You are on page 1of 22

1

BAHAS ALA PARLIMEN


KONSEP BAHAS ALA PARLIMEN Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Perlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Dalam situasi sebenar di Parlimen, Pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada Pihak Pembangkang pula akan memberi hujah sama ada memperbaiki usul tersebut mahupun menolak langsung usul tersebut. Setelah perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua per tiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya Pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya. Dalam Perbahasan Ala Parlimen, perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model atau contohnya. Bahasa Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul ( cadangan ) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, Pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul ( melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab kenapa usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Speaker Dewan ( atau Yang Dipertua Dewan ) mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Speaker Dewan Perbahasan sebagai mana pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Speaker Dewan sesuatu Perbahasan Perbahasan Ala Parlimen akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :
Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima @ Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak

SYARAT, PERATURAN & FORMAT BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
1. OBJEKTIF :

1.1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada para pelajar sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan. 1.2 Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara spontan. 1.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur. 2. RASIONAL 2.1 Format perbahasan yang diamalkan sekarang tidak pernah berubah semenjak diperkenalkan 23 tahun yang lalu. Lebih daripada 80% ucapan pendebat dalam format ini bergantung kepada teks yang telah disediakan lebih awal. Kemahiran membidas secara spontan tidak diberi penekanan utama. Dalam erti kata sebenar perbahasan, ucapan pendebat mestilah mengutamakan hujah-hujah untuk mematahkan hujah-hujah pihak lawan dan mengukuhkan kes pasukan sendiri dengan menyampaikan hujah yang tepat, rasional dan berkesan. Perkara ini hanya dapat dilakukan jika penekanan dan ruang yang banyak diberikan kepada bidasan. Format bahas ala parlimen memberi penekanan kepada ruang bidasan tersebut. 2.2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan pelajarpelajar yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif , kreatif dan kritis.

CIRI-CIRI PERBEZAAN BAHAS FORMAT LAMA

3 DENGAN FORMAT BAHAS ALA PARLIMEN


PERKARA BAHAS FORMAT LAMA BAHAS ALA PARLIMEN 1. Tumpuan para pendebat lebih banyak kepada percubaan untuk menangkis apa yang diucapkan oleh pihak lawan da kurang pada apa apa yang telah mereka sediakan. Para pendebat mengukuhkan pendirian pasukan mereka dengan mematahkan hujah-hujah pihak lawan. 1. ULASAN

1. TEKS PERBAHASAN

1. Para pendebat lebih


banyak bergantung pada apa apa yang mereka telah sediakan dan tidak banyak mengambil kira apa apa perkara yang diucapkan oleh pihak lawan dan menangkis kenyataan-kenyataan itu dengan sewajarnya.

2.

1. Para pendebat
sentiasa mencari helah untuk membuktikan kelemahan hujahhujah pihak lawan dan menunjukkan bagaimana hujahhujah itu tidak dapat menggugat pendirian pasukan mereka sendiri.

Format bahas ala Parlimen lebih bermakna dan berkesan kerana perbahasan memerlukan semua para pendebat mengikuti perbahasan itu secara teliti dari awal hingga akhir. Jika mereka tidak berbuat demikian mereka tidak dapat mengesan kelemahan hujah-hujah pihak lawan untuk dibangkitkan atau dibidas secara spontan.

1. Format lama
lebih banyak tertumpu pada penghafalan teks yang telah disediakan.

PERKARA

BAHAS FORMAT LAMA

BAHAS ALA

ULASAN

4
PARLIMEN 1. 2. BIDASAN Para pendebat hanya boleh membidas semasa giliran mereka berucap sahaja. 1. Peratus masa dan markah untuk membidas semakin bertambah dari pendebat pertama hingga ke pendebat ketiga. Semua pendebat boleh membuat bidasan secara spontan melalui Izin Laluan pada bila-bila masa semasa pihak lawan sedang berucap.

1. Format baru ini


memerlukan para pendebat untuk sentiasa prihatin kepada perbahasan dari awal hingga ke akhir kerana setiap pendebat diberi peluang untuk membidas melalui Izin Laluan 2. Format lama tidak banyak memberi penekanan kepada bidasan jika dibandingkan dengan format baru. Izin laluan memberi peluang kepada para pendebat untuk terus mengambil bahagian dari awal hingga akhir.

2. Masa dan markah untuk


membidas adalah terhad (20%) daripada keseluruhan masa dan markah yang diperuntukkan.

2.

3.IZIN LALUAN Izin laluan ialah pertanyaan atau kenyataan yang boleh dikemukakan oleh seseorang pendebat semasa pihak lawan sedang berucap.

1.

1. Dalam format lama,


sebelum atau selepas gilirannya, seseorang pendebat tidak boleh menyoal atau memberi pandangannya terhadap apa apa yang sedang diucapkan oleh pihak lawan. Penglibatan pendebat terhad kepada giliran yang telah dtentukan untuknya.

Melalui sistem Izin laluan setiap pendebat boleh bangun untuk menyoal atau membuat kenyataan yang bersesuaian pada bila-bila masa semasa pihak lawan sedang berucap.

1.

PERKARA

BAHAS FORMAT

BAHAS ALA

ULASAN

5 LAMA PARLIMEN
2. Format baru memberi lebih banyak peluang kepada para pendebat utuk menyampaikan idea atau pertanyaan secara spontan. Setiap pendebat menjawab dan memberi Izin laluan sepanjang perbahasan itu. Format baru melatih para pelajar untuk berani menghadapi para penonton semasa berucap.

3.

4. USUL PERBAHASAN

1.

Usul perbahasan diberi lebih awal sebelum perbahasan (Dari seminggu sehingga sebulan tempohnya). Guru penasihat samasama terlibat dalam penyediaan teks untuk perbahasan.

1.

Usul-usul perbahasan diberi lebih kurang dua minggu sebelum pertandingan bermula.

1.

2.

2. Pendirian sama ada pasukan tersebut mencadang atau membangkang ditentukan 1 jam sebelum perbahasan bermula.

2. Format ini
benar-benar memberi peluang kepada para pelajar untuk mempamerkan kebolehan berbahas.

3.

Hanya pelajar dari pasukan yang sama dibiarkan berada di dalam bilik persediaan.

SYARAT-SYARAT & PERATURAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

1. NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Sekolah Menengah Malaysia. 2. FORMAT 2.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh tiga orang pembahas utama dan dua orang pembahas simpanan. 2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang. 2.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri, manakala dua orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua dan YB Menteri Ketiga. Pembahas simpanan pasukan kerajaan disebut sebagai YB Menteri Keempat dan Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala dua orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua dan YB Pembangkang Ketiga. Pembahas simpanan pasukan pembangkang disebut sebagai YB Pembangkang Keempat dan Pembangkang Kelima. 2.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut : 1 3 5 8 KERAJAAN Pertama Kedua Ketiga Ucapan Menggulung Pertama/Kedua 2 4 6 7 PEMBANGKANG Pertama Kedua Ketiga Ucapan Menggulung Pertama/Kedua MASA 8 minit 8 minit 8 minit 4 minit

2.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan. 2.6 Semasa satu pihak berucap atau berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin Laluan. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. 2.7 Selepas kesemua pembahas menyampaikan ucap utama, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan

7 penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan. 3. KELAYAKAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima, sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia yang berumur tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh. 3.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut. 3.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di sekolah tersebut. 4. PENGHAKIMAN 4.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau lima orang hakim. 4.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perbahasan bermula. 4.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri. 4.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan sekolahnya sendiri. 4.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang. 4.6 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada tuan speaker untuk mengumumkan keputusan perbahasan. 4.7 Selepas borang keputusan diserahkan, para hakim berkumpul untuk berbincang dan memilih pembahas terbaik. Para hakim boleh merujuk kertas catatan hakim untuk membuat pemilihan pembahas terbaik. Dalam penentuan pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak diambil kira. 4.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 5. TATACARA PERBAHASAN

8 5.1 Pengendalian Perbahasan 5.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurangkurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan peringkat zon dan kebangsaan. 5.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan. 5.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing. 5.1.4 Hanya para pelajar di dalam pasukan itu ( tiga pendebat utama dan dua orang simpanan ) yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong adalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan. 5.1.5 Pasukan boleh menggunakan bahan cetak sahaja sebagai bahan rujukan semasa kuarantin persediaan. Semua alat elektronik seperti komputer dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik persediaan. 5.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. 5.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah dikehendaki keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan. 5.2 Peranan Yang Arif Tuan Speaker / Yang Dipertuan Dewan. 5.2.1 Pertandingan bahas ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker dan dibantu oleh seorang penjaga masa. Beliau dapat memastikan bahawa pertandingan bahas berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang bertanding ataupun daripada penonton yang juga disebut sidang dewan. Tuan Speaker akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas-pembahas. Tuan Speaker tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan ataupun pembahas-pembahas yang sedang bertanding. Tuan Speaker akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap. Tuan Speaker akan mengumumkan keputusan pertandingan.

5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5

5.3 Peranan penjaga masa

9 5.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit diperuntukkan bagi ucap utama setiap pembahas dan empat minit untuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit pertama dan akhir minit ketujuh untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat Izin Laluan. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawab masa untuk pembahas berhujah telah tamat. Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan. Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.

