TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109

)

1

1.0

PENGENALAN Konsep terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagai

kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai

perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Secara umumnya, terapi merupakan satu cara untuk mengubah

pemikiran,perasan dan tingkah laku di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga aspek terapi yang utama iaitu terapi kognitif,terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku. Terapi kognitif contohnya bermula dengan pemikiran individu untuk mengubah perasaan dan tingkah laku, manakala psikodinamik pula memberikan penekanan kepada perassan Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan,halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani

kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh menjalani terapi pertuturan. Jika seseorang individu menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor),individu tersebut boleh didedahkan dengan terapi fisio atau carakerja Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik,terapi seni,terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

2

NOTA GRAFIK

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

3

TERAPI

Fisioterapi

main

Cara Kerja

Pertuturan

Muzik

Hidroterapi

alternative

pergerakan kreatif

Seni

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 4   Terapi Fisio DEFINISI Rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal     Berjalan Melompat Menendang Duduk tegak Terapi Cara Kerja   DEFINISI latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur    Menggunting Menampal Membutang baju .

pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal    Menyanyi Menari ikut irama muzik Mendengar pilihan muzik atau lagu .TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 5   Terapi Pertuturan    DEFINISI Kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi Meniup belon Meniup kertas di atas air Latihan lisan   Terapi Muzik DEFINISI Alternative dalam alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang professional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 6   Terapi Hidroterapi     DEFINISI Menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan / mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik Bermain di tepi air Berjalan di dalam kolam Aktiviti renang bebas   Terapi Main DEFINISI Sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraab dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkah apakah hasil aktiviti itu   Mainan mencirikan kehidupan sebenar Mainan bercirikan luahan perasaan agresi .

mental dan emosi       Catan Kolaj dan asemblaj Reka bentuk Anyaman Kraftangan   DEFINISI Intepretasi idea.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 7   Terapi Seni DEFINISI Satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dakam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal.perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan Terapi Pergerakan Kreatif     Berjalan Melompat Merangkak Gimrama .

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 8 Terapi Alternatif        Terapi aroma Terapi herba Terapi ozon Terapi floortime Terapi pasir Terapi haiwan Terapi snoozelang .

kita dapat melatih kemahiran motor kasar kanak-kanak khas apabila kita menggunakan terapi fizikal atau dikenali dengan nama fisioterapi. Manakala. berjalan.psikodinamik dan tingkah laku mereka.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 9 3.0 KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI Tujuan utama terapi diwujudkan ialah bagi membantu individu mempunyai masalah-masalah-masalah sama ada dari segi fizikal mental. Penglibatan murid-murid bekeperluan khas di dalam sesi-sesi terapi ini memang diharuskan kerana ia mendatangkan banyak kepentingan dan faedah kepada mereka sehinggakan didalam perancangan persediaan mengajar pada guru Pendidikan Khas turut diselitkan unsur-unsur terapi. fungsinya masih sama kerana manusia diciptakan mempunyai ketulan otot-otot yang terdiri daripada otot-otot besar dan otot-otot kecil.melompat dan lain-lain. membutangkan baju. bagi otot-otot kecil pula dapat kita bantu dengan mengembangkan kemahiran-kemahiran mototr halus mereka seperti memasukkan benang dalam straw minuman.menampal. Justeru pelbagai jenis terapi direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami oleh seseorang yang ada akhirnya akan mencapai tujuan yang sama iaitu melakukan perubahan atau lebih tepat lagi pemulihan kognitif.emosi malahan sosial. . Melalui otot-otot besar. Antara kepentingan dan faedah terapi kepada golongan kanak-kanak bekeperluan khas ialah membantu murid-murid mengembangkan kemahiran otot-otot mereka. mengunting. Contoh kemahiran motor kasar ialah berlari.melipat kertas atau pakaian. Dari segi fizikal kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal Cuma terdapat sedikit perbezaan namun dari sudut penggunaan. menjahit dan lain-lain yang memerlukan kawalan terhadap penggunaan otot-otot yang paling kecil untuk melakukan pergerakan pergerakan berfungsi pada tahap paling mudah.

