P. 1
Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI KONFLIK ETNIK DI SRI LANKA)

Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI KONFLIK ETNIK DI SRI LANKA)

|Views: 4,439|Likes:
Published by Nurhi Akin
Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara- Assigment Hubungan Etnik Semester 3)
Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara- Assigment Hubungan Etnik Semester 3)

More info:

Published by: Nurhi Akin on Mar 13, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2014

pdf

text

original

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury.

Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern Pengenalan Artikel yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah sebuah artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern. Secara umumnya, artikel ini menceritakan mengenai sebuah konflik etnik yang telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda yang berlaku di Osh, Kyrgyzstan. Etnik yang terlibat dalam konflik ini ialah etnik Kyrgyz yang merupakan etnik majoriti dan etnik Uzbek iaitu etnik minoriti di kawasan tersebut. Tragedi etnik ini telah bermula beberapa tempoh sebelum itu dengan beberapa peristiwa kecil dan ketegangan antara kedua-dua pihak sehingga mencapai kemuncaknya pada 10 Jun 2010. Antara punca konflik yang dapat saya fahami melalui artikel ialah konflik ini dikatakan berlanjutan daripada peristiwa penggulingan kuasa pemimpin mereka sebelum ini iaitu Kurmanbek Bakiyev. Peristiwa itu sendiri telah mengorbankan hampir seratus nyawa penduduk dan berlaku hanya dua bulan sebelum rusuhan etnik ini terjadi. Penggulingan kuasa ini telah meninggalkan kekosongan jawatan tertinggi dan sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan di bawah pimpinan Rosa Otunbayeva. Selain itu, kawasan terjadinya konflik itu sendiri iaitu di Lembah Ferghana. Lembah ini mengalami lebihan populasi iaitu sebagai kawasan pendudukan etnik Uzbek, Kyrgyz, dan Tajik turut menjadi puncanya. Satu lagi faktor yang berpotensi yang dinyatakan dalam artikel ialah penguasaan politik dan perniagaan oleh salah satu etnik melebihi etnik yang lain. Kedua-dua pihak saling mendakwa bahawa mereka dipinggirkan dalam kedudukan politik dan begitu juga halnya dalam penguasaan ekonomi.

1

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Hal yang didakwa menjadi pencetus kepada kemuncak konflik etnik ini dan menurut artikel kedua-dua pihak saling menuduh menjadi pencetus kepada rusuhan. Dari pihak puak Kyrgyz, mereka mendakwa pada malam 10 Jun tersebut, sekumpulan orang Uzbek telah menceroboh masuk sebuah asrama dan telah memperkosa beberapa orang pelajar di situ dan perkara ini membuatkan etnik Kyrgyz bertindakbalas secara negatif dengan menyerang orang-orang Uzbek. Ulasan Saya akan mengulas artikel ini dengan menerangkan kesemua faktor konflik dan diikuti dengan cara dan pengurusan konflik dengan memberi contoh konflikkonflik hampir sama yang pernah berlaku di negara lain dan cara mereka menyelesaikannya. Berdasarkan pemahaman saya, kesemua faktor yang disebutkan dalam artikel mampu menyumbang kepada konflik etnik antara etnik Uzbek dan Kyrgyz dan hanya berbeza pada kadar ia mempengaruhi kedua-dua etnik. Jika dilihat pada faktor pertama iaitu penggulingan kuasa, ianya jelas menunjukkan bahawa masyarakat di kawasan tersebut iaitu etnik Uzbek dan Kyrgyz sama-sama tidak meyakini pucuk pimpinan mereka. Hal ini pada pandangan saya telah melemahkan perpaduan dan struktur masyarakat itu sendiri. Menurut Modul Hubungan Etnik (2007), salah satu ciri-ciri utama masyarakat ialah mempunyai kepimpinan dan kedua-dua etnik ini mengalami kepincangan daripada ciri tersebut dan ini berupaya mencetuskan konflik. Peristiwa penggulingan kuasa ini juga telah meninggalkan ruang kosong dalam pentadbiran dan membawa kepada penubuhan pemerintahan kerajaan sementara yang dilihat tidak berupaya dalam menangani kesan daripada krisis penggulingan kuasa tersebut dan sekaligus kurang berjaya mengawal konflik etnik yang berlaku. Malah, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Otunbaveya telah menuduh Bakiyev sebagai dalang kepada rusuhan tersebut kerana ingin menimbulkan kekacauan di bawah pemerintahan kerajaan sementara. Hal ini pada 2

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

pandangan saya juga menampakkan kelemahan pada pihak kerajaan sementara dengan meletakkan beban punca masalah di bahu orang lain dan bukan memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan konflik tersebut. Saya berpendapat bahawa faktor ini dapat ditangani dengan memilih pucuk pimpinan yang berwibawa dan dipercayai oleh rakyat. Hal ini hanya dapat dicapai dengan menubuhkan kerajaan pilihan rakyat dan dapat direalisasikan melalui proses pilihanraya dan demokrasi. Hal ini dapat dilihat pada ketika usia pemerintahan presiden Amerika ke-43 (2001-2009) George W. Bush yang dilihat menjadi pemula kepada Perang Iraq pada tahun 2003 sebagai tindakbalasnya kepada peristiwa 11 September 2001. Majoriti penduduk dunia dan lebih khususnya penduduk Amerika sendiri membantah dasar Bush ketika itu yang mencari keamanan dengan peperangan dan pada waktu yang sama telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pucuk pimpinan negara mereka sendiri. tersebut kembali pulih sekaligus Kepercayaan rakyat negara percikan-percikan kecil

memadamkan

ketidakpuashatian rakyat kepada negara melalui pemilihan Barrack Obama dalam pilihanraya 2008 yang dilihat menjadi harapan baru rakyat ke arah negara yang lebih telus dan maju. Dengan wujudnya kepimpinan yang dipercayai rakyat, mereka akan menjadi lebih bersatu-padu dan bertindak atas satu pucuk pimpinan yang sama dan adil. Kewibawaan pemimpin akan melenyapkan terus atau sekurang-kurangnya melemahkan perasaan perkauman antara pelbagai etnik. Faktor kedua ialah faktor geografi yang mana lokasi terjadinya konflik ini iaitu Lembah Ferghana yang mengalami lebihan populasi. Hal ini seringkali mencetuskan konflik antara etnik yang melibatkan tanah yang terhad dan sumber air untuk pertanian dan kegunaan seharian (Bisig, 2002). Kedua-dua etnik ini sememangnya telah mempunyai masalah dan konflik dari awal dan hal ini sahaja boleh merebak daripada sekadar masalah-masalah kecil lain dan seterusnya menjadi satu penyebab konflik yang lebih kompleks.

3

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Pada pandangan saya, masalah perebutan sumber-sumber ini dapat diatasi dengan cara rundingan damai dan persepakatan. Dalam kajian oleh Md. Sabri dan Paeza, rundingan damai mengandungi elemen-elemen seperti berlaku pertikaian di antara dua pihak, campurtangan pihak ketiga yang bertindak secara sistematik sebagai pendamai, keperluan menyelesaikan secara sukarela tanpa sebarang unsur-unsur paksaan, dan persetujuan serta kesediaan kedua-dua pihak yang bertikai untuk berunding melalui rundingan damai. Semua pihak yang terbabit dalam perebutan sumber di Lembah Ferghana ini boleh melantik pihak ketiga dalam menyelesaikan pertikaian mereka. Sebagai contoh, proses rundingan antara Palestin dan Israel dalam masalah pertikaian keselamatan dan sempadan. Walaupun proses rundingan damai ini menghadapi halangan-halangan yang besar dan memakan masa yang panjang, ia dilihat sebagai langkah yang positif dan nyata lebih baik dari berlakunya rusuhan mahupun peperangan yang merugikan semua pihak. Faktor terakhir yang dinyatakan dalam artikel iaitu faktor sosial yang merangkumi penguasaan politik dan ekonomi. Faktor ini pada saya merupakan faktor utama yang mendahului dua faktor yang lain dan paling bepengaruh dalam mencetuskan konflik antara etnik terlibat. Kedua-dua etnik iaitu Uzbek dan Kyrgyz dilihat bersikap prejudis iaitu pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain dan ia tidak diluahkan secara terbuka. Hal ini ditunjukkan dengan jelas melalui artikel ini apabila kedua-dua pihak meluahkan bahawa mereka merasakan diri mereka ditindas sama ada dari segi politik mahupun perniagaan. Mereka kelihatan hidup secara harmoni dalam satu masyarakat tetapi pada masa yang sama mereka menyimpan prejudis antara satu sama lain. Perkara ini amat berbahaya dalam mana-mana masyarakat pelbagai etnik di seluruh dunia kerana tiada gejala yang jelas untuk ditangani kecuali apabila konflik yang mengorbankan nyawa benar-benar tercetus. Faktor yang hampir sama telah menyebabkan konflik etnik terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei. Peristiwa tersebut 4

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

bermula dengan prejudis sesama kaum diikuti dengan pencampuran isu politik dengan isu sensitif perkauman dan menghasilkan ramuan lengkap untuk mencetuskan konflik. (Zainal, 1992). Dalam kes ini, saya berpandangan bahawa ianya boleh diselesaikan dengan merangka satu pelan ekonomi yang mengambilkira semua etnik dalam sesebuah masyarakat yang bebas dari unsur berat sebelah dan memberi peluang sama rata untuk semua rakyat memajukan ekonomi masing-masing. Begitu juga dalam bidang politik. Isu-isu perkauman tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan politik. Seseorang pemimpin tidak sepatutnya dinilai dari etniknya malah patut dinilai dari kewibawaannya sebagai pemimpin. Sebagai satu contoh penyelesaian untuk faktor ini, saya melihat langkah penyelesaian Malaysia dalam kes yang hampir sama merupakan contoh terbaik yang boleh dikemukakan. Kerajaan Malaysia menghadapi peristiwa 13 Mei yang mempunyai sebab yang mirip kepada konflik etnik di Kyrgyztan dan pemerintah ketika itu amat resposif dalam mengatasi masalah tersebut dan mengelakkannya dari berulang. Merujuk kepada buku „ Malaysia : Warisan dan Perkembangan‟ tulisan Zainal Abidin, antara langkah utama yang dilaksanakan ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru yang mengurangkan ketidakseimbangan dalam semua bidang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Dalam bidang politik pula, Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri pasca peristiwa 13 Mei telah mengambil langkah menubuhkan Barisan Nasional yang mengabungkan parti-parti dari pelbagai kaum mahupun pegangan dalam mengelakkan persaingan politik yang keterlaluan dan mewujudkan perpaduan kebangsaan. Langkah ini dilihat memberi kesan positif dalam memadamkan unsur-unsur ketidakpuashatian antara etnik dan wajar dicontohi oleh negara Kyrgyzstan dalam menangani konflik yang mereka hadapi. Pihak berkuasa di Kyrgyzstan sememangnya telah melaksanakan langkah penyelesaian konflik mereka seperti melancarkan perintah berkurung dari pukul 6 petang sehingga pukul 8 malam untuk mengakang sebarang aktiviti yang berisiko.. 5

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Pada pandapat saya, langkah ini akan sememangnya akan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dan melahirkan kemanan sekali lagi tetapi kesannya hanyalah untuk jangka masa pendek. Tidak mustahil dalam tempoh kurang dari 10 tahun masalah yang sama akan berulang kerana punca akar bagi konflik ini tidak diselesaikan. Pucuk pimpinan seharusnya mengambil langkah yang asas tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan iaitu dengan merealisasikan konsep integrasi (Ting Chew Peh, 1987). Dalam kes etnik Uzbek dan Kyrgyz, konsep akomodasi merupakan yang paling sesuai untuk diterapkan kerana kedua-dua etnik ini sangat memegang teguh kepada budaya masing-masing. Akomodasi merupakan satu proses yang

menyebabkan sesebuah etnik saling menghormati dan mengenali norma dan nilai etnik lain dan pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya mereka sendiri (Modul Hubungan Etnik, 2007). Artikel ini turut menerangkan bahawa walau apapun faktornya, mahupun siapa yang mencetuskannya, pada akhirnya etnik Uzbek dilihat menjadi mangsa dalam konflik etnik ini. Hal ini diakui sendiri oleh individu dari etnik Kyrgyz dengan tidak mendedahkan identitinya. Pihak polis dan tentera Kyrgyz dilaporkan menyerang orang Uzbek yang tidak bersenjata dan turut membantu para penyerang Kyrgyz mengganggu orang Uzbek. Serangan juga hanya tertumpu di kawasan kediaman etnik Uzbek di mana rumah-rumah dan kedai-kedai mereka dibakar dan dimusnahkan. Menurut laporan dari Amnesty International yang bertajuk „ Masih Menunggu Keadilan‟, kedua-dua etnik yang telibat dalam rusuhan ini menanggung kerugian tetapi sebanyak 74 peratus orang yang dibunuh adalah dari etnik Uzbek. Pasukan keselamatan Kyrgyz juga didakwa mngenakan kekerasan berlebihan kepada tahanan Uzbek. Pasca rusuhan konflik etnik pula, mahkamah telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sekurang-kurangnya 27 orang dari etnik Uzbek. Menurut perspektif saya, kebanyakan pernyataan laporan dan berita telah menunjukkan dengan jelas bahawa konflik ini lebih berat sebelah kepada etnik Kyrgyz. Perkara ini saya dapati lazim berlaku kerana etnik Uzbek merupakan etnik

6

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

minoriti berbanding etnik Kyrgyz. Perkara yang mirip juga berlaku di seluruh dunia contohnya pada etnik Kurdish di Iraq, kaum Han di China, dan etnik Tutsi dan Hutu di Rwanda. Kesimpulannya, dalam sesebuah komuniti ataupun masyarakat yang berbilang etnik sikap positif mestilah sentiasa menundukkan sebarang perasaan negatif yang mampu menjurus kepada berlakunya sebarang konflik antara sesama etnik. Tidak dinafikan bahawa pencampuran beberapa etnik dalam satu penempatan pasti akan menimbulkan konflik, tetapi manjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat untuk menguruskan konflik-konflik yang timbul walaupun hanya percikan-percikan halus kerana tidak mustahil perkara yang kita anggap remeh akan menjadi puca kepada pertumpahan darah yang akan merugikan semua pihak. Persefahaman dan mengamalkan konsep integrasi secara akar umbi akan membantu dalam menyatupadukan walau seberapa banyak etnik mahupun pegangan yang berbeza demi kepentingan bersama. Jadikan perbezaan-perbezaan yang ada sebagai satu kelebihan dan bukannya kelemahan.

7

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

REFLEKSI Untuk tugasan Hubungan Etnik (WAJ 3106), tugasan diberikan dalam dua bahagian iaitu analisis artikel mengenai konflik etnik untuk individu dan tiga bahagian tugasan untuk berkumpulan iaitu peta minda mengenai konsep integrasi, penerangan mengenai faktor pemangkin dan penghalang integrasi nasional dari tahun 1957 sehingga tahun 1969. Saya telah memilih sebuah artikel mengenai konflik etnik di Kyrgyzstan. Cabaran saya dalam menyiapkan analisis ini ialah proses pemilihan artikel. Saya telah memilih satu jurnal mengenai konflik di Selatan Thailand dan malangnya artikel yang sama digunakan untuk rakan yang lain tidak boleh digunakan dalam tugasan saya. Saya mengalami kesukaran untuk mencari artikel yang lain kerana walaupun saya maklum bahawa terdapat banyak konflik etnik yang berlaku di seluruh dunia, tidak banyak yang didokumentasikan secara rasmi. Dengan bantuan rakan-rakan dan halangan yang ada, akhirnya saya dapat menemui artikel yang sesuai dan menyempurnakan analisis saya tepat pada waktunya. Dalam tugasan berkumpulan, kami telah membahagikannya kepada tiga orang ahli kumpulan kami supaya tugasan tersebut dapat disiapkan dengan lebih teratur dan cepat. Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tajuk faktor pemangkin dan penghalang integrasi nasional pada tahun 1957-1969. Kekangan utama untuk bahagian ini ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pemangkin integrasi nasional pada tahun yang terlibat kerana kebanyakan maklumat yang ada ialah faktor penghalangnya kerana kebanyakan artikel menumpukan kepada peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun tersebut. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak pengajaran dan ilmu baru sedikit sebanyak mengenai sejarah kita terutamanya yang berkaitan dengan hubungan etnik. Saya juga mempelajari bahawa betapa pentingnya untuk menjaga keseimbangan dan

8

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

hubungan etnik dalam sebuah negara yang majmuk demi keamanan dan kestabilan negara yang kita cintai ini. Secara keseluruhannya, saya telah berjaya mengatasi segala kekangan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan kerjasama, perbincangan dengan rakan, dan bimbingan yang optimum dari pensyarah pembimbing, Puan Yeoh Siok Tee. Tugasan ini telah mendalamkan penghayatan dan kefahaman saya dalam subjek Hubungan Etnik dan aplikasinya dalam kehidupan sebenar di negara yang berbilang kaum ini. Saya juga telah belajar untuk menganalisis sesebuah artikel secara ilmiah dengan rujukan-rujukan yang boleh dipercayai dan menulisnya dengan cara yang ringkas tetapi bermaklumat. Saya juga belajar untuk menyiapkan tugasan saya secara sistematik dan menguruskan masa dengan baik. Segala pengetahuan, pengalaman, dan pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini akan saya manfaatkan dengan baik dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan bakal guru yang kompeten di masa hadapan.

9

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

BIBLIOGRAFI Buku Adam, R. (2005). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Covey, Stephen R. (2004). The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Free Press. Ira Meilita [et.al]. (2009). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Mohd Syariefudin. M. K. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 10

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Zahid Emby. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia. Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zainal Abidin Ahmad, M. Z. (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna: Shah Alam. Artikel dalam Akhbar dari Sumber Eletronik Arkib. (2010, Jun 20). Pertempuran Etnik Cubaan Cetus Perang Dua Negara.Berita Harian Online. Retrieved February 2012 from http://www.bharian.com.my Arkib. (2012, Januari). Rundingan Israel-Palestin dalam Suasana Positif. Utusan Malaysia. Retrieved Februari 2012, from: http://www.utusan.com.my Stern, D. L. (2010, Jun 17). Kyrgyzstan: Surviving Ethnic Conflict. Globalpost. Retrieved February 2012, from: http://www.oecd.org/dataoecd/49/20/35114534.pdf

Artikel dari Sumber Elektronik Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. (2011). Pembangunan Ekonomi. Retrieved Februari 2012 from http://www.epu.gov.my/

11

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Tony Vaux, J. G. (2001, Julai). The Conflict, Security, and Development Group : Conflict Asessment Disturbing connections: Aid and Conflicts in Kyrzygstan Retrieved Februari 2012, from: http://peacedividendtrust.org/en/data/files/download/EIP_library/Analysis%20o f%20the%20Effects%20of%20Aid%20Flows/ConflictAssessment_Kyrgyzstan. pdf Bisig, N. (2002, Mac). Working With Conflicts in Kryrgyzstan.Retrieved February 2012, from http://www.oecd.org/dataoecd/49/20/35114534.pdf Michael Beschloss (2009). George W. Bush. Retrieved February 2012, from http://www.whitehouse.gov/about/presidents/georgewbush

“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT” Pengenalan Dalam membincangkan konsep pembinaan negara bangsa, istilah etnik sering diperkatakan dalam melahirkan sesuatu bangsa. Etnik sangat sinonim dengan istilah kaum yang merujuk kepada kaum-kaum tertentu dalam masyarakat majmuk (Mohd Syariefudin, 2009). Shamsul Amri (2011) mengelaskan etnik melalui perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

12

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Dalam melahirkan bangsa yang berkolaborasi secara penuh keharmonian dan perpaduan, persamaan kaum adalah tunjak utama yang perlu digapai. Namun, konflik etnik yang juga sering dierti sebagai persengketaan kaum pasti wujud kerana tidak ramai yang memahami makna sedalamnya persamaan kaum. Merujuk pandangan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam artikel Dilema Melayu (1970) yang diterjemahkan oleh Dr. Ibrahim Saad, persamaan kaum dirujuk sebagai nilai-nilai yang tertentu, dan nilai-nilai itu berbeza mengikut taraf yang diterima oleh sesuatu masyarakat. Untuk memahami makna persamaan kaum adalah penting mengetahui apakah nilai-nilai yang dibandingkan atau yang dijadikan ukuran. Ia akan menjadi lebih terang lagi jika nilai-nilai ini dibandingkan dengan nilai-nilai di negara-negara lain. Dalam membincangkan permasalahan dalam persamaan kaum ini, saya telah membuat analisis berkaitan konflik etnik yang berlaku di Amerika Syarikat merujuk kepada artikel Kertas Kerja Seminar Pembangunan dan Isu-isu Global (MTP 3012) yang membincangkan “Konflik Etnik dan Ras di Amerika Syarikat”. Secara abstraknya, konflik etnik yang tercetus di Amerika Syarikat wujud dari sifat diskriminasi dalaman yang tercetus antara kaum kulit hitam yang dikenali sebagai orang Negro dan kaum kulit putih. Diskriminasi dirujuk sebagai perlakuan membezakan-bezakan warna kulit, keturunan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Empat, 2005). Diskriminasi yang dibangkitkan kaum kulit putih ini telah membangkitkan semangat orang-orang Negro dalam mendapatkan kesamarataan hak mereka sebagai warganegara Amerika Syarikat. Bagi sebuah negara yang memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia, di Amerika Syarikat semua warganegara, tidak kira warna, kaum atau agama adalah sama di sisi undang-undang. Ini merujuk kepada Perlembangaan Amerika dalam Pindaan yang ke 13, 14 dan 15 yang menyatakan pemberian orangorang Negro status yang sama dengan warganegara lain di Amerika Syarikat. 13

