P. 1
TOKOH – TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA new

TOKOH – TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA new

|Views: 69|Likes:

More info:

Published by: Senthilkumaran Ramasamy on Mar 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2014

pdf

text

original

TOKOH – TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

SENTHILKUMARAN RAMASAMY SOPANA KALAICHELVAM RAMATHEVI KUPPAN

TOKOH TAMADUN ISLAM

TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Ibnu Sina Al-Farabie Ibnu Khaldun Al-Khawarizmy HAMKA Al-Biruni Al-Ghazali Sheikh Tahir Jalaluddin Ibnu Haitham Ibnu Batuta A-Zarqa

TOKOH TAMADUN ASIA

Tokoh Tamadun Cina Kung Fu Tze Lao Tze Laksamana Cheng Ho Tokoh Tamadun India Mahatma Ghandi Sidhaharta Gautama Buddha Tokoh Tamadun Jepun Tokugawa Ieyasu Maharaja Meij

TOKOH – TOKOH TAMADUN ISLAM
Ibnu Sina
    

Nama sebanar beliau ialah Abu Ali al- Huseynbin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina.

Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi
Sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Beliau juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu.

Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama(ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun.
Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair,teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

SUMBANGAN IBNU SINA

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine".

Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa bebera padetik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan .

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paruparu (plumonarytuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya.

Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah
banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan termasuklah 116 buah
karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan.

Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi.

"Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di
Eropah pada zaman "Renaissance".

Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropahpada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M

IBN KHALDUN

  

Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin Bin Khaldun Al-Maliki al-Khadrami. Ulama zaman pertengahan. Lahir di Tunis pada tahun 1331 M (732 H) dan meninggal dunia pada tahun 1406 M (808 H).

Pakar dalam Ilmu kemasyarakatan(sosiologi),Pendidikan Keagamaan,

Tamadun,Undang-undangFalsafah.

Sewaktu di Mesir , beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja.

Sifat peribadi beliau ialah tegas dalam tugas, berkebolehan dalam bidang sosiologi, tidak mementingkan pangkat dan bijak menyelesaikan masalah.

o

Mendapat pendidikan awal daripada bapanya tentang asas-asas agama seperti alQuran, Feqah, Hadith dan Tauhid.

o

Hafaz al-Quran sejak kecil.

o

Apabila dewasa, beliau belajar Linguistik Bahasa Arab (seperti Nahu dan Saraf),
Usuluddin dan Kesusasteraan.

o

Beliau juga mempelajari Mantiq, Sains, Falsafah,Matematik dan Sejarah daripada

beberapa orang ulama terkemuka pada masa itu.Guru beliau yang utama ialah
Muhammad Bin Abdul Muhaimin.
o

Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abla yang mengajarnya tentang Sosiologi, politik dan pendidikan.

SUMBANGAN IBN KHALDUN

Sumbangan beliau dalam bidang sosiologi: Pengasas dan guru terkemuka dalam bidang sosiologi.

Sumbangan beliau dalam bidang sejarah: Pengasas filosof sejarah (melalui kitabal-Ibar).

  

Mahir dalam ilmu sejarah. Menghasilkan kitab al-Muqaddimah. Mempelopori Ilmu Sosiologi(orang pertama membicarakan pembangunan mental, akal,dan fizikal manusia).

Sumbangan beliau dalam bidang politik:
 

Aktif dalam bidang politik. Berpendapat bahawa asas untuk membina peribadi dan negara ialah berasaskan islam.

Mengemukakan teori yang mempengaruhi karya pemikir politik ( melalui kitab al- Ibar).


Sumbangan beliau dalam bidang ekonomi:
berpendapat bahawa :

Rezeki perlu dinikmati bersama dengan adil.


Kemajuan negara bergantung kepada kekuatan ekonomi.
Menghasilkan kitab al- Ibar.

AL - FARABI

Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag

Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara
Turkestan pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi,

Berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki.

Al-Farabi telah meninggal dunia pada bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi di Damsyik ,semasa beliau berumur 80 tahun.

Beliau telah dikebumikan di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut.

Saf al-Daulah sendiri yang mengetuai para pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, di istana Saf Al-Daulah.

Selepas mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad Ibn al – Sariy, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab.

Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al – Daulah dengan gaji empat dirham sehari.

 

Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Saif Al-Daulah gelaran bagi putera Handaniyah.

kebijaksanaan dan kepandaian al- Farabi serta kehidupannya sebagai seorang
ahli sufi.

Keistimewaan al- Farabi
 

Mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi. Dalam usia muda lagi, beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.

Dapat menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab,
Greek,dan beberapa bahasa lagi.

Menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan,antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya.

Beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik,walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik.

SUMBANGAN AL- FARABI
Seorang ilmuan yang terulang dalam bidang falsafah.

Banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle

untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagian.
 

Dikenali sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru pertama. Orang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Menentang pendapat Plato yang menganjurkankonsep pemisahan dalam kehidupan
manusia.

Menurut Al.– Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik.sebaliknya perlu menguasai kedua – duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Dikenali sebagai Aristotle kedua.

Ilmu merupakan segala – galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya.

Keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala
pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Antara karya yang dihasilakan : "Madinah al-Fadhilah" - Pemikiran, idea dan pandangan Al- Farabi mengenai falsafah politik. " Ihsa’ al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". - Perbicaraan mengenai ilmu

falsafah zaman Yunani
dan falsafah Plato serta Aristotle.

dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamanya.

"Kunci Ilmu"yang disiapkan oleh anak muridnya yang Bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M.

"Fihrist Al-Ulum" yang Diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

 

Beliau merupakan seorang pemuzik yang handal. Beliau mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Menghasilkan sebuah buku berjudul “Al-Musiqa” yang mengandungi pengajaran dan
teori muzik Islam yang dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam bidang berkenaan.

Sumbangan dalam bidang perubatan:

Pandangannya ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini disebabkan oleh jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

IBN RUSHD
    

Nama sebenar beliau ialah Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad.

Dilahirkan di Sepanyol pada tahun 1126M.
Di barat dikenali sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme. Meninggal dunia di Maghribi pada tahun 1198M. Ahli falsafah perubatan , matematik, teologi, ahli fikah mazhab maliki, astronomi , geografi dan sains.

 

Lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapa dan datuknya merupakan kadi di Kardova.

Latar belakang pendidikan :

Dihantar untuk berguru dengan Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

Mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada Ibnu Zuhr yang pernah

bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

Kerjaya :

Dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169 berikutan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan islam Muwahidin.

 

Beliau dilantik menjadi hakim di Cordova pada tahun 1171M. Dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail.

SUMBANGAN IBN RUSHD

Dalam bidang falsafah dan ilmu logik:

Menterjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat ke dalam bahasa Latin pada awal abad ke -12.

Menyebabkan pengetahuan yang ditinggikan oleh Aristotle mula diketahui ramai di Barat.

Bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah Barat.

Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari.

Banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan.

Dalam Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise),menekankan kepentingan berfikir secara analitikal untuk menterjemah al-Quran.

Mempengaruhi ahli falsafah Barat iaitu Voltaire dan Rousseau mencetuskan era
Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini.

Perubatan
 

Buku “ Kulliyah Fit- Thibb” Mengandung 16 jilid.
Menterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa,orang yahudi dari padua.

Menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine.

Pembinaan Hospital Les Quinze-Vingt hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Kehebatannya dalam bidang perubatan juga merangkumi
pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Memberi penekanan tentang kepentingan manjaga kesihatan.

Pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya.

Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Antara karya yang dihasilkan :

   

Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah) Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid Taslul, buku mengenai ilmu kalam Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama

Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah

Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

Sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima, Aristoteles"
(Commentary on the Aristotle's De Animo)

TOKOH TAMADUN CINA

Kung Fu Tze
Confucius dilahirkan di Zhou yang terletaknya dinegeri Lu pada Zaman Chunqiu China. Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Wafat ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal duniapada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru.

 

Beliau mengembara dan mengajar muridmurid yang berkumpul berhampirannya.
Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu

Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapimasalah komplot penggulingan kuasa.

Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.

Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan padatahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu.

Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru,
keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan.

Laksamana Cheng Ho

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah.

 

Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.
Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.

Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah China yang sangat masyhur.

Selepas kemangkatan Maharaja Cheng Tsu, kemasyhuran Cheng Ho mulai merosot.

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada
yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut.

Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran
tersebut. Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Laksamana Cheng Ho atau Muhammad atau Sam Poa merupakan satu nama yang sinonim dengan kedatangannya di Melaka membawa salam persahabatan daripada Dinasti Ming di negara China.

Sahabat bernama Saad bin Lubadah merupakan di antara para sahabat terawal yang membawa Islam ke China sehingga masyarakat Islam di China sekarang ini menyamai bilangan penduduk di Malaysia.

