You are on page 1of 17

MTE3103 Geometri

Topik 3

Pepejal Sekata dan Semi-sekata

3.1

Lima Pepejal Platonik = Polihedra sekata cembung

Polihedron merupakan pepejal yang permukaannya merupakan poligon satah. Poligon membentuk permukaan bagi pepejal Platonik. Permukaan-permukaan bertemu di sisi (edge). Titik di mana dua atau lebih sisi bertemu dinamakan bucu (vertex, vertices).

3.1.1 Hubungan antara pepejal Platonik dengan elemen dalam alam Pepejal Platonik ditemui dalam tempoh Plato (427-347 B.C.). Namun, pepejal Platonik bukan ditemui oleh Plato. Pepejal-pepejal ini dinamakan sedemikian atas sumbangan Plato dan pengikut-pengikutnya. Menurut Plato, terdapat kepadanan antara empat daripada pepejal ini dan empat elemen dalam alam: Kubus (Cube) Tetrahedron Oktahedron Ikosahedron dan dodekahedron menutupi keseluruhan alam semesta. bumi api udara air

3.1.2

Definisi Polihedral

Kesemua polihedra adalah tiga dimensi dengan permukaannya merupakan poligon satah. poli = banyak; hedra = permukaan. Satu polihedron sekata mempunyai kesemua permukaannya poligon sekata. Dengan erti kata lain, permukaannya terbentuk daripada satu jenis poligon sahaja. Istilah yang berkaitan dengan polihedra:

MTE3103 Geometri

(a) Cembung (Convex):

Jika kita mengambil dua titik di dalam atau di atas sisi poligon,

maka setiap titik di atas garis yang menyambungkan dua titik ini juga terletak di dalam poligon. Poligon seperti ini dinamakan poligon cembung. Poligon yang bukan cembung dinamakan poligon cekung (concave). (a) Poligon cembung (b) Poligon cekung

Polihedron cembung: Jika kita ambil sebarang dua titik di dalam atau di sisi atau di satu permukaan sebuah polihedron, maka setiap titik di atas garis yang menyambungkan dua titik itu juga terletak di dalam poligon. (b) Poliheron sekata mempunyai kesemua permukaan yang merupakan poligon sekata.

3.1.3 Kenapakah Hanya Terdapat Lima Pepejal Platonik? Setiap polihedron cembung mesti memenuhi dua syarat: (a) Hasil tambah sudut-sudut yang bertemu pada sebarang bucu sebuah polihedron cembung mesti kurang daripada 360o; (b) Sekurang-kurangnya tiga permukaan mesti bertemu pada setiap bucu. Keadaan lain: (a) Semua bucu mesti disambung/tertutup. (b) Sudut-sudut mesti kongruen (c) Kesemua permukaan mesti kongruen (d) Bilangan permukaan yang sama bertemu pada setiap bucunya. Kita tidak boleh membina satu rajah cembung tiga dimensi dengan enam atau lebih segitiga sama sisi bertemu pada setiap bucu kerana sudut bagi sebuah segitiga sama sisi = 600, bererti 6 x 600 = 3600. Sebaliknya, untuk membina rajah cekung tiga dimensi, kita boleh menggunakan lebih daripada 6 permukaan, iaitu melebihi 3600. Sebagai kesimpulan, untuk membina rajah cembung tiga dimensi, bilangan segitiga sama sisi yang bertemu pada satu bucu ialah 3, 4 atau 5 sahaja, seperti yang ditunjukkan dalam rajah halaman berikutnya. Perhatikan bahawa untuk membina satu polihedron cembung sekata, jumlah sudut

MTE3103 Geometri

pada satu bucu mesti kurang daripada 3600. Ini menerangkan kenapa hanya terdapat lima polihedra cembung sekata atau lima pepejal Platonik. Bukti:

(i) (ii)

Jumlah sudut bagi permukaan-permukaan yang bertemu pada satu bucu adalah kurang daripada 3600. Jika tiga segitiga sama sisi bertemu pada setiap bucu, maka ini boleh diwakili dengan menggunakan simbol Schlfli (3,3). Simbol Schlfli (p,q) bermakna polihedron mempunyai permukaan yang merupakan poligon sekata bersisi-p, dengan q poligon bertemu pada setiap bucu. Simbol Schlfli (p,q)

Poligon sekata bersisi-p

bilangan poligon bertemu pada satu bucu

MTE3103 Geometri

Tetrahedron: Tiga segitiga sama sisi pasa satu bucu: 3 x 600 = 1800 Oktahedron: Empat segitiga sama sisi pada satu bucu: 4 x 600 = 2400

Ikosahedrons: Lima segitiga sama sisi pada satu bucu: 5 x 600 = 3000

Kubus: Tiga segiempat sama pada satu bucu: 3 x 900 = 2700

Dodekahedron: Tiga pentagram pada satu bucu:

3.1.4 Simbol Schlfli bagi pepejal Platonik Simbol Schlfli {p,q} bererti poligon itu mempunyai p sisi sekata, dan setiap bucu dikelilingi oleh q permukaan. p : poligon sekata bersisi p [iaitu: segitiga sama sisi: p = 3; kubus: p = 4; tetrahedron: p = 3; Oktahedron: p = 3; Dodekahedron: p = 5; Ikosahedron: p = 3] q : bilangan poligon yang bertemu di setiap bucu

Simbol Schlfli bagi pepejal Platonik: 3.1.5 tetrahedron: {3,3}, permukaan: segitiga, rajah bucu: segitiga kubus: {4,3}, permukaan: segiempat sama, rajah bucu: segitiga oktahedron : {3,4}, permukaan: segitiga, rajah bucu: segiempat sama dodekahedron : {5,3}, permukaan: pentagon, rajah bucu: segitiga ikosahedron : {3,5}, permukaan: segitiga, rajah bucu: pentagon Bucu, Permukaan dan Sisi

Isikan jadual di bawah tentang pepejal Platonik. Lima Pepejal Platonik

MTE3103 Geometri

Pepejal

Nama Pepejal Bilangan permukaan yang bertemu di setiap bucu Simbol Schlfli (p, q) Bilangan permukaan (F) Bilangan bucu (V) Bilangan sisi (E) Konfigurasi bucu Dual

Tentukan bilangan bucu, permukaan dan sisi bagi setiap pepejal Platonik. Apakah rumus umum untuk menghitung bilangan permukaan, sisi dan bucu suatu polihedron? Jawapan: Bilangan sisi = Bilangan permukaan + Bilangan bucu 2 Contoh untuk menunjukkan hubungan antara bilangan bucu, muka dan sisi: Dodekahedron mempunyai 12 muka. Oleh itu, jika dikira secara berasingan, akan diperoleh 5 x 12 = 60 sisi kesemuanya. Akan tetapi, setiap sisi bagi dodekahedron menyambungkan dua muka, maka dengan cara begini, kita akan mengira setiap sisi dua kali. Oleh yang demikian, bilangan sisi haruslah 60 2 = 30 sisi. Setiap sisi menyambungkan dua bucu. Jika kita mengira setiap sisi secara berasingan, kita akan mendapat 2 x 30 = 60 bucu. Akan tetapi, untuk dodekahedron, tiga sisi bertemu pada setiap bucu dan kita akan mengira setiap bucu sebanyak tiga kali. Sekali lagi, ianya harus mempunyai 60 3 = 20 bucu.

3.1.6

Dual Simbol Schlfli bagi sebuah kubus ialah (4, 3) dan bagi oktahedron ialah (3, 4). Bilangan sisi bagi kedua-dua pepejal adalah sama, iaitu 12 sisi. Bilangan permukaan bagi satu kubus adalah sama dengan bilangan bucu bagi sebuah oktahedron, dan sebaliknya. Jadi, kita kata dual bagi kubus ialah oktahedron dan dual bagi oktahedron ialah kubus.

MTE3103 Geometri

Simbol Schlafli bagi dodekahedron ialah (5,3) dan ikosahedron ialah (3, 5). Bilangan sisi bagi kedua-dua pepejal ialah 30. Oleh itu, dodekahedron ialah dual bagi ikosahedron dan dual bagi ikosahedron ialah dodekahedron.

Bagi tetrahedron, kedua-dua nilai p dan q dalam Simbol Schlfli (p, q) adalah sama, iaitu (3, 3). Kita kata tetrahedron adalah dual kendiri.

Bentangan bagi lima pepejal Platonik

kubus (ada 11 bentangan) tetrahedron (ada 2 bentangan)

oktahedron

dodekahedron

ikosahedron

3.2

Pepejal Semi-sekata: Pepejal Archimedean

Pepejal Archimedean adalah pepejal semi-sekata kerana kerana dibentuk oleh dua atau lebih poligon cembung sekata dengan bilangan sisi dan bilangan permukaan yang sama, dan poligon-poligon yang bertemu di setiap bucu mempunyai susunan yang sama.

Terdapat 13 jenis pepejal Archimedean, iaitu:

MTE3103 Geometri

1.

8. 9.

12. 13.

(3, 4, 3, 4) kuboktahedron (cuboctahedron) 2. (3, 5, 3, 5) ikosidodekahedron (icosidodecahedron) 3. (3, 6, 6) tetrahedron terpenggal (truncated tetrahedron) 4. (4, 6, 6) oktahedron terpenggal (truncated octahedron) 5. (3, 8, 8) kubus terpenggal (truncated cube) 6. (5, 6, 6) Ikosahedron terpenggal (truncated icosahedron) 7. (3, 10, 10) dodekahedron terpenggal (truncated dodecahedron) (3, 4, 4, 4) rombikuboktahedron (rhombicuboctahedron), (juga dinamakan rombikuboktahedron kecil) (4, 6, 8) cuboktahedron terpenggal (truncated cuboctahedron), (juga dinamakan rombikuboktahedron besar, the great rhombicuboctahedron) 10. (3, 4, 5, 4) rombikosidodekahedron (rhombicosidodecahedron) 11. (4, 6, 10) ikosidodekahedron terpenggal (truncated icosidodecahedron) (3, 3, 3, 3, 4) kubus snub atau koboktahedron snub (snub cube, snub cuboctahedron (snub bermakna proses menyusun poligon dengan segitiga). (3, 3, 3, 3, 5) dodekahedron snub atau ikosidodekahedron snub (snub dodecahedron, snub icosidodecahedron).

Latihan: Namakan pepejal yang mempunyai bentangan berikut:

Pepejal Archimedean mempunyai kaitan dengan lima pepejal Platonik: a. Jika titik-titik tengah kesemua sisi sebuah tetrahedron sekata disambung dengan satu siri garisan, akan didapati garis-garis ini mentakrifkan sisi sebuah oktahedron sekata. b. Jika titik-titik tengah sebuah kubus atau oktahedron disambung dengan cara yang sama, satu kuboktahedron terhasil. c. Jika titik-titik tengah setiap sisi sebuah ikosahedron atau sebuah dodekahedron disambung dengan cara yang sama, satu ikosidodekahedron

MTE3103 Geometri

diperoleh. Rajah-rajah ini dirujuk sebagai rajah dua frekuensi.

d. Jika kita membahagikan setiap sisi kepada tiga bahagian dan titik-titik yang terhasil disambungkan dengan satu siri garis seperti di atas, lima rajah yang terhasil melalui cara ini ialah tetrahedron terpenggal, oktahedron terpenggal, kubus terpenggal, ikosahedron terpenggal dan dodekahedron terpenggal. Rajah-rajah ini dirujuk sebagai rajah tiga frekuensi. e. Rajah-rajah empat frekuensi dihasilkan dengan menyambungkan titik-titik tengah bagi sisi rajah dua frekuensi. Pepejal yang dihasilkan dengan cara ini cara ini ialah rombikuboktahedron kecil, kuboktahedron dan rombikosidodekahedron kecil. f. Rajah-rajah frekuensi 6 boleh dihasilkan dengan membahagikan sisi-sisi setiap rajah frekuensi 2 kepada 3 bahagian. Pepejal yang dihasilkan adalah rombikuboktahedron besar, oktahedron terpenggal dan rombikosidodekahedron besar. g. Kubus snub dikaitkan dengan kubus dan oktahedron, ikosahedron dikaitkan dengan tetrahedron manakala dodekahedron snub dikaitkan dengan ikosahedron dan dodekahedron.

Pepejal Archimedean Nama (Konfigurasi Bentuk bucu) lutsinar Tetrahedron terpenggal (Truncated tetrahedron) (3.6.6) Kuboktahedron (Cuboctahedron) (3.4.3.4)

Bentuk Pepejal

Bentangan

Permukaa n

Sisi

Bucu

4 segitiga 4 heksagon

18

12

8 segitiga 6 14 segiempat sama

24

12

MTE3103 Geometri

Kubus terpenggal atau kehsahedron terpenggal (Truncated cube or truncated hexahedron) (3.8.8) Oktahedron terpenggal (Truncated octahedron) (4.6.6) Rombikuboboktahed ron (Rhombicuboctahedr on or small rhombicuboctahedro n) (3.4.4.4 ) Truncated cuboctahedron or great rhombicuboctahedro n (4.6.8)

14

8 segitiga 6 oktagon

36

24

6 segiempat 14 36 sama 8 heksagon

24

8 segitiga 18 26 segiempat sama

48

24

12 segiempat 26 sama 72 8 heksagon 6 oktagon

48

Snub cube or snub hexahedron or snub cuboctahedron (2 chiral forms) (3.3.3.3.4)

32 segitiga 6 38 segiempat sama

60

24

Icosidodecahedron (3.5.3.5)

32

20 segitiga 12 pentagon

60

30

Truncated dodecahedron (3.10.10)

32

20 segitiga 90 12 dekagon

60

MTE3103 Geometri

Truncated icosahedron or buckyball or football/soccer ball (5.6.6 ) Rhombicosidodecah edron or small rhombicosidodecahe dron (3.4.5.4) Truncated icosidodecahedron or great rhombicosidodecahe dron (4.6.10)

12 pentagon 32 20 heksagon

90

60

20 segitiga 30 segiempat 62 120 sama 12 pentagon 30 segiempat sama 62 180 20 heksagon 12 dekagon

60

120

Snub dodecahedron or snub icosidodecahedron (2 chiral forms) (3.3.3.3.5)

92

80 segitiga 12 150 pentagon

60

Bongkah Archimedean boleh dibentuk daripada bongkah Platonik dengan memotong bucu-bucunya. Polihedron yang terbentuk melalui kaedah ini adalah:

(1) Truncated tetrahedron: heksagon sekata dan segitiga sama sisi (2) Truncated cube: segitiga sama sisi dan oktagon sekata (3) Truncated octahedron: segiempat sama dan heksagon sekata (4) Truncated icosahedron: pentagon sekata dan heksagon sekata (5) Truncated dodecahedron: segitiga sama sisi dan dekagon sekata (6) Truncated cuboctahedron: segiempat sama, heksagon sekata dan oktagon sekata (7) Truncated icosidodecahedron: segiempat sama, heksagon sekata dan dekagon sekata.

MTE3103 Geometri

3.3

Pepejal Kepler-Poinsot = Polihedra bintang sekata

Pepejal Kepler-Poinsot diperoleh dengan melakukan proses stelat ke atas dodekahedron dan ikosahedron cembung sekata, dan berbeza daripada dua pepejal ini dengan mempunyai permukaan pentagram sekata atau rajah bucu. Pepejal Kepler-Poinsot adalah polihedron bukan cembung yang sekata, dengan permukaan cekung. Kesemua permukaan adalah poligon sekata yang kongruen Bilangan permukaan yang bertemu pada setiap bucu adalah sama.

Terdapat empat jenis pepejal Kepler-Poinsot: Dodekahedron stelat kecil, dodekahedron besar, dodekahedron stelat besar dan ikosahedron besar.

Dodekahedron stelat kecil dan dodekahedron stelat besar ditemui oleh Johannes Kepler pada 1619 dengan melakukan stelat ke atas dodekahedron cembung sekata. Pada 1809, Louis Poinsot menemui dua lagi bintang sekata, iaitu ikosahedron besar dan dodekahedron besar.

Dodekahderon besar (great dodecahedron) mempunyai bilangan bucu dan sisi yang sama dengan ikosahedron. Dodekahedron stelat kecil (small stellated dodecahedron) mempunyai bilangan bucu dan sisi yang sama dengan ikosahedron besar (great icosahedron). Kedua-duanya mempunyai bilangan bucu (tetapi bukan sisi) yang sama seperti ikosahedron. Dodekahedron stelat besar (great stellated dodecahedron) mempunyai bilangan bucu (tetapi bukan sisi) yang sama seperti dodekahedron. Keempat-empat pepajal Kepler-Poinsot mempunyai paksi simetri dan satah simetri yang sama seperti ikosahedron dan dodekahedron.

