukan Islam bertindak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan tercetusnya huru-hara di negara ini. Mengecualikan orang yang bukan beragama Islam dari hukuman hudud adalah untuk kebaikan masyarakat majmuk yang menjadi rakyat Negara ini yang terdiri dari berbagaibagai bangsa dan agama. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang mendatangkan kebaikan dan membawa kemanfaatan dan menutup pintu bahaya dan kerosakkan. 11 2. Di negara ini belum sampai masanya dilaksanakan hukuman hudud kerana tidak ada pakar dan ahli dalam perundangan islam. Ulama-ulama fiqah dalam negara ini tidak boleh dinafikan banyak yang mempunyai kepakaran dan ahli dalam bidang perundangan Islam, kerana ulama-ulama fekah di negara ini yang sampai pengajian mereka kepada Kitab al-Jinayat dan Kitab alHudud dan mereka benar-benar faham secara mendalam dan luas pengetahuan berthabit dengan kes-kes jenayah syariah sudah mencukupi untuk menjadi rujukan dalam kes-kes jenayah syariah dan penghakimannya. Dan tidak terhalang untuk melaksanakan hukuman hudud, qisas dan diyat dengan penghakiman yang adil yang berteraskan al-Quran dan hadith. Dan juga berdasarkan siyasah syariah yang tertakluk di bawah kaedah Masalih al-Musalah, Istihsan, Sadduz ZaraI, Dharruriyat dan Tahsiniyat. Kitab-kitab (buku-buku) rujukan dalam perundangan Islam ialah kitab-kitab fiqah mazhab-mazhab yang muktabar ( Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali ) yang membahaskan secara tafsili thabit dengan jenayah syariah atau uqubat ( undangundang keseksaan ) dan kitab-kitab khusus secara tafsili juga yang membahaskan kes11

Haji Said Haji Ibrahim ,Pelaksanaan Hukuman Hudud, Darul Marifah

kes jenayah syariah yang boleh dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat dan takzir dan hukuman-hukumannya. Dan kitab-kitab ini menjadi rujukan para ulama di negara ini. 3. Hukuman hudud tidak adil dan zalim Hukuman Hudud hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja- tidak dikenakan ke atas orang yang bukan Islam tidak boleh didakwa hukuman hudud itu tidak adil dan zalim. Sebenarnya hukuman itu adalah suatu hukuman yang sangat adil dan tidak bersifat zalim kerana hukuman tersebut adalah hukuman yang diwahyukan Allah kepada RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. Pelaksanaan hukuman hudud yang hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja tidak boleh ditafsirkan hukuman Hudud itu suatu hukuman yang menzalimi orang Islam, kerana orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mempercayai dengan sepenuh kepercayaan bahawa hukuman Hudud ialah hukuman Allah dan Rasul-Nya yang disebutkan hukumannya di dalam al-Quran dan Hadis yang wajib diterima dan tidak boleh diingkari dan ditolak. 4. Hukuman Hudud sebagai satu alat Politik Hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS adalah hukuman yang menjamin keadilan, kerana semua hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kesalahan-kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan dan ditentukan Allah dan Rasul-Nya yang termaktub di dalam al-Quran dan Hadith yang tidak boleh didengar ketetapan hukumnya. Hukuman hudud yang diluluskan oleh PAS adalah Hudud Allah- bukan Hudud Pas kerana dalam Enakmen Qanun Jenayah Syariah 2 Kerajaan Negeri Kelantan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 25 November 1993 memperkenalkan untuk hukuman hudud, Qisas dan Diyat yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah syariah adalah mengikut dan meruju hukuman Allah.

DESAKKAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD Hukuman Hudud adalah hukuman Allah S.W.T yang bersifat adil secara mutlak, bukan hukuman yang zalim dan tidak mencetuskan huru-hara dinegara Malaysia ini. Desakkan untuk melaksanakan hukum hudud telah disuarakan oleh beberapa pihak antaranya Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mana desakkan untuk melaksanakan hukum hudud telah termaktub didalam dasar parti mereka. Sehubungan dengan itu, ada juga pihak pihak lain yang mendesak untuk melaksanakan hukum hudud.

I. Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 24 November 1993, polemik mengenai hudud telah menjadi satu isu yang hangat dan ia diperbincangkan diseluruh pelusok negara Malaysia. 12

II. Professor Dr. Ahmad Ibrahim dalam bukunya Perundangan Islam; Dasar, Matlamat dan Pelaksanaannya di Malaysia menghuraikan Allah telah memerintahkan supaya hukum yang berlaku didalam masyarakat mestilah dengan ketentuan Allah (Hukum Allah). Oleh kerana itu, barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah bererti mereka telah menjadi kufur, zalim, dan fasik. 13

III. Seminar Syariah dan Common Law yang diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur atas anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Majlis Peguam Malaysia dan kerjasama Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada Mei 1992 telah memutuskan ketetapan untuk menyokong kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum Syariah (Hukum Hudud) di negara ini. Surat tersebut berbunyi:
12 13

Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995. Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995.

Dengan rasa hormat dan sukacita, kami semua peserta Seminar Syariah dan Common Law di Malaysia yang telah bersidang pada 16-17 Mei 1992, di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur dengan ini menyatakan sokongan penuh kami keatas cadangan untuk melaksanakan Hukum Syariah Islam di Negeri Kelantan. Pihak kami juga menghantar satu deklarasi kepada YB Menteri Kehakiman Malaysia untuk disampaikan kepada pihak Kerajaan Pusat. 14

IV. Haji Said Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah) berkata Mereka yang mendakwa dan menyatakan hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS tidak boleh menjamin keadilan dan akan mencetuskan huru-hara dan hudud itu adalah Hudud PAS, bukan Hudud Allah sungguh mengelikan hati dan sangat-sangat lucu kerana didalam Al-Quran hudud itu tidak ada yang lain selain daripada hudud Allah. Dakwaan mereka itu juga, menunjukkan kebebalan mereka mengenai dengan hukuman hudud Allah. Pihak PAS tidak akan membuat satu hukum yang lain, selain dari hukum Allah dan Rasul-Nya dan PAS hanya menyuarakan dan mencadangkan hukuman hudud itu dilaksanakan di negara Malaysia ini, selaku hukum Allah dan Rasul-Nya. 15

V. Daripada kertas kerja Hudud dalam Perundangan Islam oleh Dr. Haron Din di seminar Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Jenayah Dan Keluarga Islam Kedah yang diadakan pada 29 April hingga 1 Mei 1978, dalam rumusan tersebut beliau telah menyebut: I. Hukum hudud hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah Islam kerana islam merupakan agama rasmi negara ini. II. Sejarah telah membuktikkan bahawa pemerintah Islam yang mengamalkan hukum hudud mendapati bahawa kejadian jenayah berkurangan.

14 15

Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995. Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995.

III.

Suatu peruntukkan undang-undang hendaklah dihantar menemui Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bagi menyakinkan mereka dengan hukum hudud supaya dibawa usul mengenainya ke Parlimen Malaysia.

Dalam pada itu, hukum hudud yang dibentangkan dan diluluskan oleh Kerajaan Kelantan telah diperakui menepati kehendak syarak oleh golongan agama dan cendekiawan Islam negara ini PANDANGAN BEBERAPA PIHAK TERHADAP ENAKMEN JENAYAH SYARIAH 2, 1993 Pandangan dan ulasan terhadap undang-undang jenayah Syariah 2 ini telah diberikan oleh berbagai-bagai kalangan. Mereka terdiri daripada ahli politik, ahli akademik dan professional. 1) Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menyatakan Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap kerajaan PAS Kelantan sekiranya dia melaksanakan undang-undang hudud yang digubalnya. Beliau juga menegaskan, UMNO tidak menolak undang-undang hudud tetapi kami menolak undang-undang yang digubal oleh PAS untuk tujuan kepentingan politiknya.16 2) Syed Hamid Albar membuat kenyataan dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 1994, katanya, kerajaan pusat akan mengambil langkah untuk memperkenalkan satu undang-undang dengan meneliti kepelbagaian undangundang Islam yang dipakai di negeri-negeri dan undang-undang Islam tidak sepatutnya dilihat sebagai urusan negeri kerana itu boleh menimbulkan perbezaan undang-undang antara negeri-negeri. Untuk itu kerajaan pusat akan menghubungi kerajaan-kerajaan negeri dan pakar dalam bidang syariah sebelum memperkenalkan satu undang-undang baru.17 Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan di atas Menteri Besar Kelantan membuat penegasan dengan menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak ada sebab untuk menarik balik undang-undang hudud kecuali UMNO mempunyai perancangan untuk menggubal undang-undang hududnya sendiri. Kerajaan Kelantan akan menarik balik undang-undang hududnya jika UMNO menggubal undang-undang
16 17

New Straits Times , 10 Sept ,1994 Ibid 15 Oct. 1994

10

hududnya sendiri, dengan itu dapat kita bandingkan dan memutuskan yang mana satu untuk diambil dan dilaksanakan. 3) Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim18, Prof. Hashim Kamali19, Prof. Mohd. Imam20 dan Dr. Munir Yaakub21. Mereka membincangkan undang-undang ini meliputi 2 isu iaitu isu tentang kandungan undang-undang itu yang dianggapnya ada yang tidak jelas seperti qarinah sebagai bukti kepada kesalahan zina bagi perempuan hamil, demikian juga tentang peruntukan-peruntukan kesalahan jenayah dan hukuman yang menimbulkan tafsiran berlainan di kalangan ulama seperti hukuman rejam ke atas penzina muhsan dan hukuman bunuh terhadap orang murtad. Aspek yang kedua yang ditimbulkan oleh mereka ialah tentang kesalahan undangundang jenayah hudud ini daripada sudut Perlembagaan Persekutuan dan undangundang penal code kerana ada beberapa peruntukan di dalamnya yang bertindih dengan peruntukan yang ada dalam undang-undang persekutuan seperti jenayah pembunuhan, rogol dan sebagainya, demikian juga jenayah takzir. ENAKMEN JENAYAH 2 1993 BERLAWANAN DENGAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam jadual ke Sembilan senarai 2 ( Senarai Negeri), pemberian kuasa kepada negeri membuat undang-undang. Memandangkan kepada peruntukkan perlembagaan tentang bidang kuasa negeri mengenai mengadakan undang-undang dan membicarakan kesalahan-kesalahan yang melibatkan orang yang menganut agama Islam sahaja. Tetapi Enakmen Jenayah Syariah 2, 1993 mengadakan undangundang lebih luas daripada kuasa yang diberikan oleh peruntukan di atas.

18 19

Ahmad Ibrahim, 1997, Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia, IKIM, Kuala Lumpur. Mohd Hashim Kamali, 1995, Punishment in Islamic Law, Institut Kajian Dasar, 1995, Kuala Lumpur. 20 Mohd Imam, Islamic Criminal Law In Malaysia : Federal State Juridictional Conflict, dalam, Current Law Journal,vol.1 , 1994. 21 Dr. Munir Yaakub, Kedudukan dan Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia, dalam, Tinjauan kepada perundangan Islam, IKIM, Kuala Lumpur.1996

11

Peruntukan-peruntukan perlembagaan itu ialah :

yang

membawa

percanggahan

dengan

peruntukan

1) Enakmen ini telah mengadakan peruntukan kesalahan-kesalahan dan hukumanhukuman yang di luar bidang kuasanya seperti jenayah pembunuhan, qisas dan kesalahan-kesalahan jenayah zina dengan hokum hudud. 2) Enakmen ini juga member ruang kepada orang bukan Islam untuk mengambil pakai undang-undang ini jika mereka kehendaki. Ini juga berlawanan dengan peruntukan sedia ada yang menghadkan undang-undang Islam ke atas orangorang Islam sahaja.22 Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 pula memberi bidangkuasa kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang negeri untuk membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang Islam. Akta ini dalam Seksyen 2

memperuntukkan : Mahkamah-mahkamah syariah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang dalam sebuah negeri dan diberi bidangkuasa ke atas orang-orang menganut agama Islam mengenai mana-mana perkara yang disenaraikan dalam senarai 2, senarai negeri jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan terhadap ajaran-ajaran Islam oleh orang-orang yang menganut agama itu seperti yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang negeri ; dengan syarat bidangkuasa itu tidak boleh dijalankan mengenai mana-mana kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara untuk masa lebih 3 tahun atau dengan denda melebihi lima ribu ringgit atau sebat lebih daripada enam pukulan atau dengan gabungan hukum-hukum itu. Berdasarkan kenyataan akta di atas jelas menunjukkan bahawa negeri-negeri mempunyai kuasa untuk membicarakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang ada dalam senarai persekutuan. Mahkamah syariah juga bidangkuasanya terhad kepada membicarakan

22

Ahmad Ibrahim, hlm.501.

12

orang-orang yang menganut agama Islam sahaja dan terbatas kepada perkara yang ada dalam senarai negeri sahaja.23 Melihat kepada Enakmen 2, 1993 yang memeperuntukkan bidang kuasa mahkamah boleh membicarakan kesalahan-kesalahan hudud, dan qisas serta kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang bukan Islam jelas menunjukkan bahawa enakmen ini bercanggah dengan peruntukan yang ada dalam undang-undang Persekutuan. Selain daripada itu Enakmen Jenayah Syariah 2,1993 juga memperuntukkan kuasa negeri mewujudkan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas untuk membicara dan menghukum kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam enakmen ini. Ini juga berlawanan dengan bidangkuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada negeri-negeri. Peruntukkan yang ada dalam Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan, Enakmen Jenayah Syariah 2, 1993 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan. Jika ia hendak dilaksanakan maka Perlembagaan Persekutuan perlu dibuat perubahan samada dengan cara memperluaskan bidangkuasa negeri untuk membuat undang-undang atau menghapuskan sekatan-sekatan yang ada dalam peruntukan undang-undang Persekutuan. Bar Council ada menyatakan bahawa perubahan perlembagaan perlu bagi membolehkan Enakmen Jenayah Syariah2,1993 ini dilaksanakan.24 Selain daripada percanggahan peruntukan bidangkuasa dengan undang-undang persekutuan, enakmen ini juga menimbulkan kekeliruan dengan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam dalam Enakmen Jenayah 1985 dan Enakmen Jenayah Syariah 2,1993. Peruntukan kesalahan kesalahan jenayah yang bertindih menimbulkan persoalan dari pelaksanaannya.

23 24

Ibid, hlm. 500. New Straits Times, 2 Oct. 1994

13

CONTOH KES HUKUMAN HUDUD DI MALAYSIA

Kartika Sari Dewi Shukarno25 Telah dijatuhi hukuman denda RM5000 dan 6 kali sebatan atas kesalahan minum arak. Dalam Islam, tanggungjawab jenayah wanita adalah sama seperti lelaki, jika semasa jenayah itu dilakukan, wanita tersebut mempunyai kapasiti sebagai taklif, yakni mempunyai daya sedar dan daya pilihan di samping baligh dan berakal. Islam tidak membezakan kedudukan antara wanita dan lelaki sebagai penjenayah, tidak kira samada jenayah yang bersabit dengan nyawa, tubuh badan, harta atau seumpamanya. Dalam kesalahan qisas dan diyat, Allah berfirman :


Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas berkenaan dengan orangorang yang dibunuh, orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita.26 KESAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD KEPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mencabul kehormatan orang lain. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini
25 26

http://peguamsyarie.org/?p=1173 Surah al-Baqarah ayat 178

14

bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 27 Negera Kes 2002 Kanada Malaysia Jerman Arab Saudi United Kingdom Amerika 24,350 1,431 8,615 59 13,395 95,136 RogolTahun Populasi Penduduk 33,465,300 27,730,000 82,127,000 24,735,000 61,186,000 305,975,000 727.62 51.60 104.90 2.39 218.92 310.93 Kes/Populasi x 1 juta

Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420

27

http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf


15

kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 28 Negera Kanada Jerman Arab Saudi United Kingdom Amerika Tahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta 2,516,918 6,507,394 84,599 6,523,706 33,465,300 82,127,000 24,735,000 61,186,000 75,210 79,236 3,420 106,621 38,818

11,877,218 305,975,000

Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara. Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi

28

http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf


16

KESIMPULAN Dalam realiti masyarakat Islam di Malaysia sekarang, persepsi akidah Islam tentang perlaksanaan undang-undang hudud dalam masyarakat dan bagaimana ia berbeza dengan persepsi yang ada dalam fahaman sekular perlu di perjelaskan dengan secara meluas. kerana masih ramai di kalangan penganut agama Islam di negara ini yang masih yang menganut atau sekurang-kurangnya di pengaruhi oleh fahaman sekular mengenai perlaksanaan undangundang. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang-orang yang tidak taat kepada suruhan agama didalam pengertiannya yang sempit, tetepi juga dari kalangan mereka yang di sebut sebagai beragama mengikut pengertian mereka. Berdasarkan kepada latar belakang hidup dan pendidikan masing-masing mereka sempitkan tugas-tugas keagamaan mereka kepada hanya melaksanakan ibadat-ibadat asas dan menghayati nilai-nilai murni secara peribadi sahaja, sedangkan urusan perundangan dan kemasyarakatan bagi mereka merupakan hal-hal kedunian yang tidak ada sangkut paut dengan tugas keagamaan sendiri. Hukuman hudud yang di cadangkan oleh Kerajaan Kelantan adalah hukuman yang menjamin keadilan, kerana semua hukuman yang di kenakan keatas penjenayah-penjenayah yang di dakwa di bawah kesalahan-kesalahan yang boleh di jatuhkan hukuman hudud adalah hukuman yang telah di tetapkan dan di tentukan ALLAH S.W.T. dan RASUL-Nya yang termaktub didalam Al-Quran dan Hadith yang tidak bole di langgar ketetapan hukumnya. Oleh itu, perlaksanaan hukum hudud wajib keatas pemerintah (Malaysia). Hukuman hudud adalah hukuman Allah dan Rasul-Nya yang telah ditetapkan dan ditentukan hukumannya di dalam al-Quran dan hadis. Hukuman hudud tidak boleh dicabar, ditentang dan ditolak dengan alasan pelaksanaan hukuman hudud itu bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Orang-orang yang beriman tidak ada sebab bagi mereka itu mengenepikan dan menolak hukuman hudud yang disebut-sebut di dalam al-Quran dan hadis.

17

You might also like