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Jika dirujuk kembali sejarah awal kedatangan kaum kulit hitam terdapat dua faktor kedatangan mereka di Amerika Syarikat yang telah dinyatakan oleh ensiklopedia bebas, Wikipedia. Pada awalnya, kemasukan orang-orang Negro bermula melalui urusan sistem buruh untuk bekerja di ladang dan di rumah-rumah peneroka Amerika. Namun bermula pada tahun 1618, sistem perhambaan telah digantikan apabila koloni Inggeris pertama kali mendirikan penempatan di Virginia. Pergantian sistem perhambaan terhadap kaum kulit hitam ini telah mencetuskan Perang Saudara (1861-1865) yang disebabkan oleh penentangan dari wilayah yang mahukan perhambaan dilenyapkan terhadap kawasan yang mahukan perhambaan dikekalkan. Hasilnya, Amerika Syarikat telah mula sedar dan melalui era Pembentukan Semula. Akhirnya, pada 18 Disember 1865, Pindaan ke 13 dalam Perlembagaan Amerika telah diluluskan dan telah memansuhkan sistem

perhambaan yang telah mencetuskan isu di Amerika Syarikat secara undangundang. Selain jaminan terhadap kebebasan hamba abdi, rang Undang-undang Hak yang termaktub dalam Pindaan 14 dan 15 Perlembagaan Amerika iaitu yang menerangkan dengan lebih lanjut hak-hak warganegara telah memberikan kesamarataan hak terhadap kaum kulit hitam di Amerika Syarikat dan yang baiknya negeri-negeri selatan telah menerimanya. Oleh kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Amerika Syarikat dan mahkamah tertinggi mempunyai kuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan itu, maka undang-undang dan amalan diskriminasi dalam sesuatu negeri yang tertentu boleh dimansuhkan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Dengan lain-lain perkataan, kesamarataan hak dalam kaum di Amerika Syarikat tidak dapat dinafikan dari segi undang-undang.

14

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Ulasan Faktor Yang Mencetuskan Konflik Etnik, Kesan dan Penyelesaian Konflik Melalui analisa pembacaan yang telah dilakukan, saya membahagikan faktor yang telah mencetuskan konflik etnik yang terjadi kepada kaum kulit hitam di Amerika Syarikat kepada tiga sub utama iaitu diskriminasi sosial dan diskriminasi ekonomi daripada kaum kulit putih serta gerakan sosial yang dilakukan oleh kaum kulit hitam. Diskriminasi Sosial daripada Kaum Kulit Putih Permasalahan utama etnik yang berlaku adalah disebabkan kewujudan diskriminasi sosial terhadap kaum kulit hitam walaupun secara undang-undang yang sah, orang-orang Negro telah diberikan taraf kesamarataan hak dalam

Perlembagaan Amerika. Keadaan ini telah membawa kepada implikasi kewujudan satu penempatan yang dikenali sebagai ghetto iaitu kawasan pengasingan kaum. Roxbury di Boston merupakan salah satu bahagian bandaraya yang diduduki oleh kaum kulit hitam. Pada mulanya, kawasan ini adalah tempat tinggal biasa di kawasan yang terbuka kepada semua warganegara dan ia bukanlah dibina khas sebagai ghetto orang Negro, namun diskriminasi sosial yang wujud ini telah mendorong orang kulit putih untuk bertindak keluar secara senyap dari sesuatu kawasan di mana orang kulit hitam berpindah masuk. Perpindahan keluar orang kulit putih yang lebih kaya dari orang kulit hitam telah menjadikan bangunan-bangunan yang ditinggalkan tersebut mengalami penurunan harga dan orang kulit hitam yang miskin akan masuk menetap di kawasan tersebut. Kesannya, kawasan bandar tersebut kemudian menjadi kawasan meleset Negro. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak harus berlaku kerana kaum kulit hitam telah diberikan taraf kesamarataan hak yang sama di Amerika Syarikat dan ini secara jelasnya telah termaktub dalam Perkara 2 Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman 15

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain (SUHAKAM, 2005). Malah kewujudan penempatan “ghetto” telah membuktikan bahawa wujudnya jurang antara kaum kulit hitam dan kaum kulit putih di Amerika Syarikat iaitu pengagihan kawasan untuk suatu kaum dari sudut status bergolongan berada dan golongan miskin. Oleh kerana Amerika Syarikat adalah sebuah negara demokrasi dan memperjuangkan segala bentuk kebebasan termasuklah kebebasan memilih penempatan, dapat saya rumuskan bahawa banyak pihak merasakan permasalahan sosial yang melibatkan kawasan “ghetto” adalah suatu yang normal dan tidak menjadi suatu kesalahan dari segi undang-undang. Saya sangat pasti kandungan dalam Perkara 13 Hak Asasi Manusia Sejagat (Setiap orang diberi kebebasan dari segi penempatan sama ada dalam negara atau berpindah ke negara lain dan kembali semula ke negaranya) telah menjadi pegangan kepada kaum kulit putih sehingga bertindak mewujudkan diskriminasi sosial terhadap orang-orang Negro. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, kerajaan telah melaksanakan “Civil Right Act” undang-undang sivil yang menghapuskan segregasi iaitu pengasingan atau pemencilan antara satu kelompok dengan kelompok yang lainnya dari aspek sosial (Kamus Dewan Edisi Empat, 2005) dan diskriminasi. Selain itu, undangundang perumahan yang adil “Fair Housing” iaitu undang-undang yang

menghapuskan kawasan pengasingan kaum serta transaksi-transaksi perumahan juga dilaksanakan. Namun, pelaksanaan ini kurang praktik kerana telah banyak menimbulkan masalah serta mendapat penentangan yang kuat dari kaum kulit putih. Pada pendapat saya, penyusunan semula etnik antara semua kaum di Amerika Syarikat haruslah dilaksanakan. Saya sangat bersetuju dengan pendekatan yang telah diambil oleh Malaysia bagi penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat utama dalam mencapai perpaduan negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah termasuk antara kawasan wilayah yang sama dengan strategi 16

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

utamanya adalah membasmi kemiskinan. Pendekatan ini pada pendapat saya amat sesuai untuk dilaksanakan kerana ia sangat bertepatan dengan masalah kemiskinan yang dihadapi oleh kaum kulit hitam di kawasan “ghetto”. Dalam mencapai integrasi nasional yang melibatkan semua kaum, pembasmian kemiskinan merupakan perkara asas yang perlu dititik beratkan oleh semua pemerintah. Ranjit Singh Malhi (2006) dalam mengulas berkaitan pergaduhan etnik iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah terjadi di Malaysia ada menyatakan satu perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Diskriminasi Ekonomi daripada Kaum Kulit Putih Selain pemulauan sosial yang berlaku kepada kaum kulit hitam, mereka juga berhadapan dengan pemulauan ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya kedudukan yang tidak seimbang antara kaum di Amerika Syarikat. Orang-orang Negro dikatakan lebih inferior, tidak cerdas, tidak berupaya mengetahui tentang nilai wang, tidak berupaya memperolehi kemahiran dan tidak dapat membuat penyesuaian kepada cara-cara dan idea-idea baru, tidak ada orang yang mahu mengambil mereka bekerja kecuali jika sudah terpaksa. Dalam lain-lain perkataan yang dapat saya rungkaikan adalah dalam jangka panjang adalah lebih murah untuk mengambil orang-orang kulit putih bekerja sebab daya kerja mereka adalah lebih baik dan taraf kerja mereka lebih tinggi. Dan memandangkan tiada berkemungkinan dalam kekurangan pekerja-pekerja kulit putih dalam apa bidang pun maka keperluan untuk mengambil orang-orang kulit hitam adalah kecil. Rumusnya, saya dapat simpulkan bahawa jika orang-orang Negro kini ketinggalan dalam kemahiran dan kecekapan, ini adalah kerana mereka disingkirkan secara sosial dan ekonomi sejak beberapa generasi. Generasi orang kulit putih telah maju mengikut masa, mengubah cara hidup mereka, mendapat pelajaran yang sesuai dan memperolehi kemahiran kemahiran yang baru ketika Amerika Syarikat bergerak dari ekonomi pertanian ke 17 ekonomi perindustrian yang lebih

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

memberangsangkan. Apabila jurang antara orang-orang Negro dengan orang orang kulit putih bertambah besar, maka orang-orang Negro mula bersikap tidak apa dan dengan itu menjadikan mereka semakin tidak mahu menyesuaikan diri dan mengurangkan jurang perbezaan tadi. Sikap tidak apa dan apa yang dianggap pada zahirnya sebagai tiada keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan diri itu kini dijadikan sebagai satu sebab untuk mengasingkan orang-orang Negro dari segi ekonomi dan dengan itu semakin berterusan dan semakin meluaslah lagi jurang perbezaan mereka dengan orang-orang kulit putih. Dalam permasalahan ini, kerajaan Amerika sedar akan tanggungjawabnya untuk menolong orang-orang Negro mengurangkan jurang ini dan berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan serta berbagai projek dan rancangan baru telah dimulakan untuk memberi peluang kepada orang-orang Negro mendapat jenis latihan yang perlu untuk menyesuaikan mereka kepada corak kemewahan ekonomi Amerika. Namun, melalui pembacaan dan pemerhatian saya, segala usaha-usaha Kerajaan ini kurang berhasil kerana wujudnya rakyat Amerika sendiri secara keseluruhannya masih tidak berhenti daripada mendiskriminasikan orang-orang Negro. Oleh itu saya berpendapat apa yang mustahak adalah satu peruntukan khas haruslah diadakan bagi kaum kulit hitam dalam masa permulaan penyesuaian ini. Apa yang diperlukan bukanlah hanya semata-mata layanan yang sama tetapi satu usaha yang besar untuk memulihkan kedudukan kaum kulit hitam ini serta penghapusan prasangka dan diskriminasi dalam diri kaum kulit putih terhadap oramg-orang Negro. Gerakan Sosial Yang Dilakukan Oleh Kaum Kulit Hitam Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kesedaran yang tinggi dalam kaum kulit hitam dalam hal ini telah mencetuskan pelbagai bentuk perjuangan bagi mendapatkan hak-hak mereka. Antara gerakan sosial yang terjadi adalah rusuhan kaum pada tahun 1992 18

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

yang tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh dua orang anggota polis kaum kulit putih, pengaruh fenomena “Hate Crime” (jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta bendanya) melalui kes pembunuhan James Byrd Jr. serta pengaruh media penyebaran dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson. Dari penjelasan di atas, saya dapat simpulkan bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan, namun hubungan antara etnik masih begitu rapuh dan peristiwa-peristiwa tersebut membuktikan bahawa perjuangan-perjuangan yang pernah terjadi dalam

mendapatkan persamaan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam seperti yang diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King masih belum cukup untuk menghapuskan diskriminasi daripada kaum kulit putih. Kebijaksanaan dan sikap tidak mudah putus asa yang diambil oleh orangorang Negro dalam menyuarakan ketidakpuasan hati dan melahirkan tanda protes terhadap layanan yang diterima telah membuka mata kerajaan agar tidak hanya berdiam diri dan mendorong mereka mencari penyelesaian yang terbaik agar gerakan sosial yang berlaku tidak akan berterusan mencetuskan konflik demi konflik dalam negara sehingga boleh menjamin kestabilan dan keamanan Amerika Syarikat. Pada pendapat saya sendiri, dalam menyelesaikan masalah ini, kerajaan hendaklah melakukan perubahan drastik dalam dua aspek utama iaitu dari segi politik dan pembangunan bidang pendidikan kepada kaum kulit hitam. Penjelasan ini telah dibuktikan melalui tindakan pelaksanaan “Voting Right Act”, “Selective Service Art” dan “Affirmatif Act”. “Voting Right Act” dan “Selective Service Art” merupakan dua undang-undang baru yang membuka peluang untuk kaum kulit hitam terutamanya melibatkan diri dalam bidang polotik dan pentadbiran serta kebebasan dan pemberian hak untuk mengundi. Manakala status pendidikan yang sama taraf pula diberikan melalui 19

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

pelaksanaan “Affirmatif Act”. Walaupun undang-undang yang dilaksanakan ini kurang mendapatkan persetujuan daripada kaum kulit putih atas dasar berlaku ketidak adilan terhadap hak prioriti mereka ke atas Amerika Syarikat, namun kehadiran undang-undang ini memberi sinar kepada orang-orang Negro yang hak mereka telah diperakui oleh kerajaan secara sah. Secara keseluruhan, dapat saya rumuskan bahawa walaupun terdapat penentangan pada awal perubahan sepenuhnya peraturan “Separate but Equal” menjadi “Equality” bagi Amerika Syarikat terutamanya bagi kaum kulit putih yang masih wujud diskriminasi dan prasangka terhadap kaum kulit hitam dan pelaksanaan undang-undang ini pula umpama memberi peluang kebebasan hak kepada kaum kulit hitam. Namun, sedikit demi sedikit, kebijaksanaan kerajaan dalam pelaksanaan undang-undang tersebut telah menampakkan kejayaan dalam mengubah sikap orang-orang kulit putih yang biasa iaitu mengamalkan diskriminasi dan menganggap diri mereka superior dan eksklusif kepada kaum yang berfahaman liberal. Apabila ini berlaku, maka barulah persamaan kaum yang tulen akan terlaksana menjadi kenyataan dan membawa kepada pembentukan evolusi pembinaan negara bangsa yang gemilang. Kesimpulan Konflik etnik yang berlaku terhadap kaum kulit hitam di Amerika Syarikat ini membuktikan bahawa persamaan di sisi undang undang adalah tidak mencukupi. Persamaan bermakna berkongsi dalam segala perkara, termasuk perkara-perkara yang baik dalam hidup dan juga tanggungjawab. Perkongsian yang adil dalam menikmati kehidupan yang sempurna tidak seharusnya menjadi hasrat kerajaan sahaja, ia mestilah juga menjadi hasrat atau cita-cita rakyat keseluruhannya. Dan hasrat atau cita-cita itu hendaklah dibuktikan dengan amalan. Kerajaan dan orangorang Amerika berikrar kepada seluruh dunia bahawa mereka tidak mempunyai tujuan untuk menganggap orang-orang Negro sebagai warga negara yang inferior. 20

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

REFLEKSI

21

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Pertamanya, segala kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana dapat menyempurnakan tugasan pada kali ini dengan masa yang telah ditetapkan. Tugasan Hubungan Etnik (WAJ 3106) ini memberi peluang dan pendedahan untuk saya dan rakan sekumpulan memahami konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Selain mendapat pendedahan mengenai hubungan etnik di Malaysia, kami juga dapat menjana pengetahuan mengenai hubungan etnik yang terdapat di luar negara. Tugasan WAJ 3106 ini telah dibahagikan kepada dua sub tugasan iaitu secara individu dan berkumpulan. Tugasan secara individu memerlukan saya membuat ulasan artikel berkaitan konflik etnik yang berlaku di luar negara. Selepas melakukan carian di akhbar, majalah dan jurnal, saya telah berminat untuk membuat analisis konflik etnik yang berlaku di Amerika Syarikat dengan merujuk kepada artikel Kertas Kerja Seminar Pembangunan dan Isu-isu Global (MTP 3012) yang membincangkan “Konflik Etnik dan Ras di Amerika Syarikat”. Permasalahan etnik yang berlaku ini telah dapat membuka mata dan pemikiran saya terhadap pembinaan sebuah negara bangsa yang mantap dan unggul tidaklah sesenang yang kita gambarkan, malah banyak pengorbanan dan toleransi yang perlu dilalui sebelum mengecapi sesuatu kebahagiaan dan keamanan serta kestabilan sementelah negara bangsa yang ingin dibangunkan didiami oleh kepelbagaian masyarakat yang berbeza kaum, etnik, bangsa, agama, bahasa, fahaman, pemikiran dan pegangan hidup. Namun, kekurangan dalam tugasan ini adalah kekurangan maklumat yang tulen dan sah berkaitan konflik etnik di luar negara. Hal ini boleh menyebabkan keterpesongan dan penyelewengan terhadap fakta berkaitan konflik etnik yang sebenar-benarnya berlaku di negara terbabit. Oleh itu, seharusnya pengkaji-kaji dalam bidang sejarah, sosial dan politik perlulah melakukan perubahan dalam perkongsian data dan maklumat hasil kajian yang telah dijalankan dengan lebih terbuka untuk memberi kemudahan interaksi maklumat yang tepat dalam masyarakat kita sendiri terutamanya. 22

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Seterusnya bagi tugasan secara berkumpulan, saya dan rakan sekumpulan hendaklah menyempurnakan tiga tugasan yang melibatkan konsep integrasi dan perpaduan, unsur-unsur integrasi, faktor-faktor pemangkin dan penghalang kepada perpaduan kaum dan integrasi nasional serta dasar dan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Tugasan ini sangat bermakna untuk kami kerana melalui pembacaan dan kajian yang dilaksanakan sepanjang menyiapkan tugasan ini membantu kami dalam memahami Malaysia secara keseluruhan meliputi aspek susur galur pembangunan Malaysia dari sebelum Merdeka sehingga ke proses modenisasi hari ini. Tugasan ini membangkitkan perasaan bangga saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia. Kesimpulannya, tugasan yang diberikan memberikan kami seribu satu pengalaman serta pengetahuan yang berharga dan mungkin tidak dapat dicari di mana-mana. Terima kasih.

23

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

BIBLIOGRAFI Buku Adam, R. (2005). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Covey, Stephen R. (2004). The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Free Press. Ira Meilita [et.al]. (2009). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Mohd Syariefudin. M. K. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

24

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Zahid Emby. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia. Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zainal Abidin Ahmad, M. Z. (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna: Shah Alam. Artikel Seminar dari Sumber Elektronik Konflik Etnik dan Ras. Kertas Kerja Seminar Pembangunan dan Isu-isu Global (MTP 3012). Retrieved Februari 2012 from http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Modul dari Sumber Elektronik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). (2005). Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Retrieved Februari 2012 from http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10408&folderI d=24703&name=DLFE-1904.pdf

Artikel dari Sumber Eletronik Institut Peradaban Melayu. (2009). Pengertian Persamaan Kaum: Terjemahan Dilema Melayu: Mahathir Mohamad 1970. Retrieved Februari 2012 from http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=326% 3A5-pengertian-persamaan-kaum&catid=39%3Areviu-buku&Itemid=71 25

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

FOMCA. (2010). Hak Asasi Manusia. Retrieved Februari 2012 from http://www.fomca.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-asasimanusia/apa-itu-hak-asasi-manusia

KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI KONFLIK ETNIK DI SRI LANKA Apakah itu konflik etnik? Perkataan konflik itu sendiri telah membawa satu makna yang negatif dan mampu memberi kesan buruk tidak kira terhadap individu mahupun masyarakat dan juga Negara. Etnik merupakan satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik bolehlah didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam , termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan juga kegiatan ekonomi. Etnik tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Konflik etnik dapatlah didefinisikan sebagai persaingan yang berlaku antara satu kelompok etnik dengan kelompok etnik yang lain. Selanjutnya etnik dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu etnik majoriti dan juga etnik minoriti. Seperti yang berlaku di Sri Lanka dimana Rakyat Etnik Tamil 26

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

yang menganuti agama hindu dan sebahagiannya menganuti agama Islam yang dikenalis sebagai Muslim Sri Lanka merupakan minoriti iaitu 18 peratus berbanding kumpulan 74 peratus Rakyat Sri Lanka yang majoritinya merupakan Etnik Singhala yang menganuti agama Buddha. Etnik singhala yang merupakan etnik majoriti atau lebih dikenali sebagai kumpulan dominan mempunyai kawalan terhadap kuasa dan mendominasi dari segi saiz kumpulan dalam sesebuah konteks, manakala etnik minoriti pula iaitu etnik Tamil tidak memiliki kedua-dua kawalan tersebut . Perkataan „minoriti‟ itu sendiri melambangkan kategori manusia yang mempunyai bilangan ahli yang sedikit dalam populasi yang lebih besar menyebabkan kumpulan minoriti ini sering di abaikan . Persaingan sememangnya antara etnik dalam Ini kerana merebut setiap peluang-peluang yang ada

wujud.

kumpulan etnik memperjuangkan

kepentingan masing-masing dengan gelagat tertentu. Selalu ditimbulkan persaingan dibimbangi akan menimbulkan konflik etnik yang memusnahkan. Ada pihak yang begitu takut kesan-kesan negatif persaingan kepentingan antara etnik. masing-masing Hakikatnya berterusan.

persaingan etnik dalam

mengekalkan

Seperti yang berlaku di Sri Lanka dimana semasa pemerintahan Inggeris, Etnik Tamil menjadi lapisan masyarakat yang diistimewakan oleh pemerintah ketika itu. Mereka telah diberi pekerjaan di kebun, diberi pendidikan kepada kanak-kanak juga meraka telah dilatih melakukan kerja-kerja pejabat untuk diserap masuk ke dalam sistem pentadbiran Inggeris di Sri Lanka. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada Etnik Singhala yang merupakan majoriti rakyat sri lanka. Mereka berpendapat bahawa mereka sepatutnya menerima dan menikmati faedah yang lebih daripada etnik tamil. Namun sejak kemerdekaan dari pihak inggeris pada tahun 1948 telah mengubah Sri Lanka menjadi satu Negara baru yang telah didominasi oleh etnik Singhala kumpulan majoriti di sana. Ini telah mengubah situasi Sri Lanka dimana sistem pemerintahannya telah diambil alih oleh etnik Sighala. Ini sekaligus 27

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

menjadikan etnik Singhala sebagai identiti tunggal bangsa Sri Lanka. Penguasaan etnik Sighala terhadap Sri Lanka ini sedikit sebanyak telah membawa pelbagai kesan terhadap etnik Tamil yang merupakan kumpulan minoriti di situ. Sistem pendidikan yang dahulunya di utamakan kepada etnik Tamil oleh pemerintah Inggeris kini telah diperuntukkan kepada warga etnik Sighala. Ini sekaligus telah menutup jalan kepada etnik Tamil untuk menerima ilmu pendidikan. Akibatnya mereka ketinggalan dalam apa jua perkembangangan dunia pendidikan. Anak-anak etnik Tamil juga tidak dapat menerima pendidikan dengan sempurna. Tidak cukup sahaja dengan penguasaan pendidikan etnik Sighala juga telah mendominasi pekerjaan-pekerjaan dan mereka juga telah memenuhi jawatan-jawatan dalam sistem pemerintahan. Ini telah menutup peluang warga etnik Tamil untuk masuk ke dalam sistem pemerintahan Sri Lanka. Kesannya keistimeawaan dan kepentingan pihak etnik Sighala dapat dijaga dan di utamakan berbanding etnik lain. Bagi etnik Sighala mereka layak menerima keistimewaan-keistiwaan ini kerana mereka merupakan etnik majoriti Sri Lanka. Pemerintahan Sri Lanka menjadikan identiti Sighala sebagai pihak tertindas selama pemerintahan Inggeris dilupuskan. Golongan elit parti politik Etnik Sighala iaitu Sri Lanka Freedom Party (SFLP) bertanggungjawab untuk mengangkat martabat etnik Sighala dan seterusnya menjadikan sighala sebagai identiti Sri Lanka. Kesannya pula dirasai terutamanya bagi golongan Etnik Tamil. Mereka

telah di abaikan secara besar-besaran tiada keistimewaan atau kemudahan yang diberikan kepada golongan ini kerana penguasaan Etnik Sighala telah menghalang golongan etnik ini daripada mendapat keistimewaan tersebut. Hakikat golongan ini menerima tekanan sebagai mangsa prejudis dan diskriminasi pihak-pihak tertentu dalam menjalani kehidupan seharian. Hasil pendiskriminasian ini menyebabkan

etnik tamil mengambil tindakan dengan menubuhkan satu badan pertubuhan iaitu Harimau Tamil Eelam (LTTE). Pergerakan ini telah membawa satu misi iaitu mendirikan Negara tamil Eelam, di wilayah Sri Lanka dibahagian utara timur. 28

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Hasil ringkasan diatas, beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada konflik etnik ini berlaku dapat dikenalpasti. Faktor yang pertama ialah kelainan etnik dan budaya telah membawa kepada salah faham dan menimbulkan semangat perkauman etnik di Sri Lanka. Faktor yang kedua persaingan antara etnik telah menimbulkan pendiskriminasian terhadap etnik yang lebih lemah iaitu Etnik Tamil tidak mendapat peluang pekerjaan sama seperti etnik Sighala telah meningkatkan kadar kemiskinan etnik Tamil. Faktor yang ketiga ialah penguasaan etnik Sighala telah menutup hak kebebasan bersuara bagi pihak etnik Tamil. Faktor yang keempat ialah etnik Sighala dan etnik tamil telah mewujudkan jurang antara mereka yang menyebabkan konflik etnik berlaku. Faktor yang kelima pula ialah penukaran sistem pemerintahan oleh parti politik telah mewujudkan ketidakadilan dalam sistem pendidikan kepada golongan minoriti. Dan akhir skali ialah faktor politik yang tidak adil dan mementingkan etnik sendiri seperti yang dilakukan etnik Sighala. Berikut merupakan langkah penyelesaian kepada konflik etnik yang berlaku di Sri Lanka. Pada pandangan saya langkah pertama yang dapat dilakukan ialah penyatuan budaya atau lebih dikenali sebagai multiculture. Perkataan multiculture ini membawa maksud kepelbagaian budaya yang teradun didalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sememangnya multiculture ini wujud di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat pada hari ini dan membolehkan penyatuan dilakukan. Dengan penyatuan ini, pelbagai bangsa dapat hidup bersama dan sama-sama berinteraksi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian walaupun pada zahirnya mereka berbeza dari segi ras dan keturunan. Contohnya masyarakat Amerika Syarikat hari ini kita boleh melihat pelbagai, etnik yang wujud seperti, Hisponic, Natherland, Indian, Cina, dan sebagainya yang telah bersasimilasi di kalangan penduduk di Amerika Syarikat yang telah membentuk budaya yang tersendiri. Selain itu, saya percaya rakyat Sri Lanka perlu menghormati budaya serta agama antara satu sama lain. Contohnya di Malaysia, bila British menjajah, mereka 29

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

memberi ruang kepada kaum Cina masuk ke negara ini untuk mengusahakan lombong bijih timah dan kaum India untuk bekerja di estet. Mereka masuk ke sesebuah negara itu bersama adat, budaya dan agama masing-masing. British membawa agama Kristian, Cina dengan kepercayaan Taoisme atau Buddha, manakala orang India dengan Hindu. Penghormatan kepada setiap agama menjadi penting kerana ia adalah satu elemen yang boleh menyebabkan pertelingkahan sekiranya isu yang membabitkan agama tidak diberi perhatian. Setiap kaum mestilah menghormati agama kaum lain, walaupun negara itu mempunyai agama rasminya sendiri. Disebabkan setiap kaum beramal mengikut kepercayaan kepada agama masing-masing, mereka menerima hakikat hidup dalam sebuah negara yang mempunyai perbezaan kepercayaan agama yang sangat ketara. Mereka bukan saja berbeza dari segi warna kulit dan bangsa, tetapi juga kepercayaan beragama. Agama adalah isu yang dianggap paling sensitif kerana ia mudah menjadi punca perbalahan sesama rakyat dan jika membabitkan negara, boleh mencetuskan peperangan. Saya juga dapat melihat bahawa kemiskinan merupakan suatu fenomena yang dihadapi oleh setiap negara, samada di negara-negara utara mahupun negaranegara selatan. Hairi (1984) menerangkan definisi kemiskinan sebagai

ketidakmampuan memenuhi keperluan hidup yang asas seperti pakaian, makanan dan tempat berlindung. Kemiskinan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya pertelingkahan etnik di dalam sesebuah negara akibat dari ketidakpuashatian berkenaan proses pengagihan kekayaan negara kepada rakyat. Kemiskinan juga telah menjadi punca kepada tercetusnya konflik di Sri Lanka bilamana dominasi etnik Sighala di dalam politik negara telah menyebabkan kawasan selatan negara tersebut yang didiami oleh etnik Tamil telah mengalami keciciran di dalam proses pembangunan dan ia telah membuahkan kemunculan pergerakan pemisah Liberation Tigers Of Tamil Ellam (LTTE)..Di antara langkahlangkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira

30

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu. Selain itu, saya berpendapat kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara harus di wujudkan dalam sesebuah perlembagaan negara . Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat. Bekas Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt ketika mengemukakan empat perkara dalam gagasan kebebasan menegaskan bahawa, ”Hak pertama ialah kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat di mana saja mereka berada di dalam dunia ini”. Inilah yang berlaku di negara British dan juga United Kingdom dimana mereka juga mendapat hak bersuara. Oleh itu, rakyat Sri Lanka juga perlu mendapat hak kebebasan bersuara agar mereka dapat memelihara kepentingan etnik masing-masing. Saya juga berpendapat bahawa, kerajaan dan rakyat Sri Lanka harus

mengurangkan perbezaan antara kaum. Garis pemisah antara kaum sedaya upaya harus dikecilkan. Perbezaan dari segala segi ini seharusnya dikurangkan. Bahkan mereka harus cari titik persamaan yang lebih banyak antara etnik Sighala dan Tamil. Dengan adanya persamaan yang banyak, bangsa yang bersatu dapat di bentuk. Dalam menjana usaha ini, mentaliti dan sikap perkauman yang sempit juga harus diubah.. Justeru, seperti yang dinyatakan tadi, rakyat Sri Lanka harus mencari persamaan itu sebanyaknya dan mengurangkan perbezaan antara mereka sebolehnya. Contohnya pendekatan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib adalah 31

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

penyelesaian jangka panjang bagi membina perpaduan yang jitu di Malaysia yang boleh di contohi negara Sri Lanka. Pada pandangan saya, sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat. Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan . Pendidikan merupakan asas penting kepada masa hadapan yang cemerlang bagi setiap kanak-kanak. Peluang untuk belajar dan memperolehi manfaat daripada pembangunan merupakan hak setiap kanak-kanak, tanpa mengira jantina, bangsa, latar belakang kewangan, kecacatan, kerakyatan. Hanya apabila setiap kanak-kanak mampu membaca dan menulis, dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan menjamin pembangunan kemanusian dalam semua komuniti. Contoh terbaik dapat dilihat di Jepun. Sistem pendidikan di Jepun mewajibkan kanak-kanak untuk mempelajari ilmu dan bersekolah dari usia enam hingga 12 tahun (peringkat sekolah rendah) dan 13 hingga 15 tahun (peringkat sekolah menengah rendah). Keinginan ibubapa untuk anaknya berjaya di sekolah amat ketara sekali, sehingga mereka dikenali sebagai Kyoiku Mama, yang bermaksud ibu pendidikan. Akhir sekali saya berasa bahawa sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik. Justeru, aktor-aktor politik 32

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

perkauman ini harus berhati-hati dalam segala tindakan mereka. Bahkan mereka harus mengurangkan agenda-agenda perjuangan perkauman mereka yang tidak terlalu mendesak dan memfokuskan usaha untuk memastikan integrasi rakyat Sri Lanka akan tercapai. Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku. Oleh kerana itu faktorfaktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .

33

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

REFLEKSI Pada kerja kursus kali ini, saya dikehendaki membuat tugasan tentang konflik etnik , konsep perpaduan dan integrasi, faktor-faktor pemangkin dan penghalang proses integrasi dan laporan kronologi perpaduan nasional kerajaan Malaysia untuk

menjamin kestabilan negara. Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya mencari pelbagai maklumat serta informasi tentang konsep-konsep tersebut melalui sumber daripada buku dan internet. Pelbagai pengalaman yang dilalui untuk menyiapkan kerja kursus ini. Untuk menghasilkan kerja kursus yang baik saya perlu mendalami ilmu-imu tentang perpaduan dan integrasi. Saya jugak perlu betul-betul memahami konsep yang ditekankan dalam hubungan etnik ini . 34

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Semasa menyiapkan kerja kursus ini pelbagai ilmu telah saya perolehi. Dahulunya saya tidak tahu bahawa pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjamin kestabilan serta keharmonian negara. Kini saya sedar adalah penting bagi saya untuk menjaga serta menghormati hubungan etnik antara kaum melayu , cina dan india di negara ini supaya keharmonian negara dapat terus dijaga serta di pelihara. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana dapat hidup dinegara yang aman serta terhindar daripada keganasan kaum. Semasa menelaah artikel konflik etnik yang berlaku di Sri Lanka, saya mula menyedari bahawa tidak semua rakyat mendapat hak yang sepatutnya di berikan. Perkara ini terjadi kerana berlakunya banyak diskriminasi serta ketidakadilan dalam mendapat hak individu mahupun hak masyarakat. Pada pendapat saya, mereka seharusnya menilai kembali sifat-sifat kemanusiaan yang telah hilang dalam diri mereka sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi antara satu sama lain. Mereka juga harus saling bersatu padu serta tidak mementingkan diri serta kaum etnik sendiri agar keamanan dapat dibentuk di negera meraka. Selain itu, saya juga mendapat pelbagai info tentang sejarah serta perlembagaan negara yang telah banyak berjasa dan berjaya membentuk sebuah negara Malaysia yang maju , aman serta makmur. Saya juga dapat memperbaiki kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Saya telah belajar membuat peta minda menggunakan microsoft ppt dan lain-lain lagi. Saya juga telah belajar bagaimana untuk menghasilkan ulasan dengan cara yang betul dan lebih tersusun. Semua kemahiran ini amat berguna untuk saya pada masa kini mahupun pada masa hadapan. Kerja kursus ini benar-benar membari banyak

pengalaman serta informasi kepada saya. Sekian terima kasih.

35

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

BIBLIOGRAFI Buku Adam, R. (2005). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 36

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Covey, Stephen R. (2004). The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Free Press. Ira Meilita [et.al]. (2009). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Mohd Syariefudin. M. K. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Zahid Emby. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia. Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zainal Abidin Ahmad, M. Z. (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna: Shah Alam. Artikel dari Laman Web

37

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Kamaludin, N. A. (2010). Lite Benci Penduduk Islam Sri Lanka. Retrieved Februari 20, 2012, from Malaysian Relief Agency: http://www.mra.my/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=22:ke ratanakhbar&catid=12:keratanakhbar&Itemid=19 Mahmud, Z. (2009, Mac 19). Selesaikan Konflik Sri Lanka Secara Islam Hadhari. Retrieved Februari 20, 2012, from Ummatan Wasatan.Net: http://ummatanwasatan.net/2009/03/selesaikan-konflik-sri-lanka-secara-islamhadhari/ Rais, A. H. (2009, Mei 25). Mengakhiri Konflik Etnis Di Sri Lanka. Retrieved Februari 20, 2012, from Suara Merdeka: http://suaramerdeka.com/v1/index.php/read/cetak/2009/05/25/64878/Mengak Kita Tak Prihatin N asib Pelarian Umat Islam Di Sri Lanka. (n.d.). Retrieved Februari 21, 2012, from Tranung Kite Online: http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=print&sid=797 Penculikan Di Sri Lanka Masih Terjadi. (2012, Mei 5). Retrieved Februari 21, 2012, from Klik Head: http://www.klikheadline.com/in/berita/berita.asp?id=news226201223103pygm z45awur5bv921254090 Sri Lanka: Menumpas Macan Tamil Disebut Kejahatan Perang? Itu Propaganda. (2011, Oktober 28). Retrieved Februari 22, 2012, from Repblika.Coid: http://www.republika.co.id/berita/internasional/global/11/10/28/ltqyop-srilanka-menumpas-macan-tamil-disebut-kejahatan-perang-itu-propaganda

Akhbar Online

38

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012.

Pandian, S. (2005). Kemenangan Rajapakse Lambatkan Proses Damai. Utusan Online. Tanti, F. (2010). PBB Serukan Penyelidikan Konflik Sri Lanka. Waspada Online .

39

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->