P. 1
PRA3101_04_Asas_Pendidikan_Awal_Kanak-kanak_

PRA3101_04_Asas_Pendidikan_Awal_Kanak-kanak_

|Views: 266|Likes:
Published by mamanieta

More info:

Published by: mamanieta on Mar 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2014

pdf

text

original

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanakkanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

RINGKASAN UNIT 1.0 Pengenalan Pendidikan Awal KanakKanak 2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak 3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak 5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989. 6.0 Akta 308 dan Akta 550 7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanakkanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanakkanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanakkanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

1

Rangka Isi Pelajaran

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanakkanak

PRA 3101 ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

2

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Boston. Seterusnya pada tahun 1860, Penubuhan prasekolah di Elizabert Peabody membuka tadika di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. 3

Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanakkanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. c) Pemakanan Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara sendiri. perancangan program dan pengurusan prasekolah. kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah. d) Pendidikan Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial. pergigian. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran. intelek. fizikal dan emosi. Ciri-ciri Program Headstart a) Penglibatan Ibu bapa Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. b) Kesihatan Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan. 4 untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi .

Aktiviti 1. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska. pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Tadika dan Tabika? 5 . mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Manakala di Malaysia.e) Perkhidmatan Sosial Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan. g) Kesihatan Mental Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak. perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan. prasekolah mula ditubuhkan di Filipina. Singapura dan Thailand.  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Di ASEAN.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pada tahun 1900an. f) Ketidakupayaan Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanakkanak kurang upaya atau keperluan khas.

Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa. Konsep Perkembangan Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. 1978). 2002). Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois.” Jelas. experience. and maturation. 6 . Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long. 2000). 1980). nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanakkanak ? Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Konsep Pertumbuhan: Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long.Unit 2. durable change in a learner resulting from a combination of learning. Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali. tinggi dan pertambahan saiz badan. Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Aktiviti 2. Sebelum anda mula membaca. Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan. the orderly. 1990). pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development.

Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. 8. Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal. 2000). Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan 1. bahasa. social dan moral seseorang individu (Berk. perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth. 5. 2. 3. tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. 7. Aktiviti 3. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya. intelektual. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar. 6. 4. 2001) satu tahap. menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. and change over the course of a lifetime. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus. 2000). (Mok Soon Sang. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak 9. Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali. Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal. adaptation. perceptual. emosi. Ringkasnya menurut Slavin. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu. tetapi perkembangan berlaku secara 7 . Pertumbuhan berlaku hingga berterusan hingga akhir hayat. emosi dan sosial.

Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan. kualiti persekitaran. Keluarga.Aktiviti 4. rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus).m. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun. persekitaran sangat penting. manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan. Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu.195) Aktiviti 5: Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nurture” 8 . masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison . Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan. Dengan itu. kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. sekolah. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan.s:193. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison. Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ? Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture) Faktor semula jadi atau faktor pemupukan. 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Sistem pendidikan di luar negara boleh dijadikan panduan untuk kita memahami kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Manakala di Malaysia. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Setiap abad tertentu telah memperlihatkan kepentingan hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka. Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860. Perkembangan pendidikan kanakkanak di luar negara dilihat saling mempengaruhi di antara benua seperti Eropah. Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara. Di ASEAN. Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Bermula dari zaman Rome. perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.Unit 3. Di Amerika Syarikat. Amerika dan Asia. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi. Singapura dan Thailand sahaja. Greek dan negara-negara di sekitar Eropah pada abad-abad berikutnya setelah kejatuhan kerajaan Rome dan Greek. Pada tahun 1900an. Eropah Eropah secara tidak langsung telah merintis sistem pembelajaran kanak-kanak. pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. prasekolah mula ditubuhkan di Filipina. Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. 9 .

menulis. Selepas kejatuhan kerajaan Rome  Pendidikan kanak-kanak terletak dibawah tanggungjawab ibu bapa  Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sempurna disebabkan ibu bapa bekerja. Beberapa pandangan dan pendapat mereka diguna pakai sebagai asas pendidikan awal kanak-kanak. strategi ketenteraan dan pengurusan perniagaan. Abad ke 15 Pada abad ke 15 institusi kerajaan tidak memainkan peranan dalam pendidikan kanak-kanak. Kedudukan kanak-kanak     Tidak memndapat tempat dan pengiktirafkan hak perlindungan yang khusus sehingga penghujung abad ke 15.Zaman Rom dan Greek Kebanyakan sistem pendidikan Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan Rome.  Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dijalankan oleh orang dewasa  Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat keistimewaan untuk bersekolah  Mereka diajar membaca. 10 . mengira dan buku simpankira. mentadbir. Kanak-kanak daripada kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama Kanak-kanak daripada kelas golongan pertengahan mendapat latihan pendidikan vokasional Kanak-kanak daripada kelas gplongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa. Tanggapan mereka terhadap kanak-kanak      Kanak-kanak yang berumur lapan tahun di anggap dewasa Pendidikan perlu bermula dari rumah Apabila kanak-kanak sudah mula bercakap hendaklah diberi pendidikan Mereka mengamalkan penggunaan ganjaran dalam pendidikan Deraan dianggap tidak berkesan dalam pendidikan Pandangan Plato dan Aristotle  Menekankan keperluan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal lagi  Mengasaskan sekolah dengan menggunakan model bimbingan kumpulan kecil  Mengajar kanak-kanak lelaki daripada golongan bangsawan kemahiran berfikir. Institusi bukan kerajaan telah mengambil inisiatif mendidik kanakkanak.

Perubahan kerajaan dan penentangan tokoh-tokoh membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak. Marin Luther    Menentang fahaman Gereja Kahtolik Mendapat sokongan golongan bawahan menubuhkan Gereja Protestant Mengubah struktur social dan pendidikan masyarakat umum Di German    Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa Sekolah yang dahulunya dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa.Perubahan di Zaman Pembaharuan  Pendidikan kanak mula diberi perhatian   Pendidikan tidak lagi diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja Member peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak termasuk daripada kelas golongan bawahan dan miskin. System pengendalikan kelas diperkenalkan dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh orang kanak-kanak John Comenius    Menulis buku bertajuk “The school of Infancy” Menulis buku bergambar yang pertama untuk kanak-klanak bertajuk “Orbis Pictus” Mempercayai bahawa perancangan pengalaman yang teliti adalah diperlukan untuk mencetus minda yang terbendung dan kanak-kanak belajar menerusi perlaku pada objek. Di Belanda 11 . Abad ke 16   Pada abad ini kemajuan dalam bidang kesenian. kesusasteraan dan saintifik mempengaruhi penentuan corak pendidikan kanak-kanak.

Freidreich Froebel 12 . Sebelum ini kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibezakan cara pendidikannya dengan kanak-kanak yang lebih tua umurnya.Rajah 1. Johann Pestalozi    Menulis “How Gertrude Teachers Her Children” Memberi penekanan pendidikan di rumah Menekankan pembelajaran secara penemuan Abad ke 18 Pada abad ke 18 memperlihatkan penekanan sistem pendidikan kanak-kanak. Britain. Orbis Pictus Abad ke 17 Pada abad ke 17 penulisan tentang keperluan perlindungan kanak-kanak telah membawa perubahan di kalangan masyarakat. Robert Owen Menubuhkan “nursery school” di New Lanark Cotton Mills. Berlaku pengenalan terhadap pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini. Mempercayai sekolah dapat membendung pengaruh negative yang terdapat di rumah.

Beberapa tokoh pendidik telah mengasaskan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak. Maria Montessori Membuat pembaharuan dalam pendidikan kepada kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan stinggan sekitar Bandar Rome. Rajah 2 : Urutan Peristiwa di Eropah Amerika 13 . Mempercayai kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk memilih akativiti yang diminati. Abad ke 19 Pada abad ke 19 perkembangan pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih sempurna.Menubuhkan Kindergarten “childs garden” yang pertama di Blandenburgh. Jerman. Itali. Lori Malaguzzi Berjaya mengamalkan satu konsep pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan awal kanakkanak yang diberi nama Reggio Emilia sempena nama sebuah Bandar di Utara Itali.

Pendidikan yang diterima oleh orang-orang di Asia kebanyakkannya dipengaruhi unsur-unsur keagamaan. Abad 18 Pada peringkat awal penghijrahan pendatang awal dari Eropah ke Amerika.Amerika merupakan sebuah negara yang pada peringkat awalnya mengambil idea dan konsep pendidikan awal kanak-kanak dari Eropah. Mereka memperkembangkan dan mengubahsuaikan idea dan konsep mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat setempat. falsafah dan budaya. Kemajuan perkembangannya selari dengan Eropah. Ramai tokoh-tokoh agama dan pemikir telah memberi sumbangan terhadap bimbingan kanak-kanak. Jadual 3 : Urutan Peristiwa di Amerika Syarikat Asia Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di negara-negara Asia Barat dan Timur Tengah. 14 . kepercayaan. Mereka lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal di negara baru. Banyak kajian dijalankan di peringkat universiti bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan yang memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Latihan perguruan yang bersistematik hingga ke peringkat tinggi diberi keutamaan dengan tujuan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. Cina dan India.  Zaman Selepas Merdeka Pada tahun 1969. Manggis dan Kg.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu. Sentosa.Di Timur Tengah Pendidikan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada agama Islam dan aianya mengambilkira beberapa pandangan tokoh-tokoh agama seperti Imam Al-Ghazali. Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady. Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan PekerjaPekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar . 15 . Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah. Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia  Zaman Sebelum Merdeka Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Kg. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Pada tahun 1972. Pada tahun 1970.Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA. Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun. Pada 18 Disember 1991. Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. maka pada 6 Jun 2001. Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. Kementerian Pelajaran  Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.  Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di beberapa buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program prasekolah yang berkesan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah.Tahun 1981. Kesan daripada mesyuarat di atas. Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional. maka Akta Pendidikan 1996. persendirian dan sukarela. Status Masa kini Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh pelbagai badan agensi sama ada kerajaan. bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun. Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992. 16 . Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat menjamin perlindungan kanak-kanak Agensi Kerajaan Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. swasta. telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran sebanyak 100 buah kelas.  Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran.  Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada semua tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan.  Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan 26 buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia  Guru besar sekolah rendah merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pentabiran sekolah dan prasekolah.  Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.  Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian Pelajaran 17 . pihak Pusat Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi kanak-kanak yang memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.  Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika.   Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas prasekolah Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan mengadakan kelas prasekolah.  Program rintis itu dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’.

Tadika di jabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) Pertambahan kelas tadika meningkatkan berdasarkan keperluan.  Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan Malaysia ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai kelas prasekolah.  Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun 1987 di sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah menengah akademik untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.    Matlamatnya untuk memupuk perpaduan nasional di peringkat kanak-kanak.  Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. 18 . Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun  Kelas tadika biasanya terletak di kawasan Bandar yang dihadiri oleh kanak-kanak berbagai kaum.Malaysia. Jabatan Kemajuan Masyarakat  Jabatan ini menyediakan perkhidmatan taska dan tabika untuk kanak-kanak di luar Bandar  Matlamat tabika adalah untuk menyediakan pendidikan awal sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.

  Manakala taska bertujuan untuk membantu pengasuhan anak-anak semasa ibu bekerja.  Penubuhan taska di tempat kerja adalah di bawah pengawasan jabatan ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat  Jabatan ini mengawal pengusaha taman asuhan kanak-kanak dari penubuhann dan pemantauan kepatuhan Akta 308. Jadual Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia Tahun 1969 Malaysia Masa Kini Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur melatih 10 orang guru untuk projek rintis kelas tadika Jabatan Perpaduan Negara melatih guru tadika 1987 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokesional Kementerian Pelajaran Malaysia-menawarkan mata pelajaran Asuhan Kanak-kanak dan mengasuh dan membimbing kanak-kanak taingkatan 4 & 5 2004 Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia – Pusat Perkembangan Kurikulum menawarkan mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak untuk Tingkatan 4 & 5 2006 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia – Pemurnian mata pelajaran Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Pengajian Perkembangan Awal Kanak-kanak. Agensi Swasta 19 . Pertambahan bilangan taska dan tadika meningkat mengikut keperluan. Tabika/ Tadika dijabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.  Jabatan ini menyediakan garis panduan latihan pengasuh taska.

 Semua tadika anjuran agensi swasta diwajibkan menggunakan kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) Badan Sukarela  Persatuan wanita banyak member sumbangan kea rah pendidikan kanak-kanak contohnya PERTIWI  Sumbangan badan sukarela meliputi pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.Agensi swasta turut memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.  Matlamat penubuhan ini adalah untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal. 2. Aktiviti 6: 1. Petronas) perkilangan. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.  Penubuhan taska dan tadika di tempat kerja bertujuan untuk memberi kemudahan penjagaan anak kepada kakitangan yang bekerja. kanakkanak istimewa rumah kebajikan kanak-kanak.  Manakala pengusaha persendirian menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di persekitaran kawasan perumahan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu. Berbagai agensi swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Kanak-kanak terdiri daripada badan korporat (contohnya Telekom.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak 20 . Unit 4. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum. bank dan pengusaha persendirian.

Jean Jacques Rousseau 4. 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. bersederhana dalam perlakuan. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin . Pada pandangan anda. mencuci badan. beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. adab sopan. berwuduk dan bersembahyang. Friedrich Froebel 6.1 IMAM Al-GHAZALI Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Maria Montessori 4. Pandangan / Idea-idea beliau    Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Johann Heinrich Pestalozzi 5. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama. 21 . Pada tahun 489 hijrah. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia. adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal? Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada. adab makan minum. merendah diri. tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. tidak berbohong. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

   

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

Nasihat beliau kepada guru supaya: -

4.2

IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:   Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: Berperingkat-peringkat Mengadakan latih tubi

22

Menggunakan benda-benda maujud Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: Tidak mahu belajar Mencerca pengajaran yang diberi

 

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contohcontoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

 

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

  

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)

23

Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial. Biodata Belaiu telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778. . Sifat Peribadi     Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan neurotik. Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan.. Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan bapa sehingga berumur 10 tahun Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan.

Pandangan Terhadap Pendidikan      Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan tersebut. Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan belajar secara langsung dengan al;am sekitar. Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.

24

  Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Froebel dan Montessori. Oleh itu. Idea-idea beliau mengenai pendidikan  Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah. 4. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. 25 . Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.     Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu. Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar.    Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. mengukur. pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak.4 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827) Beliau dilahirkan di Zurich. pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang. Swizerland. merasa dan menyentuh. (multiage grouping).

Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih. Menurut beliau. 2. mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. binatang dan gambargambar. 6. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah. ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak.4. saiz dan warna. Ia perlu diberi kebebasan. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan. 7. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. 5. 3. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. fizikal dan sosial kanak-kanak. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Pada tahun 1837. 8. 26 . Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 9. dipenuhi dengan taman-taman. beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental. kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Antara idea-idea Froebel ialah: 1. kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. 4.

Antaranya adalah konsep berikut. pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Oleh itu. minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka. B. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. a. disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. fizikal. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan.10. 4. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. persekitaran yang terancang. emosi dan rohani. sosial. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal.6 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) Merupakan tokoh pendidikan di Rome. beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. 11. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. Menurut beliau. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pada tahun 1899. pendidikan adalah untuk menolong kanakkanak membentuk serta membantu perkembangan intelek. sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Persekitaran yang tersedia 27 . 12. kemahiran hidup. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori.

konsep matematik. kemahiran menulis dan membaca. C. kebiasaan dengan seni kreatif. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. pemahaman berkenaan alam semulajadi. e. kesedaran berkenaan susunan dan peraturan. d. kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. 28 . kemahiran mmerhati dan meneliti. Mengikut Montessori. kemahiran bahasa. pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social. penumpuan perhatian. Menurut falsafah Montessori. 1. keseimbangan pergerakan.Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanakkanak secara formal. matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi.Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. 4. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. Pentingnya disiplin diri Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri. 6. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak. terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. 29 . Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 9. Bagi mencapai matlamat ini.2. 5. Antaranya ialah: Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 10. 8. dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 7. 3.

2. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel? 3.Aktiviti 7: 1. Unit 5. Pengharapan 30 . Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanakkanak oleh Maria Montessori.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 Hak Asasi Kanak-Kanak Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989. menandakan kemuncak kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia.

psiko-sosial. Kepentingan terbaik kanak-kanak Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak. kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya. nelainkan jika undang-undang menyatakan usia dewasa kurang daripada 18 tahun. asal negara. Jika kelangsungan hidup dan perkembangan kanak-kanak dapat dipastikan. emosi. warna. pendapat politik. jika kanak-kanak dilindungi daripada bahaya dan exploitasi dan mereka berkemampuan ikut serta mengambil keputusan dalam segala hal yang mengaitkan mereka. DEFINISI Siapa dia kanak-kanak? Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. jantina. etnik atau masyarakat. sosial dan kebudayaan. Hak untuk hidup dan berkembang Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka. Ikut serta Kanak-kanak hendaklah dibolehkan ikut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat. ketidakupayaan. bahasa. agama. kognitif. 31 . PRINSIP-PRINSIP YANG DIGARISKAN Tidak ada diskriminasi Semua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa. Mereka mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius.Setiap generasi baru memberi harapan kepada umat manusia. harta. termasuk aspek jasmani. tertubuhlah asas bagi satu masyarakat yang adil yang kita kehendaki dan yang patut diterima oleh kanak-kanak.

mental dan fizikal ke tahap yang paling tinggi. penyalahgunaan dadah. identiti kebudayaan dan bahasa. eksploitasi atau penderaan seksual. Hak kepada perlindungan khusus    Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang. suara hati dan agama (dengan menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga). 32  . kebolehan bakat. Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral). perdagangan dan penculikan. penjualan. yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga. aktiviti masa lapang dan kebudayaan Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah.KATEGORI HAK Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas    Hidup dan berkembang Taraf kehidupan yang memadai Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang berkesan Hak kepada pembelajaran. Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif. Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk  Hak sivil dan kebebasan   Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan Kebebasan memberi pandangan. pendapat. Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh.

   Hak kanak-kanak yang kehilangan upaya kepada perubatan. Hak menerima maklumat (lisan. keganasan dan bahaya. Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu. menggalakkan kepercayaan diri dan memudahkan kanak-kanak ikut serta secara aktif dalam masyarakat. eksploitasi. bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud untuk menggalakkan kesejahteraan sosial. Hak kepada permakanan yang cukup.  Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi kesejahteraan kanak-kanak itu). Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut umur dan kedewasaan. Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan. 33 . penjagaan dan pembelajaraan yang khusus untuk memastikan maruah diri. badan yang sihat dan aktif. keagamaan dan moral dan kesihatan jasmani dan mental kanak-kanak.   Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang utama dalam mengasuh kanak-kanak tetapi pihak Kerajaan hendaklah memberikan bantuan yang bersesuaian dalam hal pelaksanaan tanggungjawab ini dan memastikan perkembangan institusi-institusi yang bersesuaian. mengikut kemampuan dan keupayaan mereka). Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan RINGKASAN HAK UTAMA     Hak untuk hidup. pengabaian. Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan.

Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. 2. memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Kewujudan dan perkembangan Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6.Kanak-kanak mudah dipengaruhi. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanakkanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir. Perkara 18. PERKARA 6 1. Perkara 27. Perkara 28 dan Perkara 29. dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. PERKARA 18 34 .

kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak. dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. mental. kerohanian. mental. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. kerohanian. kemoralan dan pembangunan sosial. mengikut mana-mana yang berkenaan. kemoralan dan sosial kanakkanak itu. mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak. Taraf hidup Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal. Tanggungjawab ibu bapa Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak. 2. penjaga di sisi undang-undang. Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh 35 . Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi.1. 3. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas. Ibu bapa atau. PERKARA 27 1.

mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka. Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian. pakaian dan perumahan. mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan. memperuntukkan bantuan material dan program sokongan. serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya. secara khususnya: (a) (b) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua. hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka. Negara-Negara Pihak. terutamanya berhubungan dengan pemakanan. baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. 2. Secara khususnya. mereka hendaklah.dilaksanakan. dan mengambil langkah yang sewajarnya 36 . dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu. jika diperlukan. jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu. mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak. 4. PERKARA 28 1. keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanakkanak itu. 3. termasuk pendidikan am dan vokasional. Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk.

Dalam hal ini. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan. PERKARA 29 1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada: Perkembangan personaliti.seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan. Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan. perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini. 3. 2. 37 . bakat. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini. Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak. menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. (c) (d) (e) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiaptiap cara yang sewajarnya. dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran. khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib.

persendirian. dan persahabatan di kalangan semua orang. bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu. Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didawka di mahkamah. dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Unit 6. Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak. Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas. negara yang daripadanya dia berasal.0: Akta 308 Akta 308 dan Akta 550 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran. kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli. toleransi. Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja. keamanan. pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanakkanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.      Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam undang-undang Malaysia Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran. kumpulan etnik.Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi. Berikut dijelaskan beberapa seksyen yang secara umum perlu diketahui 38 . kesamaan jantina. dalam semangat persefahaman. identiti kebudayaan. institusi adalah tertakluk kepada akta Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak. bahasa dan nilainya sendiri. pengawalan dan pemantauan. dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri.

Seksyen 2 Taman asuhan kanak-kanak’ sekurang-kurang terdapat 4 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan orang yang menjaga kanakkanak dibayar upah Akta ini dikecualikan untuk hospital. tadika dan rumah kanakkanak yang dikendalikan oleh kerajaan Semua taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat Terdapat dua kategori taman asuhan kanak-kanak: (a) Taman asuhan kanakkanak di rumah jumlah kanak-kanak kurang daripada 10 orang. tidak memaklumkan perubahan terkini. pengurusan. . Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini adalah sah selama dua belas bulan kalendar.00. Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan. (b) Taman asuhan kanak-kanak di institusi bilangan 10 orang atau lebih. persekitaran dan kecemasan : Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara taman asuhan jika didapati membahayakan kanak-kanak Permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa Seksyen 3 Seksyen 4 Seksyen 5 Seksyen 6 (2) Seksyen 11 (3) Seksyen 12 Seksyen 14 Seksyen 15 dan 16 Seksyen 24: . Bilangan kanak-kanak Bagi tiap-tiap lima orang kanakKumpulan umur Di bawah tiga tahun Bilangan penjaga kanak-kanak Seorang 39 . Kesalahan bagi kali kedua dan sterusnya dikenakan denda tidak melebihi RM2000. Penerangan peraturan secara umum adalah seperti berikut: Peraturan 1 Peraturan 5(1): : Peraturan taman asuhan kanak-kanak 1985 mula berkuatkuasa mengikut tarikh akta Rujuk jadual nisbah kanak-kanak dan pengasuh seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. dan pemilik taska yang melibatkan keburukan akhlak Pegawai yang diberi kuasa berhak memeriksa taska dari segi kesihatan. peralatan.00. Peraturan Taman asuhan kanak-kanak di Institusi (1985) merupakan lanjutan daripada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Denda kali pertama tidak melebihi RM1000.

Keadaan bangunan taska hendaklah mematuhi syarat rekabentuk. kebersihan. Keluasan ruang lantai bagi setiap kanak-kanak ialah 3. Menyediakan kotak pertolongan cemas yang diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak Mendapatkan persefahaman dan kerjasama dari ibubapa berhubung dengan pengurusan. Kemudahan Di antara tiga dengan empat tahun Di bawah empat tahun Seorang Seorang Umur dan kelayakan penjaga kanak-kanak (pengasuh) ialah 18 tahun ke atas. kesihatan.suhu. 40 . Bayaran pemeriksaan daftar dikenakan sebanyak tiga ringgit. Taska hendaklah menyediakan peralatan permainan yang mencukupi dan sesuai Merokok dan meludah adalah dilarang di taska Jika terdapat kes penyakit berjangkit laporkan segera kepada pegawai perubatan. Pemerhatian ke atas rupa. Tiap-tiap taska hendaklah mempamerkan nama taska dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan Perakuan pendaftaran hendaklah ditunjukkan di tempat yang jelas. Mereka hendaklah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak Rekod peribadi kanak-kanak perlu dikemaskini contohnya rekod kesihatan. pemakanan dan kelakuan kanak-kanak Jika melanggar peraturan dan bersabit kesalahan akan dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit atau penjara selama enam bulan atau keduaduanya Bayaran perakuan pendaftaran dikenakan sebanyak lima puluh ringgit.5 meter persegi. masalah kulit dan apa-apa keadaan yang luar biasa hendaklah dikesan setiap kali datang di waktu pagi. Kemudahan tandas perlu disediakan dengan nisbah 1 tandas untuk 10 orang kanak-kanak Bekalan air yang mencukupi dan bersih. kesihatan diri. Menyediakan makanan yang sempurna berkhasiat dan seimbang. kemajuan.kanak atau kurang Bagi tiap-tiap sepuluh orang kanak-kanak atau kurang Bagi tiap-tiap empat orang kanak-kanak tak upaya atau kurang Peraturan 6(1) Peraturan 7(1) Peraturan 8 Peraturan 12 Peraturan 13 Peraturan 14 Peraturan 19: Peraturan 23 Peraturan 24: Peraturan 25 Peraturan 26 Peraturan 28 Peraturan 29 (3): Peraturan 30(1): Peraturan 31 Peraturan 33 (2): Peraturan 35(1) Peraturan 36 Peraturan 39 Peraturan 40(1): Peraturan 40(2): . pembinaan. Menegaskan perlu ada program aktiviti harian di taska. ketahanan api bertujuan untuk kesihatan dan keselamatan kanak-kanak Setiap taska hendaklah menjalankan latihan kebakaran serta memastikan pintu keluar masuk bangunan bebas daripada halangan pada setiap masa. kedatangan dan kecemasan. Dilarang mendera kanak-kanak.

Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan. • Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun. rekod. Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1.000. 4. 2.00. Struktur.• Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Peralatan didalam bilik yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya. boleh didenda tidak melebihi RM2. kesihatan dan kebersihan hendaklah diselengarakan dengan baik.000. 5. jadual waktu. Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat • Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan. Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan. buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna. boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa: 1. kebersihan dan keselamatan. Buku daftar. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya. Pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya". • Sebagai Pegawai Berkuasa. • Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan. 3. Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Latar Belakang Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan 41 . • Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan. menu.

upah Permohonan • Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan ProsedurMemproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10. pemohon menyediakan senarai menu. 42 . • Dalam masa yang sama. Jadual 2 yang telah dilengkapi 2. Senarai aktiviti bersama ibubapa 7. • Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannya 4.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Senarai aktiviti harian 5. Senarai kakitangan (nama. sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan. • Setelah membaca buku itu. • Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan. no. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan 8.k/p. Majlis Berkuasa Tempatan. menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Senarai menu 6. Buku ini secara amnya. Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. senarai aktiviti bersama ibubapa. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) 3 . • Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu: 1. senarai aktiviti harian. pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2). Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan.

00 dari PKMD/JKMN/JKMM 43 . suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan. • Bagi permohonan yang lengkap.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumendokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun • Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap. seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4. CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA (BARU/PENDAFTARAN SEMULA) Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10. pemohon akan diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan. • Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) • Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA. • Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap.jawatan dan sijil) 8. pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4. • Bagi permohonan pendaftaran semula.

mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia? 44 . Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD Permohonan dikemukakan ke JKMN Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat) Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan Kelulusannya Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan Akta 550 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.

dan kekuatan rohani. Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. : Penilaian Dan Peperiksaan : Pendidikan Tinggi : Institusi Pendidikan Swasta : Pendaftaran Institusi Pendidikan : Pendaftaran Guru : Jemaah Nazir Sekolah : Kewangan : Rayuan : Peraturan-Peraturan : Kesalahan dan Penalti : Pelbagai : Peralihan Dan Pemansuhan Bahagian II: Pentadbiran 45 . kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global. liberal dan dinamik. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun. demokratik. keadilan sosial. Terdapat 16 Bahagian: Bahagian 1 Bahagian 11 Bahagian 111 Bahagian 1V Bahagian V Bahagian VI Bahagian VII Bahagian VIII Bahagian IX Bahagian X Bahagian XI Bahagian XII Bahagian XIII Bahagian XIV Bahagian XV Bahagian XVI : Permulaan : Pentadbiran : Majlis Penasihat Pend. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya. Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu. Keb. teknologi dan maklumat. Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi. Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. moral dan etika. : Sistem Pendidikan Kebangsaan. ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu. kesan daripada perkembangan pesat sains.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan 4. 2. 5. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Prasekolah 1.Pend. pengendalian atau pengurusan tadika Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan. 5. 6. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:  Pendidikan Prasekolah  Pendidikan Rendah  Pendidikan Menengah  Pendidikan Lepas menengah dan  Pendidikan Tinggi Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa 2. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain Ketua Pendaftar dan Guru Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah. Bab 2. Larangan terhadap penubuhan. 4. 3. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak 46 . 5.Sistem Pendidikan Kebangsaan 1. Kategori Institusi Penddidikan  Institusi Pendidikan Kerajaan  Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan  Institusi swasta 3.1. tapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran. 2. Pengarah Peperiksaan Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Kuasa Majlis Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 1. 4. 3.

latihan  Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan  Penganugerahan sijil/dip 47 . Pend. politeknik dan inst. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik  Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum dan prog.Institusi Pendidikan Lain  Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. 2. Menteri . Teknik & Vokasional  Tertakluk kpd kelulusan Menteri  Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri. 1.  Kuasa menteri  Menyediakan kemahiran 2.Pendidikan Rendah 1. 4. Jenis Kebangsaan. 3. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh universiti. Lain. Inst. Bab 7. Pend. Men. Politek. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri Kerjasama dgn inst. Pend. 3.Pendidikan Menengah Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah  Menteri boleh mengadakannya di sek. yang tidak ditubuhkan olehnya. sekolah khas. Pend.Bab 3.  Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun) Pendidikan Sekolah rendah wajib Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah Boleh mengadakan Kelas Peralihan Bab 4. Keb atau maktab atau inst. Spt maktab. Keb dan institusi pend. 2. 5. Teknik di sek men. Teknik & Politeknik 1. 4. lain dan organisasi perindustrian dlm pend.Mengadakan Pendidikan Rendah. Lain Bab 6. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. yang lain.Pend.

P K.P boleh enggan daftarkan guru :  Umur < 18 tahun  Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar  Membuat pernyataan palsu  Kecacatan jasmani/mental/penyakit  Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah Bab 2 – Permit Mengajar 1. pend. 2.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru Permohonan – borang & prosedur tetap. Semua maktab –didaftarkan Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. 4. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan Daftar Guru( D.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:  Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan lagi 48 . Menteri hendaklah mengadakan pend.khas  Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik. pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men yang difikirkan sesuai & manfaat. 2. 3. badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum Bab 8 – Pendidikan Khas 1. pengurusan. K.kpd K. 2. Disiplin murid  Penubuhan. Bab 9. penyusunan. latihan yang diluluskan oleh Menteri Bahagian IX: Pendaftaran Guru Bab 1 – Pendaftaran Guru 1. 3.Pendidikan Guru 1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend. guru melainkan dgn kelulusan Menteri.G ): Ketua Pendaftar ( K. 4. menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur.

…. Kesalahan dan penalti (1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. 134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir (a) (b) (c) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara (A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian 49 . Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu. sukatan pelajaran. rekod. membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis Bahagian XIV 132. buku. bahan. Memberi maklumat palsu Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan keduaduanya. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya. 133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru. Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara 2. dokumen ….

(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing. tertakluk kepada peruntukan akta ini.(B) (C) (D) semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang sama semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada. menubuhkan dan menyenggarakan tadika. FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN. 50 . (a) (b) (c) (d) (e) Pendidikan prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pendidikan lepas menengah Pendidikan tinggi Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa. Menteri boleh. (3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah. PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA (1) (2) Tiada tadika boleh ditubuhkan. FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA. dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.

Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum. apabila disabitkan. setelah ibunya tamat tempoh cuti bersalin. Unit 7.Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu. FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA Walau apa pun subseksyen 17 (1). didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya. Apakah yang terkandung dalam fasa 20. bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika. Ibu bapa menghantar anak ke taska sebelum pergi 51 .0: Transisi dari Rumah ke Taska. ia itu. memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan. 2. tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan. Institusi taska menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. Kebanyakkan taska di tempat kerja menerima bayi yang berusia dua bulan. Aktiviti 8: 1. FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini. 2. Transisi dari rumah ke Taska Salah satu pilihan perkhidmatan penjagaan anak bagi ibu dan bapa yang bekerja ialah institusi taska. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh. bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. iaitu larangan terhadap penubuhan. pengendalian atau pengurusan tadika? Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan? Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian.

dan (iii) Bahan bacaan dan alat permainan seperti basikal kepunyaan sendiri.ke pejabat dan akan menjemput anak semula selepas waktu bekerja. (e) Rasa selamat kerana: (i) Ibu bapa sudah memahami kerenah tingkahlaku mereka. (b) Terdapat hiasan yang menarik di luar dan di dalam bangunan. (d) Hidangan makanan disediakan ikut cita rasa dan pilihan sendiri. (ii) Peralatan seperti katil. kakak dan adik sahaja. meja. kerusi sendiri. (iii) Mendapat belaian kasih sayang dengan sepenuhnya. (c) Menggunakan kemudahan dan alat permainan yang sama. (f) Menu disediakan mengikut perancangan awal. Manakala. (iii) Berbagai latarbelakang. (b) Rasa lebih selesa kerana mempunyai: (i) Ruang atau bilik sendiri. (iv) Perbezaan personaliti. (e) Aktiviti dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan. Persekitaran dan keadaan di rumah berbeza dari taska. (ii) Terdiri dari pelbagai peringkat umur sama ada sebaya atau lebih muda atau tua. Di rumah: (a) Terdapat ahli keluarga seperti ibu. persekitaran dan situasi di institusi taska pula adalah seperti berikut: (a) Kanak-kanak di taska: (i) Bilangannya ramai. (iv) Masa bermain dan aktiviti lain tanpa mengikut jadual yang ditetapkan. Apakah cabaran dan dugaan yang dilalui oleh ibu bapa? Pernahkah anda terfikir tekanan yang dirasai oleh anak? Rumah merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh ibu bapa. (c) Rutin harian dapat dilaksanakan secara bertolak ansur. bapa. 52 . abang. (ii) Ibu bapa dapat menangani masalah kesihatan. (d) Bilangan alat permainan terhad. Situasi menghantar dan menjemput anak berlaku setiap hari bekerja.

(e) Memahami cara gaya bimbingan pengasuh. (l) Mempelajari daya saing dan pertahankan diri tanpa bantuan dari ibu bapa. (o) Menerima bahawa perhatian dan tumpuan terhadap keperluan individu adalah minima. (c) Menyesuaikan diri dengan rutin harian.(g) Bilangan pengasuh yang bekerja di taska: (i) Ramai (ii) Berbeza latarbelakang (iii) Berbeza pengalaman (iv) Kerap bertukar (h) Keperluan individu mendapat layanan minima. Kanak-kanak berada di taska sepanjang hari. (m) Mengamalkan bacaan doa yang dipelajari di taska ke rumah. (b) Mematuhi peraturan yang diadakan di taska. 53 . (h) Bertolak ansur. bekerjasama dan menunggu giliran ketika menjalankan aktiviti. antara perkara yang perlu dilakukan dan difahami oleh kanak-kanak apabila berada di taska adalah: (a) Memahami ibu dan bapa akan datang mengambil selepas bekerja. (n) Melakukan amalan dari rumah ke taska. (d) Mengenali orang dewasa dan pengasuh yang menjaganya. (k) Mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu. (f) Bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan: (i) Latarbelakang sosio-ekonomi (ii) Umur (iii) Jantina (iv) Agama (v) Budaya (g) Berkongsi peralatan dan bahan pembelajaran. Daya ingin tahu dan mempelajari sesuatu yang baru ketika usia ini sungguh mengkagumkan. Mereka berada di taska pada siang hari dan ketika itu mereka sungguh aktif. Kanak-kanak Memandangkan persekitaran dan situasi di rumah dan di taska sangat berbeza. (i) Menerima hidangan makanan yang diberi (j) Mencuba makanan baru yang disediakan. maka kanakkanak terpaksa melalui satu proses penyesuaian.

(iv) Mesra. Pengasuh perlu mengetahui: (i) Latar belakang kanak-kanak seperti nama sebenar dan nama timangan. (iii) Suara yang jelas (tidak menjerit). (d) Berkomunikasi dengan kanak-kanak secara efektif. Kanak-kanak berdampingan bersama pengasuh sepanjang hari siang. (iii) Permainan yang diminati. Semasa bercakap dengan kanak-kanak pengasuh menggunakan: (i) Bahasa yang mudah. (iii) Bersemangat. (ii) Ayat yang ringkas dan jelas. (iii) Meningkatkan keyakinan mereka bahawa berada di dalam keadaan yang selamat. Di antara peranan pengasuh adalah seperti berikut: (a) Mendapatkan maklumat dari ibu bapa dan mengambil berat perkara yang diberikan. (vi) Bersopan santun. (ii) Mewujudkan suasana yang selesa semasa berada di taska. (c) Bersifat mesra dan pandai ambil hati. 54 . (ii) Pelukan. Pada peringkat permulaan perkenalan kanak-kanak perlu menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran dan keadaan yang baru. (v) Status kesihatan dan alahan jika ada. Kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan gembira apabila kedatangan mereka disambut dengan: (i) Senyuman. (b) Menyambut kedatangan kanak-kanak ke taska. Pengasuh yang mesra dan pandai mengambil hati kanak-kanak dapat: (i) Memikat hati kanak-kanak dengan cepat. (iv) Tingkahlaku dan peribadi kanak-kanak. Pengasuh merupakan orang dewasa yang memainkan peranan ibu kepada kanak-kanak di taska. iaitu ketika mereka aktif.Guru/Pengasuh Orang dewasa yang bertanggungjawab di taska dipanggil pengasuh. (v) Kata-kata yang menggalakkan. (iv) Intonasi yang dapat menarik perhatian. (ii) Makanan kegemaran.

Ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dari aspek berikut: • Melawat ke taska baru. pengasuh baru. Kanak-kanak perlukan masa untuk menerima dan menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran yang baru. swasta dan persendirian. • Bercerita mengenai kawan baru. (ii) Menunjukkan hasil kerja kanak-kanak sebagai bahan bukti. • Bercakap dengan penuh semangat mengenai apa yang terdapat di taska. Pengasuh berkongsi maklumat dengan: (i) Ibu bapa segala perubahan pada perkembangan anak mereka. (e) Maklumkan perkembangan anak. 55 . Pengusaha institusi taska dapat menjayakan program untuk kanak-kanak ini dengan menggunakan pentadbiran dan pengurusan yang sistematik. • Bercakap mengenai rutin-rutin dan jadual baru yang akan dihadapi oleh kanak-kanak. (iv) Membincang aktiviti yang dilaksanakan di taska dan boleh dilakukan bersama anak dirumah. • Bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menggembirakan yang dilakukan semasa di taska. • Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak. (iii) Menyerahkan laporan bertulis yang dicatat dari masa kesemasa.(v) Nada yang baik ketika mendisiplin. Ibu Bapa Ibu bapa perlu bantu kanak-kanak menangani situasi baru ketika masuk ke taska. • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa. rakan-rakan baru dan rutin dan jadual baru. Institusi Institusi taska yang menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk kanak-kanak dikendalikan oleh berbagai agensi seperti pihak kerajaan. • Berkonsepkan mesra kanak-kanak. Berikut adalah perkara yang diberi perhatian untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak: • Menyediakan persekitaran yang banyak mempunyai persamaan seperti di rumah.

Kanak-kanak tadika dipanggil murid. • Mandi dan menukar pakaian. Kanak-Kanak / Murid Kanak-kanak sebenarnya tidak sabar untuk melangkah ke alam tadika. • Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. kasut di tempat yang disediakan. Pengalaman yang diterima ketika berada di taska memudahkan proses penyesuaian. • Tidur selepas makan tengah hari. • Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kanak-kanak ini sudah bersedia diberikan unsur pendidikan dalam pembelajaran mereka. • Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika. • Terdapat pembantu guru yang membantu guru. 56 . Keadaan di taska: • Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang. Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska dengan tadika.• Meluangkan masa bersama anak pada hari pertama. • Mengamalkan bacaan doa. DARI TASKA KE TADIKA Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat. • Bertolak ansur dan bekerjasama. • Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari. Keadaan di tadika: • Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. ibu bapa hendaklah menghantar mereka ke institusi tadika pula. • Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan. Bagi mereka yang telah lama berada ditaska menunjukkan kesediaan untuk melalui perubahan. • Menyimpan alat peribadi seperti beg. Antara pengalaman yang dilalui dan boleh diaplikasikan ketika berada di tadika ialah: • Mematuhi pada rutin harian. • Berkongsi alat permainan. • Bergaul dengan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang. Di antaranya ialah. • Menikmati makanan yang dihidangkan.

guru tadika perlu memberi perhatian kepada perkara berikut: (a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska. (iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan. swasta dan persendirian. Institusi tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan. (iii) Potensi dan minat anak. (b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti: (i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini.Guru Orang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika dipanggil guru. Institusi Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. (d) Mengamalkan: (i) Sifat mesra dan profesional. Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika. (ii) Pergaulan dengan rakan. 57 . (iii) Nilai murni. bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku. (c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska: (i) Tingkah laku dan peribadi. Kanakkanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan pembelajaran ketika berada di taska. (iv) Agama dan budaya keluarga. Guru tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja dalam satu hari. • Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan peringkat umur. (ii) Latarbelakang keluarga. Oleh itu. (ii) Kesopanan dan berbudi bahasa. Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak yang telah menghadiri taska. Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak: • Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska. (iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan.

Ibu Bapa Kesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun mahukan pengalaman baru ke tadika. • Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak. Tujuan program Transisi:   Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu. • Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru. • Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur. • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa. Peranan guru prasekolah 58 .• Meneruskan konsep mesra kanak-kanak.  Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah. TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif. Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut: • Melawat ke tadika baru • Berkenalan dengan guru tadika. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2: * Transisi rumah ke prasekolah * Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu) Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah. emosi. kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. • Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak.

M. rehat dan bermain. Ibu bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah. J. c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah. kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka. F. NY: Allyn & Bacon.Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak. Peranan pembantu prasekolah a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat yang asing. e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak.A (1976) Enhancement of growth and for young children. O. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas. 2. Pub. Charlesworth. (2004).).H: Merill. d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan. c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah. R. b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik.A..Dengan ini.pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .K. Aktiviti 9: 1. Understanding Child Development (6th ed. Columbus.. Brewer. d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai. b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari rumah ke prasekolah RUJUKAN Bergstrom. (1995). Introduction to early childhood education. 1. Margosian. & Olson. R. NY: Thomson Delmar Learning 59 . J.

MDC Publishers Sdn Bhd. L. Colombus: Merill Publishing. (2003). (2002). NY: Thomson Delmar Learning Berk. Introduction to Early Childhood Education. Rohaya Hj. K.Y : Thomson Delmar Learning Morrison.H.S. Early childhood education today.. Chesla. PPK. Yahya (1996). Pendidikan prasekolah.MA: Allyn & Bacon.Y. G.Essa.Ed.pdf PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN PRASEKOLAH) NAMA HJ ZULKIPLY BIN YAAKOB KELAYAKAN Kelulusan: M. (6 th ed).my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA% 20PRASEKOLAH%202007. W.). E.Inc. A. http://childcare. (1989).Taylor & Francis Group Pub.M.(Pendidikan Prasekolah) 60 . (2002).htm http://www. L. Routledge-Falmer. Kuala Lumpur. Kaedah Montessori.NY: Thomson Delmar Learning. (1990) Early childhood education. Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. & Barbour. Theories of development psychology. E. Gordon.B (2004). Rohaty Mohd.dph. 4th ed. Early Childhood Education Teacher.about. Freeman and Company N.gov. An Introduction. Child Development (6th Ed. Seefeldt. & Malic. N.com/cs/preschools/a/readiness. E. Petaling jaya: Fajar Bakti. & Williams. Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. C. N. (2003) Teaching and learning in the early years. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn. David Whitebread. Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. Patricia H Miller (1996). Majzub & abu Bakar Nordin. Prentice Hall. J. (1995).

IPRM Pengalaman: Pensyarah Prasekolah IPGM.(18 tahun) Guru Sekolah Menengah (4 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun) Kelulusan: M.75 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat. MUHAMMAD BIN SULAIMAN Ketua Unit Pendidikan Prasekolah IPGM Kampus Raja Melewar. Hons.NAMA Pensyarah. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Km 7.edu. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Jurulatih Utama Pend. Jabatan Prasekolah.com.UPM Sijil Perguruan Asas (PAKK).(20 tahun) Ketua Unit Pendidikan Prasekolah.(PBMP).com PN NORMASURA HJ JANI Pensyarah. Jalan Sigamat.com KELAYAKAN B.my Kelulusan: B.(Pendidikan Prasekolah) Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pensyarah Prasekolah (15 tahun) Guru Sekolah Rendah (3 tahun) SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS 61 .Ed. 70400 Seremban. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu 75400 Durian Daun Melaka njippm@yahoo. mad46trs@yahoo. zulkiplyyaakob@iptho. Johor.Ed.my zulky54@gmail.Ed. Negeri Sembilan. Prasekolah Pensyarah Prasekolah IPTHO (11 tahun) Pensyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun) EN.

Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik (c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada. Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut : (a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian.Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. (b) Nyatakan syarat. hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya. kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. (d) cadangkan program aktiviti harian di taska (e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak. [100 markah] 62 . Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->