KATA-KATA ALUAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi mengasihani.

Segala pujian bagi Allah dan dengannya kami minta pertolongan atas semua perkara dunia dan akhirat, dan selepas itu dengan pertolongan Allah juga dapat kami menyiapkan tugasan kami sehingga terhasil satu panduan membina khemah mengikut kesesuaian tempat & membuat jerat & atau perangkap untuk menangkap haiwan liar di hutan. Kami percaya manual ini akan dapat memberikan pengetahuan berhubung dengan perbincangan merangkumi jerat & perangkap seperti racun,getah pemikat,bentuk saiz , kekuatan & sasaran .

Kami mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah bimbingan kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pelatih KPLI KH2 ambilan Januari 2007 diatas sokongan mereka. Mudah-mudahan panduan ini akan jadi rujukan bakal pemimpin-pemimpin Tunas Kadet Remaja Sekolah di Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Kepada Allah kita berserah semoga dilorongkan kita kejalan yang besar.

ISI KANDUNGAN KATA – KATA ALUAN 1.0 PENGENALAN 2.0 LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PERKHEMAHAN 3.0 PEMILIHAN KAWASAN TAPAK PERKHEMAHAN /PETA 4.0 ASPEK KESELAMATAN 5.0 KHEMAH 6.0 SIMPULAN DAN IKATAN 7.0 JERAT DAN PERANGKAP HAIWAN 8.0 KESIMPULAN BOBLIOGRAFI LAMPIRAN

1.0

PENGENALAN BERKHEMAH

Ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan badan –badan beruniform diseluruh Negara.Pelbagai latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan, Pengalaman ini tidak terdapat dalam pelajaran yang dipelajari di bilik darjah atau di rumah.Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakt yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang boleh kita perolehi semasa perkhemahan ini. Berkhemah merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan badan – badan beruniform. Sehubungan itu, setiap badan –badan beruniform yang ada seharusnya sedar tentang tujuan dan matlamat utama perkhemahan ini.Mereka seharusnya merancang dan melaksanakan program perkhemahan ini dengan bersungguh – sungguh. Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapan dan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktiviti berkhemah. Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak, namun perkhemahan yang dimaksudkan disini bukan hanya berkhemah dihalaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak kemudahan awam, tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkan kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi juga kepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak diambil perhatian .

2.0

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PERKHEMAHAN:

2.1 Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kita sebagai seorang remaja, kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan, malahan ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui. 2.2 Laporkan Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut. 2.3 Kawasan Siapa Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan orang contohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda di sana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupun ketua kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki satu perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resam yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripada mereka mengenai suku kaum & kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan keselamatan kampung tersebut. Ini adalah untuk memastikan anda selamat

menetap di kampong tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak mengganggu. 2.4 Peraturan Peraturan yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan. Namun begitu,anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.

3.0

PEMILIHAN KAWASAN/ TAPAK PERKHEMAHAN/ PETA

3.1 Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat. 3.2 Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari

pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh. 3.3 Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara. 3.4 Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

3.5 Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut. 4.0 4.1 A) ASPEK KESELAMATAN Tanda Mengesan Dan Semboyan Tanda Mengesan

Tanda mengesan adalah bertujuan untuk memberitahu ahli yang berada di belakang tentang arah anda dan untuk menyelamatkan anda daripada tersesat. Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan yang dilalui dean mudah dilihat seperti batu, ranting, kayu, rumput, daun kayu, garisan di atas tanah dan sebagainya. Tanda-tanda mengesan yang biasa digunakan adalah seperti rajah di bawah:-

B)

Semboyan

Selain kemahiran mengesan tanda, kemahiran penyampaian berita secara sulit dan menggunakan semboyan juga perlu ada. Kemahiran menghantar berita dan menggunakan semboyan ini sangat penting dan perlu diketahui terutama sekali semasa mengembara di hutan, di kawaan bukit-bukau dan semasa menghadapi kesulitan. Semboyan digunakan untuk berhubung di dalam hutan atau semasa mengadakan perkhemahan. Latihan menghantar semboyan adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Penghantar isyarat semboyan sangat penting apabila tersesat di dalam hutan. Tujuannya ialah untuk memudahkan pasukan penyelamat bertindak dengan segera. Isyarat semboyan boleh dihantar dengan pelbagai cara.

i)

Penggunaan Isyarat Wisel

Penggunaan isyarat wisel dalam perkhemahan atau pengembaraan adalah untuk memberi isyarat kepada ahli-ahli. Antara beberapa isyarat wisel ini ialah:Bunyi Wisel Satu tiupan panjang selanjutnya). Tiupan panjang perlahan-lahan dan berturut-turut Pergi jauh lagi, melebar, berselerak dan pergi keluar. Tiupan pendek tajam berturut- turut Tiupan berselang-seli pendek dan panjang berturut-turut Tiga tiupan pendek diikuti dengan satu tiupan panjang Ketua Patrol sila berkumpul Berkumpul, datang segera,atau datang semua Bahaya, awas dan sedia Makna Sedia dan diam (Dengar arahan

ii)

Isyarat Menggunakan Api

Ada sesetengahnya menggunakan api dan asap untuk menghantar berita. Mereka menggunakan asap pada waktu siang dan api pada waktu malamnya. Pada waktu malam, api boleh digunakan sebagai semboyan. Api dinyalakan dengan menggunakan ranting dan dahan kayu kering. Dua orang hendaklah memegang kain selimut di hadapan api kea rah orang yang hendak dituju. Tujuannya ialah supaya api itu tidak dapat dilihat oleh orang berkenaan. Kemudian jatuhkan selimut dan kira bilangan dua bagi nyalaan pendek dan enam bagi nyalaan panjang. Tutup atau lindungi api itu dalam kiraan empat bagi

setiap kali nyalaan. Makna semboyan api adalah sama dengan makna kepulan asap pada waktu siang. Lampu picit juga boleh digunakan untuk menggantikan nyalaan api dan kaedah ini lebih cepat dserta mudah berbanding dengan nyalaan api kayu.

iii)

Isyarat Menggunakan Asap

Asap boleh digunakan untuk memberi isyarat kecemasan dan sebagainya. Untuk membuat semboyan asap, kumpulkan ranting dan dahan kayu kering, kemudian nyalakan ranting dan dahan kayu tersebut. Setelah api menyala, letakkan daun atau rumput basah di atas api supaya mengeluarkan asap. Tutup api dengan guni atau selimut yang basah. Buka guni atau selimut itu supaya kepulan asap dapat keluar. Kemudian tutup semula. Panjang dan pendeknya kepulan asap itu bergantung pada lamanya guni itu dibuka. Buka guni dalam hitungan dua saat bagi kepulan asap yang pendek. Seterusnya tutup semula dengan hitungan lapan. Bagi menghasilkan kepulan asapa yang panjang, buka guni tersebut dengan hitungan enam. Setiap hitungan bermakna satu saat. Makana kepulan asap besar yang perlahan-lahan dan berturut-turut tiga kali ialah “mara”. Kepulan kecil yang berturut-turut bernakna “berkumpul”. Kepulan asap yang bersambung tidak putus-putus bermakna “berhenti” dan kepulan asap kecil dan besar bergilir bermakna “berbahaya”.

Orang Red Indian di Amerika menggunakan isyarat asap

iv)

Semboyan Semaphore dan Morse

Kod Semaphore dan Morse ini adalah untuk membuat semboyan. Kod ini berguna untuk menghantar maklumat ke tempat yang agak jauh. Semboyan Semaphore memberi isyarat antara satu sama lain dengan menggunakan tangan dari sudut yang berlainan. Semboyan ini mudah dipelajari. Setiap abjad diberi dengan menggunakan tangan pada sudut-sudut yang berlainan dan sudut-sudut-sudut itu hendaklah diberi dengan tepat. Gambarajah di bawah menunjukkan abjad-abjad Semaphore dengan menggunakan dua helai bendera seperti yang dilihat oleh penerima maklumat. Morse merupakan semboyan yang boleh digunakan untuk menghantar maklumat yang agak jauh dengan cara titik (dot) dan garis (dash) beserta bunyi. Alat pendesing digunakan untuk membuat bunyi panjang dan bunyi pendek bagi mewakili titik dan garis. Anda juga boleh menggunakan cahaya lampu picit untuk

menghasilkan titik dan garis, iaitu cahaya yang singkat bagi titik dan cahaya yang lama bagi garis.

Kod Abjad Morse 4.2 Alat Pertolongan Cemas Alat pertolongan cemas perlu disediakan kerana alat ini penting bagi setiap pengembaraan dan perkhemahan. Alat dan ubat-ubatan yang perlu hendaklah disimpan di dalam peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas mestilah diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan digunakan . Biasanya peti diletakkan di bahagian atas ransel. Alat-alat prtolongan cemas yang perlu dibawa bersama semasa mengembara dan berkhemah ialah:i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Pembalut gulung yang berbagai saiz dan jenis Larutan pembasmi kuman seperti Dettol Panadol atau sebarang ubat sakit kepala. (Aanda hendaklah tahu peraturan memakannya dan bilangan dos yang perlu.) Kapas, gunting, pin penyemat dan penyepit. Ubat luka (ubat air warna kuning atau biru) Minyak angin dan ubat gosok sakit perut dan sakit biasa Vicks untuk sakit tengkuk dan selsema. Dan ubat-ubat yang difikirkan perlu

4.3 A) B)

Aspek keselamatan kawasan perkhemahan. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. Pastikan binatang bahawa buas kawasan mudah tersebut adalah oleh bukan kawasan luar.

dan

diganggu

penceroboh

4.4

Keselamatan Khemah Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain daripada memasuki khemah. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

• • •

• •

• •

4.5

Penjagaan Khemah
• • •

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan

pencuci yang mengandungi bahan kimia.

Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan di tempat yang kering. Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.

4.6

Peraturan Keselamatan Perkhemahan Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.Mengutamakan Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau

keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.  

pakaian dan tapak perkhemahan.  serta menghargai kawasan sekitar.  menghadapi sebarang gangguan keselamatan.  aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.  kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.  Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.  ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik.  api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang.  yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.

5.0 5.1

KHEMAH MENDIRIKAN / MEMASANG KHEMAH

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya.Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahan. Anda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya, sebuah besi pintu. khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.

Rajah 5.0 : Bahagian –Bahagian Khemah

5.2

JENIS- JENIS KHEMAH

Khemah satu tiang adalah ringan dan senang didirikan. Khemah jenis ini sesuai untuk perkhemahan ringkas. Ia boleh ditegakkan dengan menggunakan satu tiang seperti pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat digunakan oleh seorang atau dua orang peserta sahaja.

Rajah 5.1 : Khemah Satu Tiang

1)

Khemah Bentuk ‘A’

Khemah Bentuk ‘A’ dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang peserta. Khemah jenis ini sesuai digunaakn untuk mengahadiri perkhemahanringkas dan kumpulan. Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang bumbung. Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah seperti penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.

2)

Khemah Bentuk Dinding

Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan. Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan. Bentuk Khemah ini lebih kurang sama dengan khemah bentuk ‘ A’ . Khemah bentuk dinding mempunyai penahan angina atau hujung bahagian tepi. Penahan angina ini tingginya lebih kurang 15 -25 sentimeter. Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter panjang dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan angin). Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol. Harganya tidak mahal berbanding dengankhemah bentuk lain. Khemah ini lebih selesa digunakan dan mempunyai ruang yang luas untuk berehat.

Rajah 5.2 : Khemah Bentuk Dinding 1

Rajah 5.3 : Khemah Bentuk Dinding 2

Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol yang mempunyai ahli lebih kurangenam hinggalapan orang. Caramendirikan khemah jenis ini sama dengan cara mendirikan khemah bentuk ‘A’. 3) Khemah Ridge kebanyakan kumpulan menggunakan khemah ridge untuk

Sekarang

berkhemah. Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah dikawasan pergunungan, ditepi sungai, jambori dan sebagainya.Khemah ini sesuai untik tiga hingga sepuluh orang peserta. Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque double), khemah ridge dua tiang dan khemah ridge besar. khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan. Biasanya, khemah jenis ini diperbuat daripada nilon atau terilin. Tiang khemah ini diperbuat daripada aluminium atau aloi (pancalogam).Khemah ini dapat memuatkan antara empat hingga tujuh orang peserta.

Rajah 5.4 : Khemah Bentuk Helaian Terbang

Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama dengan bentuk khemah dinding. khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian bumbungnya. Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakan kumpulan menggunakan khemah jenis ini.Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam orang peserta.tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.

Rajah 5.5 : Khemah Bentuk Ridge Dua tiang Khemah rigde besar biasanya diperbuat daripada kanvas. Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai – bagai saiz dan berat. Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg. Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni. Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan tertentu dan terlampau berat untuk dibawa. Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan tentera Negara kita. Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

Rajah 4.6 : Khemah Bentuk Ridge Besar 5.3 1. Memilih Tapak Mendirikan Khemah Tanah atau tapak yang rata. A) Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. B) Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. C) Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. 2. Berhampiran punca air. A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. B) Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. C) Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira ungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku

kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. D) Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

3.

Jauh daripada dahan mati. A) Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. B) Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.

4.

Tapak yang lebih tinggi dari punca air. A) Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.

5.

Mudah untuk mendapatkan bantuan. A) Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.

B) Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi. C) Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.

6.

Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira. B) Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.

7.