Namun adapila mereka dapat mengurus diri hasil daripada sesi terapi yang dijalankan bermaksud ia membantu murid tersebut satu kemahiran untuk hidup iaitu berdikari. mereka akan dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa sekaligus dapat memahami bantuan dalam pencarian resolusi. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan mereka bahawa mereka mampu melakukan sendiri kebanyakan pergerakan dan fungsi-fungsi tubuh di mana ia akan menjurus kepada pengurusan kendiri. . murid-murid akan berasa seronok dan melupakan segala masalah dan tekanan yang mereka hadapi. tidak kurang juga yang berasa jijik melihatkan mereka ini walaupun tidak dizahirkan melalui percakapan tetapi hal ini dapat ditafsirkan melalui tingkah laku mereka. Disebabkan kekurangan yang terdapat pada diri mereka. mereka akan dapat melatih dan mengembangkan kebanyakan fungsi merka hingga ke tahap yang paling tinggi mereka dapat capai. mental mahupun emosi.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 10 Kepentingan dan faedah terapi ke atas kanak-kanak bekeperluan khas yang seterusnya ialah membantu mereka ini menghilangkan tekanan. guru-guru dan jiran tetangga banyak memandang rendah kepada kanak-kanak khas ini. kanak-kanak khas ini akan dibantu tentang kawalan kendiri atau cara mengurus diri sendiri. Justeru. Melalui terapi yang dijalankan kepada kanak-kanak khas ini. Kita telah sedia maklum tentang kelemahan dan kekurangan kanak-kanak khas ini daripada pelbagai segi.ia akan berfungsi sebagai satu saluran kepada mereka bagi melepaskan sebarang tekanan yang dihadapi. Ada yang mengambil pendekatan menjauhkan diri apabila didekati oleh kanakkanak khas. Melalui permainan. Antara contoh terapi yang boleh dilakukan ke atas kanak-kanak khas ini bagi membantu mereka melepaskan tekanan ialah terapi bermain dan terapi seni. Begitu juga dengan terapi seni. perkara-perkara seumpama ini akan mendatangkan tekanan kepada kanak-kanak khas dari segi emosi dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Melalui sesi terapi yang dijalankan ke atas mereka ini. Melalui luahan seni. Kepentingan dan faedah terapi selain daripada dinyatakan di atas ialah melalui terapi. masyarakat sekeliling seperti murid-murid normal. Contohnya dari segi fizikal murid-murid mempunyai masalah dalam kemahiran yang melibatkan motor halus dan motor kasar serta koordinasi tubuh seperti koordinasi tangan-mata dan lain-lain. Ini amat penting kerana sebagai kanak-kanak khas mereka memang memerlukan banyak bantuan samada dari segi fizikal.

produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. penyakit.2 OBJEKTIF TERAPI CARAKERJA DIJALANKAN Membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik Memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian 4. Menurut NASAM. Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktivitiaktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.0 TERAPI CARAKERJA 4. terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang.3 KEPENTINGAN TERAPICARA KERJA Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik . 4. merangsang pertuturan dan meningkatkan komunikasi serta meningkatkan kesabaran murid dan melatih daya konsentrasi. kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian. Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan. terdapat banyak lagi kepentingan dan faedah terapi kepada kanakkanak khas seperti membina keyakinan dalam diri murid.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 11 Selain itu.1 DEFINISI TERAPI CARAKERJA Turner. 4.

Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah : Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup Latihan pravokasional Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif 5.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 12 Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otototot kecil yang ada Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur 4. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun. guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Secara keseluruhannya.0 LAPORAN AMALI TERAPICARAKERJA SEBELUM Terapi carakerja merupakan salah satu cara untuk melatih murid-murid memperkembangkan kemahiran motor halus mereka iaitu kemahiran menggunakan jari-jemari.4 AKTIVITI TERAPI CARAKERJA Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan . penyakit. Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan.

Doh tepung yang dipilih haruslah mempunyai warna yang menarik dan sesuai untuk digunakan oleh murid-murid Pendidikan Khas. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal. . Kami menguli tepung berkenaan sehingga menjadi kental dan boleh membentuk sesuatu benda. produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure). neurologi.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 13 aktiviti kehidupan harian (activities of daily living). Ahli terapi carakarja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan. Hal ini kerana dapat menarik minat murid dengan menggunakan warna-warna yang ceria. medikal. orthopedik. pediatrik. air. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan masalah yang tidak dapat dibendung. minyak masak. maka kami telah bersetuju untuk membuat aktiviti terapi dengan menggunakan doh mainan yang diuli sendiri dan juga aktiviti membentuk objek daripada objek besar kepada objek kecil. garam dan pewarna yang tidak berbahaya. Pada awalnya. Kami telah menyediakan bahan seperti tepung gandum. kami telah memilih doh mainan sebagai bahan bantu belajar di dalam kelas. Kami telah membuat 3 adunan yang mempunyai 3 jenis warna. Bagi perbentangan kumpulan kami. kami berlima ingin menggunakan plastisin dan juga beberapa bekas penekap bentuk bagi menjalankan terapi ini. geriatrik dan psikiatrik.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 14 Rajah 1 : Bahan yang diperlukan untuk membuat doh tepung Rajah 2 : Doh yang telah siap diuli Cara-cara membuat doh mainan .

6. Hal ini kerana plastisin mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan murid-murid. garam. Uli bahan hingga lembut. melecek dan semuanya. anggur dan sebagainya. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan (jumlah warna tidak ditetapkan). 3. Encik Azmi pensyarah yang memantau kami semasa amali terapi carakerja dijalankan.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 15 1. Terdapat pelbagai manfaat guru menggunakan doh tepung menggantikan plastisin. Aktiviti ini dapat Memahirkan jari–jemari membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk mengulangi permainan tersebut berulang kali. Penggunaan doh tepung buatan sendiri lebih selamat kerana murid-murid boleh rasa sedikit doh tersebut. Sebelum aktivti dimulakan. Doh sedia digunakan untuk aktiviti membentuk. Simpan doh tadi ke dalam bekas kedap udara. kami telah mengedar brosur mengenai terapi carakerja kepada semua pelajar dan pensyarah. pandan. Tetapi sebelum itu.00 pagi. Selain itu. Hal ini menandakan bahawa kemahiran motor halus telah digunakan sebaik mungkin iaitu dari memegang. bermain doh tepung ini sama manfaatnya seperti bermain tisu dan kertas juga. 5. minyak masak ke dalam bekas dan digaul rata. Hal ini untuk memudahkan semua pelajar memahami terapi carakerja lebih dalam. Masukkan air dan gaul hingga sebati (minyak masak adalah untuk mengelakkan doh dari menjadi keras). Selain itu. kami telah membentang serba sedikit maklumat mengenai terapi carakerja. 4. kita harus pastikan bahawa kita menggunakan pewarna yang berperisa seperti pewarna perisa strawberi. . menumbuk. kami seramai 5 orang telah menjalani amali terapi merupakan carakerja di Bilik Pembelajaran 6 pada pukul 8. Gaulkan pewarna makanan dengan doh tadi hingga sebati. 7. Adunkan bahan-bahan seperti tepung gandum. 2. SEMASA Pada 1 Februari 2012.

kami meminta pelajar meramas doh tepung yang besar kemudian membahagikan doh yang besar menjadi saiz besar. Dengan adanya doh yang berlainan warna seperti warna kuning. Kesemua aktiviti dijalankan secara individu untuk memastikan motor halus meningkat. kumpulan tersebut menghasilkan bunga Rafflesia. Untuk memulakan aktiviti.hijau dan biru dapat menarik minat pelajar untuk membuat bentuk mengikut kreativiti masing-masing.Orkid.makanan. Bunga Raya. Sebagai contoh tema bunga. Dalam aktiviti terakhir. Kami mengedar 3 doh tepung yang berlainan warna. Untuk mempelbagaikan lagi aktiviti.menguli. Kami menggunakan doh tepung untuk menggantikan plastisin.kuih tradisional dan lain-lain. kami telah meminta pelajar berdiri dan membuat sedikit regangan pada otot jari tanpa menggunakan doh seperti menggengam jari sambil menggangkat tangan ke atas.tepi dan disisi dengan diiringi muzik.memicit dan mencubit doh tepung. .menggentel. Hal ini dapat menjaga keselamatan pelajar disamping untuk mengelak murid daripada termakan plastisin yang berbahaya.haiwan. kami memberi masa selama 10 minit kepada semua pelajar untuk membuat dan mencipta sesuatu bentuk dengan menggunakan doh tepung. Kami mengakhiri amali terapi carakerja dengan menilai hasil kerja setiap kumpulan. kami membahagikan pelajar kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang ahli. kami meminta pelajar untuk membentuk doh tepung menjadi bola dengan menggunakan kedua tapak tangan.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 16 Selepas kami membuat perbentangan. Terdapat beberapa kumpulan menghasilkan tema yang tersendiri seperti bunga. Selepas itu.sederhana dan kecil.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 17 .

blogspot.my/v2/ot.edu.blogspot.com/2011/07/resipi-doh-tepung.com/tag/bermain-play-doh-atau-tepung http://ipgmkdriprasekolah.html .html http://kist.com/2010/11/pismp-5-pk-terapi-dlm-pk-en-azmi-abu.com/2009/05/cara-membuat-doh.html http://marhainimohamed.blogspot.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 18 RUJUKAN BUKU INTERNET http://cahayacinta.html http://www.com/doc/60515100/Notes-Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas http://kejesookasooki.scribd.

Guru boleh meminta murid untuk mencubit sedikit doh tepung . Kami perlu memberikan penerangan tentang terapi tersebut dan fikirkan aktiviti yang sesuai bagi laksanakan terapi tersebut.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 19 NAMA : AMALINA AFIQAH BINTI MD SUHAIMI NO KAD PENGENALAN : 901108-07-5580 Bagi kursus terapi Pendidikan Khas pada semester ini. Beliau telah mencadangkan kami menggunakan doh tepung yang dibuat sendiri bagi menjalankan aktiviti terapi ini. maka sudah pasti masalah wang yang menjadi penghalang bagi kami laksanakan aktiviti tersebut. saya dan empat orang rakan saya telah memilih terapi carakerja sebagai tugasan yang perlu dibentangkan di hadapan kelas. Untuk cubaan kali ini. saya menggunakan pewarna air kerana saya fikirkan para pelajar tidak akan cuba mencubit untuk merasa doh tepung tersebut. Saya dan rakanrakan telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Cik Zubaidah selaku salah seorang pensyarah pembimbing dalam kursus ini. Pada awalnya saya dapati agak susah untuk membuat doh tepung tetapi setelah beberapa kali cubaan. anggur dan lain-lain. Saya membuat rujukan internet bagi mendapatkan bahan-bahan dan cara-cara membuat doh mainan. Pada awalnya. Saya telah membuat beberapa rujukan tentang terapi ini. Hal ini kerana sepatutnya doh tepung perlu menggunakan pewarna yang mempunyai perasa seperti perasa strawberi. Saya berbangga kerana setiap ahli telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam tugasan terapi ini. Sedikit sebanyak saya mendapat tahu bahawa terapi carakerja ini melibatkan kemahiran motor halus dan penting bagi murid-murid pembelajaran khas dan juga orang dewasa yang baru lepas hadapi penyakit strok. Tugas saya ialah menyediakan doh tepung. kami mula menjalankan tugas masing-masing agar tiada kerja yang tertangguh berlaku. Oleh kerana kami masih belum mendapat elaun. saya dapat siapkan tiga doh mainan yang pelbagai warna. Setiap ahli telah memberi idea masing-masing yang sangat bernas. Setelah saya membahagikan tugas antara kami berlima. kami telah mengambil keputusan untuk membeli plastisin dan bekas doh untuk menekap. Cik Zubaidah telah mengajar kami supaya mulakan aktiviti dengan aktiviti senaman jari kemudian diikuti dengan membentuk doh dari saiz besar hingga saiz kecil.

