1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED

]

KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca ilmu adalah lanjutan yang daripada dapat kemahiran-kemahiran diperolehi menerusi asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba pengetahuan tidak pengalamanpengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambanglambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

1

Bagi Smith dan Johnson (1980) pula. Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Jenis peringkat membaca Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Di samping itu. membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Takrif membaca Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda. • • • • Bacaan mekanis (bersuara) Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman) Bacaan intensif (mendalam) Bacaan ekstensif (meluas) BACAAN MEKANIS (BERSUARA) 2 . 1980).

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Walau apapun nama yang digunakan. ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Oleh sebab itu. Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca. ia haruslah boleh melakukan perkara-perkara berikut. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. 3 . guru harus dapat memahamkan proses komunikasi dua arah. membaca ulat dan membaca nyaring. Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. membaca oral. pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal. membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi. Lazimnya. dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. dalam mengajarkan ketrampilan ini. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. fikiran dan perasaan seseorang pengarang.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Untuk membantu pelajar menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

gaya. dan rentak irama yang sempurna. Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (a) (b) (c) (d) (e) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas. Tujuan Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan. Oleh itu. dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain. bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang. 4 . Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa. Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul. kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus. (a) (b) (c) (d) (e) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir dan tercapai tujuannya. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat. Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain. Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata yang tepat dan sempurna. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan.

(a) (b) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan. Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir. Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataanperkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu. Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan. Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan. (c) (d) (e) (f) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru. Guru membaca dan murid-murid mengikut. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid. BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN) Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata 5 . Aktiviti bacaan mekanis Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (f) (g) (h) (i) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan. Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Tujuan (a) (b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. orang lain tidak terganggu. dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya. Ketika kegiatan membaca dilakukan. Oleh itu. bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. memilih. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis. membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] dan ingatan. program membaca perseorangan adalah satu strategi yang amat menarik. 6 . Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. melangkah dan maju sendiri. Dalam kehidupan yang sebenar. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dibandingkan dengan membaca nyaring. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari. Biasanya. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi kelas. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca secara perseorangan menuntut selera masing-masing dan ini disebut sebagai personalized reading.

Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah. 7 meneliti pembentukan dan . (c) (d) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah. Aktiviti bacaan mentalis (a) (b) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan. BACAAN INTENSIF (MENDALAM) Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti. Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (c) (d) (e) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan. membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dalam membaca telaah isi ini. Konsep 8 . Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. membaca teliti. telaah kata. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti. ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat. tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] penggunaan perkataan. iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. menggunakan intonasi. Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca. memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan. Di samping itu. meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan. latihan kosa kata. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. gaya dan tekanan yang betul. membaca pemahaman. diskusi umum dan sebagainya. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Biasanya. Sementara dalam membaca telaah bahasa.

(d) (e) Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. (c) (d) (e) (f) (g) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. 9 . Betul dari segi sebutan.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru. lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya. memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa. intonasi. Aktiviti bacaan intensif Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. Mengesan. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting. (b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata. (c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan. (e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam. hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. hari kedua ‘latihan perkamusan’. (d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif. bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas. hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’. PERBANDINGAN PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA Perbezaan Konsep Bacaan mekanis Bacaan untuk menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang Tujuan Membaca dengan cekap dan pantas 10 Bacaan intensif Bacaan untuk perkembangan kebolehan dalam meneliti. bentuk salah betul. (b) (c) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis. memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat Membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat . Hari pertama misalnya.

Terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua peringkat bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan intensif. memahami dan mentafsir ayat Senyap • Pelajar membaca petikan yang sesuai dengan tajuk tugasan Pelajar merujuk kamus dan buku bahasa yang berkaitan tajuk Guru beri pelbagai soalan sebagai latihan .1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Peringkat Lebih kepada peringkat asas kerana tertumpu kepada Cara membaca Cadangan aktiviti • permulaan membaca Bersuara secara jelas dan • terang Beri petikan teks yang sesuai Buat latih tubi baca perkataan / rangkai kata yang sukar • • Tunjuk cara contoh bacaan yang betul Murid membaca dan guru memantau bacaan murid Kefahaman Bimbingan guru Kemahiran yang terlibat Cara pelaksanaan Pemerolehan ilmu Kelajuan membaca Huraian jadual perbandingan peringkat kemahiran bahasa. Jadual di atas 11 Tidak menitikberatkan aspek kefahaman ayat Memerlukan bimbingan yang kukuh bagi membina asas yang kukuh Kemahiran sebutan dan intonasi yang betul Menggunakan petikan yang mudah dan laras bahasa yang mudah Tidak mendapat banyak ilmu dan info baru Tidak pantas Lebih kepada pemahaman ayat Kurang diberikan bimbingan kerana asas membaca sudah mantap Kemahiran faham. analisis dan membuat rumusan Menggunakan petikan yang intensif dan laras bahasa yang sederhana dan susah Banyak mendapat ilmu dan mudah mendapat ilmu Pantas • • Lebih kepada peringkat yang lebih mendalam kerana menganalisis.

