DILEMA BAHASA IBUNDA

Bahasa merupakan cerminan kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa. Penuturan bahasa juga melambangkan jati diri dan kemajuan sesuatu bangsa. Lihat sahaja orang Jepun, Korea dan Thailand, bercakap bahasa Inggeris dengan pelat kerana masih mengutamakan bahasa ibunda mereka. Tetapi, ia tidak menghalang menjadi terkenal sebagai bangsa yang maju dan berdaya saing. Pejuang kemerdekaan melihat kemajmukan malaysia dengan pelbagai kaum dan pelbagai bahasa akan menjadi cabaran kepada perpaduan. Lantas, Bahasa Melayu menjadi salah satu tunjang Perlembagaan Persekutuan 1957, iaitu dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara sekaligus sebagai bahasa perpaduan negara. Hari ini, Malaysia telah 53 tahun merdeka dan selama itulah umur Bahasa Kebangsaan dinobatkan dan diajar secara rasmi di sekolah-sekolah. Secara idealnya, seluruh warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka sepatutnya mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu dengan baik. Tetapi apa yang berlaku ialah ramai golongan tua masyarakat Cina dan India yang berumur lingkungan 50 tahun ke atas tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu. Mereka yang berumur 40 tahun ke atas pula tidak fasih bertutur dan terkial-kial mencari perkataan yang sesuai untuk digunakan. Apa yang lebih menghairankan, ramai pula dikalangan mereka yang berumur 30 tahun ke atas masih lagi tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu malahan lebih cenderung untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Tidak dinafikan, ada juga di antara mereka yang begitu fasih berbahasa melayu sehingga mengalahkan orang melayu sendiri. Akan tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Terfikirkah kita di manakah silapnya ? Saya perhatikan rakan-rakan berbangsa Cina dan India yang fasih bertutur bahasa Melayu adalah mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan. Ada juga yang tinggal dalam kampung melayu. Ada juga yang mempunyai ibu-bapa yang bekerja di pejabat kerajaan dan ada juga yang fasih kerana terpaksa memahirkan diri berbahasa melayu bagi tujuan aktiviti politik, perniagaan dan sebagainya. Pendek kata, mereka tidak akan fasih seandainya tidak bercampur gaul dengan masyarakat melayu. Adakah ini petanda tahap perpaduan di negara kita masih lemah? Lebih menyedihkan, tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan generasi muda melayu sendiri juga semakin terancam. Budaya akan mempengaruhi bahasa dan bahasa memberi kesan terhadap identiti sesuatu bangsa. Generasi muda yang telah dididik sejak kecil dengan gaya hidup barat menyebabkan wujud sikap kagum generasi ini terhadap kebudayaan Barat. Kekaguman ini seterusnya akan menyebabkan bahasa budaya ini digunakan dan akhirnya akan muncul sikap tidak yakin akan kemampuan bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmu, bahasa sains dan teknologi. Golongan elitis melayu telah menanamkan pada minda anak-anak mereka bahawa bahasa inggeris akan membawa kemajuan dan meningkatkan taraf hidup. Lantas, bahasa inggeris menjadi bahasa komunikasi mereka seharian. Golongan pertengahan pula, walaupun tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, telah menukarkan perkataan 'ayah'

membaca buku-buku inggeris dan akhirnya berbudaya dengan budaya orang inggeris. mereka juga dibiarkan mendengar dan mendendangkan lagu inggeris. tidak mustahil bahasa inggeris akan merampas kedudukan bahasa utama negara dan warganegara Malaysia akan hilang jati dirinya. Sedangkan ia hanyalah sepatutnya berfungsi sebagai bahasa perantaraan bagi komunikasi antarabangsa. . menonton filem-filem inggeris. 'i' dan 'you' sebagai ganti diri. ibu kepada 'mummy'.kepada 'daddy'. Generasi muda melayu disamping mereka berdamping dengan teknologi yang sememangnya berbahasa Inggeris. Sekiranya tiada langkah diambil.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful