You are on page 1of 14

06 September 2011

Duri duri peniagaan.


Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah. Kadangkala yang setiap memuatkan diberikan bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana. Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam. Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi. Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 9/06/2011 12:03:00 PM

04 September 2011
PEJUANG KEBENARAN

Iman yang tidak mantap apabila berhadapan dengan ujian akan menampakkan rasa panik dan cemas. Inilah yang perlu diperhatikan oleh pejuang kebenaran kerana selebihnya dari rasa percaya yang kuat, kekuatan yang akan muncul selepas itu ialah kekuatan tawakkal. Ini jelas digambarkan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran (ayat 154) dari kisah peperangan Uhud. Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri mereka sendiri, mereka menyangkakan terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah (Surah Ali Imran, ayat 154). Sangkaan yang tidak benar terhadap Allah SWT sehingga meragui perjuangan yang membawa mereka ke Syurga. Mereka menyangka jika Nabi Muhammad SAW itu benar-benar Nabi dan Rasul tentu dia tidak dikalahkan dalam peperangan. Sangkaan ini menjadi semakin keliru sehingga mereka menyabitkan; sekiranya mereka tidak keluar berperang pasti mereka tidak akan dibunuh. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah kita mempunyai sedikit pilihan (sudah tentu kita akan memilih tidak keluar berperang dan) tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?. Katakanlah (wahai Muhammad); Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah di takdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masingmasing. Dan (apa yang berlaku di medan perang uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada (Surah Ali Imran, ayat 154). Hati yang mati tidak mampu lagi melihat hikmah dan rahsia di sebalik sesuatu kejadian. Akibat dari inilah hati mereka akan menjadi keras, kufur serta berani menentang sesuatu hukum dari Allah SWT dan RasulNya. Apabila kita berpegang dengan Islam, sekali-kali jangan disalahkan sesiapa apabila datangnya ujian tetapi tabahilah kerana di sinilah yang bernama mujahadah. Persiapkan diri untuk sakit dan selesa bersama perjuangan kebenaran, bukannya hanya untuk musim gembira sahaja. Sabda Nabi s.a.w.: " : :" Ingatlah bahawasanya roda Islam itu berpusing, maka berpusinglah kamu bersama Kitab Allah di mana sahaja ia berpusing. Ingatlah bahawasanya Kitab Allah dan pemerintah akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah. Ingatlah bahawasanya kamu akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang mereka memutuskan untuk mereka apa yang tidak mereka putuskan untuk kamu di mana jika kamu engkari mereka, mereka akan membunuh kamu, namun jika kamu taati mereka mereka akan sesatkan kamu. Para sahabat bertanya; Ya Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan?. Jawab Nabi; Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi

Isa a.s.. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan disalib di atas batang-batang kayu (namun mereka tetap teguh). Sanggup mati kerana mentaati Allah lebih baik dari hidup yang terpaksa menderhakai Allah (HR Imam at-Tabrani dari Muaz bin Jabal r.a.) Kebanyakan dari kita merasa gembira dengan kejayaan sesuatu perjuangan tetapi apabila perjuangan ditimpa kesusahan mereka lari ke belakang. Ini bukanlah dinamakan orang berjuang tetapi sekadar ikut-ikutan kerana perjuangan itu belum kukuh di hati. Saat kita mendapat kejayaan, perjuangan memang menjadi indah, tetapi saat kita diuji ternyata hakikatnya tidak ramai yang mampu bersyukur lagi. Firman Allah SWT: Sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur (Surah Saba, ayat 14). Kita yang pernah hidup senang perlu bersyukur ketika susah atas nikmat lalu walaupun telah hilang. Kita yang pernah merasai hidup berkeluarga perlu bersyukur atas nikmat lalu meskipun sekarang telah berpisah. Redha atas setiap ketentuan Ilahi meskipun yang Allah berikan cuma mimpi yang indah. Jelaslah iman itu mempunyai mata yang mampu melihat hikmah kejadian Allah pada dirinya, redha dan mensyukuri meskipun tidak diberi. Nikmat hidup dalam iman dan Islam adalah sesuatu yang menutupi segala nikmat kehidupan yang lain, dari itu tidak perlu lagi dihitung lagi menang atau kalah. Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah atau kamu mati (dengan mati biasa), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) himpunkan (dari segala jenis kesenangan dunia) (Surah Ali Imran, ayat 157). Inilah jawapan kepada kemuncak sebuah keimanan. Allahu ghayatuna (Allahlah matlamat kita). Amin. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 9/04/2011 08:44:00 AM