kedua-dua jenis bacaan mempunyai perbezaan di mana pembacaan secara mekanis menumpukan kepada bacaan untuk menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang. intonasi dan irama yang betul manakala bacaaan secara intensif merujuk kepada bacaan bagi memperkembangkan kebolehan dalam meneliti. Hal ini sudah menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud adalah disebabkan oleh tahap kemahiran bacaan di mana kemahiran mekanis lebih kepada tahap pertama manakala kemahiran intensif lebih kepada tahap yang kedua atau ketiga. Bagi pembacaan mentalis pembacaan hanya tertumpu kepada cara menyebut sahaja akan tetapi bagi kefahaman yang tinggi. Bagi pembacaan intensif pula pembacaan pula ia dilakukan secara senyap dan ditambah dengan analisis dan membuat rumusan. Bacaan mekanis menunjukkan bahawa peringkat bacaan baginya adalah di peringkat yang rendah. Perbezaan yang kedua yang wujud ialah dari segi tujuannya. peringkat asas atau peringkat permulaan manakala peringkat intensif merujuk kepada peringkat yang lebih mendalam lagi kerana lebih kepada menganalisis. perbezaan dari segi cara pembacaan. mentafsir dan membuat rumusan ayat itu. Keempat. memahami dan mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Bacaan secara mekanis lebih kepada bacaan yang berbentuk bacaan permulaan manakala bacaan intensif merujuk kepada peringkat selepas asas pembacaan telah kukuh. perbezaan yang wujud pada peringkat membaca ialah dari segi kefahaman ayat. Pembacaan mentalis merujuk kepada pembacaan terang atau jelas mengikut irama dan yang selaras dengan penggunaan bahasa. Dalam hal ini kita lihat kemahiran yang terlibat berbeza antara satu sama lain dan tujuan kemahiran dibentuk juga mempunyai motif yang berlainan. Kelima. Di dalam jadual menunjukkan bahawa tujuan utama bacaan mekanis adalah untuk membaca dengan cekap dan pantas manakala bacaan intensif adalah untuk membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat. 12 pembacaan intensif memberikan . sama ada berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam ayat tersebut. Perbezaan yang ketiga iaitu perbezaan dari segi peringkat kemahiran. Jika kita lihat dari segi konsep.

Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka.1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Keenam. Rashid. 1992. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. RUJUKAN Ab. Rahman Ab. 1997. 2005. Jika kita lihat dalam jadual di atas menunjukkan bahawa peringkat mentalis lebih memerlukan guru berbanding dengan peringkat intensif. Hal ini demikian kerana pada peringkat mentalis. tahap kefahaman adalah disebabkan oleh peringkat ataupun tahap yang diperlukan dan ianya merupakan satu latih tubi mengikut kesesuaian umur kanak-kanak. tujuan. perbezaan daripada bimbingan guru. Dewan Bahasa dan Pustaka 13 . Hal ini berbeza dengan peringkat intensif di mana pada peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘semi-bimbingan’ di mana bimbingan guru kurang diberikan kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan membaca secara berdikari. Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Longman Malaysia Amdun Husain. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong. Kuala Lumpur. Selangor. cara membaca. Kesimpulannya perbezaan yang ketara yang ditunjukkan di dalam jadual dari segi konsep. guru haruslah melibatkan diri sepenuhnya dalam porses membaca kerana ia boleh membetulkan apa yang salah dan membetulkan apa yang betul supaya murid-murid tidak tersalah menyebut dan sebutan ini dibuat mengikut sebutan yang betul. Kuala Lumpur.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.