Sikap beginilah yang harus diterapkan dalam diri seseorang guru iaitu sikap bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Setelah selesai menjalankan aktiviti membentuk doh mainan. guru boleh mengajar murid-murid tentang deria rasa. Setelah semua pelajar membuat senam ringan tersebut. Hal ini terbukti daripada hasil-hasil kerja yang telah saya dan ahli kumpulan saya perhatikan sehingga kami tidak dapat membuat keputusan kumpulan mana yang harus menang kerana semuanya cantik belaka. Nazri telah memberi penerangan tentang pengenalan terapi carakerja. Walaupun kami semua menghadapi masalah kewangan.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 20 untuk rasa perasa tersebut. Saya berasa gembira kerana semua pelajar memberikan komitmen sepenuhnya dan berasa seronok membentuk benda menggunakan doh tepung tersebut. Pada hari perbentangan iaitu 1 Februari 2012 di waktu kuliah Encik Azmi Bin Abu Bakar rakan seperjuangan saya iaitu Nazri Fahmy dan Siti Sarah telah mengelolakan slaid perbentangan yang telah dibuat oleh Nur Bazilah dan juga Husna Nasiha. Hal ini kerana aktiviti ini perlu dilakukan oleh setiap orang. Saya berasa bangga mempunyai ahli kumpulan yang sanggup bersusah bersama-sama. kami sekumpulan mengambil keputusan untuk membenarkan setiap kumpulan simpan doh tepung tersebut kerana melihat mereka begitu khusyuk bermain doh mainan. Hal ini dapat meningkatkan deria rasa murid-murid tersebut. Nur Bazilah dan Husna Nasiha mula membahagikan doh-doh tepung kepada 12 kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. . manakala Siti Sarah telah mengelola aktiviti senam ringan dan juga aktiviti yang menggunakan doh mainan. saya. meluangkan masa mengeluarkan idea-idea bernas dan berkongsi wang untuk membeli tepung dan bahan-bahan lain. Kami manfaatkan dua jam perbentangan tersebut dengan pengisian yang bermakna hingga rakan-rakan lain dapat mengingati apa yang mereka lakukan pada hari tersebut. tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi kami menjalankan tugasan dengan cara yang terbaik. Aktiviti perbentangan kami sekumpulan berjalan dengan lancar. Sememangnya saya akui rakanrakan kursus Pendidikan Khas bagi kumpulan saya sangat kreatif dan berfikiran luar daripada kotak. Di samping itu. Para pensyarah inginkan semua pelajar turut serta dalam aktiviti ini.

Namun oleh kerana kami kekurangan sumber kewangan berikutan masalah elaun yang tidak dapat lagi maka kami membuat doh dengan menggunakan tepung. Akhirnya hasil di antara kami berlima mendapatkan maklumat serta input-input mengenai terapi cara kerja ini menampakkan hasil yang cemerlang. Pada perbincangan kali pertama. Idea ini terhasil melalui perbincangan kami dengan pensyarah pembimbing Cik Zubaidah. hal ini amat membanggakan saya. tugasan ini pastinya tidak dapat dilakukan dengan mudah. Saya mula mencari baha mengenai terapi cara kerja di lamanlaman sesawang dan buku-buku di perpustakaan. Saya juga berjumpa kepada pensyarah-pensyarah yang pakar mengenai bidang terapi ini. Beliau mencadangkan kepada kami agar membuah doh tepung bagi menjalankan aktiviti terapi cara kerja ni. Setiap seorang daripada ahli dapat menyumbangkan beberapa idea yang hebat dalam ketika sesi perbincangan di dalam kumpulan. Alhamdulillah tanpa ada kerjasama di Antara rakan-rakan yang lain. Saya bersama-sama empat lagi ahli kumpulan saya yang lain dari kumpulan Pendidikan Khas tiga telah bergabung usaha dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Beliau terut memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti terapi ini kepada kanakkanak Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Sebaik sahaja pembahagian tugas dijalankan. Saya turut berasa terharu dengan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. kami berlima mula memulakan tugas masing-masing demi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan di dalam menyiapkan tugasan ini. kami berlima telah bersetuju untuk membuat doh dengan menggunakan plastisin serta bekas doh untuk menekap. . Bagi tugasan ini kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil agar perjalanan terapi Pendidikan Khas kali ini tampak lancar.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 21 NAMA : NAZRI FAHMY BIN BAHARIN NO KAD PENGENALAN : 901219-10-5703 Pada semester kali ini. Kami telah memilih untuk menjalankan serta membentangkan mengenai terapi cara kerja di hadapan kelas.saya diwajibkan menjalani kursus terapi Pendidikan Khas.