29 August 2011
Bingkisan Hari Raya.
Perutusan Hari Raya untuk semua warga HPA. Salam Aidil Fitri untuk semua warga HPA di mana sahaja kita berada semoga diampuni Allah dunia dan akhirat. Sesungguhnya perjuangan kita adalah jihad yang memerlukan karamah "istiqamah" . Kerja-kerja menyedarkan manusia agar kembali kepada produk halal bukanlah sekadar laungan atau tulisan di dalam media tetapi yang lebih penting mengadakan produk altenatif. Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam. Syukur kepada Allah swt kerana pada tahun ini kita mampu mengeluarkan ayam yang mencukupi untuk sebulan Ramadhan dibandingkan dengan tahun yang lepas sekurang kurangnya untuk

mencukupi keperluan warga HPA yang "komited". Ini membuktikan betapa kita bersungguh untuk menyediakan produk yang halal kepada umat Islam. Selain dari itu produk produk kegunaan harian juga kini memenuhi kembali premis kita yang ada. Apapun Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas. Saya juga berterima kasih kepada semua kelab yang menyediakan program pertemuan dan majlis berbuka puasa bersama. Kita sempat mengadakan program di Sungai Petani, Kelantan,HPAIC dan juga Melaka, merangkumi semua zon tidak termasuk zon Borneo. Selepas ESP musim kedua sudah tentu semua warga dan pejuang produk halal HPA sedang siap siaga untuk menanti apakah perancangan syarikat untuk bangkit semula selepas bulan Ramadhan ini. Sudah semestinya kita perlu bangun segera untuk memenafaatkan pasaran yang ada secepat yang boleh. Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix jumbo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk memudahkan pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik. Program ESP akan masuk era ketiga dengan bengkel kemahiran kejurujualan serta penguasaan seni pengubatan jawi dan dijangka akan menjadi laluan hijau di pasaran terbuka. "Kita jangan terlalu banyak berfikir tentang persaingan kerana ia tidak akan habis sampai hari kiamat tetapi mereka yang telah berjaya mengusai pasaran ialah mereka yang sedia diberi latihan sampai hari kiamat" Penumpuan HPA untuk melahirkan usahawan seramai 50,000 orang tidak akan menjadi mustahil apabila kita dapat menubuhkan kelab Kepengunaan & Keusahawan (K&K)HPA di semua menara gading . Bagitu juga kelab ini akan diujudkan disemua tempat di negara kita. Paling minima ahli kelab akan menjadi pengguna dan jika mereka mampu kita akan dorong agar mereka menjadi usahawan mlms HPA yang sukses sesuai dengan cita-cita negara. Kita bukan memandang kejayaan timur atau kejayaan barat sebagai ukuran tetapi jika negara mahu menjadi sebuah negara maju,jalan yang paling mudah ialah melahirkan usahawan. Program tranfomasi dari takok lama kepada era baru memerlukan proses penyalinan kulit luar dan dalam,cara fikir dan lebih penting cara melihat sesebuah perubahan. Perubahan mestilah berlaku atas perubahan nilai modal Insan bukannya atas nilai kebendaan dan kerakusan. Proses menyalin slogan berjaya dan bersatu tidak akan berlaku selagi wajah tidak fokus kepada gerakerja bersepadu. Saya mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf atas sedikit permasalah pengedaran bonus yang sepatutnya lebih cepat terutamanya pada musim perayaan ini tetapi inilah dia yang bernama Lukisan alam yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari team pengurusan kepada semua warga kerja HPA dan pengedar yang berada di seluruh Nusantara

ini dengan ucapan " Kita akan bangkit dengan keupayaan yang tidak mampu dijangka kawan dan lawan" " Produk Halal Tanggungjawab bersama". Allahuakbar. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 8/29/2011 10:52:00 PM