MTE3103 Geometri

Simbol Schlfli:

Simbol pecahan {p/q} bermakna rajah satah dengan p bucu di mana setiap bucu ke-q disambungkan. Oleh itu, 5/2 adalah satu bentuk bintang dengan 5 hujung. Bagi dodekahedron stelat besar (great stellated dodecahedron), simbol Schlfli {5/2,3}, permukaan ialah pentagram, rajah bucu ialah segitiga. Bagi dodekahderon stelat kecil, simbol Schlfli {5/2,5}, permukaan ialah pentagram, rajah bucu ialah pentagon. Ikosahedron besar, dengan simbol Schlfli {3,5/2}, permukaan ialah segitiga, rajah bucu ialah pentagram. Dodekahedron besar, dengan simbol Schlfli {5,5/2}, permukaan ialah pentagon, rajah bucu ialah pentagram.

Ciri-ciri pepejal Kepler-Poinsot:

Nama

Gambar

Schlfli Permukaan Sisi {p,q} {p} { }

Bucu {q} Dual

Dodekahedron stelat kecil

5 ,5 2

12 {5/2}

30

12 {5}

Dodekahedron besar

dodekahedron besar

{5, }

12 {5}

30

12 {5/2}

Dodekahedron stelat kecil

Dodekahedron stelat besar

, 3}

12 {5/2}

30

20 {3}

Ikosahedron besar

{3, Ikosahedron besar

20 {3} }

30

12 {5/2}

Dodekahedron stelat besar

MTE3103 Geometri

3.4 Prisma dan Anti-prisma

Prisma terdiri daripada dua salinan sebarang poligon sekata (satu di atas dan satu lagi di bawah), disambungkan dengan segiempat sama di sisi-sisi. Di setiap bucu, dua segiempat sama dan satu daripada poligon-poligon itu bertemu.

Anti-prisma juga terdiri daripada dua salinan sebarang poligon sekata tetapi tepinya disambung dengan segitiga sama sisi yang disusun seperti dalam rajah di bawah. Pada setiap bucu, tiga segitiga dan satu poligon bertemu.

Prisma segitiga (4,4,3) Prisma segiempat tepat (4,4,4)

Prisma pentagon (4,4,5) Prisma heksagon (4,4,6)

Prisma dekagon

Prisma pentagram

Prisma heksagram

Antiprisma segiempat sama (3,3,3,4)

A Antiprisma pentagon Antiprisma heksagon ntiprisma dekagon

MTE3103 Geometri

Antiprisma heptagon (3, 3, 3, 7)

Ulangkaji

Soalan Objektif

1. Apakah simbol Schlafli bagi sebuah oktahedron? (A) {3, 3} (B) {3, 4} (C) {4, 3}

(D) {5. 3}

1. Namakan polihedron yang mempunyai bentangan berikut: (A) Ikosahedron (B) Dodekahedron (C) Cuboktahedron (D) Ikosidodekahedron

3. Yang manakah antara berikut ialah pepejal Kepler-Poinsot?


(A) Dodekahedron (B) Cuboktahedron (C) Dodekahedron terpenggal (D) Dodekahedron besar

4. Kombinasi segiempat sama, heksagon dan dekagon akan membentuk teselasi satah yang menarik. Gabungan lanjutan teselasi ini boleh menghasilkan satu sfera. Rajah berikut menunjukkan satu sfera yang dihasilkan oleh teselasi ikosidodekahedron terpenggal.

MTE3103 Geometri

Cari bilangan garis simetri bagi teselasi ikosidodekahderon satah terpenggal. (A) 4 (C) 6 3D: sfera (B) 5 (D) 10

5. Satu ciri utama pepejal Archimedean ialah bahawa setiap permukaan merupakan poligon sekata, dan di sekitar setiap bucu, poligon-poligon yang sama muncul dalam urutan yang sama, iaitu heksagon-heksagon-segitiga dalam tetrahedron terpenggal. Dua atau lebih poligon yang berbeza muncul pada setiap pepejal Archimedean. Apakah syarat yang mesti dipenuhi oleh suatu polihedron? (A) cembung (B) cekung (C) sekata (D) tidak sekata

6. Satu cara untuk menghasilkan bintang adalah dengan melukis satu poligon, kemudian melanjutkan pasangan sisi hingga bertemu. Permukaan-permukaan pepejal tiga dimensi dilanjutkan hingga bertemu. Apakah nama yang diberikan kepada proses ini? (A) Stelat (B) Teselasi (C) Pengulangan (D) Replikasi

