You are on page 1of 14

KERTAS KERJA MEMOHON KELULUSAN PROJEK

STREET HOCKEY-PROTON ‘04

ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN PROTON

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

_______________________________________________________________________

_

1.0 PENDAHULUAN

Biro Sukan dan Rekreasi JPPK Kolej Kediaman Proton akan menganjurkan satu

kejohanan STREET HOCKEY – PROTON ’04 yang akan diadakan pada 6 dan

7 Februari 2004 bertempat di Dataran Kolej Proton.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA DIKEMUKAKAN

Kertas kerja dikemukakan adalah untuk mendapat kelulusan daripada Timbalan

Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), YBhg. Prof Madya Dr. Mohamed

Mustafa Ishak untuk melaksanakan projek STREET HOCKEY – PROTON ’04

bertempat di Dataran Kolej Proton pada 6 dan 7 Februari 2004.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Merapatkan hubungan diantara peserta dan penganjur serta pelajar-pelajar

UUM.

3.2 Mendedahkan corak permainan Street Hockey kepada mereka yang

tidak pernah menyertainya.

3.3 Menanamkan minat kepada pelajar yang sebelum ini tidak berminat

dengan sukan lasak sebegini.

3.4 Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat kesukanan yang

tinggi serta menjadikan mahasiswa sihat dan cergas sepanjang

masa.

3.5 Meningkatkan kemahiran peserta secara individu dan berpasukan semasa

menyertai pertandingan di samping menanamkan semangat

berdikari, bekerjasama, berkolaboratif , berkeyakinan dan bertoleransi

antara satu sama lain.

4.0 PENJELASAN PROJEK

Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi JPPK Kolej Proton
yang melibatkan pemain-pemain hoki lelaki dan wanita kolej Proton sebagai AJK
pelaksana. Peserta-peserta pertandingan terdiri dari wakil-wakil kolej kediaman
Universiti Utara Malaysia. Ia akan diadakan pada 6 dan 7 Februari 2004
bertempat di Dataran Kolej Kediaman Proton. Tema bagi projek ini adalah
“SUKAN PEMANGKIN GRADUAN SEIMBANG DAN CEMERLANG”
– Kecerdasan lahir dari badan yang cergas dan semangat yang tinggi.
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK

Penaung : YBhg. Prof Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Timbalan Naib Canselor (HEP)
Universiti Utara Malaysia

Penasihat Utama : Encik Nor Azman Yusof
Pengetua Kolej Kediaman Proton

Penasihat Teknikal : En. Hairil Anuar B. Md Akil
Felo Penasihat Kolej Kediaman Proton

Encik Zainal Azman
Ketua Pengadil

Ex – Officio : Mohd Faizal Bin Abd Razak
Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi

Pengarah Projek : Cik Mariam Bt Tugiman @ Usman

Tim. Pengarah : Murugesu a/l Supermaniam

Setiausaha : Zurina Bt Abdullah

Bendahari : Mohamad Sayuti B. Berahim

Ketua – ketua Biro

Protokol / : Cik Sarmilah Bt Yamaleng
Cenderahati Ahmad Firdaus B Ariffin

Pengangkutan/: Mazli B. Mahamad
Logistik Mohd Faison B. Abu Bakar

Promosi/ : Cik Nor Syuhaida Abd Razak
Publisiti Badrul Hisyam B. Mustafa

Keselamatan : Izan Hosni B. Ibrahim
Tengku Mohd Zulkhailif B. Ku Zambri

Makanan : Cik Maizun Mat Lazim
Mahadi Mohamad

Urusetia : Cik Roseshita Bt Ibrahim
Mohd Syahriman B. Yusof

AJK

Rosneza Bt Abd Rajab

Siti Maisarah Md Mery

Nik Roshamizam Bt Nik Mahmud

Norshuhaida Abu Bakar

Radhiah Hamad

Sarmilah Yamaleng

Norhasimah Bt Hassan
6.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu

Enam Ratus dan Empat puluh Empat sahaja.

ANGGARAN PENDAPATAN RM

1. Peruntukan JPPK 300.00

2. Yuran peserta (15pasukan X RM49) 735.00

4. Baki Yang diperlukan 605.00

Jumlah Anggaran Pendapatan RM 1644.00

ANGGARAN PERBELANJAAN RM

1. Bayaran Pengadil 500.00

2. Hadiah Peserta (21 piala X RM5) 105.00

Piala Iringan (3 X RM 15) 45.00

Hamper ( 3 X RM 50) 150.00

3. Cenderahati Pengadil (4 X RM 15) 60.00

4. Peralatan 100.00

Ubat 150.00

5. Promosi dan Publisiti

Banner 80.00

Fotostat 100.00

Tag nama (30 X RM 5) 150.00

6. Makanan dan Minuman 200.00
Jumlah Anggaran Perbelanjaan RM 1644.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

Jumaat 6hb Februari 2004

8.00 pg Pengurus-pengurus pasukan menghantar borang peserta

pertandingan.

8.15pg Pertandingan dimulakan mengikut kumpulan dan padang yang

telah ditetapkan

12.00tgh Berhenti rehat dan sembahyang Jumaat

3.00ptg Pertandingan disambung semula untuk menentukan pasukan yang

layak ke suku akhir

6.00ptg Pertandingan ditunda esok

Sabtu 7hb Februari 2004

8.00pg Pengurus-pengurus pasukan mendaftar untuk pertandingan suku

akhir.

8.15 Pertandingan dimulakan untuk menentukan pasukan yang layak ke

separuh akhir

10.30 Pertandingan separuh akhir

12.00 Berhenti rehat dan makan tengahari

2.00ptg Pertandingan akhir dimulakan

4.00ptg Majlis penyampaian hadiah dan penutup oleh En Nor Azman

Yusof selaku pengetua kolej kediaman Proton.
8.0 PELAKSANAAN PROJEK

Perjumpaan bersama-sama pengurus pasukan bagi setiap kolej-kolej kediaman

akan diadakan bagi menjalankan sesi taklimat dan suai kenal. Selain itu semasa

perjumpaan ini segala pertanyaan akan dijelaskan dan peraturan-peraturan

permainan juga akan diterangkan. Risalah mengenai peraturan dan syarat-syarat

pertandingan juga akan diberi kepada pengurus-pengurus pasukan.

Borang dan yuran penyertaan akan dikutip seminggu sebelum pertandingan

diadakan, manakala pembahagian kumpulan akan dibuat 3 hari sebelum

pertandingan dijalankan.

9.0 PENUTUP

Dengan ini diharapkan agar kertas kerja ini mendapat sokongan dan kerjasama

daripada pihak yang Berbahagia Dato’ bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga

projek ini benar-benar memenuhi matlamat dan objektif asal serta dapat

membantu pihak UUM dan Kolej khasnya mencapai wawasan dalam melahirkan

pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik malahan di dalam

bidang sukan juga.

AJK pelaksana juga akan menjalankan pertandingan ini dengan adil dan saksama

serta melahirkan “pertandingan sihat” dikalangan pelajar-pelajar kolej kediaman

yang lain. Semoga projek ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang

berharga kepada para peserta pertandingan STREET HOCKEY-PROTON ’04.
Akhir kata pihak kami berharap agar kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan

yang sewajarnya daripada pihak Yang Berbahagia Dato’ dan diberikan kelulusan

bagi menganjurkan pertandingan STREET HOCKEY-PROTON ’04 ini.

Pertimbangan dan perhatian yang diberi amatlah dihargai dan didahului dengan

jutaan terima kasih.

Sekian,

“ILMU BUDI BAKTI”

Yang menjalankan tugas, Disahkan oleh

......................................... ..............................................

(ZURINA BT ABDULLAH) (MARIAM BT TUGIMAN @ USMAN)

Setiausaha Projek Pengarah Projek

STREET HOCKEY-PROTON ’04 STREET HOCKEY-PROTON ‘04
LAMPIRAN A

MINIT MESYUARAT

STREET-HOCKEY-PROTON ‘04

Tarikh : 20 Januari 2004

Masa : 9.30 malam

Tempat: Dewan Kembara Kolej Kediaman Proton.

Hadir : Mariam Bt Tugiman @ Usman

Mohd Faizal B. Abd Razak Ex – Officio

Zurina Bt Abdullah

Mohd Sayuti B. Berahim

Tengku Mohd Zakhailif

Mahadi B. Mohamad

Rosneza Bt Rajab

Siti Maisarah Bt Md Mery

Ahmad Firdaus Ariffin

Badrul Hisham Mustafa

Izan Hosni B. Ibrahim

Mazli Mahamad

Mohd Syahriman B. Yusoff

Mohd Faison Abu Bakar
1.0 Kata-kata aluan Pengerusi

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberikan salam dan mengalu-alukan

kedatangan semua ahli mesyuarat. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-

Fatihah.

2.0 Penerangan Tentang Projek

Ahli-ahli yang hadir telah diberikan penerangan tentang projek yang akan

dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

3.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Ahli Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk memilih ahli-ahli yang

berikut sebagai ahli jawatankuasa. Berikut adalah ahli-ahli yang telah dilantik :

Pengarah Projek : Cik Mariam Bt Tugiman @ Usman

Tim. Pengarah : Murugesu a/l Supermaniam

Setiausaha : Zurina Bt Abdullah

Bendahari : Mohamad Sayuti B. Berahim

Ketua – ketua Biro

Protokol / : Cik Sarmilah Bt Yamaleng
Cenderahati Ahmad Firdaus B Ariffin

Pengangkutan/: Mazli B. Mahamad
Logistik Mohd Faison B. Abu Bakar

Promosi/ : Cik Nor Syuhaida Abd Razak
Publisiti Badrul Hisyam B. Mustafa
Keselamatan : Izan Hosni B. Ibrahim
Tengku Mohd Zulkhailif B. Ku Zambri

Makanan : Cik Maizun Mat Lazim
Mahadi Mohamad

Urusetia : Cik Roseshita Bt Ibrahim
Mohd Syahriman B. Yusof

AJK

Rosneza Bt Abd Rajab

Siti Maisarah Md Mery

Nik Roshamizam Bt Nik Mahmud

Norshuhaida Abu Bakar

Radhiah Hamad

Sarmilah Yamaleng

Norhasimah Bt Hassan
4.0 Pembahagian Tugas

AJK pelaksana yang telah dilantik diberi penerangan tugas masing-masing

mengikut bahagian yang telah dipertanggungjawabkan. Manakala Semua Ajk

yang lain pula akan diberi tugas-tugas tertentu dibawah unit-unit supaya dapat

melaksanakan projek ini secara bersama.

Protokol / Cenderahati

• Menguruskan urusan jemputan untuk majlis perasmian dan penutup

• Menguruskan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati semasa majlis

penutup.

Pengangkutan/Logistik

• Membuat surat kepada pihak HEP dan Unit Sukan berhubung dengan

peralatan

• Membuat Check-list barang yang diperlukan

Promosi/Publisiti

• Membuat promosi projek dan mendapatkan peserta dari setiap wakil-wakil

kolej

Keselamatan

• Mendapat peralatan bagi tujuan keselamatan seperti peti kecemasan

• Membentuk kumpulan awasan sepanjang pertandingan dijalankan

Makanan

• Menyediakan makanan untuk pengadil
• Membuat anggaran perbelanjaan makanan

• menyediakan minuman dan memastikan air mencukupi untuk semua

pemain-pemain.

Urusetia

• Menguruskan berkenaan masa dan gol jaringan semasa pertandingan

dijalankan.

• Memastikan pertandingan dapat dijelankan dengan lancar dan menepati

masa yang telah ditetapkan.

5.0 Hal-hal lain

Mesyuarat telah bersetuju mengenakan bayaran yuran sebanyak RM 49 bagi satu

pasukan (RM98 untuk setiap kolej- 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita).

Saudari pengerusi iaitu Cik Mariam Bt Tugiman mengucapkan bebanyak terima

kasih kerana diberi kepercayaan untuk menerajui jawatankuasa pelaksana projek

STREET HOCKEY-PROTON ’04. Beliau juga berharap akan memperolehi

kerjasama sepenuhnya daripada semua AJK yang dilantik.

6.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat berakhir pada pukul 11.00 malam dengan penghargaan pengerusi

majlis kepada semua ahli yang hadir. Mesyuarat AJK yang seterusnya akan

ditetapkan kemudian. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah

Al-As’r.
Disediakan oleh Disahkan Oleh

.................................... ................................................

Setiausaha Projek Pengarah Projek

Zurina Bt Abdullah Mariam Bt Tugiman@Usman

STREET HOCKEY-PROTON ’04 STREET HOCKEY-PROTON ’04