24 August 2011
Rezeki dari Allah
REZEKI Kali ini mari kita merenung serangkai ayat Qur'an yang menceritakan tentang rezeki. Firman Allah SWT : "......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6). Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya. Firman Allah SWT: "Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109). Selain dari Allah SWT siapa lagi yang boleh mencukupkan sumber rezeki yang tidak pernah putusputus bagi menyambung kitaran kehidupan di alam ini. Bukan satu atau dua hari tetapi ribuan malah mungkin jutaan tahun. Hanya Dia sahaja yang berhak dan layak untuk menurun dan mengeluarkan segala rezeki dari sumber mana yang dikehendakiNya. Inilah antara makna "Ilah" yang terkandung di dalam kalimah syahadah iaitu "la ilah haillallah". Dalam permasalahan rezeki, kalimah syahadah ini mengajar kita iktiqad "Tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah". Jika seseorang mengakui bahawa ada makhluk yang memberi selain Allah SWT bererti dia telah beriktikad dengan iktikad yang salah dan boleh membawa kepada syirik. Majikan atau tempat kita kerja adalah seperti posmen yang menghantar surat kepada seseorang. Bukannya surat itu daripadanya sendiri kerana rezeki yang berada ditangannya itu juga datang dari Allah. Bagaimana jika Allah menahan rezeki kepadanya? Firman Allah SWT :

"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya" (Surah AlMulk, ayat 21). Pada waktu pagi kita dianjurkan membaca doa ini: "Ya Allah, pada pagi-pagi ini, apa juga nikmat yang ada padaku atau mana-mana makhlukMu, semuanya dariMu. Tiada sekutu bagiMu. Milikmu segala pujian dan terima kasih kami" (Zikir alMa'surat. Riwayat Imam an-Nasai dari Abdullah bin Ghannam r.a.). Ini membawa pengertian supaya akidah tauhid kita dibetulkan sebelum kita memulakan aktiviti mencari rezeki pada awal-awal pagi. Manusia hanyalah makhluk yang sangat lemah sehingga tidak mampu menjadikan sebiji nasi pun di atas bumi ini dan bergantung kepada pohon padi dari ciptaan Allah SWT Allah SWT menjamin rezeki pada semua mahluk tetapi kenapa ada yang mati kebuluran. Hal ini diterangkan Allah dalam firmanNya : "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah ar-Rum, ayat 41). Kematian dan kebuluran 26 ribu orang di Euthopia bukti sebuah kebinasaan akibat dari pendurhakaan manusia. Bumi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia seperti tubuh badan yang dirosakkan oleh ubatan kimia yang bernama drugs. Tubuh yang dibekalkan dengan sistem imuniti juga hancur akibat dari dadah yang diambilnya pada setiap hari. Inilah sebabnya Allah menurunkan peraturan hidup yang sempurna untuk kesinambungan rezeki dan hidup di dunia ini. Bagi menyelamat dunia yang kian hancur ini hanya satu sahaja iaitu ugama Allah. Ugama yang perlu ditegakkan sebagai "deenulhayah" untuk kesejahteraan ummat di muka bumi ini jika tidak terimalah padahnya iaitu penderitaan dan kemusnahan. Perkara kedua dari ayat awal di atas difahami bahawa rezeki itu juga perlu dicari sebagaimana Allah menyatakan dengan kalimah "makhluk bergerak" bukannya hanya menanti yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Lihatlah rezeki seekor burung yang terjamin apabila ia keluar dari sarangnya. Kemalasan berikhtiar menjadikan periuk nasi juga kosong bukan kerana tidak ada jaminan dari Allah tetapi kerana ia yang memilih untuk itu. Ini terkecuali dengan ujian dari Allah yg berupa kekurangan makanan dan buah-buahan seperti firman Allah:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (Surah alBaqarah, ayat 155). Ujian adalah hak Allah sama seperti rezeki. Hikmah dari ujian akan menjadikan sesuatu ummat itu bertambah kuat bukannya semakin lemah. Ia tergantung bagaimana sikap yang diambil terhadap ujian yang menimpanya. Jika ujian itu mematikan jiwa dan semangatnya, petandanya Allahlah yang menyempitkan kehidupannya seperti asma' Allah yang bernama "Al Qobidh". "Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Surah al-Baqarah, ayat 245). Bangsa-bangsa yang terus "bergerak" telah menguasai dunia dibandingkan dengan bangsa yang suka berpeluk tubuh. Mereka menguasai semua bidang keilmuan di atas pokok perubahan yang dilakukan pada setiap detik. Rezeki itu kuncinya ilmu kerana itulah ia perlu bergerak bagi mencarinya. Berkata Imam Syafi'ie rhm: "Sesiapa mengingini dunia, ia memerlukan ilmu. Sesiapa menghendaki akhirat, ia juga memerlukan ilmu". Nasib itu tidak terletak pada tapak tangan tetapi terletak pada tangan dan kaki. Keluar dari zon statik kepada zon dinamik untuk mengubah nasib yang menimpa diri sendiri. Firman Allah SWT : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah ar-Ra'du, ayat 11). Soal rezeki terlalu panjang perbahasannya tetapi penutupnya pula adalah pendek lagi ringkas iaitu semuanya rezeki itu adalah datang dari Ar Razaq. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 8/24/2011 10:52:00 PM