7. Pada 1809, Louis Poinsot menjumpai dua pepejal Archimedean. Sesetengah orang menamakannya pepejal Poinsot. Poinsot mempertimbangkan bucu dan permukaan bintang, dengan demikian menjumpai dua lagi bintang sekata, dengan salah satunya ialah ikosahedron besar. Apakah bintang yang satu lagi? (A) Dodekahedron stelat besar (C) Dodekahedron kecil (B) Dodekahedron stelat kecil (D) Dodekahedron besar

Soalan Berstruktur

1.

1.

Pepejal Platonik merupakan polihedron cembung sekata. (a) Jelaskan maksud cembung. (b) Namakan pepejal Platonik yang merupakan dual kendiri. (1 markah) (c) Tuliskan simbol Schlafli bagi pepejal Platonik dalam (b). (1 markah) (d) Namakan pepejal Platonik yang mempunyai 12 permukaan pentagon.(1 markah) (e) Nyatakan bilangan sisi dan bucu bagi pepejal Platonik dalam (d). (2 markah) (f) Lukiskan bentangan bagi pepejal Platonik dalam (b) dan (d). (4 markah) Prisma dan antiprisma sekata merupakan polihedra semi-sekata yang mempunyai tapak yang sekata dan panjang sisinya adalah sama.

MTE3103 Geometri

(i) (ii) (iii)

Jelaskan maksud polihedra semisekata. (1 markah) Nyatakan satu persamaan antara prisma sekata dan antiprisma sekata. (1%) Nyatakan satu perbezaan antara prisma sekata dan antiprisma sekata. (1%) (iv) Namakan prisma yang ditunjukkan. (v) Lakarkan bentangan bagi prisma yang ditunjukkan. (2%) (vi) Tuliskan konfigurasi bucu bagi prisma yang ditunjukkan. (2%) (1%)

3. Plato percaya baahwa terdapat kesepadanan antara empat daripada pepejal dengan empat elemen dalam alam. (a) Senaraikan hubungan antara pepejal Platonik dengan elemen-elemen alam. (4%) (b) Namakan poligon yang membina permukaan setiap pepejal Platonik. (5%) 4. Namakan pepejal yang mempunyai bentangan berikut: (2%)

5. Berikan dua contoh bagi (i) prisma, (ii) antiprisma. Bagi setiap contoh, nyatakan bilangan permukaan, sisi, bucu dan lukiskan bentangannya.

Soalan esei

1. Pepejal Platonik dibentuk dengan menyambungkan beberapa permukaan poligon.(2%) (a) Nyatakan dua syarat utama bagi membentuk polihedron daripada poligon. (b) Bagi setiap pepejal Platonik, jelaskan kenapa pepejal itu boleh dibentuk daripada poligon. (10%)

MTE3103 Geometri

2. Pepejal Archimedean berbeza daripada pepejal Platonik. Namakan dua contoh pepejal Archemedean. Berdasarkan contoh-contoh anda, huraikan tiga perbezaan antara pepejal Archimedean dan pepejal Platonik. (8%)

3. (a) Bagi lima pepejal Platonik: (i) (ii) (iii) Senaraikan namanya dan nyatakan bilangan bucu, sisi dan permukaannya. Nyatakan simbol Schlafli. Hubungkaitkan kedualan pepejal platonik tersebut. (6%) (10%)

(b) Lukiskan satu bentangan bagi setiap pepejal Platonik.

(c) Apakah perbezaan utama antara pepejal Platonik dan pepejal Archimedean? (4%)

4. Bagi kesemua pepejal Kepler-Poinsot:

(a) (b) (c)

Senaraikan nama dan nyatakan ciri-cirinya (bilangan bucu, sisi dan permukaan). Nyatakan simbol Schlafli. Hubungkaitkan kedualannya. (10%)

Aktiviti:

Cuba anda cari dari Yuotube cara-cara melipat kertas sehingga terhasilnya pelbagai jenis pepejal yang anda telah pelajari di atas.

Selain itu, anda juga boleh meneroka bentuk-bentuk lain seperti Kudusama.

Nota tentang lipatan kertas akan diberi dalam kuliah.

You might also like