You are on page 1of 5

PUKULAN LOB. BUTIRAN MENGAJAR. Pukulan lob dilakukan seperti membaling.

Dalam aksi ini, bulu tangkis dipukul tinggi ke belakang gelanggang lawan. Tujuannya adalah untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang dan menyukarkan mereka untuk menyerang. Terdapat tiga fasa untuk melakukan pukulan lob ini. 1. FASA PERSEDIAAN. Ayunkan raket ke belakang dengan siku dibengkokkan. Bawa kepala raket ke hadapan.

2. FASA PELAKSANAAN. Tolak tangan ke hadapan dan ke atas. Pukul bulu tangkis pada ketinggian maksimum.

3. FASA IKUT LAJAK. Teruskan ayunan raket. Bawa badan kehadapan.

KESALAHAN DALAM MEMBUAT PUKULAN LOB.

1. Bola berada terlalu belakang di bahagian belakang kepala ketika dipukul. 2. Bola berada terlalu hadapan di bahagian hadapan kepala.

LATIHAN DALAM MEMBUAT PUKULAN LOB.

1. Bola di hantar menggunakan tangan kepada pemain bagi mereka yang baru dalam permainan badminton di atas kepala. 2. Gunakan alat yang boleh dilaras tahap ketinggiannya bagi menggantung bulu tangkis untuk latihan sentuhan bulu tangkis dengan raket.

1. Roper, P. (1988). Badminton, The skills of the game. The Crowood Press. Portsmouth 2. ...................(2010). Badminton. Diakses pada April 15, 2010 daripada www.wikipedia.com 3. ...................(2010). Badminton drills. Diakses pada April 15, 2010 daripada
www.badmintonsource.com

CONTOH CARA MEMBUAT PUKULAN LOB.