5.3.2

5.3.3 5.3.4

5.4 Larangan 5.4.1 5.4.2 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

5.5 Peranan Pembahas Pembahas Pertama Kerajaan (YAB. Perdana Menteri) 8 Minit 5.5.1 . Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap tajuk atau usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut. 5.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan. 5.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri Kedua dan Menteri Ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan. 5.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 5.5.5 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 5.5.6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Pertama Pembangkang ( YB. Ketua Pembangkang )- 8 Minit

10

5.5.7. Tugas pertama Ketua Pembangkang ialah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau nenolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut, mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka. 5.5.8. Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan). 5.5.9. Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut. 5.5.10. Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang kedua dan pembangkang ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang. 5.5.11. Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang. 5.5.12. Tugas keenam ketua pembangkang adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 5.5.13. Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Kedua Kerajaan ( YB. Menteri Kedua)- 8 Minit 5.5.14 Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baru yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. 5.5.15 Tugas kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh ketua pembangkang. 5.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 5.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 5.5.18. Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Kedua Pembangkang (YB. Pembangkang Kedua)- 8 Minit

11

5.5.19 Tugas pertama Pembangkang Pertama adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua. 5.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.. 5.5.21 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang. 5.5.22 Tugas keempat Pembangkang Pertama adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibbentangkan oleh kerajaan. 5.5.23. Pembangkang Pertama boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Ketiga Kerajaan (YB. Menteri Ketiga)- 8 Minit 5.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua. 5.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. 5.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 5.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Ketiga Pembangkang ( YB. Pembangkang Ketiga)- 8 Minit 5.5.28 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga. 5.5.29 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua. 5.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. 5.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 5.5.32. Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

5.6 Peranan Penggulung Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit

12

5.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas kes/ usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut. 5.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup kes pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit 5.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas kes/ usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut. 5.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup kes Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan. 5.7 Peranan Pembahas Simpanan ( YB. Menteri Keempat / Menteri Kelima / Pembangkang Keempat / Pembangkang Kelima ) 5.7.1 Tugas pembahas simpanan ( YB. Wakil Kerajaan Keempat dan Kelima dan Pembangkang Keempat serta Kelima ) adalah untuk membantu membuat catatan hujah pihak lawan / bidasan / izin laluan dan memberikan kepada pasukannya. 5.7.2 Tugas pembahas simpanan juga adalah untuk memberi idea dalam perbincangan untuk sesi penggulungan. 5.7.3 Markah akan dinilai daripada kerjasama sepasukan antara pembahas simpanan dengan pembahas utama. Markah maksimum 10 diberi kepada pasukan. 6. IZIN LALUAN 6.1 Semasa seorang pembahas sedang menyampaikan ucap utama, pihak lawan dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk : soalan; kenyataan; fakta; ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas. 6.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat mengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan. 6.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

13 6.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini. 6.5 Etika izin laluan. 6.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan. 6.5.2 Tiada terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan. 6.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah. 6.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang. 6.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut Izin Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh: Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat; Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut; Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

6.6 Memohon dan menerima izin laluan 6.6.1 Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.

6.6.2

Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan kehilangan markah isi dan strategi. Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan. Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas. Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.

6.6.3

14

6.6.4

Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas tidak memberi peluang kepada pihal lawan. Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi cabaran. Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan. RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN

1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut : ISI STRATEGI GAYA BAHASA 1.1 ISI a. Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata. Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah yang diberi. Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah, dan hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan, telah melakukan kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkaraperkara yang lebih penting. Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kepercayaan, prejudis atau pengetahuan dalam bidang kerjaya masing-masing. Contohnya, jika anda seorang peguam dan anda mengetahui perkara yang diperkatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh Mahkmah Penghakiman Antarabangsa ( MPA ) pada minggu lepas, anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan pengumuman MPA itu telah diketahui umum dengan meluasnya.

b. c. d.

e.

1.2 STRATEGI

15

a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi dua konsep: i) ii) Struktur dan tempoh masa penghujahan . Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.

b. Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan. Hal ini adalah penting terutamanya semasa pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gaya menyampaikan hujah merupakan salah satu komponen strategi. c. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek berkenaan dengan hal ini : i. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan. ii. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan. d. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih penting dan mengemudiankan yang kurang penting. Secara umumnya adalah lebih baik jika pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu / hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula. e. Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu. f. Pemahaman tentang isu Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Membazir masa jika persoalan yang penting tidak dibidas. Pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. g. Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi. Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut. 1.3 GAYA a. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan. b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:

16

i) ii)

sebutan bahasa gerak badan ( body language )

Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza oleh pembahas. c.Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota. d.Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan menyampaikan hujah dan markah hanya boleh dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas. 1.4 BAHASA a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: i) ii) Gaya bahasa Struktur ayat iii) Tatabahasa

b. Hal ini juga termasuk: i) ii) iii) iv) sebutan baku kelancaran nada intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul. c. Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi,sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian bahasa. 1.5 BIDASAN a. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh kerana itulah kehendak perbahasan. b. Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi

17 satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas tidak perlu membidas setiap contoh. 1.6 PENGGULUNGAN a. Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan pembahas mengenai isu bahas yang diperdebatkan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut. 1.7 IZIN LALUAN a. Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jika izin laluan itu diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang sedang diutarakan dalam perbahasan itu. b.Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah msing-masing. c. Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima, tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi / menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah dalam bahagian isi dan strategi.

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA SISTEM PEMARKAHAN 1. UCAP UTAMA (JUMLAH = 100 MARKAH) MASA 8 MINIT 1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut: (a) Isi = 30 markah

18 (b) Strategi = (c) Gaya = (d) Bahasa = GARIS PANDUAN (ANGGARAN)


ISI (30) 26- 30 21 25 16 20 11 15 6 10

1.2

30 markah 20 markah 20 markah / SKALA


STRATEGI (30) 26 30 21 25 16 20 11 15 6 10

PEMBERIAN
GAYA (20) 18 20 15 -17 12 14 9 11 68 BAHASA (20) 18 20 15 17 12 14 9 -11 68

MARKAH
JUMLAH (100) 86 100 70 85 56 -69 40 55 24 39

NO MUTU/TAHAP 1 2 3 4 5 Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Lemah

1.3 ISI a. b. c. d.

PERTIMBANGAN PEMARKAHAN Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan berdasarkan: ketetapan hujah kemantapan hujah Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan. Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian hujah. Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi. Begitulah sebaliknya. Contohnya: USUL: Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di Malaysia Hujah Pembankang : Pekerja asing telah menimbulkan pelbagai masalah sosial. - Masalah jenayah perogol bersiri - pembunuh upahan - rompakan - Mengganggu ketenteraman masyarakat - ganggu gadis - amalan dan tingkah laku - Masalah setinggan - Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para remaja Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas, justeru pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesilapan yang lebih serius berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana gagal mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. f. Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh. Perkara-perkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas.

e.

19 g. Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu bidang. h. Mutu soalan / jawapan izin laluan boleh mempengaruhi markah isi. i. Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah / isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah. STRATEGI a. Strategi meliputi dua konsep: i. Struktur dan tempoh masa penghujahan. ii. Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan. Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan. Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek: i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan. ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk aspek-aspek penghujahan. Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting. Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan hujah / fakta. Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah strategi.

b.

c.

d. e. f.

g.

Pemahaman tentang isu. Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Persoalan penting perlu dibidas. Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi.

20 h. i. Penglibatan pembahas dalam memberi / menerima izin landuan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi. Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan isu. Bayangkan dalam satu situasi , seorang pembahas cuba membidas isu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau bagaimanapun, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak lawan.

GAYA a. i. ii. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:daripada segi sebutan suara yang jelas. bahasa gerak badan (body language) - dipelbagaikan - bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan. b. Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu banyak bergantung pada nota atau membaca daripada nota. c. Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan. d. Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang berbeza oleh para pembahas. e. Gaya yang berjaya menarik / memikat hati penonton perlu diberi pertimbangan. f. Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak keterlaluan atau melampaui batas.

BAHASA a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: i. ii. iii. gaya bahasa strtuktur ayat tatabahasa

21 b. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:: i. ii. iii. iv. sebutan (baku) kelancaran nada intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul. c. Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa kiasan, peribahasa dan seumpamanya tepat mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi markah tinggi dalam bahagian bahasa.

2.

UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) MASA = 4 MINIT 2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut: a. Isi = 15 markah b. Strategi = 15 markah c. Gaya = 10 markah d. Bahasa = 10 markah -------------------------------------------------Jumlah 50 markah ============================== 2.2 GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)
ISI (15) 14 15 12 13 10 11 89 6 -7 STRATEGI (15) 14 15 12 13 10 -11 89 6 -7 GAYA (10) 9 10 78 56 4 3 BAHASA (10) 9 10 78 56 4 3 JUMLAH (50) 46 50 38 42 30 35 24 29 18 23

NO MUTU/TAHAP 1 2 3 4 5 Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Lemah

2.3

Pertimbangan Pemarkahan ISI a. Isi dinilai daripada aspek: i. Kemampuan pembahas merumus dan membidas hujah pihak lawan. ii. Kemampuan pembahas menggulung dan menegaskan hujah pasukan.

22

b. c.

Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah isi. Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.

STRATEGI a. Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuan membidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi markah strategi. Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan penggulungan. Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak lawan. Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung perlu diambil kira oleh hakim. Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian markah strategi semasa sesi penggulungan.

b. c. d. ***

GAYA / BAHASA a. Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian ucap utama.

You might also like