03 June 2011
kilang baru kopi radix.
Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA

yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi. Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 6/03/2011 09:50:00 PM

14 February 2011
PERJUANGAN HPA
1. PERUBATAN JAWI Herba Menuju Kecermelangan Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang. Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah. Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat. Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy. Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu 1. Al-Quran dan Hadith. 2. Ilmu Perniagaan. 3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam) 4. Perubatan JAWI 5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)

2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

3. PENDIDIKAN HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 2/14/2011 05:47:00 PM

27 January 2011
Tahun 2011
Tahun ini HPA akan lebih fokus dengan produk produk yang dihasilkan di kilangnya sendiri. Ini bagi mengelakan dari berlakunya kekurangan produknya dipasaran.Sebanyak 100 produk sahaja yang akan di dijadikan produk utama dimana produk produk runcit akan dikurangi dari masa kesemasa.Produk tumpuan ialah produk herba,keperluan seperti sabun, syampo akan diberi keutamaan. Sementara kopi,koko dan penapis air juga termasuk produk utama. Tahun ini,HPA akan memberikan tumpuan dalam produk pengubatan jawi yg menjadi teras utama peniagaan hpa. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 1/27/2011 01:19:00 PM

26 November 2010
Petikan FB: Perubatan Jawi
26hb Nov 2010: Selamat datang herbalis dari Indonesia ke Malaysia dalam acara wisuda yang akan diadakan pada 3/12/10 nanti di Sungai Petani. Juga tahniah pada team Ithpa Indonesia yang berjaya meujudkan bakal graduan ini dan didoakan semoga bertambah ramai herbalis jawi nanti. InsyaAllah. 22hb Nov 2010: Perawatan herba di HPAic akan diadakan pada bulan hadapan. Sila maklum pada mereka yang inginkan perawatan. en hafiz0194749717 21hb Nov 2010: VCO juga boleh dijadikan antibiotik yg berkesan terutama untuk selsema dan sakit tekak. Vco juga boleh menjadi pencuci darah terutama dlm kes kelemahan di ginjal . Pesakit