Arah Kiblat

setibanya di suatu lokasi yang sesuai, yang perlu di perhatikan adalah di mana arah kiblat daripada kawasan tersebut, dan jadikan kawasan tersebut di hadapan, atau wujudkan satu lokasi untuk menunaikan Solat. Sekiranya ada orang yang ingin mendirikan Solat di tempat itu, dia tidak menghadap apa-apa aktiviti menusia. 8. Arah Laluan Angin

Walaupun keadaan angin tidak menentu, tetapi ini boleh di perhatikan melalui bentuk muka bumi dan kawasan laluan angin "majoriti". Setelah perkaraperkara ini diketahui, barulah kita cuba memenuhi kriteria asas yang lainnya

Khemah perlu didirikan di tempat yang redup tetapi tidaklah secara tepat

dibawah pokok. Khemah yang redup boleh membuatkan khemah tidak berbahang pada waktu siang. Khemah yang berada secara tepat di bawah pokok boleh mengundang kecelakaan daripada dahan yang rapuh, kebarangkalian pokok di panah petir dan juga kebarangkalian, binatang di atas pokok jatuh atas khemah.  Khemah patut di dirikan tidak menghadap laluan angin secara berdepan dan tidak membuatkan kaki mengadap Kiblat. Jadi, pandai-pandailah mengatur. Khemah yang berada dalam laluan angin ( pintu menghadap angin ) mempunyai risiko untuk tumbang. Sekiranya hujan, khemah yg berada dalam laluan angin lebih mudah dimasuki tempias, air dan pasir. Sebaiknya khemah perlulah jauh dari sebarang sarang binatang. Jadi,

sebelum khemah di pasang, pastikan juga tiada sarang –sarang di tanah seperti sarang semut, tebuan, ular dan kala jengking. Khemah juga perlu di jauhi daripada kawasan berdekatan dengan semak dan lalang. Pastikan khemah berada di lokasi yang ideal seperti jauh dari tempat

berlaku kemalangan. Sebagai contoh, khemah yang berada berdekatan dengan sungai, mempunyai risiko dilanda "kepala air ". Khemah seboleh nya didirikan di tempat yang rata. Sekiranya tedapat benjolan sedikit, kawasan tersebut boleh di ratakan sedikit dengan menambah atau mengurangkan tanah, atau menambah bahan- bahan seperti daun.

Rajah 4.7 : Tentukan Arah Angin Mengikut Musim

4.8 Kayu Pancang Dan Cara Memancang

Sesetengah khemah seperti khemah bentuk dinding dan khemah bentuk ‘A’ tidak mempunyai pancang yang telah siap. Pancang khemah ini perlu dibuat dikawasan perkhemahan. Biasanya khemah bentuk ridge mempunyai pancang yang telah siap. Apabila berkhemah dikawasan berpasir, tanah lembut dan semasa angina bertiup kencang, pancang yang telah siap tidak sesuai digunakan. Ini kerana pancangnya pendek. Pancang yang dibuat daripada batang kayu sebesar ibu jari kaki dan panjangnya 0.3 -0.4 meter boleh dibuat dikawasan perkhemahan. Hujung panjang ditajamkan seperti pada rajah 4.8(a). Pancang juga boleh dibuat daripada kayu yang leper (papan) seperti pada rajah 4.8(b). Apabila memancang tali khemah, pancang yang digunakan seharusnya diketuk dengan pengetuk supaya kedudukannya bersudut tepatdenhan tali khemah dan bersudut 45° dengan tanah seperti pada rajah 4.8(c). Setelah memastikan kedudukan pancang betul dan teguh,anda boleh mengikat tali khemah pada pancang tersebut. Terdapat dua cara mengikat tali khemah pada pancangnya apabila tali khemah yang telah siap dengan pengubahsuainya seperti pada rajah 4.8 (d),anda boleh menegang dan mengendurkan tali khemah dengan cara mengubah kedudukan kayu pengubahsuainya. Cara yang kedua ialah anda boleh menggunakan ikatan belitbagi mengikat tali pada pancangnya. Biasanya, seorang yang belum mahir berkhemah,akan mengikat tali pada pancangnya. Selepas itu, barulah mereka mengetuk pancang kedalam tanah. Keadaan ini menyebabkan tali khemah akan menjadi kendur dan pancang menjadi tidakteguh dan kemas.

Tali khemah pada pancang seharusnya dikendurkan sedikit ikatannya sewaktu hujan. Tali khemah akan menjadi semakin tegang sewaktu hujan kerana

proses pengecutan dan ditimpa hujan. Tali yang terlampau tegang boleh menyebabkan khemah mudah rosak dan koyak.

Rajah 5.8:(a) & Rajah 5.8:(b)Pancang Daripada Kayu Yang Leper

Rajah 5.8 :(c) & Rajah 5.8 (d) Cara Mengetuk Pancang Khemah

5.4

Mendirikan Khemah

Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, kitahendaklah mengetahui cara mendirikan khemah. Secara amnya terdapat dua cara mendirikan khemah, iaitu cara mendirikan khemah bentuk ‘A’ dan dinding serta nara mendirikan khemah bentuk ridge.

i)

Mendirikan khemah Bentuk ‘A’ dan Dinding

Kedua- dua jenis khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan duabatang tiang dan satu batang kayu bumbung. Potong kayu atau buluh yang tingginya antara 1.2 – 1.5 meter untuk tiang khemah. Kemudian, tanamkan kedua –dua tiang khemah. Selepas itu, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya. Seterusnya pasang helaian khemah seperti pada rajah 4.9

Rajah 4.9 :Cara Memasang Helaian Khemah

Rajah 4.10: Cara Memasang Khemah Yang Ringkas Kadangkala semasa kecemasan, kita boleh mendirikan kedua-dua jenis khemah ini dengan menggunakan seutas tali. Kita seharusnya mencari dua batang pokok yang jaraknya sesuai untuk membentang khemah. Ikat batang poko tersebut dengan menggunakan lilit dua simpul. Kemudian, pasangkan hekaian khemah seperti rajah 4.10 kita seharusnya membalut pokok tersebut untuk mengelakan berlakunya kerosakan disebabkan oleh talipada pokok yang digunakan. ii) Mendirikan Khemah Bentuk Ridge

Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis ini dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet ditempat yang akan didirikan khemah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pancangkan keempat – empat penjuru dengan tegang seperti Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan ketuk pancang dan ikat tali dipancang pada rajah 4.11 ( c ). Dirikan tiang khemah perlahan – lahan pada rajah 4.11 ( d ). Ikat dengan tegang tali khemah seperti pada rajah 4.11 ( e ).

pada rajah 4.11 (a ).

yang betul seperti rajah 4.11( b ).

Beberapa peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah ialah: 1. 2. 3. Parit –parit kecil disekeliling khemah seharusnya dibina supaya Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke Jarak antara khemah tidak terlalu hamper. Keadaan ini boleh

air hujan yang turun dapat mengalir jauh dari khemah. pancangnya supaya khemah tidak menggelendong. menyebabkan pergerakan dalam khemah merbahaya.Jarak yang terlampau jauh pula akan menyukarkan perhubungan antara peserta .Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter. 4. Apabila berkhemah dihutan, kita seharusnya membawa ubat nyamuk dan serbuk sulfur(belerang). Serbuk sulfur ditaburkan disekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada memasuki khemah pada waktu malam.

Rajah 4.11 : Langkah- langkah mendirikan khemah Ridge

Rajah 5.12: Beberapa Khemah Yang Telah Siap Dipasang 5.5 Membuat Pondok

Untuk tinggal dengan selesa dalam perkhemahan, mestilah tahu membuat pondok pisang sesikat bagi tempat berteduh semalaman. Tetapi kalau hendak tinggal disitu lebih lama, perlulah membuat pondok biasa. i) Langkah Permulaan

Pastikan tempat perlindungan yang dibuat bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca. Perhatikan dari mana angin bertiup dan buatlah pondok itu membelakangkannya dengan tempat api di sebelah depan pondok itu. Kalau kawasan persekitaran tapak perkhemahan terdapat banyak pokok dan sudah mendapat kebenaran menggunakannya, ada beberapa jenis perlindungan yang boleh di buat.

Ii)

Jenis-Jenis Pondok dan Cara Membina

a)

Pondok Pisang Sesikat

Pondok pisang sesikat adalah jenis pondok yang paling mudah dibuat. Cacakkan tegap-tegap dua batang tiang, dan diatasnya palangkan sebatang kayu sebagai tulang bumbung. Pada tulang bumbung itu sandarkan dua batang tiang penyokong dan beberapa batang kasau yang kecil menghala kea rah angina bertiup. Di atas kasau-kasau ini lintangkan pula beberapa batang kayu untukmenahan rumput, lalang, dahan-dahan kecil atau sebarang benda yang digunakan sebagai atap. Jika untuk seorang, pondok ini boleh dibuat kecil sahaja, kira-kira 3 kaki tinggi di depan, 3 kaki lebar dan 6 kaki panjang. Lebih kurang 4 kaki di hadapan pondok itu dibuat tempat api. Sekiranya pondok itu untuk lebih daripada seseorang, buatlah 5 atau 6 kaki tingginya di hadapan, 6 atau 7 kaki lebar, supaya beberapa rakan boleh berbaring di dalamnya dengan kaki mengarah kea pi. Apabila mengatap pondok, mulakanlah dari bawah dan susun atap itu berlapislapis seperti menyusun atap genting supaya tidak masuk air. Sebagai atap, bolelah menggunakan dahan, daun, rumput, kulit kayu atau ranting-ranting yang telah dianyam. Setelah atap itu siap dinaikkan, eloklah letakkan dahan atau kayu di atasnya sebagai penghimpit supaya atap itu tidak diterbangkan angin.

Pondok pisang sesikat, paling mudah dan cepat membuatnya b) Lain-lain Jenis Pondok

Jika ingin membuat pondok yang lengkap, pasangkan pisang sesikat kepada kedua belah tulang bumbung. Tetapi pondok pisang sesikat sahaja pun sudah mencukupi untuk kebanyakan orang. Lagi satu cara untuk membuat pondok ialah dengan menyandarkan sebatang kayu kepada cabang pokok kira-kira lima kaki tingginya dari tanah. Kayu itu digunakan sebagai tulang bumbung. Pangkal kayu itu diletakkan tujuh kaki jauhnya daripada pangkal pokok, menghala kearah angina bertiup. Kemudian sandarkan beberapa kerat kayu pada tulang bumbung itu dan akhir sekali diatap seperti mengatap pondok pisang sesikat juga. Ditempat yang susah mendapat kayu, bolehlah membuat pondok seperti orang di Afrika Selatan iaitu dengan jalan menyusun ranting-ranting kayu lembut menjadi dinding berbentuk separuh bulatan untuk melindungi angina dan buat tempat api di hadapan pintunya. Jika khemah atau pondok itu terlalu panas kerana matahari, selimutkan dengan gebar atau letakkan dahan-dahan atau daun-daun di atasnya. Semakin tebal atapnya, semakin sejuklah khemahitu dalam musim panas. Jika pondok itu terlalu sejuk pula, tebalkan bahagian bawahdindingnya, atau buat tembok daripada tanah kira-kira sekaki tingginya di sebelah luar pondok itu. Parit hendaklah digali disekeliling pondok itu supaya tidak dimasuki air pada masa hujan lebat.

Sebatang kayu yang disandarkan pada cabang pokok boleh menjadi tulang bumbung pondok.

Pondok orang Zulu dibuat dengan memacakkan anak-anak kayu panjang dan jadikan satu bulatan. Hujungnya dilentur ke tengah dan diikat untuk menjadi rangka pondok.

5.6

KEDUDUKAN KHEMAH, PINTU GERBANG DAN PAGAR KAWASAN

Apabila tiba disesuatu tapak perkhemahan,semuapeserta dan pemimpin hendaklah memastikan supaya semua peralatan yang dibawa diturunkan dari kenderaan. Pemimpin unit perlu memilih tempat untuk berkhemah .Pemimpin unit seharusnya memikirkan kedudukan kawasan secara keseluruhan bagi perkhemahan tersebut. Seperti kawasan dapur,khemah,perhimpunan, sembahyang dan sebagainya. Kedudukan khemah patrol dan semua kawasan seharusnya disusun supaya teratur, kemas dan seimbang. Tindakan dan keputusan pemimpin unit perlu dicapai dengan segera dan tepat. Selepas itu,pemimpin unit boleh memberi taklimat ringkastentang susunan kawasan perkhemahan. Beliau hendaklah membahagikan tugas kepada setiap peserta. Contohnya pemimpin unit boleh membahagikan dua atau tiga orang untuk satu patrol untuk mendirikan khemah masing –masing. Dua orang menyiapkan kawasan dapur dan tiga orang lagi menyiapkan kawasan perkhemahan. Tindakan menyiapkan kerja seharusnya segera, teratur dan mengikut system berpatrol. Keadaan ini perlu supaya kerja dapat disiapkan dengan segera. Apabila perkhemahan patrol,ketua patrol perlu bertindak sebagai ketua untuk melakukan pemilihsn,layout dan sebagainya. Kawasan perkhemahan perlu dipagar dan berpintu . Apabila sesuatu kawasan telah dipagar,bermakna ia menjadi hak milik sesuatu kumpulan atau patrol itu sepanjang masa perkhemahan tersebut. Sehubungan itu, pemimpin unit atau ketua patrol mestilah cekap dan tepat. Semasa memilih keluasan kawasan perkhemahan. Keluasan sesuatu kawasan perkhemahan seharusnya sesuai dengan bilanganpeserta. Jika kawasan perkhemahan terlampau luas,sudah tentu memerlukan peserta yang ramai . Sebaliknya, kawasan yang sempit pula, akan menjadi sesak. Antara aspek yang perlu diteliti ialah susunan kedudukan khemah,gejek,pagar kawasan,pintu pagar dan pintu gerbang.

i)

Layout Kawasan sesuatu perkhemahan amat penting bagi

Kemahiran dan kreativiti layout

keselesaan,keseronokkan dan mengurangkan tahap kemalangan peserta. Layout dan pintu gerbang merupakan daya penarik bagi pelawat meninjau ke sesuatu kontinjen semasa jambori negeri, Negara dan dunia. Penyusunan dan kedudukan sesuatu kawasan bersesuaian cara perkhemahan mestilah teratur, kemas dan Biasanya,kawasan dapur diletakkan mengaturnya.

dibahagian belakang kawasan perkhemahan. Arah angina bertiup juga perlu diambil kira semasa menyusun kedudukan dapur untuk mengelakan daripada asap masuk ke dalam khemah.

Rajah 5.13: Contoh Kawasan Perkhemahan Satu Patrol

Layout kawasan perkhemahan perlu mengambil kira keluasan kawasan dan ruangan yang tertentu seperti ruangan untuk sembahyang,rehat, khemah patrol,perhimpunan,pameran dan sebagainya. Faedah membuat layout disesuatu perkhemahan mempunyai asas persamaan dengan layout sebuah rumah kediaman. Rajah 4.14 dan Rajah 4.15 menunjukkan contoh layout bagi kawasan perkhemahan satu patrol dan layout bagi kawasan perkhemahan satu kumpulan. Anda boleh mengubahsuai dan menambahkan sesuatu kawasan perkhemahan dengan ruangan –ruangan yang lain.

Rajah 5.14 : Satu Kawasan Perkhemahan Berkumpulan

Rajah 5.15 :Contoh Layout Kawasan Dapur ii) PINTU GERBANG

Pintu gerbang merupakan satu kraf perkhemahan yang sangat penting. Pintu gerbang yang didirikan merupakan lambing dan identity sesuatu kumpulan dan patrol. Pintu gerbang juga merupakan daya penarik yang istimewa untuk menarik pelawat dan peserta lain yang melawat ke kawasan perkhemahan .terutama semasa diadakan Sesuatu jambori. Nama Sesuatu kumpulan dan patrol dapat dipamerkan dibahagian hadapan pintu gerbang. Berbagai – bagai jenis dan bentuk pintu gerbang boleh didirikan. Bentuk dan rekaan sebuah pintu bergantung kepada idea –idea dan kreativiti sesuatu kumpulan dan patrol. Seboleh –bolehnya anda perlulah menggunakan bahan – bahan yang didapati dikawasan perkhemahan. Contohnya, menggunakan batang kayu,ranting kayu, daun-daun kayu, buluh dan sebagainya. Untuk membinanya pula kita tidak perlulah menggunakan sebarang paku besi semasa mendirikan pintu gerbang.

Terdapat 2 jenis pintu gerbang bagi Sesutu perkhemahan iaitu satu pintu gerbang dihadapan dan satu pintu dibelakang. Biasanya pintu gerbang dibahagian hadapan direka lebih menarik,elok, dan kemas. Pintu gerbang dibahagian belakang didirikan lebih ringkas tetapi kemas. Pemimpin boleh mengadakan pertandingan membins pintu gerbang.

Berbagai –bagai bentuk pintu gerbang yang boleh dibina oleh sesuatu kumpulan atau patrol . 1. Pintu gerbang hadapan perlu ditulis nama patrolatau kumpulan berkenaan. Tulisan ini boleh dibentuk dengan ranting kayu atau buluh kecil yang diikat atau dibentuk huruf dengan menggunakan tali. 2. 3. Daun pintu gerbang boleh dibuat. Pintu gerbang ini seharusnya senang Biasanya lebar pintu gerbang bahagian hadapan ialah 1.82 - 3.65 dibuka dan ditutup. meter.Tinggi pintu gerbang 2.13 - 3.04 meter.

Rajah 5.16:Contoh Nama Ditulis Pada Gerbang

Rajah 5.17 : Contoh Pintu Gerbang Yang Ringkas

Rajah 5.18: Pintu Counter Balance (Menggunakan Tali)

Rajah 5.19: Pintu Counter Balance (Menggunakan Kayu)

Rajah 5.20 :Contoh Pintu Gerbang

Rajah 5.21 :Contoh Pintu Gerbang

iii)

Pintu Belakang

Kebanyakan peserta yang menyertai Sesuatu perkemahan tidak membins pintu bahagian belakang. Pengamatan dan pengalaman mendapati peserta perkhemahan hanya membinapintu gerbang bahagian hadapan dan membuat pagar sekelilingnya. Keadaan ini sudah tentu tidak selari dengan keadaan

sebenarditempat

kediaman.

Setiap

perkhemahan

perlu

mempunyai

pintuhadapan dan pintu belakang. Apabila mereka ingin keluar dari kawasan khemah, mereka tidak perlu melangkah atau menyusur pagar yang dibina kerana tidak ada pintu belakang.

Setiap kawasan perkhemahan sekurang – kurangnya perlu mempunyai dua pintu pagar ,iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.Pintu dibahagian belakang biasanya dsibuat berhampiran dengan kawasan dapur.Biasanya pintu belakang ringkas dan mudah dibuat. Banyakcontoh pintu belakang yang anda boleh lakukan.Biasanya pintu belakang lebarnya lebih kurang 1.2 -1.8 meter. Rajah 4.22 (a), (b) dan (c) dibawah adalah beberapa contoh pintu belakang yang boleh dibuat disesuatu kawasan perkhemahan.

Rajah 5.22: (a), (b) & (c) Contoh Pintu Belakang

iv)

Pagar Kawasan

Sesuatu kawasan perkhemahan perlu diadakan pagar. Pagar sangat penting bagi sesuatu kawasan perkhemahan. Tujuan diadakan pagar adalah untuk menjaga keselamatan daripadabinatang buas dan orang jahat. Pagar merupakan kawasan sesuatu kumpulan atau patrol. Apabila malam ,binatang luas akan terhalang daripada memasuki kawasan perkhemahan. Kemungkinan orang yang mempunyai niat jahat memasuki kawasan perkhemahan dapat dicam oleh pasukan pengawal. Pagar sesuatu kawasan boleh dibuat daripada berbagai –bagai jenis bahan seperti tali,ranting kayu, dan sebagainya. Beberapa contoh pagar yang boleh dibina seperti rajah dibawah.

Rajah 5.23 : Contoh Pagar

6.0 SIMPULAN DAN IKATAN

BUKU SILA Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

BUNGA KETI Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

BUNGA KETI BERGANDA Kegunaannya : Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Kegunaannya : Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya

SIMPUL MANOK (Clove Hitch) Kegunaannya : Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot) Kegunaannya : Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin

SIMPUL PULIH Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK Kegunaannya : Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak

TINDIH KASIH Kegunaannya : Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING) Kegunaannya : Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai

Lilit "Taut-Line" Kegunaannya : Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di UbahUbah

7.0 7.1

JERAT DAN PERANGKAP SERTA HAIWAN Jenis-Jenis Jerat dan Perangkap Haiwan

Memburu merupakan salah satu kegiatan dan aktiviti warisan yang dilakukan oleh masyarakat pada masa dahulu bagi tujuan mendapatkan hasil makanan mahu pun dijadikan sebagai sumber ekonomi. Peralatan tradisional yang biasa digunakan bagi kegiatan memburu adalah seperti jaring, jebak, jerat, lembing, perangkap, racik, sumpitan, lastik dan lain-lain lagi.

Cara-cara pemasangan dan penggunaan peralatan tersebut adalah bergantung kepada alat itu sendiri. Kebiasaannya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti pelanduk, landak, rusa, burung, binatang yang menganggu seperti ular, harimau dan sebagainya.

1. JARING Jaring diperbuat daripada benang atau tali yang disirat untuk tujuan tertentu. Besar dan lebarnya bergantung kepada kegunaannya. Ia boleh digunakan sebagai alat untuk memerangkap ikan atau haiwan seperti burung dan kelawar. Selain daripda itu, jaring yang dipasang dikawasan lapang dan semak yang tidak mempunyai pokok tinggi untuk memerangkap burung wak-wak. Satu alat yang dibuat daripada buluh dengan tebukan lubang tertentu dan diberi muncung yang mempunyai lidah bagi mengeluarkan bunyi apabila ditiup yang dikenali pendekut. Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau berlindung disebalik pokok dan meniup pendekut. Ia lazimnya dilakukan pada waktu malam. Pemburu burung wak-wak akan meniup pendekut ini dengan bunyi yang mirip seperti wakwak. Burung wak-wak yang mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan di mana terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut.

2. JEBAK Jebak ialah sejenis alat (perangkap) untuk memerangkap binatang, lazimnya burung, biawak, musang, landak dan lain-lain. Jebak diperbuat daripada rotan (kulit atau isi) atau buluh yang diraut menjadi bilah kecil dan dianyam mengikut bentuk yang digemari. Biasanya jebak berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, dilengkapi dengan pintu kecil dan tempat menggantung jebak. Di dalam jebak ini terdapat tali jerat yang dilaraskan kepada pintu jebak. Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor burung yang mempunyai suara merdu dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan menipu burung yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke kawasan tersebut jebak ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan di atas tanah di mana penutup dan pintu jebak dibuka.

Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung. Terdapat juga jerat bagi memerangkap binatang liar yang merosakkan tanaman seperti musang dan tenggiling. Bagi tujuan ini ia dikenali sebagai perangkap dimana ianya lebih besar dan diperbuat daripada bilah besi. Bagi memerangkap binatang liar atau buas yang mengganggu dan

membahayakan ternakan seperti ayam, itik dan kambing serta tanaman seperti ubi kayu, keledek, pisang perangkap atau jebak yang lebih besar dan kukuh digunakan.Iannya dipasang dikawasan semak, belukar atau pepohon rimbun seperti buluh dan disediakan dengan makanan kegemaran binatang seperti bangkai binatang, buah betik atau buah-buahan lain yang sesuai dengan binatang yang hendak diperangkap.

3. JERAT Jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan seperti ayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan banyak lagi. Kebanyakan pemburu menggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi. Jerat ini juga tidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan semulajadi seperti pohon atau ranting dan buah-buahan sebagai umpan. Terdapat jerat yang boleh membawa mati kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup.

Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu yang berat yang ditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan pada tongkat yang ditancapkan ke tanah. Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah tangkai. Bila binatang yang sedang mencari makanan menyentuh tangkai ini maka jerat akan lepas/bingkas dan menjerat binatang tersebut. Biasanya binatang yang telah terjerat jarang dapat melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selama sehari atau dua hari. Jerat ini biasanya dipasang di kawasan semak-semak, celah-celah pohon, di banir pohon, kebun dan kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan.

4. LEMBING Lembing merupakan salah satu senjata lama masyarakat Malaysia. Kini lembing digunakan dalam istiadat dan sebagai perhiasan. Lembing berbentuk runcing dan hujungnya tajam. Panjang lembing biasanya antara 20 hingga 30 sentimeter dan lebarnya 2 sentimeter. Pemegang lembing diperbuat daripada kayu. Ia lebih ringan dan panjang, serta mudah dibaling dari jarak jauh. Pada zaman dahulu, apabila lembing digunakan sebagai senjata, racun disapu dihujungnya.Lembing yang digunakan semasa istiadat di istana mempunyai hulu yang dihias dengan perak. Kadang-kadang dihiasi dengan rambut kuda yang dicelup warna merah.

5. PERANGKAP Perangkap sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menangkap haiwan seperti pelanduk, arnab, ayam hutan dan sebagainya. Perangkap biasanya di pasang di dalam semak, belukar atau hutan. Ia berbentuk seperti perumah dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu dan buluh. Batang kayu panjang seperti rod akan disusun berselang-seli dan diikat diantara satu sama lain sehingga berbentuk seakan-akan sebuah para kayu untuk menyerkup haiwan yang masuk kedalamnya. Perangkap akan diletak dengan cara terlangkup. Pada hujung perangkap akan ditelangkup sehingga mencecah tanah manakala pada hujung yang satu lagi akan diangkat dengan menggunakan tali di bahagian atas. Tali tersebut akan disangkut pada batang kayu supaya hujung perangkap yang terangkat tidak jatuh. Terdapat tali yang kedua berfungsi untuk menahan tali pertama. Hujung tali tersebut akan dipasak kedalam tanah pada bahagian perangkap yang mencecah tanah. Iaitu berhampiran umpan manakala hujung tali kedua yang satu lagi akan

diikat pada kayu yang menahan tali pertama. Terdapat juga batu yang diletak pada bahagian atas perangkap berfungsi sebagai pemberat. Umpan seperti buah-buahan atau bangkai binatang akan diletak pada bahagian hujung perangkap yang mencecah tanah supaya ia dapat menarik perhatian haiwan supaya masuk terus ke dalam perangkap. Haiwan yang masuk dalam perangkap bertujuan untuk memakan umpan tersebut akan berlanggar dengan tali yang kedua sehingga putus dan hujung perangkap yang terangkat akan jatuh. Disamping peralatan memburu yang lebih canggih seperti senapang, perangkap masih lagi digunakan oleh penduduk kampung terutama bagi menangkap binatang pemusnah seperti babi hutan, biawak, landak, tenggiling dan sebagainya.

Perangkap Rintang Ulak

Perangkap Ular Tuo Unak 6. RACIK Racik merupakan sejenis perangkap untuk menangkap burung. Racik diperbuat daripada beberapa bahan seperti potongan tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang kira-kira 3 inci dijadikan tiang racik. Tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipilin atau dipintal supaya kejap dan disimpai dengan tembaga halus berbentuk seperti nombor 8 atau pin pancing ikan. Bagi racik yang matanya sedikit pemberat seperti timah ladung yang kecil digunakan. Ini membentuk satu mata racik. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali kajar yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh burung. Terdapat beberapa saiz racik iaitu sama ada 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata bagi satu rawan racik. Racik yang mempunyai mata yang banyak digunakan untuk meracik di atas tanah iaitu mata 37, 32, 27 atau 24. Manakala racik dengan mata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul atau batang kayu lapuk. Bagi racik yang dipasang di atas dahan pula adalah dengan mata 15 atau 11. Menjebak burung menggunakan racik perlu menggunakan denak atau pemikat. Denak ini berbeza mengikut tempat di mana racik hendak dipasang. Sekiranya racik dipacak di atas tanah, denak yang digunakan adalah burung jantan. Sementara denak yang terdiri dari burung betina digunakan bagi racik yang di pasang di atas dahan. Mata racik hendaklah dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang digemari oleh pemikat burung. Antara cara yang digunakan ialah secara bersilang, mengikut pusingan atau secara berjajar. Ia dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak mengikut cara pacakan yang

sama bagi kesemua mata racik. Berhampiran mata racik diletakkan denak sebagai pemikat. Pergerakan denak tidak harus sampai kepada mata racik dan ini perlu dipastikan supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Burung yang berada di kawasan tersebut akan datang menghampiri denak dan pada waktu yang sama akan terjerat oleh racik. Selepas digunakan racik perlu dicabut dan disimpan dengan rapi. Mencabut racik perlu dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Sekiranya racik dijaga dan disimpan dengan rapi ianya boleh tahan sehingga 20 tahun dan jika tidak dijaga ianya akan rosak dalam tempoh yang singkat lebih kurang 1 hingga 3 tahun.

Racik Lekar

Racik Ayam Lekar

Cara menggunakan Racik

7. SUMPITAN Sumpitan adalah sejenis peralatan memburu atau berperang yang sering digunakan oleh masyarakat peribumi Sarawak dan Sabah pada masa dahulu. Terdapat kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh di samping tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan. Menurut kepercayaan etnik Dayak, sumpitan ini tidak boleh digunakan untuk membunuh sesama manusia. Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis Belian, Bengkirai dan Ulin yang kayunya lurus, agar mudah dilubangi berukuran kurang lebih 8mm. Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan memerlukan kepakaran untuk menebuk kayu yang telah dipilih. Sumpitan ini berbentuk tongkat panjang yang

diberi lubang kecil untuk memasukkan anak sumpitan. Sumpitan dilengkapi dengan sebuah mata tombak yang diikat erat pada hujungnya dan juga dilengkapi dengan domek(anak sumpitan) beserta wadahnya (selup).

Peluru atau anak sumpitan yang tajam seperti panah disebut domek(anak sumpitan). Biasanya domek dicelup dengan zat racun yang diperolehi dari getah sejenis akar yang diolah sedemikian rupa yang dikenali Ipu. Ipu ini akan digosok pada hujung domek. Sebelum digunakan, domek ini akan disimpan dalam suatu tempat khusus yang dikenali Telep agar tidak membawa kesan kepada tuannya. Manusia atau binatang yang terkena domek beracun boleh membawa maut. Cara melepaskan domek dari sumpitan ialah dengan meniup sekeras mungkin melalui lubang sumpitan yang lurus. Jangan tarik nafas ketika mulut di sumpitan kerana domek akan memasuki mulut. Sebuah sumpit dipegang lalu dimasukkan anak sumpit ke lubang, kemudian ditiup dengan mulut sekuat tenaga supaya arus yang keluar dari mulut sangat kencang membidik menuju sasaran yang diinginkan. Jarak capai anak sumpitan ini cukup jauh tapi ia bergantung kepada kekuatan meniup.

*Domek dan Telep

* Cara menggunakan sumpit

8. LASTIK Lastik adalah sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan.

Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. Biasanya tiub basikal yang sudah tidak digunakan digunting untuk dijadikan laras lastik.

Cara membuat lastik: a) Mencari cabang ranting anak kayu yang berbentuk "Y"

b)Pada pangkal atau pemegang lastik dibalut dengan getah tiub tayar basikal supaya ianya kelihatan seperti bahagian pemegang raket badminton. c)Tiub tayar basikal akan digunakan untuk dijadikan getah lastik. Gunting getah tersebut sepanjang satu kaki dengan lebar setengah inci setiap satu. d) Untuk menyediakan lapik kulit untuk pelurunya adalah menggunakan kasut-kasut kulit yang tidak digunakan. Potong lidah kasut mengikut bentuk bujur.

e)Pada kiri dan kanan lapik kulit akan ditebuk dua lubang. Getah lastik akan diikat dengan getah bulat pada lapik kulit ini seakan seperti bentuk buaian. f)Kemaskan ikatan pada kedua-dua cabang lastik tadi.

g) Kemudian ia diuji kekuatannya. Peluru bagi lastik adalah seperti batu kerikil sebesar guli dan biji getah.

MEMBUAT PERANGKAP (TRAP) Pelbagai perangkap yang boleh didapati seperti :  Perangkap model menggantung  Perangkap tali sederhana  Perangkap lubang jerat  Perangkap menimpa  Apache foot share

Bahan-bahan perangkap: Tali/kawat, umpan, batang kayu, cabang pohon MEMBACA JEJAK Jenis-jenis jejak: Jejak buatan iaitu jejak yang dibuat manusia dan jejak alami

iaitu tanda jejak sebagai tanda keadaan lingkungan. Jejak alami biasanya menyatakan tentang:  Jenis binatang yang lewat  Arah gerak binatang  Besar kecilnya binatang  Cepat lambatnya gerak binatang

Membaca jejak alami dapat diketahui dari:  Kotoran yang tersisa  Pohon atau ranting yang patah  Lumpur atau tanah yang tercecer di atas rumput 7.6 PETUA SEMASA PERKHEMAHAN

Sebelum kita memasuki hutan, kita perlu mengkaji / mencari maklumat tentang tempat tersebut. kita juga perlu mencari info tentang binatang- binatang yang menghuni hutan yg ingin kita terokai. Cara yg paling baik, dengan bertanyakan kepada penduduk tempatan atau berhampiran kawasan tersebut. Selain itu, boleh juga memperolehi info dengan membaca buku. Tetapi bukubuku hanya menerangkan sifat umum sesuatu binatang mengikut kajian ringkas yang mereka lakukan ataupun di cedok dari buku-buku lain. Perlu diketahui bahawa walaupun hutan di malaysia ini di kategorikan sebagai hutan hujan, namunbegitu, terdapat beberapa perbezaan "keadaan" di hutanhutan yang berbeza di malaysia ini, sebagai contoh, hutan simpan angsi, tak sama rupanya dengan hutan simpan pahang. oleh itu, perlu juga seseorang itu mengetahui bahawa haiwan yang mengamalkan kehidupan rimba ( pure survival ) akan mempunyai kelebihan

tersendiri dan keupayaan untuk berubah / berevolusi mengikut kesesuaian lokasi kehidupan mereka.

Sebagai contoh, di hutan yang kedudukan pokoknya terlalu jarang, haiwan yang mendiami tempat tersebut akan lebih cenderung untuk lompat dari satu pokok ke pokok yg lain, berbanding dengan hutan yang kedudukan pokoknya rapat-rapat. Contohnya, adalah ular dan cicak. ini adalah satu fakta sains. dan buku selalunya hanya menceritakan keadaan hutan dan binatang mengikut keadaan hutan hujan yang umum.

Berdasarkan fakta di atas, boleh disimpulkan bahawa, haiwan yang sama, di hutan yang berbeza akan mempunyai sikap, tabiat dan mungkin bentuk yang berbeza. Tabiat seseekor binatang tertentu di tempat yang tertentu hanya boleh di fahami jika mengalami sendiri dan juga melalui perbualan orang setempat disitu sendiri, sebagai contoh, sekiranya babi hutan yang mendiami sekitar Gunung Datuk lebih mengambil sikap menjauhi diri dari manusia, maka babi hutan di hutan simpan yang lain mungkin adalah lebih merbahaya. Ini dapat diperhatikan daripada sikap binatang tertentu seperti kucing dan kera yang lebih jinak di hutan yang didatangi oleh ramai pelancong dengan yang kurang didatangi oleh pelancong. Oleh itu terdapat pelbagai tips atau petua yang boleh diikuti sebagai pedoman.

Semasa mendirikan khemah, perhatikan dulu keadaan sekelililng, paling penting, jangan dirikan khemah berdekatan dengan 'banglo' harimau. Banglo harimau terletak dekat dengan punca air..Bau harimau yang

menusuk hidung adalah disebabkan ia akan kencing pada keliling kawasan punca air untuk menanda kawasan nya .  Sekiranya berjalan didalam hutan , pastikan kita memegang sebatang kayu yang sudah di tajamkan hujungnya dan bahagian yang tajam itu di halakan ke belakang semasa berjalan.Ini untuk mengelakkan “sudden attack” dari harimau.

 Penggunaan 'Kayu Tas' juga ada dipraktikkan oleh orang duludulu..Tetapi mesti mengikuti piawaian yg ketat. Kayu Tas ini memang ditakui oleh binatang liar di hutan, Syarat memakai nya memang ketat, kerana kayu tas ini tidak boleh berenggang langsung dengan pemakainya. Andainya terleka atau terlepas dari badan, masa ini lah harimau akan menyerang. Sekiranya anda menangkap binatang hutan yang boleh dimakan

seperti kijang, rusa dan lain- lain, jangan dilapah pada kawasan khemah. Lapah lah berdekatan tempat yang jauh dari kawasan perkhemahan, selepas siang, tanam semua bahagian yang tidak berkenaan.Di takuti kalau dilapah berdekatan dengan khemah, bau darah tidak akan hilang, maka ia akan mengundang harimau datang Semasa masuk ke dalam hutan berilah salam pada nabi Allah

sulaiman dan berdoa semoga di jauhkan dari binatang buas dan berbisa. Selepas tu bertawakal pada ilahi."assalamualaika ya nabi Allah sulaiman" "aku bermohon kehadratnya (Allah taala) dilindungi dari segala binatang buas dan berbisa"....dan selebihnya bertawakkalah kepada allah taala.

Bila berkemah pula perhatikan beberapa perkara seperti:

 Elakkan dari tempat yang memang sudah dibersihkan kerana pastinya rumah (orang) lain.  Elakkan terlalu rapat dengan sungai bimbangkan kepala air,buatlah khemah dikawasan yang kita sendiri bersihkan dari semak samun  Bila khemah siap dipasang taburkan sedikit karbait dikeliling khemah sebagai pelindung bau dari binatang buas.  Pastikan sentiasa ada unggun api atau bara api diwaktu malam. Jauhkan bercakap besar atau berhasrat berjumpa dengan sesuatu disana walau pun saja-saja hendak bercakap kerana banyak sejarah mengatakan bila berniatkan binatang buas. selalunya akan berjumpa dan sekiranya berjumpa ianya bukan dalam keadaan yang normal.  penggunaan lampu picit diwaktu malam juga ada beberapa panduan kerana ada beberapa species haiwan yang sensitif pada cahaya lampu terutamanya ular tedung selar.padamkan lampu picit sekiranya ternampak sepasang mata berwarna kuning bergerak seperti ular menghala kearah kita terutamanya dalam air. 7.7 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan serangan ular, antaranya adalah :  Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang apabila seseorang memijak badannya secara tidak sengaja

 Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main dengan ular yang kita temui Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan bukan menggunakan tangan  Memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di bahagian bawah kaki.  Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular bersembunyi di situ. Jika terserempak dengan ular, bertenang dan berundur perlahanlahan ke belakang  Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, awas, ular yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang lain, oleh itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.

selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi menangani serangan ular : Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu daripada Tanah.  Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ualr amat menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya dengan hanya berjuntai di ranting kayu.

 Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun pisau  Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu jika salah seorang drp mereka di serang atau di patuk ular.  Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular. Ia berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan yang terdapat haiwan ini.  Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh.  Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di tapak perkhemahan. Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah di anggap

berbisa TANDA-TANDA PATUKAN ULAR BERBISA Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah seperti berikut:

 Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas gigitan pada tempat yang di patuk  Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk  Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di patuk  Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya  Penglihatan mangsa menjadi kabur

RAWATAN BANTU MULA @ FIRST AID  Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan patukan dengan air.  Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan  Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar  Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. Ini adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular  Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh mint tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini pada mangsa patukan ular kapak @viper  lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan sapukan garam terus ke tempat patukkan  JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai  Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke hospital yang terdekat Tips: ular tidak mempunyai kelopak mata...kalau ular tengah tidur janganlah diganggu .Ini akan menyebabkan ianya bertambah agersif lagi.. 8.0 KESIMPULAN

Panduan ini disediakan bagi memudahkan dan melengkapkan peserta perkhemahan dalam membuat rujukan dan persediaan sebelum menyertai

mana-mana aktiviti perkhemahan. Panduan ini amat berguna sebagai langkah atau perancangan atau tindakan yang perlu dibuat untuk menghadapi segala aspek keselamatan yang tidak dijangka. Dengan adanya manual maka dapatlah kita menimba sedikit pengalaman secara teoritikal yang amat berguna kepada peserta-peserta perkhemahan.

RUJUKAN: Robert Baden-Powell, (1987), “Ilmu Pengakap Bagi Budak -Budak” ,Kuala Lumpur : Edusystem Sdn.Bhd Abdul Alim Abdul Rahim , Balkiwan Daud (1993), “Panduan Ekspedisi Pengakap Malaysia “,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Mokthar Idris, (1992), “ Berkhemah Untuk Semua ”, Subang Jaya : Buku Must. Sdn. Bhd. Maiza Affendy, (1993). “ Pengakap Dihutan” ,Kuala Lumpur: Edusystem Sdn.Bhd Golden K.H.Kian, (1993). “ Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda” Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful