P. 1
esei.

esei.

5.0

|Views: 4,332|Likes:
Published by MohammadZulhusni

More info:

Published by: MohammadZulhusni on Mar 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2013

pdf

text

original

1

1.0 Pengenalan

Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu diperintah secara berasingan oleh British, iaitu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

(NNMTB) dan Negeri-negeri Selat (NNS). Ketiga-tiga bentuk pentadbiran ini diketuai oleh

Pesuruhjaya Tinggi British. Seterusnya timbul desakan daripada penduduk-penduduk

tempatan agar British memberi peluang kepada orang tempatan menyertai Majlis

Perundangan Persekutuan (MPP). Oleh itu, Sistem Ahli telah diperkenalkan dan diikuti

dengan pengenalan pilihanraya Bandaran Pulau Pinang pada tahun 1951 dan Kuala Lumpur

pada tahun 1952. Dalam hal ini, parti yang menang akan meletakkan wakil menyertai Majlis

Perundangan Persekutuan yang menyerupai kabinet. Ini menandakan permulaan sistem

pemerintahan demokrasi berbentuk barat dalam pentadbiran Tanah Melayu sehingga negara

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

1.1 Konsep Demokrasi

Istilah Demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos dan kratos.

Demos bermaksud „rakyat‟ dan kratos bermaksud „pemerintahan‟. Konsep demokrasi

dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba( abad ke-4 M). konsep demokrasi

ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendiakawan Greek seperti Socrates,Plato,

Aristotle dan Pericles.

Pada hakikatnya, sebelum wujudnya konsep demokrasi, beberapa negara telah

mengamalkan sistem monarki/beraja, tetapi pada zaman Renaissance (1400-1600 T.M),

konsep demokrasi telah diamalkan semula memandangkan sistem monarki bersifat

menindas. Pada abd ke-19 dan 20, terbentuk pula demokrasi corak moden. Keadaan ini

disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang akhirnya mengubah corak

ekonomi, politik dan social. Apa yang lebih penting ialah masalah penyalahgunaan kuasa

oleh golongan pemerintah tradisional. Jesteru, terbentuk pula demokrasi bercorak moden

di mana Robert A, Dahl mendefinisikan demokrasi bercorak moden yang terbentuk pada

hari ini sebagai suatu sistem politik yang memberikan ruang dan hak kepada rakyat untuk

membuat keputusan.

2

2.0 Demokrasi Berparlimen Malaysia

Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan

demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua

negara Malaysia di mana bidang kuasa baginda ditetapkan oleh perlembagaan dan

undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya menjalankan kuasa politik atas nama

Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pula memilih ahli dewan perwakilan melalui pilihanraya

dan kemenangan majoriti dalam parti politik akan menentukan jawatan Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan pemerintahan dan proses pentadbiran.

Malaysia mempunyai sebuah Parlimen, terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan

Negara. Anggota-anggota Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya umum untuk

mewakili kawasan pilihanraya masing-masing. Parlimen ini berfungsi membuat undang-

undang atau akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan.

Ahli Parlimen juga ialah ahli-ahli eksekutif.

Anggota-anggota Dewan Negara dilantik untuk mewakili negeri-negeri serta parti-parti

yang berkuasa di sana, golongan kepentingan (seperti ahli professional, pedagang dan

pemimpin masyarakat dan kebudayaan) dan golongan minoriti tertentu. Pada umumnya

Dewan Negara berperanan lebih kurang sebagai dewan penasihat untuk meluluskan

sahaja keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat.1

a) Pilihanraya Umum

Seperti telah dinyatakan, untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan

Dewan Undangan Negeri.2

maka pilihan raya diadakan. Secara tradisinya ia diadakan

antara empat hingga 2 lima tahun sekali. Wakil rakyat dipilih atas dasar kawasan pilihan

raya,iaitu mengikut cara yang diamalkan di Britain. Seorang wakil rakyat akan terpilih

apabilan dia mendapat undi majoriti di kawasan pilihan raya yang ditandingnya.

Umpamanya,pada tahun 1990 dan 1995 parti-parti politik yang bergabung di bawah

Barisan Nasional hanya mempeoleh kira-kira 52 dan 65 peratus undi, tetapi ia tetap

1

Dewan Rakyat dikenali sebagai cabinet manakalaDewan Negara juga dikenali sebagai Dewan Senat.

2

Dewan Undangan Negeri adalah Dewan Undangan Kerajaan Negeri.

3

dianggap menguasai majoriti melebihi dua pertiga kerusi.3

Dengan ini, rakyat diberi hak

dan kebebasan memilih wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat pusat atau

negeri.

b) Doktrin Pengasingan Kuasa

Doktrin pengasingan kuasa ialah pembahagian kuasa kepada tiga badan yang

bebas, iaitu Badan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan

Pengurusan atau Eksekutif (executive). Biasanya ketiga-tiga badan ini mempunyai

peranan mengawal dan mengimbang (check and balance) dalam pemerintahan. Badan

Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan,Mahkamah

Tinggi, dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Badan tersebut berfungsi untuk mengadil

tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuan

dariMahkamah bawahan, membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll),

pengurusan pusaka, mengeluar waran tangkap, mentafsir undang-undang dan sebagainya

mengikut Perkara 121-131A Perlembagaan Persekutuan. Badan Perundangan iaitu

Parlimen Malaysia diperuntukkan kuasa membuat undang-undang mengikut Perkara 44-

68, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut terletakkepada Yang di-Pertuan Agong

dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang membentukParlimen. Badan Eksekutif iaitu

Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai polisi,pemeriksaan, penyiasatan,

pengeluaran lesen, membuat instrumen perundangan danundang-undang kecil, serta

membuat pembangunan, dan sebagainya mengikut Perkara 39± 43C Perlembagaan

Persekutuan.

Terdapat ciri-ciri saling kebergantungan secara relatif antara ketiga-tiga badan.

Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa dalam Badan Perundangan,

Badan Eksekutif, dan BadanKehakiman. Kedua, Perdana Menteri dan kabinetnya

melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam

3

Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan

Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

4

membuat dan menggubal undang-undang. Ciri yang ketiga, Peguam Negara turut diberi

kuasa istimewa oleh parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan.

Dalam temuramah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad dengan

Cable News Network (CNN) pada 2September 1997,(1997:7) beliau banyak menjelaskan

proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia hanya berkait rapat dengan proses

pilihanraya yang dipratikkan 5 tahun sekali, "Prinsip demokrasi diamalkan di Malaysia.

Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami adalah kerana sokongan

rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengetepikan kami. Namun

rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan

ini (sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi.

Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak bersetuju (satu ketidakpersetujuan yang

minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak demokratik. Kami percaya kepada

demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi." Maka jelaslah beliau mempunyai

tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi

beliau Malaysia tidak harus mengamalkan demokrasi seperti mana yang diamalkan di

negara-negara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia yang berlainan

mengenai pentingnya setiap majoriti rakyat mendapat haknya yang terbaik

dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik.4

c) Isu-isu Pelaksanaan

Salah satu ciri penting Demokrasi iaitu parlimen sebagai badan perbahasan

semakin merosot. Parlimen tidak memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap

cadangan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak pembangkang. Prosedur

parlimen memberi kuasa kepada Speaker parlimen untuk menggantung ahli parlimen,

menyekat dari bertanya soalan, menyunting ucapan bertulis ahli sebelum disampaikan,

dan banyak mengehadkan peluang ahli untuk menyoal dan membahaskan dasar-dasar

kerajaan.

4

ihat dalam Jurnal Alexa The Web Information Company

5

Persoalan timbul apabila bentuk demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat

memberikan kuasa dominan kepada Badan Eksekutif.International Bar Association

(IBA), Centre for the Independence of Fudges and Lawyers of the International

Commission of Furists (CIFL), the Commonwealth Lawyers' Association (CLA), dan

Union Internationale des Avocats (UIA) menghantar suatu misi pada 17 hingga 27 April

1999 untuk menyiasat mengenai kedudukan kebebasan kehakiman di Malaysia.

Keputusan yang diperoleh ialah Perlembagaan Persekutuan membatasi hak-hak

yangpenting dan menafikan kajian semula kehakiman tindakan badan eksekutif.

Namummasalah utama yang dihadapi ialah tindakan badan eksekutif yang tidak mengikut

elemen-elemen masyarakat demokratik yang mengikut undang-undang serta menggugat

konsep pengasingan kuasa yang diamalkan. (IBA 2000:74&77)5

Isu klip video "Lingam" pada tahun 2007 mendedahkan kepincangan badan

kehakiman. Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang

peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dan seorang hakim kanan bagi mengatur

perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002. Bekas Perdana Menteri Mahathir,

Setiausaha Agung Tengku Adnan, dan bekas Hakim Negara Eusoff Chin, antaranya yang

terlibat dalam memanipulasikan perlantikan kehakiman dan bersalah dalam

mempengarahi kenaikan pangkat hakim-hakim. Pada 22 Mei, Peguam Negara telah

mengumumkan bahawa pejabatnya akan menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut tetapi

sehingga hujung tahun masih tiada kemajuan yang diperolehi daripada siasatan tersebut.

Selain itu, kebebasan sistem Suruhanjaya Pilihanraya telah dipertikaikan apabila

kepincanganberlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak nama pengundihilang,

tetapi nama-nama pengundi yangtelah meninggal dunia pula muncul dan terdapat orang

yang mengguna nama tersebut untuk mengundi.

5

Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->