yg menghadapi kelemahan di ginjal selalunya di serang mengantuk berpanjangan.Ini disebabkan kualiti darah yang tidak cukup untuk membawa oksigen ke dalam tubuh. 20hb Noiv 2010: Kapsul IMT sudah boleh menjadi altenatif terbaik menggantikan ubat kimia untuk demam. Ia ternyata cepat beriaksi tetapi jangan ambil melebihi dos yg ditetapkan iaitu 1 x 3 kerana kesannya akan terjadi batuk pula. 20hb Nov 2010: Semalam hujan ais di masjidil haram.Buat pertama kali saya dptmngutip ketulan ais dijalan.Kata org boleh dimakan menjadi ubat utk panas badan tapi saya sendiri tidak ada ilmu tentang ini.Petir & guruh sambung menyambung mnjadikn sausana sedikit panik. Kesan yang saya rasakan ialah kesejukan yg sangat walaupun dh minum kopi Radix. Apapun kami bersyukur kerana jln tidak banjir utk ke Mina pd malam tadi. 19hb Nov 2010: Ahli pula berperanan sebagai wakil syarikat dlm akad wakalah dan tidak boleh sesuka hati meletakan harga dipasaran. Menjual kopi radix dgn harga murah termasuk dlm pecah akad dan pehak syarikat berhak tidak memberikan apa apa bonus spt yg dijanjikan 19hb Nov 2010: Fahami akad mlms dahulu sebelum bersama kerana dibimbangi termasuk dlm muamalah yg haram. Mlms HPA tidak sama dgn mlm yang ada dipasaran.Akad al jualah berlaku antara ahli dengan HPA dan penetapan harga mestilah menyamai pasaran biasa yang sebanding. 19hb Nov 2010: MLMs bukan peniagaan yang boleh berjaya tanpa ilmu . Oleh itu HPAic dijadikan tempat pelbagai program untuk memantabkan ahli ahli dalam pengetahuan peniagaan terkini. Jika anda telah memilih HPA sebagai tapak untuk berbisnis sebaiknya jangan lepaskan peluang menyertai program yang diadakan secara berkala di situ. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 11/26/2010 08:08:00 AM Labels: Petikan FB

04 August 2010
Chlorophyll Drop HPA.(Produk Baru)
Buang asid buang penyakit. Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland). Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit. "Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-

herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah. Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini. Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba.. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 8/04/2010 07:36:00 PM

25 June 2010
HIV
Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut. Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar. Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya. Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin. Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 6/25/2010 11:45:00 PM Labels: HIV

20 June 2010

Rumah kecil tiang seribu.


Peniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi oleh siapa yang benar-benar kuat. Berbagai cara dan strategi pemasaran telah digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya. Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopoli dunia peniagaan.Falsafah mereka niat menghalalkan cara mengizinkan mereka terus menipu dan melakukan jenayah peniagaan . Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan peniagaan dunia milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di setiap belahan bumi ini. Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti "jihad ekonomi" bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu peniagaan. Lebih-lebih lagi jika peniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh ummat di mana sahaja. Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit ,setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding. Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniagaan Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan. Ada satu bentuk peniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan peniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.(bersambung) Share | Dihantar JawiHerbShop Pada 6/20/2010 10:39:00 PM

Demam dan Muhasabah.

Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan.

Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya. Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada. Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan. Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.

Kamis, 02 Februari 2012


JUKNIS belanja KREDIT
Cara beli KREDIT paket JITU seharga Rp.10 juta dg 2x bayar : (1) Transfer Rp.3.500.000 (bayar-1) +Rp.100.000 Ongkos kirim via BSM 1360030001 a/n MUHAMMAD IWAN +Konfirmasi Nilai (Rp), tanggal, waktu transfer serta alamat kirim, identitas dan no.HP via SMS ke +62838-955-955-00 (2) Lunasi sisanya kapanpun utk pembuatan INVOICE, jika belum bisa melunasi cukup bayar yg

laku dg cara membeli pengganti produk yg laku di Cawangan atau PJ/PA terdekat agar dapat dibuatkan INVOICE +LAS di akhir bulan nantinya..

You might also like