You are on page 1of 11

Tasawwur Islam : Pendefinisian (Tingkatan 5)

Bab 1 : Islam dan Harta Harta Suatu perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya melalui usaha dan ikhtiar mereka. (boleh memberikan manfaat kepada pemiliknya).

Bab 2 : Islam dan Hak Milik

Hak Milik Hak Milik Peribadi Hak Milik Umum Hak Milik Negara Mencerobohi Harta Merosakkan Harta

Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Hak milik khusus seseorang individu. Harta yang dikhususkan untuk kepentingan awam. Harta yang menjadi hak milik bersama semua warganegara sesebuah negara. Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah di sisi syarak. Membelanjakan harta pada perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain.

Bab 3 : Islam dan Pekerjaan

Pekerjaan Bekerja Kerana Allah

Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan dalam bentuk wang atau harta yang halal bagi memenuhi keperlua hidup. Melakukan atau mengusahakan sesuatu aktiviti atau kegiatan secara berterusan untuk mencari nafkah hanya kerana Allah SWT. (juga ibadat kepada Allah SWT jika dibuat dengan ikhlas dan memenuhi syaratsyaratnya).

Bab 4 : Falsafah dan Sistem Muamalah Islam

Muamalah

Konsep atTaawun

Sedekah Zakat Sewa-menyewa

Jual Beli Al-Wadiah Berhutang

Ar-Rahn

Al-Murabahah Al-Takaful

Al-Ijarah

Satu daripada bahagian fikah yang berhubung dengan tatacara perhubungan sesama manusia bagi mendapatkan keperluan masing-masing mengikut ajaran Islam yang berkaitan dengan harta, jual beli, dan perdaganganperdagangan yang lain. (satu peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengawal manusia dalam mengurus sistem ekonomi dan kewangan mereka). Bekerjasama dan tolong-menolong antara satu dengan yang lain dalam perkara yang membawa kebaikan (gadaian, sewa-menyewa, perniagaan) dan bekerjasama menjauhi perkara-perkara yang membawa keburukan dan kebinasaan kepada orang lain (menipu, monopoli, perniagaan berunsur judi, menganiaya orang lain). Bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan mereka. Pungutan dan pengagihan harta tertentu yang diuruskan oleh negara melalui amil-amil zakat. Perjanjian atau kontrak sewaan ke atas barangan dengan kadar sewa yang tertentu kerana menggunakan manfaat yang ada pada barang tersebut. (disediakan bagi memberikan pertolongan kepada orang yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan sesuatu barangan). Proses tukar-menukar barang dengan barang atau dengan wang secara akad. (disediakan untuk orang ramai mendapatkan keperluan hidup). Kemudahan orang ramai menyimpan dan melaburkan wang atau harta mereka kepada pihak yang boleh dipercayai seperti bank. Kemudahan yang diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai harta tetapi dalam keadaan darurat dan terdesak untuk membolehkan mereka mendapatkan wang tunai bagi memenuhi tuntutan hidup mereka. B : Ketetapan Is : Menjadikan sesuatu barangan yang berharga sebagai cagaran bagi sesuatu hutang. B : Pertambahan keuntungan Is : Akad jual beli bagi barangan tertentu. B : Menjaga, menjamin, atau memelihara. Is : Gabungan anggota masyarakat untuk saling-menjamin dan menolong bagi meringankan beban orang perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan. B : Sewa Is : Satu perjanjian yang membolehkan seseorang itu mengambil manfaat atau faedah daripada milik orang lain dengan membayar bayaran tertentu.

Al-Mudharabah

Al-Musyarakah

Al-Bai Bithaman Ajil

B : Pelaburan, persamaan atau potongan yang diberikan kepada pengusaha. Is : Pelabur memberikan modal kepada pihak tertentu untuk diperniagakan dan keuntungannya dibahagi dua atau sebahagiannya (mengikut perjanjian yang dipersetujui semasa akad). B : Berkongsi atau bercampur Is : Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu kegiatan ekonomi. Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan bayaran secara ansuran termasuk keuntungannya.

Bab 5 : Perundangan Islam

Perundangan Islam Al-Hadis (2)

Al-Quran (1)

Al-Ijmak (3)

Al-Qias (4)

Qadha Ijtihad Fikah Fatwa Wajib Sunat Harus Haram Makruh

Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang merangkumi aspek, akidah, syariat, akhlak, dan sebagainya yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. B : Jalan hidup, kelakuan, watak, dan kebiasaan. Is : Segala yang datang daripada Rasulullah SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, atau pengakuan baginda. B : Bacaan Is : Kalam Allah SWT yang merakamkan segala kehendak Allah SWT ke atas manusia dalam perkara akidah, syarak, dan akhlak serta perkara yang berhubung dengan perundangan Islam. B : Sepakat Is : Persepakatan pendapat daripada seluruh mujtahid umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda dalam suatu masa mengenai sesuatu hokum syarak. B : Ukuran atau anggaran Is : Menghubungkan sesuatu peristiwa atau masalah yang tidak ada nas untuk menentukan hukumannya dihubungkan dengan sesuatu perkara yang ditentukan hukumannya oleh nas, sebab kedua-dua peristiwa itu mempunyai illah (sebab dan musabab) yang sama. Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata. Suatu usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk menetapkan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Kefahaman hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa mengenai sesuatu hukum syarak bagi masalah semasa. Perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan. Perkara yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh agama dan diberi pahala serta balasan syurga. Perkara yang diberikan kebebasan seseorang untuk dilakukan atau ditinggalkan tanpa dikenakan sebarang pembalasan. Larangan Allah SWT yang mesti ditinggalkan. Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan.

Bab 6 : Falsafah Ibadat dalam Islam

Ibadat

Ibadat Khusus

Ibadat Umum

Falsafah Munakahat Perkahwinan

Falsafah Jenayah

Jenayah

Takzir

Hudud

Qisas

Diat

B : Merendah diri, tunduk, patuh, dan taat. Is : Pengabdian diri kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan, pengakuan, dalam hati berlandaskan syariat Allah SWT dan meyakini bahawa hanya Allah SWT yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan. Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT sama ada fardu atau sunat. (wajib dan digalakkan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf, dan berdosa jika ditinggalkan). Semua amalan kebajikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi keharmonian hidup dan kebaikan bersama. (sama ada berbentuk fardu ain, fardu kifayah, atau sunat, seperti bekerjasama, tolong-menolong, bekerja mencari nafkah, dan sebagainya). Ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan secara sah dan bertanggungjawab. B : Nikah bermaksud cantum atau kumpul. Is : Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal. Peraturan-peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan ke atas nyawa, anggota tubuh badan, dan harta benda manusia. (ditetapkan bagi menjamin keselamatan manusia dan kestabilan negara). B : Dosa atau kesalahan. Is : Setiap perbuatan yang diharamkan oleh syarak sama ada berlaku terhadap agama, diri, nyawa, harta, dan sebagainya. B : Mencegah atau menahan. Is : Kesalahan atau hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi untuk memutuskannya. B : Batasan atau sempadan. Is : Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT. B : Mengikut sesuatu yang terdahulu. Is : Hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis kerana kesalahan yang melibatkan nyawa dan kecederaan tubuh badan manusia. B : Membayar denda. Is : Membayar denda atau harta yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukum qisas yang tidak dilaksanakan.

Bab 7 : Asas dan Pertimbangan Penyelesaian Masalah Menurut Islam

Penyelesaian Masalah

Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan seperti kebudayaan, pendidikan, ekonomi, kesenian, sosial, politik, dan undang-undang.

Bab 8 : Cara Penyelesaian Masalah

Muhasabah Tawakal

Perbuatan menilai diri sendiri. Berserah pada Tuhan selepas berikhtiar.

Bab 9 : Isu, Masalah, dan Cara Penyelesaian Menurut Islam

Perpaduan Ummah Kecemerlangan Pendidikan Kekuatan Ekonomi

Jati Diri Ummah

Jaminan Keselamatan Kesaksamaan Sosial


Bidang Isu 1

Sebuah masyarakat yang hidup saling menyayangi dan saling menghormati anatara satu dengan yang lain. (dibina meliputi semua manusia tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, atau bangsa). Kejayaan dalam keperibadian manusia melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Sistem ekonomi yang kukuh dalam semua bidang seperti pengeluaran, pemasaran dan pendapatan negara. (dapat dicapai dengan menggunakan segala sumber ekonomi yang dibenarkan oleh syarak untuk membina dan membangunkan negara). Memiliki daya kreativiti, inovatif, dan produktif dalam melaksanakan pekerjaan. (ummah yang punyai jati diri sentiasa mempunyai wawasan dalam kehidupan dan mampu menguruskan dri serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti). Kesediaan melindungi dan menjamin keselamatan terhadap agama, nyawa, akal, harta, maruah, dan negara. Keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara yang membawa kepada perpecahan, kekacauan, perbalahan, dan sebagainya.
Perpaduan sgt penting dalam memastikan kemajuan sesebuah negara. Melalui perpaduan rakyat, semua perancangan negara dapat dilaksanakan mengikut jadual. Jika tidak bersatu dan bersengketa, negara menjadi huru-hara dan ekpnomi menjadi mundur. Bangsa yang berpendidikan cemerlang dapat menyumbang kepada kemajuan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Para ulama telah bersepakat bahawa menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam. Kekuatan ekonomi menjadi pemangkin kepada kemajuan & kemakmuran negara, Islam sentiasa menggalakkan umat Islam spy berusaha untuk memantapkan ekonomi Negara. Jati diri merupakan satu perkara penting dalam membentuk umat Islam yang mampu berdikari tanpa bergantung pada orang lain untuk memenuhi keperluan hidup sama ada drpd segi ekonomi, politik, sosial, dan ketenteraan. Jaminan keselamatan asas kemajuan & kemakmuran Negara. Dlm Islam, ia merangkumi jaminan beragama, berpolitik, berfikir, bergerak bebas, dan bekerja mengumpulkan harta. Dpt melepaskan manusia drpd plbg btk tekanan, paksaan, penghinaan & perhambaan. Kemakmuran neg tdk tercapai jika rakyat mengabaikan keselamatan masy & neg. Allah SWT mewujudkan perbezaan dlm kalangan manusia spy manusia saling mengenali & saling membantu antara satu dgn yg lain. Islam mewajibkan umat Islam spy sentiasa menjaga hubungan dan keharmonian antara manusia, tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa merendah diri, tidak bangga diri, dan prihatin trhdp masalah org lain.

Bidang Isu 2

Bidang Isu 3

Bidang Isu 4

Bidang Isu 5

Bidang Isu 6

Bab 10 : Kelebihan Penyelesaian Masalah Menurut Islam *Tiada definisi

You might also like