You are on page 1of 10

Pengenalan Daya ialah satu tindakan yang dapat mengubah jenis gerakan sesuatu jasad seperti memulakan, menghentikan,

memecutkan, melambatkan, dan mengubah arah gerakan. Daya juga merupakan suatu kuantiti vektor yang mempunyai arah dan magnitud. Dalam kajian kesan daya ke atas gerakan; paduan dan leraian daya sering digunakan. Hukum gerakan Newton kedua menyatakan daya yang dikenakan kepada suatu jasad adalah berkadar langsung kepada kadar perubahan momentum jasad itu, dan pada arah yang sama. Jika suatu jasad berjisim m dikenakan suatu daya, F dan halajunya berubah dari u ke v, maka

daya daya

Kadar perubahan momentum Perubahan momentum masa

mv mu t

F m(v - u) t tetapi v u= t a , pecutan F ma F = kma, k = pemalar

F adalah dalam unit N, jisim m dalam unit kg, pecutan a dalam unit m s-2, dan nilai k = 1, oleh itu

F = ma
1

Daya tarikan graviti merupakan daya tarikan yang bertindak ke atas sebarang jasad pada permukaan bumi menuju ke pusat bumi. Daya tarikan graviti ialah suatu kuantiti vektor. Unit SI bagi daya tarikan graviti ialah newton (N). Magnitud daya tarikan graviti bergantung kepada jisim jasad dan jarak dari pusat bumi. Pecutan graviti pula bermaksud pecutan yang dihasilkan oleh tindakan daya tarikan graviti ke atas jasad menuju ke pusat bumi. Pecutan graviti ialah kuantiti vektor. Pecutan graviti di permukaan bumi ialah 9.8 ms-2. Oleh sebab daya tarikan graviti berubah dengan jarak dari pusat bumi, pecutan graviti turut berubah apabila jarak dari pusat bumi berubah. Berat bagi sesuatu jasad adalah daya tarikan graviti yang bertindak ke atas jasad itu menuju ke pusat bumi. Berat ialah kuantiti vektor. Oleh sebab daya tarikan graviti boleh berubah, maka berat juga boleh berubah. Berat kita di bumi adalah lebih kuat daripada daya tarikan graviti bulan.

BERAT Kuantiti vektor Unit SI adalah Newton Sejenis daya

JISIM Kuantiti skalar Unit SI adalah kilogram Suatu ukuran kuantiti jirim

Jadual menunjukkan perbezaan di antara berat dan jisim

PRAKTIKAL 2 : DAYA DAN GERAKAN

Tujuan : 1) Untuk mengenalpasti jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berbeza. 2) Untuk mengukur pecutan bagi objek yang jatuh bebas.

Bahan/peralatan : Bongkah kayu Satu biji bola ping pong Wayar yang direnggangkan pada bongkah kayu Sebuah bikar Sebuah buku Jangka masa detik Pita detik Apit G Wayar penghubung Bekalan arus ulang-alik Pemberat 300g , 400g, 500g dan 600g Pita pelekat

Prosedur: Aktiviti 1: Mengenalpasti jenis daya yang berbeza dalam konteks yang berbeza 1. Bongkah kayu ditempatkan di bawah lantai. Bongkah kayu diberikan daya tolakan dan pemerhatian telah direkodkan. 2. Sebiji bola ping pong telah dibaling ke atas udara. Pemerhatian telah direkodkan. 3. Wayar kuprum telah diikat dengan dengan ketat diantara dua paku yang telah dipahat di atas sekeping kayu. Wayar tersebut telah disentuh. Pemerhatian telah direkodkan. 4. Sebiji bola ping pong telah diletakkan di dalam sebuah bikar berisi air. Bola ping pong tersebut telah cuba ditolak masuk ke dalam air tersebut. Pemerhatian telah direkodkan. 5. Sebuah buku telah diletakkan di atas tapak tangan. Pemerhatian telah direkodkan. 6. Inferens bagi setiap pemerhatian telah dinyatakan.

Aktiviti 2 : Mengira pecutan bagi objek yang jatuh bebas

1. Sebuah kerusi telah diletakkan di atas meja. Jangka masa detik telah diapit pada bahagian atas kerusi tersebut. 2. Satu pita detik dipasangkan pada jangka masa detik dan pemberat 300g telah dilekatkan pada pita detik. 3. Jangka masa detik telah dipasang dan pemberat dilepaskan secara bebas ke bawah. 4. Pita detik telah dipotong menjadi dua titik dan disusun untuk menjadikan satu graf. 5. Langkah 3 diulang menggunakan pemberat 400g, 500g dan 600g. 6. Bina graf berdasarkan jalur dan nyatakan pecutan bagi setiap pemberat.
4

Keputusan Aktiviti 1 :

Aktiviti Bongkah kayu ditempatkan di bawah lantai. Bongkah kayu diberikan daya tolakan.

Pemerhatian Bongkah kayu bergerak daripada tempat asal ke arah hadapan setelah ditolak.

Inferens Sesuatu objek akan bergerak ke arah di mana daya diberikan kepada objek tersebut.

Sebiji bola ping pong telah dibaling ke atas udara.

Bola

ping ke

pong Bola ping pong jatuh semula atas ke bawah disebabkan daya bertindak ke atas

melambung

dan jatuh semula ke graviti lantai.

bola ping pong tersebut. Setelah menyentuh wayar wayar

Wayar kuprum telah diikat dengan dengan ketat diantara dua paku yang telah dipahat di atas sekeping kayu. Wayar tersebut telah disentuh. Sebiji bola ping pong telah diletakkan di dalam sebuah bikar berisi air. Bola ping pong tersebut telah cuba ditolak masuk ke dalam air tersebut. Sebuah buku telah diletakkan di atas tapak tangan Wayar kuprum bergetar setelah disentuh.

kuprum,

tersebut

bergetar kerana daya telah dikenakan ke atas wayar tersebut.

Bola ping pong timbul Daya dikenakan ke atas bola di permukaan air. ping pong

Setelah ditolak masuk mengakibatkannya bola ping bola ping pong pong tenggelam ke dalam

tenggelam ke dalam air. air.

Tapak tangan tertolak Berat ke bawah

buku daya

telah yang

setelah menghasilkan

buku diletakkan diatas menyebabkan tapak tangan tapak tangan.


5

tertolak ke bawah.

Aktiviti 2 Pemberat 300g : u=

= 0.25 ms-1 = 1.95 ms-1

v=

t = (10-1) detik = 9 x 0.02s = 0.18 s Pecutan, a =


( )

= = 9.44 ms-2

Pemberat 400g :

u=

= 0.1 ms-1 = 1.45 ms-1

v=

t = (10-1) detik = 9 x 0.02s = 0.18 s Pecutan, a =


( )

= = 7.50 ms-2

Pemberat 500g :

u=

= 0.05 ms-1 = 1.55 ms-1

v=

t = (10-1) detik = 9 x 0.02s = 0.18 s Pecutan, a =


( )

= = 8.33 ms-2

Pemberat 600g :

u=

= 0.20 ms-1 = 1.45 ms-1

v=

t = (10-1) detik = 9 x 0.02s = 0.18 s Pecutan, a =


( )

= = 6.94 ms-2

Perbincangan : 1. Adakah nilai pecutan yang diperolehi bagi jisim yang berlainan bersamaan dengan g (pecutan graviti)? Terangkan. Nilai pecutan yang diperolehi bagi jisim yang berlainan adalah lebih kurang sama. Hal ini kerana jisim sesuatu objek tidak mempengaruhi pecutan graviti. Namun nilai pecutan yang diperoleh adalah kurang daripada nilai pecutan graviti. Hal ini disebabkan terdapat geseran udara dan geseran di antara pita detik dan jangka masa detik.

2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang bertindak terhadap objek jatuh bebas? Objek yang jatuh dalam vakum tanpa geseran udara di bawah tarikan graviti dikatakan jatuh bebas. Pecutan graviti ialah g= 9.8 ms-2. Sekiranya objek dijatuhkan bukan dalam keadaan vakum, pecutan objek tidak sama nilai dengan pecutan graviti kerana hadirnya geseran udara dan geseran lain yang wujud terhadap objek. 3. Sekiranya eksperimen ini dilakukan di bulan, adakah nilai pecutan yang diperolehi bagi jisim yang berlainan bersamaan dengan g (pecutan graviti). Terangkan. Pecutan graviti, g bersamaan 9.81 ms-2. Sekiranya eksperimen dilakukan di bulan, tarikan graviti hanya 1/6 daripada tarikan graviti di permukaan bumi, maka berat sesuatu objek di bulan adalah 1/6 daripada beratnya di bumi. Hal ini kerana, daya tarikan graviti bumi pada suatu objek semakin berkurang apabila objek itu semakin jauh dari bumi.

4. Apakah yang dipelajari daripada dua aktiviti tersebut? Daya ialah satu tindakan yang dapat mengubah jenis gerakan sesuatu jasad seperti memulakan, menghentikan, memecutkan, melambatkan, dan mengubah arah gerakan. Daya juga merupakan suatu kuantiti vektor yang mempunyai arah dan magnitud. Hukum gerakan Newton kedua menyatakan daya yang dikenakan kepada suatu jasad adalah berkadar langsung kepada kadar perubahan momentum jasad itu, dan pada arah yang sama. Ciri-ciri penting dalam hukum newton kedua ialah daya(f), jisim (m) dan pecutan (a). Hubungan antara ciri-ciri ini adalah daya = jisim x pecutan (f = ma ). Daya tarikan graviti merupakan daya tarikan yang bertindak ke atas sebarang jasad pada permukaan bumi menuju ke pusat bumi. Daya tarikan graviti ialah suatu kuantiti vektor. Unit SI bagi daya tarikan graviti ialah newton (N). Magnitud daya tarikan graviti bergantung kepada jisim jasad dan jarak dari pusat bumi. Pecutan graviti pula bermaksud pecutan yang dihasilkan oleh tindakan daya tarikan graviti ke atas jasad menuju ke pusat bumi. Pecutan graviti ialah kuantiti vektor. Pecutan graviti di permukaan bumi ialah 9.8 ms -2. Oleh sebab daya tarikan graviti berubah dengan jarak dari pusat bumi, pecutan graviti turut berubah apabila jarak dari pusat bumi berubah. Berat bagi sesuatu jasad adalah daya tarikan graviti yang bertindak ke atas jasad itu menuju ke pusat bumi. Berat ialah kuantiti vektor. Oleh sebab daya tarikan graviti boleh berubah, maka berat juga boleh berubah. Berat kita di bumi adalah lebih kuat daripada daya tarikan graviti bulan.

Kesimpulan : Daya dapat dilihat dari pelbagai konteks yang berbeza. Sesuatu objek sekiranya dikenakan daya akan dapat mengubah jenis gerakan sesuatu jasad seperti memulakan, menghentikan, memecutkan, melambatkan, dan mengubah arah gerakan. Pecutan objek yang jatuh bebas kurang berbanding dengan nilai pecutan graviti, g disebabkan hadirnya geseran udara dan geseran yang terdapat disekeliling objek.

Langkah berjaga-jaga

1. Mengapit jangka masa detik dengan cermat dan selamat untuk memudahkan eksperimen dijalankan. 2. Menggunakan bekalan arus ulang-alik pada voltan yang sesuai.

10