You are on page 1of 10

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /1

Latar Belakang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada waktu itu, Mufti Wilayah Persekutuan menjadi ketua kepada bahagian tersebut yang dikenali sebagai Bahagian Istinbat. Pada 1 Oktober 1998, ia telah diasingkan daripada struktur JAWI berikutan penyusunan semula struktur Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Operasi. Pada peringkat awal operasinya, pejabat ini hanya terdiri daripada 6 orang anggota sahaja yang dipindahkan daripada Bahagian Istinbat JAWI termasuk pegawai dan kakitangan. Mulai tahun 2000, semua urusan pentadbiran dan kewangan pejabat diuruskan sepenuhnya oleh pejabat ini dengan mendapat waran peruntukan mengurus daripada Jabatan Perdana Menteri. Pada 3 Mac 2004, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Labuan telah ditubuhkan. Pejabat Mufti cawangan Labuan beroperasi di Bangunan Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan. Objektif 1. Memandu umat islam ke arah memahami dan menghayati syariah berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 2. Melahirkan sebuah masyarakat islam yang beriman dan beramal soleh. Visi 1. "Menjadikan sebuah institusi fatwa yang berwibawa, efisien dan sistematik dalam menyelesaikan masalah masyarakat Islam Wilayah Persekutuan merangkumi aspek akidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi, kewangan dan hukum semasa." Misi 1. Menyediakan jawapan yang bernas dan tepat bagi setiap persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat awam beragama Islam.

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /2

2. Menghidupkan budaya ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti majlis dialog dengan tokoh ilmuan, bengkel-bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan. 3. Mewujudkan rangkaian perhubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi fatwa dan institusi lain yang berkaitan di dalam atau luar negara. 4. Menyebarkan maklumat dan kefahaman Islam yang jelas melalui saluran media cetak dan elektronik serta talian komunikasi. Fungsi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 1. Menjadi Penasihat kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan kerajaan dalam perkara-perkara kefahaman Islam meliputi semua aspek termasuk akidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi, kewangan dan isu-isu semasa. 2. Mengeluarkan fatwa atad perintah Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong atau atas inisiatif Mufti atau atas soalan yang dikemukakan oleh orang ramai kepada Mufti. 3. Mengeluarkan panduan-panduan kefatwaan untuk masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terutamanya berkaitan dengan masalah semasa. 4. Membentuk keselarasan kefahaman dikalangan umat Islam di Wilayah Persekutuan dalam penyelesaian hukum dan fatwa berkaitan sesuatu isu yang timbul. 5. Mengawal selia perkembangan pengajaran agama Islam di Wilayah Persekutuan. 6. Menentukan dan mengesahkan taqwim Hijriah, taqwim solat dan penentuan arah kiblat di Wilayah Persekutuan berdasarkan kaedah-kaedah Falak Syari'e. Piagam Pelanggan Pejabat Mufti : 1. Kami bersedia mengurus permohonan Fatwa mengenai sebarang permasalahan baru yang dikemukakan oleh masyarakat di Wilayah Persekutuan. 2. Kami bersedia mengeluarkan Kad Tauliah /Surat Kebenaran Mengajar Kepada Pemohonpemohon yang layak dalam tempoh tiga bulan. 3. Kami bersedia membekalkan taqwim hijriah dan jadual waktu solat bagi Wilayah Persekutuan dalam masa sepuluh minit. 4. Kami bersedia menerbit Risalah-risalah Agama untuk menjadi panduan dan rujukan masyarakat.

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /3

5. Kami sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat dalam bidang agama Islam kepada masyarakat umum. LATAR BELAKANG PEJABAT LABUAN Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada peringkat awalnya merupakan ketua kepada salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dikenali sebagai Bahagian Istinbat. Mulai 1 Oktober 1998, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diwujudkan dan telah diasingkan daripada struktur JAWI dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pada awal tahun 2004, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan Malaysia mengikut mengikut waran perjawatan Bil. 18 Tahun 2004 bertarikh 3 Mac 2004, telah meluluskan beberapa jawatan baru termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Labuan). Berikutan dengan itu, pada awal tahun 2005, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan dan beroperasi mulai April 2005. Penubuhan cawangan ini adalah untuk melaksanakan fungsi yang antara lain memberi nasihat dan panduan kepada kerajaan dan masyarakat Islam dalam persoalan-persoalan dan permasalahan berkaitan akidah, syariah, ibadah, sosial, ekonomi dan kefatwaan yang melibatkan isu-isu semasa serta mewujudkan penyelarasan taqwim, membangun dan meneroka aspek-aspek baru bidang kefatwaan, menguruskan cerapan hilal dan urusan pentauliahan pegawai-pegawai masjid / surau dan guruguru agama. Piagam Pelanggan Labuan 1. Kami bersedia menguruskan permohonan fatwa mengenai sebarang permasalahan berkaitan hukum syarak yang dikemukakan oleh masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan. 2. Kami bersedia memberi khidmat penjelasan hukum mengenai isu-isu Islam semasa kepada semua masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan. 3. Kami bersedia mengeluarkan surat kebenaran tauliah mengajar Agama Islam kepada pemohon-pemohon yang layak dalam tempoh DUA (2) bulan. 4. Kami bersedia mengeluarkan Taqwim Hijriah, Waktu Solat dan takwim berbuka puasa dan imsak bagi Wilayah Persekutuan Labuan pada setiap tahun. 5. Kami bersedia menghasilkan bahan-bahan penerbitan Islam untuk panduan dan rujukan

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /4

masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan.

Fungsi Pejabat Labuan 1. Memberi nasihat dan panduan kepada masyarakat Islam berkaitan permasalahan dan persoalan umat Islam yang melibatkan kefatwaan dan isu-isu agama. 2. Membantu Ibu Pejabat dalam membangunkan Sistem Maklumat Fatwa dan isu-isu agama. 3. Menjalankan kajian dan aktiviti cerapan hilal bulanan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. 4. Menganjunrkan muzakarah, bengkel, kursus dan taklimat berkaitan falak, tauliah mengajar, cerapan hilal dan lain-lain yang berkaitan. 5. Mengurusetiakan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan Jawatankuada Majlis Cerapan Anak Bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. 6. Menguruskan dan memproses permohonan tauliah mengajar, temuduga mengajar serta membuat pemantauan atas pemegang-pemegang tauliah supaya memenuhi peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan di Wilayah Persekutuan Labuan. 7. Menguruskan dan menyediakan takwim Islam dan Miladiyah bagi Wilayah Persekutuan Labuan. 8. Membantu dalam tugas-tugas penentuan kariah masjid dan arah kiblat.

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /5

Bahagian Khidmat Sokongan Fungsi-Fungsi Unit Khidmat Sokongan Unit Pentadbiran/Kewangan Fungsi Unit : 1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran pejabat serta mengendalikan pengurusan pengawalan peruntukan dan perbelanjaan pejabat. 2. Menyelenggara dan mengemaskini hal ehwal perkhidmatan, kebajikan dan

latihan kakitangan. 3. Mengendalikan tugas-tugas perhubungan awam seperti sambutan lawatan pihak luar ke pejabat Mufti. Unit Sistem Maklumat Fungsi Unit : 1. Bertanggungjawab membangunkan dan mengemaskini laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2. Menyelenggara dan mentadbir sistem yang digunapakai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti e-SPKB, e-Perolehan dan HRMIS. 3. Memastikan semua peralatan komputer di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 4. Memastikan talian/rangkaian internet berfungsi dengan baik.

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /6

Bahagian Fatwa Unit Istinbat Fungsi Unit : 1. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. 2. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam. 3. Menyediakan kertas kerja cadangan fatwa dan pengawasan pengajaran agama. 4. Menerima dan memproses permohonan tauliah/kebenaran mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 5. Mengeluarkan tauliah mengajar kepada pemohon yang lulus prosedur yang ditetapkan. 6. Membatalkan tauliah mengajar kepada individu yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan. 7. Mengadakan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar. Unit Buhuth Fungsi Unit : 1. Menjalankan penyelidikan dan menyediakan bahan untuk kertas kerja cadangan fatwa. 2. Mengkaji dan mentahqiq kitab-kitab turath dan muktabar berkaitan hukum dan fatwa. 3. Melakukan pemantauan terhadap tuduhan-tuduhan dan tulisan orientalis serta menyediakan jawapan yang sesuai. 4. Membuat kajian ke atas fatwa-fatwa lama dan kesesuaiannya mengikut keadaan semasa dan masalah umat Islam. 5. Memberi khidmat nasihat tentang kemusykilan agama.

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /7

Unit Falak Fungsi Unit : 1. Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Induk Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan. 2. Mengurusetiakan cerapan anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah serta melakukan cerapan hilal bulanan. 3. Menyediakan dan menyelaraskan takwim hijriah dan miladiah di Wilayah Persekutuan dengan negeri-negeri lain. 4. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman serta menarik minta masyarakat dalam bidang astronomi dan ilmu falak melalui kursus, seminar dan taklimat yang berkaitan dengan ilmu falak. 5. Bertanggungjawab menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsakiah. 6. Menyediakan dan merakukan jadual waktu solat bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 7. Bertanggungjawab dalam penentuan dan semakan arah kiblat masjid, surau, madrasah, musalla dan agensi-agensi di Wilayah Persekutuan.

Bahagian Pusat Sumber Dan Maklumat Fungsi Unit : 1. Menyediakan maklumat fatwa yang bersistematik untuk rujukan orang ramai. 2. Mengumpul dan mendokumentasikan fatwa-fatwa yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. 3. Mendokumentasikan soal jawab agama yang telah dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 4. Menguruskan perpustakaan dan bahan multimedia untuk tujuan penyelidikan. 5. Menyalurkan dan menerima segala bentuk kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti perkongsian maklumat, pertukaran idea dan sumbangan keilmuan.

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /8

SENARAI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN : S.S. TAN SRI DATO SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ SALLEH
1.

MULA BERKHIDMAT PADA : 01 FEBRUARI 1974 SEHINGGA 07 FEBRUARI 1984 S.S. DATUK SHEIKH OTHMAN BIN HJ IBRAHIM

2.

MULA BERKHIDMAT PADA : 02 SEPTEMBER 1986 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 1990 S.S. TAN SRI DATO ABDUL KADER BIN TALIP

3.

MULA BERKHIDMAT PADA : 15 JULAI 1991 SEHINGGA 16 JANUARI 1997 S.S. DATUK HJ MD HASHIM BIN HJ YAHYA
4.

MULA BERKHIDMAT PADA : 01 MAC 1997 SEHINGGA 15 JANUARI 2003 S.S. PROF DATUK DR MOHAMMED YUSSOF BIN HUSSAIN
5.

MULA BERKHIDMAT PADA : 31 JANUARI 2003 SEHINGGA 15 JANUARI 2005 S.S. DATO' HJ WAN ZAHIDI BIN WAN TEH

6.

MULA BERKHIDMAT PADA : 21 MAC 2005 SEHINGGA SEKARANG

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /9 AKTIVITI / PROGRAM PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2011
BIL. 1 1 1 2 1 1 1 1 2 3 4 5 1 1 1 2 3 4 AKTIVITI/PROGRAM DISEMBER 2011 Ru'yah Hilal Berkala Safar 1433H NOVEMBER 2011 Ru'yah Hilal Berkala Muharram 1433H OKTOBER 2011 Ru'yah Hilal Rasmi Zulhijjah 1432H Ru'yah Hilal Berkala Zulhijjah 1432H SEPTEMBER 2011 Ru'yah Hilal Berkala Zulkaedah 1432H OGOS 2011 Ihya Ramadahan 1432H / 2011M Ru'yah Hilal Rasmi Syawal 1432H / 2011M JULAI 2011 Ru'yah Hilal Berkala Sya'aban 1432H Muzakarah Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 1432H/2011M Cerapan Langit Malam Cerapan Langit Malam Ru'yah Hilal Rasmi Ramadhan 1432H / 2011M JUN 2011 Ru'yah Hilal Berkala Rejab 1432H MEI 2011 Ru'yah Hilal Berkala Jamadilakhir 1432H APRIL 2011 Ru'yah Hilal Berkala Jamadilawal 1432H Cerapan Langit Malam Cerapan Langit Malam Majlis Penjelasan Fatwa dan Dialog Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan Bersama Ketua-Ketua Sektor Agama Islam dan NGO-NGO Islam Wilayah Persekutuan Labuan Penyelidikan Arah Kiblat Kursus Falak Syarie MAC 2011 Ru'yah Hilal Berkala Rabiulakhir 1432H Cerapan Langit Malam Penyelidikan Arah Kiblat FEBRUARI 2011 Ru'yah Hilal Berkala Rabiulawal 1432H Cerapan Langit Malam Kursus Tahsin Qiraat Al-Quran Siri 1/2011 Penyelidikan Arah Kiblat JANUARI 2011 Ru'yah Hilal Berkala Safar 1432H TARIKH 25 - 26 Disember 29 - 30 November 27 Oktober 28 Oktober 27 - 28 September 1- 29 Ogos 29 Ogos 1 - 2 Julai 16 Julai 22 - 23 Julai 29 - 30 Julai 31 Julai 2 - 3 Jun 4 - 5 Mei 3 - 4 April 9 - 10 April 22 - 23 April 23 April 26 April 30 April 4 - 5 Mac 25 - 26 Mac 29 Mac 3 - 4 Februari 14 - 15 Februari 19 Februari 24 Februari 4 - 5 Januari

5 6 1 2 3 1 2 3 4 1

Sistem Pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Labuan /10

Rujukan Pejabat Muft Labuan 2010, Majalah Al-Itisam : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur http://www.muftiwp.gov.my