P. 1
Membina rumah,banglo,tambahan rumah dan pelan rumah

Membina rumah,banglo,tambahan rumah dan pelan rumah

4.4

|Views: 44,447|Likes:
Published by maser
Langkah yang perlu dilakukan apa bila ingin membina rumah,pelan arkitek perlu disediakan untuk di submit ke majlis,begitu juga pelan kejuruteraan.pelan rumah yang lengkap akan mendapat kelulusan yang cepat dari pihak berkuasa tempatan (PBT)
Langkah yang perlu dilakukan apa bila ingin membina rumah,pelan arkitek perlu disediakan untuk di submit ke majlis,begitu juga pelan kejuruteraan.pelan rumah yang lengkap akan mendapat kelulusan yang cepat dari pihak berkuasa tempatan (PBT)

More info:

Published by: maser on Dec 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Lukispelan.

com
Disediakan oleh Maser

Membina rumah impian
Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang,lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga.Dengan mempunyai tanah sendiri serta sumber kewangan yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah,mereka boleh membinanya mengikut konsep dan citarasa tersendiri.Tetapi ada juga sesetengah daripada kita tidak mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah diatas tanah sendiri.Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak tertentu.Bukan itu saja,terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun rumah sudah diduduki,ini tentulah semasa submission pelan,terdapat masaalah yang timbul. Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masaalah ketika proses pertama submission pelan serta berbagai-bagai lagi masaalah lain,padahal jika pelan yang di submit itu lengkap,kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari sahaja (mengikut kawasan) Sebenarnya untuk membina rumah,prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu susah,Kita hanya melantik Arkitek untuk menguruskannya,tapi memanglah cas penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah.Tetapi tanggungjawap yang dipikul oleh Arkitek juga agak besar,ini kerana untuk memastikan pembinaan rumah dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.Masa yang diluangkan untuk merekabentuk rumah,masa untuk ‘deal’ dengan pihak berkuasa lebihlebih lagi projek mempunyai masaalah juga perlu diambil kira. Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah idaman?.Laman lukispelan.com saya bina khas untuk memberikan panduan kepada anda dengan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo,tambahan rumah,ubahsuai rumah serta yang berkaitan.anda boleh mencari maklumat yang dikehendaki mengikut kategory yang saya sediakan.Bukan itu saja lukispelan.com juga boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pelukis pelan samada pelukis pelan Arkitek atau pelukis pelan Jurutera,para sesiapa yang masih lagi belajar didalam bidang pelukis pelan serta sesiapa saja yng menceburi bidang senibina dan kejuruteraan awam.

Pelan Arkitek : Pelan Rumah
CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/2 TINGKAT 1-Pelan Perancang bandar (jika perlu) 2-Pelan Arkitek 3-Pelan jurutera Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah.Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah.Sebuah pelan rumah (Arkitek) yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi
A-Pelan tapak B-Pelan lokasi C-Pelan kunci D-pelan lantai bawah E-pelan lantai atas (tingkat satu) F-pelan bumbung G-pelan pandangan -hadapan dan belakang -kiri dan kanan H-pelan keratan 1-1 dan 2-2 I-schematic diagramme sanitary dan plumbing J-jadual saiz tingkap,pintu, K-pelan pagar L-jadual pengudaraan dan cahaya M-pelan bangunan sementara

A-Pelan tapak Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit jarak antara rumah dan lot serta lAin-lain yang diminta oleh pihak majlis. B-Pelan lokasi Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan. C-Pelan kunci Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot. D-Pelan lantai bawah (ground floor keyplan) Pelan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik E-Pelan lantai atas (1st floor keyplan) Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik F-Pelan bumbung (roof plan) Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary. G-Pelan pandangan (elevation) Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar

H-Pelan keratan Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah I-Shematic diagramme,isometric Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing J-Jadual pintu dan tingkap Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap l-Pagar Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah dan meter elektrik K-Jadual pencahayaan dan pengudaraan Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara L-Pelan bangunan sementara Pelan yang menunjukkan
-pelan tapak -pelan kunci -pelan tandas sementara -perician hoarding -perician kabin/setor

Pelan Jurutera : Rekabentuk banglo
Pelan Jurutera : Rekabentuk banglo Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada pelan r.c,pelan sanitary,pelan plumbing,pelan kerja tanah (jika perlu).semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis.Pelan sanitary ke IWK/JPP.pelan plumbing ke PBA/SYABAS. Pelan R.C Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor semasa dalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh. Pelan Plumbing. Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan ini akan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan. Pelan Sanitary Pelan yang menunjukan sistem pembentungan rumah,terdapat beberapa siri submission

untuk pelan sanitary,bermula dari PDC1 hinggalah PDC8.jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan.Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera.(Jumlah P.E) .IWK/JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pelan Kerja Tanah (Earthwork) Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu di timbun atau di korek (cut ‘n’ fill)

Untuk maklumat penuh sila layari http://lukispelan.com Maser http://lukispelan.com http://lukispelan.com/forum/

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->