. Bagi tugas menyiapkan doh tepung pula telah di berikan kepada ahli kumpulan saya yang lain. akan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ini yang banyak memberikan kebaikan serta input-input baru pada pelatih-pelatih guru saperti saya ini. Pandangan serta komen daripada pensyarah pembimbing iaitu En. Justeru itu saya hanya perlu menyiapkan serta wajib memahami apa yang dimaksudkan dengan terapi carakerja sebelum saya membuat pembentangan nanti. saya dapati aktiviti terapi cara kerja ini adalah melibatkan bahagian-bahagian motor halus. saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai ahli kumpulan yang begitu memberikan kerjasama yang sangat baik pada saya. Namun setelah saya menegur kesalahan mereka barulah mereka senyap. Pada permulaan agak sukar untuk memahamkan kepada rakan-rakan kelas akan apa yang kami perbentangkan kerana terdapat pelajar yang bersembang sewaktu perbentangan di jalankan. Tugas saya pada tugasan kali ini adalah membentangkan terapi cara kerja ini di hadapan rakan-rakan di dalam kelas. Saya harap di semester-semester akan datang. Tanggal 1 Februari 2012. Terapi cara kerja ini penting bagi murid-murid pembelajaran khas. Akhir sekali. iaitu pada hari pembentangan saya telah meyediakan peralatan-peralatan untuk pembentangan seperti komputer riba dan LCD bersamasama ahli kumpulan saya. Akhirnya semua perjalanan aktiviti kami berjalan dengan lancar tenpa sebarang gangguan. Azmi juga amat lah membina serta memuaskan hati saya.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 22 Hasil daripada pengalaman serta pemerhatian saya sewaktu saya menjalankan tugasan Program Berasaskan Sekolah(PBS) pada semester lepas.

Oleh itu setiap murid terpaksa berkongsi bahan doh mainan tersebut bersama.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 23 NAMA : HUSNA NASIHA BINTI HAKIMI NO KAD PENGENALAN : 891117-08-6218 Terapi cara kerja adalah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. kelemahan dan seterusnya melakukan beberapa cadangan penambahbaikan pada masa akan datang. Hal ini menyebabkan tidak semua murid dapat mengambil bahagian dalam melakukan terapi cara kerja ini. Berdasarkan aktiviti amali yang telah dijalankan. kumpulan saya hanya menjalankan satu aktiviti sahaja iaitu aktiviti ‘doh mainan’ yang hanya menggunakan sejenis bahan sahaja iaitu doh tepung. Secara umunya. terapi cara kerja ini adalah merupakan satu latihan untuk mengembalikan kefungsiaan otot-otot halus individu khususnya di bahagian jari jemari. KEKURANGAN DAN KELEMAHAN Antara kekurangan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti selepas aktiviti ini berlangsung adalah. beberapa penilaian dan semakan semula telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya yang lain bagi mengenalpasti kekurangan. Aktiviti amali terapi cara kerja ini telah dilakukan pada 1 Februari yang lalu selama dua jam di dalam kelas. KELEBIHAN DAN KEBAIKAN . Kelemahan seterusnya dapat dikenalpasti apabila bahan yang disediakan agak kurag berbanding jumlah bilangan murid yang ramai. Ketidakpelbagaian aktiviti ini menyebabkan aktiviti dilihat kurang menarik minat murid untuk melakukan aktiviti dan kurangnya timbul keseronokan dalam kalangan murid. Terdapat juga beberapa orang murid yang tidak mencuba melakukan terapi ini akibat kekurangan bahan yang disediakan.

walaupun kami hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu doh mainan. objek kecil. Selain itu. Selain itu. Walaupun hanya menggunakan satu bahan sahaja sebagai terapi. terapi ini tetap dapat dilakukan dengan baik dan mencapai objektifnya kerana bahan yang disediakan ini dapat dijadikan sebagai satu bahan terapi untuk meningkatkan penguasaan motor halus murid. semasa terapi cara kerja ini dilakukan. doh mainan yang telah disediakan dengan pelbagai warna juga dilihat mampu menarik minat murid terhadap bahan tersebut dan seterusnya membuatkan murid berminat dan teruja untuk melakukan aktiviti terapi cara kerja ini. kelebihan bagi aktiviti terapi cara kerja yang dilakukan ini juga dilihat mampu memulihkan anggota murid yang lemah khususnya di bahagian motor halus murid iaitu di bahagia tangan dan jari. Kelebihan seterusnya dapat dilihat apabila aktiviti terapi yang dijalankan ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada murid sebagai satu latihan asas kepada murid untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka untuk memegang pensel dan menulis. kawalan kelas dapat dilaksanakan dengan baik di mana semua murid dapat mendengar arahan yang diberi dengan baik dan melakukan aktiviti seperti yang telah diarahkan. Di samping itu. Selain itu. aktiviti terapi yang dijalankan ini juga dapat meningkatkan daya pemikiran murid supaya berfikir secara lebih kreatif dan kritis untuk membentuk doh mainan yang disediakan kepada pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan dan mencegah ketidakupayaan dan kefungsian mental murid untuk berfikir. Antara kelebihan amali ini adalah. tetapi saya dan ahli kumpulan yang lain dapat mempelbagaikan aktiviti hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu dengan meminta murid membentuk objek besar. namun terdapat juga beberapa kelebihan yang telah dikenalpasti terdapat di dalam amali yang dijalankan ini.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 24 Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan amali terapi cara kerja ini. Aktiviti terapi ‘doh mainan’ ini dapat memberikan latihan asas kepada murid untuk menggunakan pergerakan jarinya secara . membentuk abjad dan seterusnya meminta murid menggunakan imaginasi mereka untuk membentuk doh mainan tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 25 keseluruhan dalam membentuk doh tersebut. Melalui aktiviti terapi yang dijalankan secara berkumpulan ini. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan menyediakan pelbagai bahan terapi supaya pelbagai aktiviti cara kerja dapat dilakukan. guru boleh membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan melakukan aktiviti terapi cara kerja yang berbeza menggunakan bahan yang berbeza. Emosi murid yang stabil ini juga dapat mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. memberus gigi. kelebihan dapat dilihat di mana melalui aktiviti terapi ini murid akan dapat meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka untuk berkomunikasi bersama rakan kelas. Hal ini bagi memastikan setiap murid dapat mencuba melakukan akiviti terapi yang dijalankan seterusnya dapat memastikan tidak terdapat murid yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti terapi ini. Aktiviti terapi yang dijalankan secara tenang dan secara bermain dapat menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid. Peningkatan terhadap penggunaan pergerakan jari ini membolehkan murid dapat menggunakan jarinya dengan lebih baik untuk melakukan aktiviti seharian seperti mandi. Selain itu. Sebagai contoh. Antara aktivitinya adalah membentuk doh mainan. memakai baju. menggunting kertas dan membuka dan memasang alatan. melipat baju. ia akan dapat menggalakkan wujudnya interaksi mesra dalam kalangan murid di dalam satu kumpulan yang sama. Seterusnya melalui aktiviti terapi cara kerja ini juga. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan pergerakan jari jemari murid ke tahap maksimum. aktiviti terapi ini juga dapat membentuk emosi murid yang stabil dan tenang. . menyapu sampah dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti terapi ini mampu mengelakkan murid dari cepat merasa bosan dan juga menyediakan pengalaman yang bermakna kepada murid dalam menjalankan aktiviti yang pelbagai. Penambahbaikan seterusnya yang dapat dilakukan adalah dengan menyediakan lebih banyak bahan terapi yang bersesuaian dengan jumlah murid dalam satu kelas.

saya dapat menimba seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai terapi cara kerja. Saya dan rakan berjumpa dengan Cik Zubaidah selepas waktu kelas untuk meminta pendangan beliau mengenai aktiviti yang kami akan laksanakan. Hasilnya. kod PKU 3109. Adat menjalankan tugas dalam kumpulan hendaklah sentiasa bergerak seiringan dan melakukan sesi perbincangan yang kerap bagi menghasilkan amali dan tugasan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan proses pembikinan ini dengan lancar dan baik.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 26 NAMA : NUR BAZILAH BINTI MUSTAFA BAKRAY NO KAD PENGENALAN : 901101-08-6498 Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran saya tidak terhingga ke atas hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menjalankan amali bagi kursus Terapi Dalam Pendidikan Khas. Hal ini kerana sebelum ini. Melalui penyelidikan saya terhadap terapi. Saya bersyukur kerana ahli kumpulan saya mempunyai ciri yang sangat baik iaitu rajin bertanya dan membuat rujukan serta melakukan perbincangan bersama-sama. sekiranya tidak ada tugasan seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba pengetahua bak mutiara pengalaman tersebut. pensyarah pembimbing seperti Encik Azmi dan Puan Sharina sentiasa memberi idea dan cadangan penambaikan terhadap setiap amali yang dijalankan tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu dan . saya tidak memahami peranan terapi dalam pendidikan khas dan cara pelaksanaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. saya mendapat pelbagai maklumat baharu. dalam masa yang ditetapkan berdasarkan giliran untuk melaksanakan amali. Cik Zubaidah memberi penambahbaikan terhadap idea kami. Bagi pendapat saya. Selain tunjuk ajar dari Cik Zubaidah. Melalui amali yang telah diberikan ini.

Saya dapat merasakan bahawa tugasan ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara saya dan ahli kumpulan.meramas. Dengan adanya perbincangan saya dapat melatih supaya lebih menghargai masa memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus saya selesaikan dalam sama yang sama. brosur. Hal ini kerana kebanyakkannya masa saya diluangkan bersama untuk membincangkan perkara yang masih kurang jelas. saya dapat jua akhirya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya. Semasa menjalankan amali terapi cara kerja. . pelajar selesa menjalankan aktiviti kerana lengkap dengan meja. saya dapat mencapai tahap kualiti yang dimahukan dan ditetapkan demi menghasilkan satu kerja kursus yang berkualiti dan lengkap. doh tepung dan membentangkan maklumat semasa amali dijalankan. Saya telah ditugaskan untuk membuat slaid perbentangan untuk memastikan pelajar dapat memahami terapi cara kerja yang dilaksanakan kepada murid pendidikan khas di sekolah.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 27 Kami berlima telah membahagikan tugas masing-masing. pelajar dapat menfokuskan aktiviti yang dijalankan. Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Bilik Pembelajaran 6 yang selesa membuatkan saya tidak tersukar untuk memantau dan mengawal kelas yang besar. saya berasa gembira kerana walaupun doh tepung sedikit untuk setiap kumpulan tetapi pelajar dapat menghasilkan pelbagai bentuk mengikut kreativiti pelajar. sekeras mana usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini pasti akan berlaku banyak kekurangan dan kelemahan tetapi saya telah mencuba yang terbaik dan saya berharap. Kekuatan yang saya peroleh semasa menjalankan amali terapi kerja. kami dapat menghasilkan pelbagai aktiviti dengan meminta pelajar menguli. Selain itu. namun demikian. Dengan menggunakan doh tepung. Antara tugas yang diberi ialah membuat slaid perbentangan. Walaubagaimanapun. kerusi dan pelajar mudah uli doh tepung atas meja. Hal ini kerana bagi saya untuk menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang.menggentel. Di sini saya dapat melihat semangat berkumpulan dan bekerjasama amat tinggi. Pelajar dapat menguatkan lagi motor halusnya. ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap.memicit dan lain-lain.

Akhir kalam. Namun ada kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan dalam alam khidupan saya kelak. Hal ini kerana. saya berasa gembira mempelajari terapi dalam pendidikan khas. . saya akan cuba membahagikan masa dengan elok supaya dengan masa yang ada. saya dapat idea baru untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang baik berdasarkan pengetahua dan pengalaman yang telah saya pelajari semasa menjalani amali. terima kasih. Namun begitu. Tetapi setiap orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. masa yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar tidak diberi peluang untuk memberitahu hasil yang telah mereka dapat buat. Sebagai penambahbaikan. saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu melalui tugasan Terapi dalam Pendidikan Khas ini. Selain itu. saya telah memberi sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Sekian. saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna. terdapat juga sedikit kesukaran difahami seperti untuk mengaplikasikan terapi semasa proses pengajaran berlangsung menyebabkan saya berasa putus asa untuk mempelajari. Untuk keseluruhan. saya perlu berusaha untuk memastikan saya dapat menguasainya. . Walaubagaimanapun. Hal ini menyebabkan pelajar di belakang membuat bising dan memberi perhatian.begitu jua dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan.pelajar di hadapan sahaja mendengar muzik. Semasa memasang muzik. saya dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dan pelajar dapat menyatakan hasil tangan mereka supaya pelajar dapat menyatakan idea kreatif pelajar. Bagi saya.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 28 Kelemahan yang timbul semasa menjalankan amali terapi cara kerja ialah muzik yang perlahan semasa membuat regangan. Di samping itu.

Setiap kumpulan mempunyai giliran masing-masing untuk mengajar dan mengaplikasi terapi yang diagihkan. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri Siti Sarah. kami semua juga dapat melakukan amali berkumpulan berdasarkan jenis terapi yang berbeza. Pelbagai cadangan yang diberi oleh rakan-rakan kumpulan saya.setiap cadangan yang diberi telah kami renungi dan kaji . cara kerja dan lain-lain. Terdapat juga terapi yang kami lakukan diluar IPDA iaitu terapi berkuda yang diadakan di Equistrian Jitra dan terapi renang yang dijalankan di Darulaman Golf Club Center di Jitra. saya telah mengambil subjek PKU 3109 iaitu Terapi dalam Pendidikan. kepentingan dan cara mengaplikasikan terapi ini dalam pengajaran di bilik darjah. Amalina Afiqah. Subjek ini begitu menarik dan saya pasti ramai yang meminati subjek ini kerana selain daripada belajar di dalam kuliah. murah dan senang dikendalikan. main. muzik. Subjek ini mengajar kami jenis-jenis terapi. Nazri dan Husna.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 29 NAMA : SITI SARAH BT ABDUL WAHAB SHAARI NO KAD PENGENALAN : 890826-02-5552 Pada semester 5 kali ini. Terdapat beberapa terapi yang telah kami jalankan iaitu terapi floor time. Nur Bazilah. Kumpulan saya telah mendapat tugasan terapi cara kerja yang telah dilaksanakan pada 1 Februari 2012. Saya dan rakan-rakan telah berbincang untuk melakukan aktiviti terapi cara kerja yang mudah didapati.

Perbincangan telah dibuat. strategi yang kami gunakan adalah begitu meringankan bebanan kami sebagai pelajar. Setelah itu. Untuk menjimatkan kos. Oleh itu. Manakala. tugas tersebut telah saya pikul sebagai bidan terjun. Disebabkan terapi cara kerja ini memerlukan aktiviti pembelajaran langsung yang memerlukan pelajar sendiri menyentuh doh mainan yang telah kami sediakan menyebabkan kumpulan kami perlu menyediakan doh mainan yang banyak yang mencukupi untuk 61 orang pelajar yang mengambil subjek ini. Amalina dan Nur Bazilah. Namun. saya dan kumpulan bersama-sama menyusun kembali langkah-langkah aktiviti yang bakal kami bentangkan. faktor keselamatan telah kami terapkan dalam terapi yang kami rancang. Penyediaan power point dan risalah disediakan oleh saya. . kami telah mendapat keputusan untuk membuat terapi cara kerja iaitu main doh. komen dan idea yang berguna yang dilontarkan oleh Cik Zubaidah yang menjadikan aktiviti yang saya dan kumpulan kendalikan lebih menarik. Setelah melalui perbincangan dalam kumpulan. kami telah bersepakat untuk menggunakan 1kg tepung yang dibancuh bersama air dan minyak dan sedikit pewarna makanan. Boleh juga doh mainan yang sedia ada atau palestesin dibeli di kedai-kedai atau pasaraya. aktiviti telah disusun perkara yang seterusnya adalah membuat risalah mengenai terapi yang diajar dan menyediakan power point yang bakal ditayangkan sebelum berlangsungnya terapi cara kerja doh mainan untuk sedikit taklimat. pembentangan pula kumpulan kami telah menugaskan Nazri dan Husna sebagai pembentang. namun untuk menjimatkan kos. Setelah itu. Banyak pandangan. Sama ada guru pelatih atau guru yang mengajar di sekolah juga boleh menggunakan terapi ini dengan senang hati kerana tidak perlu risau murid anda memasukan doh mainan tersebut didalam mulut malahan kos yang digunakan juga sangat berpatutan. saya dan rakan kumpulan juga telah menemui salah seorang pensyarah kami iaitu Cik Zubaidah untuk bertanya mengenai aktiviti yang telah kami susun.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 30 dengan teliti.

Aktiviti ini mungkin sukar bagi murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah motor halus. risalah turut diedarkan oleh kumpulan saya. Setelah itu. aktiviti terapi cara kerja telah dikendalikan oleh saya. Hari yang ditunggu dan saat yang di nanti-nanti telah tiba. saya dan kumpulan telah mengamanahkan Amalina Afiqah untuk membuat doh yang telah kami rancang disebabkan faktor kemudahan yang dia ada serta faktor jarak antara saya dan kumpulan yang lain berjauhan telah menyebabkan tugas-tugas penyediaan doh mainan tidak dapat dilakukan bersama.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 31 Sehari sebelum berlangsungnya pembentangan tugasan amali terapi cara kerja. Kreativiti murid boleh dinilai oleh guru dan disamping itu juga. Walaubagaimanapun. Aktiviti kedua pula ialah meramas doh mainan yang diberi kepada semua orang. Setelah itu. namun latihan demi latihan perlu diberi supaya kemahiran motor halus mereka semakin meningkat. aktiviti ketiga adalah menggentel doh mainan membentuk bulatan yang besar. aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti pra terapi cara kerja memandangkan terapi ini bertujuan untuk kemahiran motor halus. tiada tugas khas yang dia buat. Semua rakan-rakan pelajar memberi perhatian yang baik kepada pembentangan kami. Semasa taklimat berlangsung. guru juga boleh membantu membimbing murid ketika aktiviti ini . Aktiviti meramas doh mainan adalah merupakan aktiviti aras rendah kerana aktiviti ini mudah dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas. Aktiviti menggentel doh membentuk bulatan merupakan aktiviti aras sederhana kerana tidak semua pelajar yang mampu membentuk bulatan yang betul. Salah seorang kumpulan kami iaitu Husna tidak begitu mengambil berat mengenai terapi yang kami rancang. pembahagian tugas juga telah kami lakukan antara kumpulan. Aktiviti ketiga merupakan aktiviti aras tinggi yang memerlukan pelajar menggentel doh mainan menjadi lima doh berbentuk bulat. Husna hanya membantu membahagi doh pada kumpulan pelajar di dalam kelas sewaktu pembentangan dijalankan. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti membentuk pelbagai objek secara bebas mengikut kreativiti murid. Pembentangan kami dimulai dengan sedikit taklimat mengenai terapi cara kerja oleh Nazri dan dibantu oleh saya. Aktiviti pertama ialah senaman jari. Tugasan terapi cara kerja perlu dibentangkan berdasarkan yang telah kami rancangkan bersama.

Saya harap. Perkara terakhir yang perlu dilaksanakan adalah menghantar laporan terapi cara kerja beserta dengan refleksi individu. saya dapat mengaplikasi jenis-jenis terapi yang saya telah belajar di sekolah nanti. . Kesimpulannya. Guru juga boleh mengambil hasil doh mainan yang paling cantik untuk dipamerkan di dalam kelas.TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 32 dijalankan. Dengan aktiviti yang terakhir ini. Laporan tugasan telah disediakan oleh Nur Bazilah dan Amalina Afiqah. tugasan terapi cara kerja banyak membantu saya dan kumpulan untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baru yang begitu berguna kelak. Manakala saya menyediakan lampiran rujukan dan lampiran bergambar. maka berakhirlah pembentangan tugasan kami.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful