You are on page 1of 2

PERANCANGAN KEWANGAN DAN ANDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.my
ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Menguruskan

Program pendidikan pengguna oleh:

Hutang Anda

Kebanyakan orang meminjam daripada institusi perbankan apabila membeli aset seperti rumah atau kenderaan bermotor. Berhutang tidak semestinya tidak baik. Sebenarnya, jika sesuatu pinjaman digunakan dengan bijak, ia boleh membantu meningkatkan kekayaan anda. Namun, jika ia tidak diurus dengan betul, atau sekiranya anda merasa akan menghadapi masalah kewangan, anda perlu mendapatkan bantuan tentang cara untuk mengurus hutang anda.

Sekiranya anda merasa akan menghadapi masalah kewangan, anda perlu mendapatkan

bantuan tentang cara untuk


mengurus hutang anda

panduan info

Pena an Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 15 Disember 2006 Edisi Pertama
Design Copyright 2006 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Institusi perbankan lebih suka jika diberitahu lebih awal oleh peminjam apabila mereka

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman


Bagaimana Mengurus Hutang Anda
Berikut ialah beberapa tip untuk membantu anda: Meminjam secara berhemat Meminjamlah mengikut kemampuan anda untuk membayar balik dengan pendapatan semasa anda. Jangan meminjam berdasarkan jangkaan pendapatan anda pada masa akan datang kerana jika ia tidak berlaku seperti yang dijangkakan, anda akan menanggung hutang yang tidak boleh dibayar balik dengan pendapatan semasa anda. Dalam mengira kemampuan anda, anda juga perlu mengambil kira sebarang kos tambahan yang akan ditanggung secara berkala untuk aset yang dibeli. Contohnya, apabila membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk minyak, tol dan pembaikan serta kos penyelenggaraan apabila menentukan bayaran ansuran bulanan sewa beli yang anda mampu Mengurus kad kredit anda dengan bijak - Bayar balik kesemua baki kad kredit anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan caj kewangan (kadar faedah). Ini kerana caj kewangan yang dikenakan atas baki kad kredit terkumpul biasanya lebih tinggi daripada yang dikenakan atas pinjaman lain. Jika anda tidak mampu untuk membayar kesemua baki tersebut, cuba sasarkan untuk membayar lebih daripada bayaran minimum kerana ini akan mengurangkan baki hutang terkumpul dengan lebih cepat dan dapat mengurangkan caj kewangan. Namun, jika anda hanya mampu membayar jumlah minimum yang belum dibayar, pastikan ia hanyalah untuk suatu tempoh masa yang pendek sahaja

menawarkan khidmat kaunseling dan

nasihat mengenai pengurusan wang secara berhemat dan menyediakan program pendidikan kewangan dan pengurusan hutang kepada orang ramai
Buat belanjawan Sediakan satu pelan belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui perbelanjaan anda dan mengelakkan daripada terlebih belanja. Langkah-langkah dalam menyediakan belanjawan ialah: - Mulakan dengan menyenaraikan pendapatan anda daripada semua sumber - Kemudian, senaraikan perbelanjaan tetap, termasuk pembayaran balik pinjaman secara tetap seperti ansuran rumah dan kenderaan bermotor serta bayaran kad kredit - Seterusnya, senaraikan perbelanjaan berubah seperti bil utiliti dan makanan - Akhirnya, kira kedudukan kewangan anda, iaitu pendapatan tolak perbelanjaan anda (tetap dan berubah). Kedudukan kewangan anda boleh menunjukkan lebihan belanjawan (pendapatan melebihi perbelanjaan) atau de sit belanjawan (perbelanjaan melebihi pendapatan). Jika belanjawan anda dalam keadaan de sit, anda perlu mengambil langkah pemulihan segera untuk menangani de sit itu. Mulakan simpanan anda Mulakan simpanan anda dengan mempunyai satu pelan simpanan kerana ini akan mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi pembelian kecil. Anda juga mungkin ingin mengumpul dana kecemasan untuk menampung perbelanjaan hidup sekiranya anda kehilangan pekerjaan buat sementara. Pada amnya, dana kecemasan perlulah cukup untuk membiayai perbelanjaan tetap anda (yang biasanya tidak berubah dari sebulan ke sebulan) bagi tempoh 3 hingga 6 bulan. Perbelanjaan tetap termasuk pembayaran balik pinjaman secara tetap, seperti ansuran rumah, kenderaan bermotor dan juga bayaran kad kredit

- Jika anda membayar bagi sesuatu barangan yang mahal, anda juga boleh memilih untuk membayar melalui skim bayaran mudah yang disediakan oleh pengeluar kad kredit anda. Skim sedemikian membolehkan anda untuk menyebarkan kos belian dalam satu jangka masa, contohnya 6-12 bulan tanpa dikenakan sebarang kos kewangan jika anda membayar mengikut jadual - Bayar baki dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran lewat - Elakkan daripada mengambil pendahuluan wang tunai melalui kad kredit kecuali dalam keadaan terdesak - Hadkan bilangan kad kredit yang anda miliki untuk mengelakkan daripada terlebih belanja - Batalkan kad kredit jika anda merasakan yang anda tidak dapat mengawal penggunaan kad itu Kurangkan hutang anda Cuba kurangkan baki pinjaman anda jika anda mempunyai wang lebihan, contohnya daripada bayaran bonus. Ini bagi mengurangkan caj kewangan Gunakan kaedah pembayaran bil secara automatik Pertimbangkan untuk menggunakan kaedah pembayaran automatik supaya bil-bil yang belum dibayar, boleh dibayar pada masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, anda boleh membuat arahan tetap untuk pembayaran nominal dengan institusi perbankan anda untuk mendebit dana daripada akaun deposit untuk membayar ansuran bulanan anda

Adakah Anda Terlalu Banyak Berhutang?


Anda boleh menggunakan nisbah hutang kepada pendapatan untuk mengetahui sama ada anda terlalu banyak berhutang. Nisbah ini membandingkan pendapatan anda dengan pembayaran balik pinjaman secara tetap, seperti ansuran rumah dan kenderaan bermotor serta bayaran kad kredit. Pendapatan bulanan kasar anda Pembayaran balik pinjaman secara tetap setiap bulan Nisbah hutang kepada pendapatan
: RM5,000 : RM1,000

- Anda sentiasa berbelanja melebihi pendapatan

anda - Had kredit bagi kebanyakan kad kredit anda telah digunakan sepenuhnya - Anda selalu meminjam wang untuk menampung perbelanjaan dari satu tarikh gaji ke tarikh gaji yang akan datang - Anda hanya membayar amaun minimum bagi pembayaran balik pinjaman anda apabila cukup tempohnya dan bukan untuk mengurangkan jumlah hutang anda - Anda sering berselisih faham dengan suami/isteri anda berhubung dengan soal wang
= 20%

: RM1,000

RM5,000

Jika pendapatan anda berubah-ubah setiap bulan, gunakan pendapatan purata anda dalam pengiraan. Kebanyakan institusi perbankan akan mengira nisbah hutang kepada pendapatan anda semasa membuat pertimbangan terhadap permohonan pinjaman anda. Lazimnya, nisbah hutang kepada pendapatan yang boleh diterima adalah sehingga tahap maksimum 30%.

Apabila anda sukar untuk membayar balik hutang, tanganilah masalah itu dengan segera supaya ia terkawal. Jangan abaikannya kerana beban hutang boleh bertambah buruk, dan mungkin mengakibatkan anda berada dalam keadaan yang tidak boleh diurus lagi.

boleh diterima oleh kedua-dua pihak dapat diambil ketika masalah itu masih boleh diurus. Secara amnya, institusi perbankan akan mempertimbangkan permintaan untuk mengubah amaun pembayaran balik untuk tempoh sementara atau menstrukturkan semula pinjaman itu dengan mengubah terma dan syarat perjanjian pinjaman terdahulu. Permohonan anda perlu disokong oleh butiran yang relevan serta dokumen sokongan yang dikemukakan kepada institusi perbankan sebagai bukti kedudukan kewangan anda. Perlu diingat bahawa institusi perbankan pada amnya tidak mahu peminjamnya mempunyai tunggakan pembayaran balik pinjaman. Oleh itu, jangan keberatan untuk berbincang dengan institusi perbankan anda Buat belanjawan seperti yang dijelaskan sebelum ini Kurangkan perbelanjaan anda dengan membuat satu rancangan perbelanjaan berdasarkan belanjawan. Memandangkan belanjawan menunjukkan jumlah perbelanjaan (tetap dan berubah) dengan jelas, ini memudahkan anda untuk menentukan perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dihapuskan. Oleh itu, rancangan perbelanjaan hendaklah mengambil kira hanya perbelanjaan yang perlu seperti perumahan, penjagaan kesihatan, utiliti dan yuran pendidikan. Rancangan perbelanjaan dapat membantu anda merancang perbelanjaan anda dan mengelakkan daripada perbelanjaan yang tidak perlu dan pembelian yang tidak dirancang. Untuk memastikan rancangan perbelanjaan ini berkesan, anda perlu mematuhinya serta membuat perubahan sewajarnya terhadap gaya hidup anda

Pertimbangkan untuk menggunakan simpanan atau dana lebihan bagi menjelaskan hutang anda. Jika faedah yang dikenakan atas pinjaman anda lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh daripada simpanan anda, adalah wajar untuk menggunakan lebihan simpanan anda (selepas menolak dana kecemasan) untuk membayar balik hutang anda. Mulakan dengan melunaskan pinjaman yang dikenakan kadar faedah tertinggi Jangan mengambil sebarang pembiayaan baru sehingga aliran tunai anda bertambah baik. Di samping itu, jika anda merasakan bahawa anda kurang berdisiplin untuk mengawal penggunaan kad kredit anda, pulangkan dan batalkan kesemua kad kredit anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memindahkan baki kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada kad kredit yang dikenakan kadar faedah yang lebih rendah Usahakan untuk menambah pendapatan anda, contohnya dengan membuat kerja sambilan. Sebarang pendapatan tambahan, bersama-sama dengan perbelanjaan yang terkawal, akan membantu mengurangkan hutang anda Jual aset anda untuk membayar hutang. Sebagai contoh, jika anda memiliki rumah yang besar, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk menjual rumah itu dan membeli rumah yang lebih sederhana bagi mengurangkan hutang anda

Nasihat daripada pihak berkecuali


Jika anda memerlukan bantuan khidmat nasihat dalam pengurusan hutang anda, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006, untuk menawarkan, antara lain, perkhidmatan kaunseling kredit pengguna dan khidmat pengurusan hutang untuk individu. Selain itu, AKPK menyediakan program pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit pengguna secara betul dan kemahiran asas penggunaan wang. Perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK adalah percuma. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai AKPK daripada institusi perbankan anda atau cawangan Bank Negara Malaysia. Anda boleh menghubungi AKPK di alamat yang berikut: Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit Level 8.2-8.9, Maju Junction Mall 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Talian bebas tol: 1-800-88-2575 Laman web: www.akpk.org.my

Tanda-tanda Amaran Masalah Pembayaran Balik Hutang


Walaupun anda boleh membuat pinjaman berdasarkan keupayaan anda untuk membayar balik, kemampuan anda untuk membayar hutang boleh terjejas akibat sesuatu perkara di luar kawalan anda. Ini termasuk kehilangan punca pendapatan, kecemasan dan penyakit. Anda mempunyai atau berkemungkinan besar mempunyai masalah dalam membayar balik hutang anda jika:

Apakah Tindakan yang boleh diambil dalam Menangani Masalah Pembayaran Balik Hutang
Jika anda menghadapi kesukaran membayar balik hutang, anda boleh mengambil beberapa atau kesemua tindakan berikut: Hubungi institusi perbankan anda dan jelaskan masalah anda kepada mereka. Institusi perbankan lebih suka jika diberitahu lebih awal oleh peminjam apabila mereka menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman. Ini bagi memastikan jalan penyelesaian yang

You might also like