PENANDA WACANA

Dalam penulisan, salah satu aspek yang perlu dititikberatkan ialah penggunaan kata penanda wacana. Penanda wacana merupakan kata atau frasa yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara idea-idea sebuah esei dan juga untuk menghubungkan pelbagai bahagian esei tersebut. Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya. Penghubung Tambahan Contoh : dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, selanjutnya, selain itu, lagipun, juga. Penghubung Tentangan Contoh : tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun, namun demikian, jika tidak. Penghubung Musabab atau Akibat Contoh : kerana, oleh sebab, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu, oleh itu, dengan yang demikian, sebagai akibatnya, jadi. Penghubung Tempoh / Masa / Waktu Contoh : pertamanya, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya, berikutnya, kini, sekarang, pada masa itu, pada ketika itu, pada masa sekarang ini. Penanda Contoh Contoh : misalnya, umpamanya, contohnya, khususnya, terutamanya. Penanda Keterangan atau Penjelasan Contoh : dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni, iaitu. Penanda Kesimpulan Contoh : akhirnya, kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya. Penanda Perbandingan Contoh : sebagai perbandingan, demikian juga. Contoh petikan ringkas:

calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Oleh sebab itu. Walau bagaimanapun. Latif. . pencapaiannya tidak menjanjikan tempatnya di menara gading. Oleh itu.Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia diumumkan baru-baru ini. dia memohon tempat di university tempatan. mendapat keputusan yang agak baik dalam peperiksaannya. dia mengisi masa menunggunya dengan membuat kerja-kerja sambilan seperti bekerja atendan pam di stesen minyak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful