Menambah sebarang nombor jumlahnya sehingga 18. Terdapat pelbagai teknik untuk mengajar operasi tambah berkenaan.

Secara asasnya adalah dengan cara pembilangan bahan atau benda maujud seperti kacang atau guli. Secara asasnya, guru meletakkan bahan-bahan berkenaan dalam dua kumpulan. Murid-murid diminta membilang satu persatu bahan berkenaan mengikut kumpulan;

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Seterusnya, murid diminta menambahkan guli di dalam kumpulan pertama ke kumpulan kedua secara satu persatu sambil membilang sehingga habis semua guli di dalam kumpulan 1. Dengan itu, murid-murid dapat mengetahui jumlah sebenar semua guli.

Seterusnya dapatlah guru memperkenalkan ayat matematik bagi operasi berkenaan iaitu 5 + 6 = ? , maka perlulah murid-murid membuat hitungan bagi menyelesaikan ayat matematik berkenaan.

Selain daripada bentuk ayat matematik, guru juga dapat memperkenalkan penyelesaian pengiraan bagi operasi tambah melalui operasi lazim iaitu : 5 +6 ? Melalui soalan-soalan daripada ayat matematik atau bentuk lazim tersebut juga, guru bleh membantu murid untuk membina ayat masalah matematik. Contohnya: “ Ali mempunyai 5 butir guli, manakala Cheng mempunyai 6 butir guli. Berapakah jumlah semua guli?

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful