Refleksi Saya Khairul Amin Bin Mohamad Sham dari PISMP Sains Semester1 Jan 2012.

Syukur ke hadrat Illahi kerana pada kali ini saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 9 Mac 2012. Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, banyak manfaat yang telah saya terima. Saya dapat mendalami dengan lebih lanjut tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara tidak langsung saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut peranan FPK itu sendiri dan seterusnya saya juga dapat menghuraikan dan memahami ciri-ciri insan yang seimbang yang terkandung di dalam FPK melalui sumber rujukan yang dirujuk di perpustakaan. Disamping itu, saya juga dapat mengetahui dengan jelas mengenai kemahirankemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru cemerlang bagi mencapai matlamat FPK. Di saat ini, saya menyedari bahawa diri saya belum dilengkapi dengan kemahiran—kemahiran yang diperlukan bagi seorang guru bagi mencapai matlamat FPK . Oleh itu, dalam masa yang terdekat ini saya akan cuba memanfaatkan masa saya semasa berada di institut ini bagi menimba segala pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu pelajari. Selain itu, saya juga menghayati dan memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan lebih lanjut. Malahan saya juga telah memahami lebih lanjut mengenai model Konseptual Pendidikan Guru. Model konseptual ini merangkumi tiga aspek asas yang utama iaitu pengetahuan,kemahiran dan nilai. Sebagai bakal guru,

saya juga telah mengetahui peranan-peranan FPK. Antaranya ialah menjadi cahaya yang memberi panduan dan hala tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan. Tanpa FPK maka sistem pendidikan Malaysia akan jatuh merosot. Kesimpulannya. Pengetahuan yang meluas dapat memberikan kelebihan kepada seorang bakal guru macam saya kerana ilmu pengetahuan amat berharga jika dibandingkan emas dan permata.aspek yang pertama iaitu aspek pengetahuan perlulah diperluaskan lagi dengan menambahkan lagi bahan bacaan. Selain itu. Disediakan oleh : KHAIRUL AMIN BIN MOHAMAD SHAM . tugasan ini banyak memberi manfaat kepada saya sekali gus dapat membimbing saya untuk menjadi guru yang berkualiti dan cemerlang pada satu hari nanti.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful