You are on page 1of 5

1.

Pendekatan

Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma. Aksioma bermaksud pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada suatu huraian. Manakala mengikut Kamarudin Hj Husin (1988), pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan, pendekatan bermaksud cara mendekati atau perihal mendekati. Contohnya, objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu pelajaran. Contoh pendekatan menurut Gestalt pula ialah situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemenelemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan sesuatu bentuk pendekatan. Secara umumnya, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

2.0 Jenis-jenis Pendekatan Terdapat beberapa jenis pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif, pendekatan komunikatif, pendekatan interaksional, pendekatan pengalaman bahasa dan pendekatan bersepadu. Pendekatan induktif ialah satu proses penaakulan yang tinggi di mana murid-murid tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berkaitan hal-hal dengan pelajaran tersebut. Ia dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme yang dimulai dengan contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri. Pendekatan ini turut bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan dan menekankan kepada

pengulangan unutuk mendapatkan hukum. Antara konsep-konsep pendekatan induktif ialah: i. Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.
1

ii. iii. iv.

Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman. Mengakumulasikan maklumat untuk menbentuk hukum. Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu. Manakala pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang

pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke sesuatu fakta. Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt. Pengajaran mengikut pendekatan ini adalah dengan mengemukan generalisasi dan kemudian diikuti dengan contoh-contoh. Ia bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif dan lebih banyak menekankan aspek tulisan. Pendekatan ini merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran. Ia juga menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak persediaan. Pendekatan ini adalah lebih sesuai digunakan kerana secara tradisinya, guru perlu membuat penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.. Antara prinsip-prinsip pendekatan deduktif ialah: i. Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit. ii. iii. iv. Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi. Contoh tidak hanya daripada guru sahaja tetapi juga daripada pelajar sendiri. Contoh mestilah betul dan tepat agar pelajar dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain. v. Pemahaman generalisasi pelajar mesti dinilai melaui pelbagai cara. Pendekatan elektif merupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu induktif dan deduktif. Pendekatan elektif bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru. Pengajaran elektif digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. Teori elektif berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baikditerap daripada pelbagai sistem dan pendekatan. Pendekatan elektif merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara pelbagai pendekatan. Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi
2

merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut. Cara tersebut merupakan satu permulaan bagi menggabunkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran. Walaubagaimanapun, penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori elektif tetapi di antara satu kaedah dalam teori elektif adalah penggabungan. Pendekatan seterusnya ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini fokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk penggunaan bahasa yang betul semasa berkomunikasi dan membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu membaca, memahami, menulis dan bertutur. Terdapat dua peringkat dalam pelaksanaan pengajaran mengikut pendekatan ini iaitu aktiviti prakomunikatif dan aktiviti komunikatif. Secara ringkasnya, pendekatan komunikatif ini merupakan penekanan kepada fungsi dan struktur secara serentak. Ia membolehkan pelajar menyatakan perasaan atau pemikiran mereka. Ia berbeza dengan pendekatan tradisional yang hanya mementingkan kepada aspek tatabahasa dan perbendaharaan kata semata-mata. Pendekatan Induktif Khusus kepada umum. Pengajaran mendapatkan hukum. Banyak menggunakan contoh. Pendekatan Deduktif Umum kepada khusus. Pengajaran berdasarkan hukum. Kemukakan genelisasi. Pendekatan Elektik Gabungan pendekatan induktif deduktif. Pengajaran mengikut kebolehan kemampuan kanak-kanak. dan dan Pendekatan Komunikatif Bahasa sebagai satu komunikasi. Pengajaran lebih dialog. Situasi yang kepada

menyerupai keadaan sebenar.

Kaedah: i. Terus atau

Kaedah: i. ii. iii. Linguistik Semulajadi Terus


3

Kaedah: i. ii. iii. Linguistik Oral-aural Semulajadi

Kaedah: i. ii. iii. Linguistik Oral-aural Terus

semulajadi. ii. Oral-aural.

iii. iv. Teknik: i. ii. iii.

Linguistik Fonetik Teknik: i. ii. iii. iv. Main peranan. Bercerita. Lakonan/drama. Tunjuk cara.

iv.

Terus

Teknik: i. Penyelasaian masalah. ii. iii. iv. Tunjuk cara. Latih tubi. Soaljawab

Teknik: i. ii. iii. iv. v. Bercerita. Brainstorming. Soaljawab. Berbincang Permainan bahasa.

Berbincang. Brainstorming. Soaljawab.

Jadual 1 : Jenis-jenis Pendekatan

3.0

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada satu pendekatan, kaedah mahupun teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperolek pengetahuan dan pengalaman yang berguna.