Ini menunjukkan, Islam sudah lama tersebar di kawasan Asia dan di Nusantara malah Laksamana Cheng Ho merupakan di antara pendakwah yang membawa risalah Islam di Tanah Melayu melalui saluran diplomatik yang dilakukan olehnya. Maknanya Islam boleh tersebar di merata tempat tanpa mengira warna kulit yang menyebarnya dan mereka yang menerimanya. Kesungguhan Laksamana Cheng Ho menyebarkan Islam melalui diplomatik dan perdagangan serta teknologi yang datang dari China amat dihargai oleh penduduk Nusantar.

TOKOH TAMADUN INDIA
Mahatma Gandhi

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Beliau adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

 

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan.

Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam

telah menjadi bahan bacaannya.

Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Beliau membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini

memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan
kemerdekaannya.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivisaktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela.

Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya),

dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Sidhaharta Gautama Buddha

Siddharta dilahirkan pada tahun 623 SM di Taman Lumbini, saat Ratu Maha Maya berdiri memegang dahan pohon sal.

Pada saat ia lahir, dua arus kecil jatuh dari langit, yang satu dingin sedangkan yang lainnya hangat. Arus tersebut membasuh tubuh Siddhartha. Siddhartha lahir dalam keadaan bersih tanpa noda, berdiri tegak dan langsung dapat melangkah ke arah utara, dan tempat yang dipijakinya ditumbuhi bunga teratai.

Kitab suci agama Buddha ialah 'Tipitaka'. Kitab 'Tipitaka' yang lengkap hanyalah yang
berbahasa Pali iaitu bahasa yang dipergunakan oleh Gautama Buddha dan oleh rakyat jelata suku Magadha.

Kitab suci agama Buddha yang paling tua, diketahui hingga sekarang tertulis dalam bahasa Pali, yang terbahagi dalam tiga kelompok besar yang disebut sebagai 'Pitaka' atau 'bakul' iaitu Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.

Menurut tradisi Buddha, Siddharta Gautama dilahirkan daripada puak Sakya pada awal masa Magadha (546–324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Beliau juga dikenali dengan nama Sakyamuni

(harfiah: "orang bijak daripada kaum Sakya")

Di bawah sebuah pokok ara, sekarang dikenali sebagai pokok Bodhi, ia berikrar tidak akan meninggalkan tempat duduknya sehingga ia menemukan Kebenaran.

Pada usia 35 tahun, ia mencapai Makrifat. Pada saat itu, ia dikenali sebagai Gautama Buddha, atau hanya "Si Buddha" saja, sebuah perkataan Sanskerta yang bererti "ia yang sedar" (dari kata budh+ta)..

TOKOH TAMADUN JEPUN
TOKUGAWA LEYASU

Tokugawa Ieyasu (lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 – dan meninggal di Shizuoka, 1
Juni 1616 pada umur 73 tahun; lahir dengan nama Matsudaira Takechiyo) adalah seorang daimyo dan shogun di Jepan.

Pendiri Keshogunan Tokugawa yang memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 hingga Restorasi Meiji pada tahun 1868.

Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tiga tokoh yang menyatukan Jepun pada zaman Sengoku. Ia memerintah dari tahun 1600 (secara rasminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605.

ZAMAN KESYOGUNAN TOKUGAWA(1603-1867)

Pembahagian kelas, 4 kumpulan:

1. Samurai (pahlawan)
2. Nomin (kaum tani) 3. Shonin (petukang) 4. Chonin (saudagar)

Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17.

Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun.

Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi. Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah kampung yang menampung keperluan pendidikan anak - anak kaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak - anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo

Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan Bakufu telah mengalami kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867. Masyarakat Tokugawa mengalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri. Perdagangan yang berkembang pesat dan proses urbanisasi telah membawa banyak kekayaan kepada kumpulan tertentu , misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera terutamanya golongan Daimyo dan samurai yang menjadi tulang belakang sistem politik Tokugawa. banyak faktor dari segi politik, ekonomi dan sosial telah membawa kehancuran kepada pemerintahan keluarga Tokugawa.

KEJATUHAN SHOGUN TOKUGAWA

Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603, Maharaja Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya. Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun dari keluarga Tokugawa. Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun Tokugawa yang benar-benar berkuasa di Jepun. Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak dibenarkan bergiat dalam urusan pentadbiran.

FAKTOR KEJATUHAN SHOGUN TOKUGAWA
     

Peranan saudagar dan perubahan corak sosial Menentang dasar isolasi Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme Tekanan ekonomi Tentangan suku kaum dari Barat Kedatangan Barat

TERIMA KASIH

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->