You are on page 1of 2

Dialog: Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar

Bersendirian.

Sekarang waktu rehat. Saya dan kawan saya, Ali sedang makan sambil
berbual – bual mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.

Saya: Hai, apa khabar, Ali? Boleh saya duduk di sini?
Ali : Boleh, silakan.
Saya: Apakah yang menarik telah kamu pelajari pada hari ini?
Ali : Hari ini Cikgu Helmi mengadakan aktiviti perbincangan
mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.
Saya: Menarik tajuk itu. Adakah awak belajar secara berkumpulan.
Ali : Sudah tentu. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan
belajar secara berkumpulan. Salah satu saripadanya ialah kita
boleh berbincang dengan rakan – rakan kita tentang topik yang
baru. Melalui perbincangan kita dapat memahami sesuatu topik
pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kita boleh
bekerjasama membantu rakan – rakan yang lain untuk lebih
memahami apa yang dipelajari.
Saya: Ya, saya setuju. Menjelang peperiksaan, belajar secara
berkumpulan lebih berkesan. Kita boleh membahagikan topik –
topik yang perlu dipelajari untuk dibincangkan bersama.
Ali : Betul itu, Ikhlas. Bayangkan sekiranya kita terpaksa
mengulangkaji semua topik pelajaran seorang diri. Tentu
membosankan.
Saya: Satu lagi kebaikannya ialah kita belajar dalam suasana yang
lebih ceria. Selain itu, kita boleh saling bertukar pendapat dan
pandangan dengan rakan – rakan.
Ali : Tadi, Cikgu Helmi ada menerangkan bahawa dengan belajar
secara berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim kerana kita
saling membantu ibarat aur dengan tebing.
Saya: Secara keseluruhannya, banyak faedah yang kita dapat apabila
belajar secara berkumpulan. Bukan sahaja kita dapat berkongsi
ilmu pengetahuan, bahkan kita juga dapat menjimatkan masa
belajar. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Lagipun,
jika dibandingkan dengan belajar bersendirian, belajar secara
berkumpulan lebih efisyen dan efektif.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

Ali : Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita kembali ke kelas.
Saya: Baiklah. Seronok berbual dengan kamu. Jumpa lagi.
Dialog: Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Secara
Berkumpulan.
Ann dan May sedang menunggu bas di perhentian bas sambil berbual
– bual.
Ann : May, apa pendapat awak jika kita adakan kumpulan
perbincangan untuk mengulangkaji pelajaran?
May : Sebenarnya, Ann, saya tidak selesa belajar dalam kumpulan
kerana nanti banyak masalah yang akan timbul.
Ann : Masalah? Apa maksud awak?
May : Untuk belajar secara berkumpulan, kita perlu bekerjasama.
Bagaimana jika ada ahli kumpulan yang enggan bekerjasama
atau mencuri tulang? Tentu objektif belajar secara berkumpulan
gagal dilaksanakan, bukan?
Ann : Benar kata awak. Sekiranya ada ahli yang buat perangai, pasti
akan menyusahkan ahli – ahli kumpulan yang lain.
May : Ya. Selain itu, apabila kita belajar bersama kawan – kawan, kita
lebih cenderung untuk bersembang atau bermain seterusnya
lupa untuk belajar.
Ann : Tetapi, apakah faedah – faedah yang dapat kita perolehi jika
kita belajar sendiri?
May : Banyak faedahnya. Pertama, kita dapat lebih menumpukan
perhatian terhadap pelajaran. Kita akan lebih fokus terhadap
apa yang kita perolehi. Maka, kita tidak akan membuang masa
dengan bersembang atau bermain seperti yang saya cakap
tadi. Kedua, apabila kita lebih fokus, proses belajar atau
ulangkaji akan berjalan dengan lancer. Kerja yang dibuat juga
cepat selesai.
Ann : Bagaimana pula dengan perkongsian idea? Jika kita belajar
seorang diri, kita tidak dapat bertukar – tukar idea dengan
kawan – kawan.
May : Hal ini tidak perlu dibimbangkan. Kita boleh merujuk buku – buku
rujukan untuk mendapat idea – idea tambahan. Ini menjadikan
kita lebih gigih berusaha. Bukan itu sahaja, kita boleh belajar
mengikut kesesuaian masa kita sendiri. Tidak perlu terikat
dengan waktu tertentu seperti belajar berkumpulan.
Ann : Terima kasih, May. Nampaknya belajar bersendirian lebih baik
daripada belajar berkumpulan. Saya mesti cuba praktikkannya
selepas ini.
May : Sama – sama. Terpulanglah pada kamu untuk memilih cara
belajar yang sesuai. Eh, bas sudah sampai. Mari pulang.
Ann : Marilah.